Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

09 Julai 2019

Tonton Drama Setelah Terlafaznya Akad Lakonan Kamal Adli & Uqasha Senrose


Drama Setelah Terlafaznya Akad
Lakonan Kamal Adli & Uqasha Senrose



Bestnya lah drama ni kome weh.. Tak jemu tengok sebab setiap scene walaupun sedih, ada lawak dia.. walaupun lawak, ada pulak yang buat kita sebak dan geram.. macam-macam perasaan ada tau tengok citer ni.. citer apa lagi.. Drama lakonan KamalAdli dan Uqasha Senrose ni laaa.. dalam Drama Setelah Terlafaznya Akad ,

Drama ni diadaptasikan dari Novel hasil karya Anna Milia . TB tak pernah baca lagi Novel ni.. sebab TB ni susah sikit kalau dah hadap novel.. maunya asyik mengadap Novel je 24 jam.. tak jadi kerja nanti.. hahaha..

Tapi kannn.. sepanjang TB baca novel sebelum ni.. dalam 2-3 buku jugaklah TB habiskan.. Tapi tengok pada sinopsis dulu.. Kalau sinopsis dia pun dah best dan jalan cerita dia pun nampak menarik sekali dengan susunan ayat yang bukan melankolik atau puitis-puitis tu.. boleh la TB hadap sampai ke muka surat terakhir.. InsyaAllah.. heee..

Haaa.. Novel hasil karya Anna Milia  katanya mencapai jualan yang tinggi dan menjadi Novel pilihan ramai sebelum ni.. Ramai yang kata best Novel ni.. Tu yang TB terasa nak beli jugak .. hahaha.. eh.. tapi tunggu habis Drama Setelah Terlafaznya Akad   ni dululah.. hahaha.. tak nak tau apa ending melalui Novel.. Nak tengok Ending kat TV je.. hehehe.. 

Haa.. kalau korang yang belum tau cerita ni cerita kisah apa? korang boleh lah try tengok.. gerenti layannn.. sebab lawak sangatt wehh..

Dah la lawak, bersahaja pulak tu nawal dan hanan tu? haaa.. Nawal dan Hanan tu lah watak utamanya kalau korang nak tahu.. Nawal tu Uqasha Senrose, watak Hanan pula dibawak oleh Kamal Adli..   


Jom baca Sinopsis nya kat bawah ni yea..  

Berkahwin dengan Nawal si berhingus hijau tu? Memang taklah. Budak perempuan itu mencacatkan keindahan zaman kanak-kanaknya. Namun, apabila Nawal dengan senang hati menerima pinangan dan umi main peras ugut, Hanan tidak ada pilihan.

Bagi Nawal pula, dia terpaksa menerima pinangan keluarga Hanan demi menutup satu rahsia besar. Ikutkan hati, tak sudi dia berlakikan Hanan si lembik yang selalu merajuk. Apa susah? Buatlah macam main pondok-pondok dulu. Mereka kan sudah sepuluh kali kut berkahwin sebelum ini. Apabila, bergaduh, larilah balik rumah masing-masing.

“Awak kena masak setiap hari. Tak pakai dah jadual yang kita buat tu. Semua kerja rumah awak kena buat seorang. Kita kena duduk sebilik. Kena berlakon yang kita pasangan paling bahagia di muka bumi ni.” – Hanan
“Beres!” – Nawal

Apa yang berada dalam gambaran minda Hanan dan Nawal sama sekali tidak benar. Kali ini berlainan benar karakter masing-masing. Hanan dengan sikap terlalu melindungi. Nawal pula dengan bajet isteri mithali. Lalu, mereka pun melayari alam rumahtangga dalam versi mereka sendiri.

Tetapi, kali ini Nawal tidak lagi berkahwin pondok apabila dia jatuh cinta berkali-kali dengan Hanan. Dia tidak rela berpisah dengan Hanan. Untuk itu, dia perlu menjadi wanita sempurna di mata lelaki itu. Namun, hati Hanan tetap untuk bekas isterinya dan anak mereka. 

Haa.. nak tengok versi Drama pulak tak? jom lah.. pasti korang suka punya.. boleh tengok detail semua kat bawah ni yeaa..



JUDUL : SETELAH TERLAFAZNYA AKAD
EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 17 Jun 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria & Ria HD)
PENULIS SKRIP : Rehal Nuharis, Bikash Nur Idris, Atilia Azahar
PENULIS NOVEL : Anna Milia
PENGARAH : Michael Ang
PRODUKSI : Juita Viden Production Sdn Bhd
PELAKON : Kamal Adli, Uqasha Senrose, Zeera Azizi, Nadya Syahera, Erwin Dawson, Zulhemy, Sharifah Shahora, Alif Muhaimin, Norlia Ghani, Hamidah Wahab, Rashdan Baba, Ikhram Juhari


WATAK PELAKON 
Kamal Adli sebagai Hanan
Uqasha Senrose sebagai Nawal
Zeera Azizi sebagai Hani
Zulhemy sebagai Hairuddin
Nadya Syahera sebagai Milah
Sharifah Shahora sebagai Nafisah
Alif Muhaimin sebagai Roslan
Azza Suaymi sebagai Diyan
Norlia Ghani sebagai Tokma
Hamidah Wahab sebagai Wan Masitah
Ikhram Juhari sebagai Rafiz 


SINOPSIS SETELAH TERLAFAZNYA AKAD
Setelah bercerai dengan Hani, Hannan dipaksa berkahwin dengan Nawal atas ugutan ibunya, Wan Masitah. Nawal pula menerima sahaja pinangan keluarga Hanan demi menutup satu rahsia besar. Namun, hati Hanan tetap untuk bekas isterinya, Hani dan anaknya, Qalish walaupun perhubungan mereka ditentang oleh ibu Hannan dan ibu bapa Hani. Kerana terlalu ingin mendapatkan Hani, dalam tak sedar Nawal banyak berkorban dan terluka.

Usai melafazkan talak terhadap Nawal, barulah Hanan sedar yang dirinya amat memerlukan Nawal. Nawal yang tidak sempurna tetapi mampu melengkapkan hidup Hanan. Pada masa ini, Hanan bukan sahaja menceraikan Nawal tetapi dia turut melepaskan Hani dari cintanya. Dan bermulalah ekspedisi Hanan untuk meraih cinta dan kepercayaan Nawal terhadapnya. 

Bagaimana Nawal pernah disakiti dengan tindak tanduk Hanan, begitulah perasaan Hanan apabila Nawal mula bersikap dingin dan degil. Bermacam cara Hanan memujuk Nawal sementelah bila Hanan mendapati Nawal mengandungkan zuriat mereka. Hanan menatang Nawal dan zuriat mereka seperti minyak yang penuh.

credit :
SINI


3 ulasan:

  1. ramai yg kata best drama ni, mungkin sbb mcm kelakar2 gitu... tp kite tak pernah nengok lg heheheh...

    BalasPadam
  2. Review nampak cerita ni macam menarik. Tapi saya dah bertahun tak tengok tv. TV utama dah jadi perhiasan kat ruang tamu, Second tv pula dah jadi second monitor. haha.

    BalasPadam

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers