Resepi Ayam Kicap Lada Hitam
Yang ni TB dah try hari tu.. Sedap.. Tapi mungkin TB terlebih letak bunga lawang.. so masakan tu jadi macam manis sikit.. hubby TB tak suka masakan kalau ada rasa manis terlebih.. so kalau nak letak bunga lawang.. letak sikit je tauuuu... TB letak separuh je sekarang.. bagi rasa-rasa je..
BAHAN-BAHAN :
●½ ekor ayam (dipotong ikut suka dan digoreng 1/2 masak)
●1 labu bawang besar (dihiris bulat dan digoreng)
●1 sudu makan biji lada hitam (ditumbuk)
●1 sudu makan cili kisar/cili giling
●1 sudu makan kicap pekat
●½sudu makan sos tiram
●Sedikit kicap manis
●Sedikit hirisan daun sup
●Sedikit madu/gula dan garam
●Sedikit air asam jawa
●Rempah 4 sekawan (kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga)
BAHAN-BAHAN KISAR :
●5 biji bawang merah
●2 ulas bawang putih
●1 inci halia
●1 batang serai
CARA-CARA :
✔Gaul-gaulkan ayam yang sudah digoreng tadi bersama lada hitam dan kicap pekat.Perapkan sebentar selama 1/2 jam.
✔Sediakan minyak masak untuk menumis.Tumis rempah 4 sekawan dan bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan cili giling.Tumis lagi hingga pecah minyak.
✔Masukkan sos tiram dan kacau sebati.
Kemudian masukkan ayam.Gaulkan rata-rata.
Masukkan air secukupnya. Kacau dan biarkan ia mendidih seketika.
✔Masukkan pula kicap manis, garam, gula/madu dan air asam jawa. Akhir sekali dimasukkan daun sup. Setelah kuahnya kelihatan pekat, tutupkan api. Masukkan bawang goreng tadi dan gaul-gaulkan.
0 ulasan:
Catat Ulasan