RESEPI AYAM MASAK GULAI TEMPOYAK
Ligan nak sumbat resepi sini jugak sebab nanti dah pindah tempat baru.. dapat dapur baru.. semangat tu lebih nak masak-masak.. hope dapat dapur besar sikti dari sekarang.. mood masak bertambah-tambah.. insyaAllah.. Harraz pun dah start kuat makan.. berselera.. so.. lepas ni kita bulatkan dia..
Massk tempoyak ni hubby tak berapa gemar, hemm rasanya dia tak makan kot kuah tempoyak.. sebab balik kampugn ritu dia tak usik pun.. just makan sambal tempoyak aje TB tengok.. so.. yang ni antara kuah yang TB akan masak kalau hubby outstation la kot.. itu pun kalau tempoyaknya hado.. hahaha
Bahan-bahannya :
● 1/2 ekor ayam kampung muda (potong lima@ikut suka)
● 15 biji cili padi (kisar)
● 2 biji bawang merah (kisar)
● 2 1/2 cm kunyit hidup (kisar)
● 3 batang serai (ketuk)
● 3 sudu makan tempoyak
● Garam secukup rasa
● 2 tangkai daun kesum
● 750ml air
Cara membuatnya :
1.Masukkan bahan-bahan yang dikisar ke dalam periuk bersama tempoyak
2.Selepas itu masukkan air dan serai.Gaul sehingga rata di atas api sederhana sehingga mendidih
3.Masukkan ayam,daun kesum dan garam secukup rasa
4.Masak sehingga mendidih dan pekat.Angkat dan sedia dihidangkan
0 ulasan:
Catat Ulasan