MONITOR 32" VIEWSONIC VX3276-2K-MHD,
KUALITI PREMIUM DENGAN HARGA MAMPU MILIK
Hai. hari ni TB nak share tentang Monitor baru yang kami baru beli minggu lepas, Monitor ni kami pilih sebab sukakan ciri-ciri yang ada padanya. Haa.. Monitor yang TB katakan ini ialah ViewSonic VX3276-2K-mhd iaitu sebuah monitor 32"bezel
tanpa bingkai, reka bentuk minimalis, dan resolusi WQHD (2560 x 1440). Apa yang TB suka ialah Ciri-ciri reka bentuk seperti profil ultra tipis, Kaki monitor nya yang berbentuk segitiga perak
logam, dan screen tanpa bingkai membuatkan kita terasa seperti memakai sebuah monitor
premium yang sesuai digunakan baik di rumah mahupun di pejabat.
VX3276-2K-mhd dengan
teknologi panel jenis IPS dan warna 10-bit kaya untuk menghasilkan pelbagai
warna yang sangat cantik dengan sudut tontonan yang luas. Bunyi Stereo
disediakan oleh Pembesar Suara Bersepadu dari dua monitor, manakala DisplayPort, Mini
DP, dan 2 HDMI port menawarkan pilihan sambungan fleksibel untuk kegunaan harian
dan permainan game.
REKA BENTUK PREMIUM
Rekabentuk moniter yang premium dengan ciri ciri moden
seperti ultra tipis, bezel tanpa bingkai dan kaki moniter 3 segi yang unit dan
kukuh memberikan rasa puas hati pengguna memilikinya dengan harga mampu milik.
RESOLUSI WQHD YANG CEMERLANG
Skrin resolusi 32 "WQHD (2560 x 1440) besar
menyampaikan imej terperinci yang jelas, dan sehingga 70% lebih banyak
kandungan skrin paparan daripada resolusi HD Penuh (1920 x 1080). Sepanjangan
TB guna moniter ini dalam seminggu ini terasa sangat berpuas hati, siapa yang
selalu terlibat dengan kerja-kerja reka grafik Adobe Photoshop, Adobe
Illustrator dan perisian video edit pasti anda akan terasa sangat berbaloi beli
ViewSonic VX3276-2k-mhd ini.
TEKNOLOGI JENIS SUPERCLEAR ® IPS
Nikmati warna yang kaya dan terang dengan tahap kecerahan
yang konsisten, tidak kira sudut pandangannya. Dengan teknologi panel jenis IPS
SuperClear ® , monitor VX3276-2K-mhd memberikan kualiti imej yang sama, samaada
anda melihat skrin dari atas, bawah, depan atau sisi. Yang ni TB suka sangat sebab kalau monitor bias ayang lain, kita akan berasa tidak selesa kalau melihat dari arah kiri atau kanan.. nanmun dengan monitor Viewsonic ni dari arah mana pun korang melihat ke screen ni, kualiti imej tu tetap sama dan jelas,,
BERBILION WARNA
Dengan menggunakan warna 10-bit, VX3276-2K-mhd mampu
menghasilkan palet warna lebih satu bilion warna, menghasilkan lebih banyak
warna, penyebaran warna yang lebih terang, dan peralihan yang lebih semula jadi
di antara warna..
TETAPAN PENGOPTIMUMAN VIEWMODE
ViewSonic'sViewMode boleh ditetapkan ke paparan untuk "Game," "Filem,"
"Web," "Teks," "Mono", dan "Mac"
dioptimumkan. Setiap pratetap menawarkan peningkatan khusus untuk lengkung
gamma, suhu warna, kontras, dan kecerahan untuk menyampaikan pengalaman
tontonan yang optimum untuk aplikasi yang berbeza.
KESAMBUNGAN FLEKSIBEL
Input DisplayPort, HDMI, dan miniDP menawarkan pelbagai
keserasian, memberikan anda kelonggaran akhirnya sama ada anda menonton video,
bermain permainan game, atau bekerja.
PEMANDANGAN YANG SELESA
Dengan Teknologi Flicker Free dan Penapis Cahaya Biru memberikan
kita rasa selesa berdepan dengan monitor dalam jangka waktu yang agak lama,
tiada masalah sakit mata bila untuk melihat movie, membuat kerja atau bermain
game pada waktu yang lama.
BUNYI YANG PADU
Terdapat Pembesar suara stereo bersepadu di dalam moniter VX3276-2K-mhd,
kualiti bunyi boleh dikatakan agak bagus dan apabila dipadankan dengan kualiti
gambar 10bit dan saiz paparan 32 inci memang boleh dikatakan kepuasan yang anda
akan rasa sangat luar biasa.
PENGGUNAAN TENAGA RENDAH
Eco-mode yang terdapat pada moniter ini memberi penjimatan
tenaga dan mendapat pengiktirafan sebanyak 4 bintang dari energyrating.gov.au. VX3276-2K-mhd adalah ENERGY STAR yang mematuhi
dan menggabungkan kecekapan tenaga dan penjimatan kuasa ke dalam prestasi skrin
monitor yang menakjubkan.
KESERASIAN VESA
Memasang monitor dengan mudah ke pilihan anda dengan
menggunakan reka bentuk mount serasi 100mm x 100mm VESA. TB ambil masa hanya
beberapa minit sahaja untuk memasang mount tersebut dan tidak memerlukan apa
apa kepakaran untuk memasangnya.
PANDANGAN TB SELEPAS BEBERAPA MINGGU MENGGUNAKAN
MONITOR
VX3276-2K-MHD INI
Kalau Anda Pengguna perisian Adobe Photoshop, Adobe
Illustrator dan membuat kerja kerja edit video dan gambar, moniter ini adalah
pilihan yang sangat tepat, Paparan ruang kerja yang sangat luas memberi
keselesaan yang maximum dan puas hati dalam penghasilan karga seni.
Untuk gaming pun TB rasa ok untuk yang bukan yang extreme
gamer, senang cerita yang bukan mampu nak pakai monitor bangsawan, tapi untuk
gamer macam husband TB tiap hari mengadap Call Of Duty Black Ops 4, dia memang suka monitor ini sebab display yang
besar, warna yang cantik, tidak menyakitkan mata dengan harga pasaran RM1099
untuk saiz moniter 32inci bagi TB rasanya sangat berbaloi-baloi. Viewsonic VX3276-2K-mhd ini datang dengan 3 tahun dan
sekiranya terdapat masalah kita boleh terus boleh hubungi Viewsonic Malaysia.
UNBOXING VX3276-2K-MHD
Kotak Viewsonic VX3276-2K-mhd
Kedudukan Kabel Power, HDMI, Kaki 3 Segi dan Manual Pengguna
tersusun kemas dan rapi
Nah, tengok belakang pun dah cun dan tak sabar nak test,
dengan logo
viewsonic dengan dibungkus dengan cun
Senang nak pasang ,
tak payah tengok manual pun dah tahu nak pasang , mudah , hanya 3 skru sahaja,
bila dah pasang memang tegap, besinya padat dan tak goyang monitor bila dah bagi berdiri.
Tiba Masa untuk test moniter baru, memang tak sabar, tak ada
ler berat sangat, TB sorang boleh angkat, tiba masa untung pasang cable power
dan hdmi nak test on tengok macam mana.
BILA DAH PASANG , JOM KITA TEST MONITOR BARU,
Video Test ViewSonic VX3276-2K-mhd
Test Call Of Duty Black Ops 4, Padu dah Hebat Juga Monitor Ini
Kualiti dan Warna Paparan permainan games tidak mengecewakan.... memang cun cun
Husband dia ni jenis kalau buat kerja dia suka buka banyak banyak app,
Ai, Youtube, Shopee, Blog memang wajib buka
RGB light merata rata, dah rasa mcm ada fun fare dalam bilik, Winner, Winner Chiken Dinner
Monitor dah baru , keyboard dan mouse pad kena la baru, husband senyap senyap beli Techware Phantom RGB Backlit Mechanical Keyboard dan Aigo darkFlash Flex 800 RGB Gaming Mousepad
Last Sekali apa yang boleh TB bagi last komen...Wow Wow Wow , seperti jatuh cinta pandang pertama...
SPESIFIKASI VIEWSONIC VX3276-2K-MHD
Monitor Saiz: 32 "W (31.5" Best Viewed)
Panel Teknologi: IPS Jenis a-si Active Matrix LCD TFT
Resolusi: 2560 x 1440
paparan Kawasan: 698.11mm (H) x 392.68mm (V)
Nisbah Bidang: 16: 9
Kecerahan : 250 cd / m 2 (Typ)
Nisbah Kontras: 1200: (Typ) 1
Nisbah kontras dinamik: 80,000,000: 1
Melihat sudut: 178 darjah / 178 darjah (Typ)
Response Time: 4ms
latar: 1 bar lampu LED
latar Life: 30,000 Hrs (Min)
Warna: 1.07 Bilion warna, 10 bit (8bit + FRC)
Warna Gamut: 75% daripada NTSC (Typ)
Panel Surface: Jenis Anti-Silauan, Salutan keras (3H),
Jerebu 25%
Pixel Pitch: 0.273mm (H) x 0.273mm (V)
Untuk Maklumat Mengenai Monitor dan produk viewsonic boleh ke
Wah menarik nie.. nampak kat anak bujang Kak Sue dua orang tu habis lah nie.. hahaha..
BalasPadamPuas hati ni, kalau dpt..
BalasPadamPerghh..dapat monitor gini memang rajinla update entry. Puas rasa dok ngadap sampai berejam pun takpe. Mengancam betul sudut IT TB..hehee
BalasPadammek yang nengok ni pun teruja habis. macam kalau update blog memang puas hati habis ni. perfect monitor untuk gamers dan juga mereka yang guna apps editing gambar.
BalasPadamBesar, puas la mata melilau nak tengok. haha..
BalasPadamBestnya ada monitor besar mcm ni. Sennag nak buat kerja atau main game. Berapa ya harganya? Mcm nak beli pulak. Haha
BalasPadamMenarik.. Monitor Besar baru best buat kerja dan menonton video
BalasPadamthis monitor and skrin looks so nice.. wanna hv it and own it... no need go cinema liao..
BalasPadamPergh sleek slim gila , senang nak pasang, harga pun sesuai dgn features yg diberikan ... Semangat sikit nak berblog , beryoutube gitew ...
BalasPadamFuhh mesti best main game ni. Gambar cantik. Layan je main game dengan monitor ni
BalasPadameyh singgah lagi sekali lah kat sini. hehehe
BalasPadamFuhhh perkongsian terbaik ni. Saya tak pernah ambil tahu bab2 ni semua. Bila baca baru oooo panjang. Hehehe sesuai kaki game ada satu ni. Hehheh
BalasPadamWah TB! dapat satu ni rasanya setiap hari sis Yaya ko ni update blog. Haha.
BalasPadamStand dia tu..menawan betul! Features dia lain pun menarik!
pehhhhhhhhh.. sudahnya buat main game !! smart !! entri ni semoga tak sampai ke pandangan encik suami saya lah TB.. hahahaha~ takut sok tetiba beliau bawak balik sebijik..
BalasPadamWaaahhh best nye lcd.. Keyboard tu geram nye tengok 😆😆😆😆😆😆 done follow sini..
BalasPadamnampak macam menarik. design dia pun sangat sleek. anyway cantik giler cpu. husband iza pun jenis suka berlampu-lampu macam tu pastu guna air color-color. tapi skarang air warna jernih je, lampu je warna-warni.
BalasPadamFuhh hebatnya. Seronok kalau main game ni. Depan mata terpampang. Hahaha.
BalasPadamcantiknya! best la kalau jadikan pc jugak kan.nampak besar. kena kumpul duit nak beli ni puas nak berblog
BalasPadam