Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

17 Disember 2014

KUEY TEOW KUNGFU





KUEY TEOW KUNGFU


BAHAN A :
👉500 gm kuey teow
👉5 biji telur (dipukul)
👉sedikit tepung jagung
👉minyak utk goreng kuey teow

BAHAN B :
👉100 gm udang basah (buangkan kulit)
👉150 gm ayam (dihiris)
👉1 biji panjang fish cake (potong nipis)
👉3 ulas bawang putih (dicincang)
👉100 gm brokoli
👉100 gm bunga kobis
👉100 gm carrot
👉5 tangkai baby corn
👉3 sudu besar minyak utk menumis
👉2 s/b tepung jagung +1 cawan air (bancuhkan)
👉1 cawan air rebusan ayam
👉2 s/b sos tiram
👉1 s/b lada sulah
👉garam dan sedikit gula

CARA MEMBUAT :Panaskan minyak dan goreng telur dan mee dalam kuantiti sikit (satu portion untuk 1 pinggan) hingga agak garing. Ketepikan.

** Saya pkl telur dan gaul bersama kuey teow dan taburkan sedikit tepung jagung. Panaskan minyak dan goreng kuey teow sehingga agak garing, terbalikkan dan angkat...ketepikan.

Tumis sedikit bawang putih hingga agak garing dan masukkan ayam, udang dan fish cake.
Masukkan air rebusan ayam bersama lada sulah, sos tiram, baby corn dan carrot.

Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung tidak bergentel.

Campurkan brokoli dan bunga kobis.Tutup api dan kacau.

Tuang kuah ke atas kuey teow dan hidangkan. Sedap dimakan panas-panas.



0 ulasan:

Catat Ulasan

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers