RESEPI KEK SPAN PANDAN GEBU GEBAS
BAHAN-BAHAN:
Bahan A
◆5 biji kuning telur gred A + 1 biji telur gred A
◆65gm minyak jagung
◆90gm susu segar / santan
◆2 sudu besar pes pandan
◆70gm tepung naik sendiri atau tepung kek
Cara-Cara:
●Kacau telur dengan menggunakan pemukul putar. Masukkan minyak jagung dan kacau lagi.
Masuk susu atau santan dan pes pandan. Kacau seketika.
●Masukkan tepung dan kacau sampai sebati. (Sebelum itu tepung di ayak)
Kalau masih berketul tapis adunan.
Bahan B
◆5 biji putih telur gred A
◆70 gm gula halus/ gula kastor
Cara-cara:
●Pukul telur putih dalam mangkuk bersih dan kering.
●Sambil pukul masukkan gula sedikit demi sedikit
●Pukul sampai jadi meringue yang soft peaks.
●Masukkan 1/3 meringue ke dlm mangkuk kuning telur (bahan A) tadi dan kacau sebati (perlahan-lahan)
●Masukkan pula semua ke dalam baki putih telur tadi.
●Kacau sampai semuanya sebati dan tuang ke dalam loyang 7" yang di lapik dengan baking paper sekelilingnya
●Hentak-hentakkan loyang dulu untuk mengeluarkan udara yang ada dalam adunan.
●Bakar cara waterbath iaitu letak air panas dalam loyang lain selama 1 jam. Pada 30 minit pertama bakar pada suhu 160°, 30 minit terakhir 140°
●Bila kek sudah masak jangan keluarkan terus, renggangkan pintu oven selama 10 minit
●Akhir sekali terbalikkan kek atas redai untuk disejukkan
0 ulasan:
Catat Ulasan