Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

31 Julai 2013

Resepi Bingka Ubi Kayu Sedap






Resepi Bingka Ubi Kayu Sedap 


Bahan-bahan:

1 kg ubi kayu (disagat atau boleh juga diblend)
1/2 cawan gula pasir
1/2 sudu teh garam
2 cawan air (air lebih tak ape...sebab nak tapis & buang)
1 cawan santan
sedikit margarine atau butter
beberapa titik pewarna kuning

Cara-caranya:

Sagatkan ubi dan campur dengan 2 cawan air. Kemudian tapiskan, biarkan ubi tu dalam penapis selama lebih kurang 15 minit atau lebih air tapisan dibuang.....tuang perlahan-lahan untuk sagu yang tinggal dilapisan bawah. Campurkan sagu yang liat tu dengan ubi tadi dalam mangkuk.

Masukkan gula, garam, dan beberapa titik pewarna dan dikacau rata. Tuang santan sedikit2 sampai adunan menjadi macam bancuhan jemput2

Sapukan loyang dengan butter dan panaskan oven ke suhu 180 darjah. Tuang adunan ke dalam loyang bersaiz kecil anggaran 8 inci diameter dan sudukan beberapa sudu butter & ditaburkan di atas adunan

Bakar selama 45 minit - 1 jam dalam oven 180 darjah...bergantung pada tahap kerak yang anda suka. Bila dah sejuk....baru cantik dipotong....

0 ulasan:

Catat Ulasan

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers