Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

24 Disember 2019

5 Best Restaurants in Kuala Lumpur, Malaysia


5 Best Restaurants in Kuala Lumpur, Malaysia

Ketika TB sedang menaip entri ni, kelihatan hujan renyai-renyai diluar sana, perut pula berkeroncong lapar kerana cuaca hujan yang sejuk ni. Mulalah mencari something yang boleh mengenyangkan perut ini. hehe ..

Apa yang seronoknya di Kuala Lumpur ni tidak susah nak makan yang sedap-sedap, cari je kat Google dah boleh jumpa banyak restoran-restoran yang menyajikan hidangan yang menyelerakan mengikut selera kita..

Disebabkan dah jemu dengan makanan masakan sendiri, TB pun survey lah tempat-tempat makan / restauran yang best-best kat Kuala Lumpur ni.. Banyak sangat restauran yang menyediakan pelbagai pilihan menu makanan yang nampak menyelerakan.. Haaa.. Kat bawah ni TB kongsikan 5 Best Restaurant near me yang boleh korang cuba juga nanti.. 



Grella's

Haa.. bagi korang yang sukakan masakan ala Barat ni, Grella's adalah salah satu restoran terbaik di Kuala Lumpur . Lokasinya tak jauh dari area kediaman TB. Dekat Wangsa Maju je.. dan tidak jauh dari pusat bandar,

Haa.. banyak menu masakan Barat yang boleh korang try dekat Grella's ni, dari burger dan ayam panggang hinggalah ke daging kambing. Terdapat juga Hidangan panggang campuran dengan pilihan daging dan sosej yang menjadi signature dish kepada restauran Grella's yang mesra halal dan 100 % Milik Muslim ini. 

Oh ya, kalau korang nak tahu, Menu makan tengah hari dan makan malam bersama dengan hidangan gaya buffet pun ada disediakan ye... So terserah kepada korang nak pilih yang mana satu..  tepuk dada tanya selera.. =)

Ingat Grellas Wangsa Maju ingat Grills, Burgers and Pastas... hehehe.. Lokasi Grella's ialah di belakang Wangsa Walk Mall (sebelah Bank Islam) . 

Haaa.. jom tengok menu-menu dia pulak.. 

🔥 Crispy Fish Buttered rice dari RM9.90
🔥 Crispy Chicken buttered rice rm10.90
🔥 Crispy Chicken Chop RM10.90
🔥 Fish and Chips RM11.90
🔥 Grilled Lamb Burger RM15.90
🔥 Grilled Chicken RM12.90
🔥 Grilled Chicken and Rice RM14.90
🔥 Oglio Spaghetti RM14.90
🔥 1/4 pound Beef Burger RM13.90

Ada lagi.....
*Grilled Lamb butter rice RM18.90
*Marinated Grilled Lamb Chops RM26.90
*Australian Striploin Steak 250g RM39.90
*Grilled Salmon and Chips RM29.90



Devi’s Corner

Haaa.. Kalau ada yang nak merasa makan dalam daun pisang, korang boleh juga try makan di restoran daun pisang Devi's Corner ni. Di sini pelanggan memesan pilihan makanan yang disajikan atas daun pisang yang besar dan bukannya pinggan. Hidangan India Selatan yang lazat datang dengan tag harga yang berpatutan. Untuk memanfaatkan sepenuhnya pengalaman yang jarang-jarang kita dapati ni (makan dalam daun pisang), alangkah bagusnya kalau makan pun menggunakan tangan.. barulah terasa syahdu nya menyuap.. kan! 

Korang mempunyai pilihan untuk makan di tingkat bawah atau boleh juga makan di tingkat atas yang sepenuhnya berhawa dingin. Daun pisang boleh didapati di tingkat atas yang menarik orang ramai semasa waktu makan tengahari. Servis yang baik dan cepat. Kakitangan memberi perhatian terhadap keperluan pelanggan. 

Oh ya.. Diingatkan, kalau boleh datang lebih awal jika korang berharap untuk meraih meja pada waktu makan tengah hari. Sebab restoran ni memang boleh jadi sesak pada waktu tengahari.. Menu pilihan yang hot disini antaranya Kari dulang, dengan banyak ikan, udang dan makanan laut yang lain. 


Marosh Restaurant

Marosh Restaurant iaitu Restoran gaya Arab di Bukit Bintang ini dibuka telah sejak tahun 2011 dan telah menjadi salah satu tempat utama di ibu negara untuk masakan Timur Tengah. Marosh Restaurant terletak di sepanjang Jalan Bukit Bintang. Popular dengan menu mahalnya iaitu daging panggang dan kebab tetapi apa yang menariknya portion / saiz hidangannya sangat berbaloi..  kuantiti yang besar tau, jadi kalau korang mempunyai perut kecil, silalah berbahagi hidangan korang dengan kawan-kawan yea.. Dikhuatiri tak lalu nak habiskan sorang-sorang.. haha... 

Oh ya disini korang mempunyai banyak pilihan dari pembuka selera, salad, hidangan utama, pencuci mulut dan sebagainya. dan menurut penilaian pelanggan yang pernah datang ke sini rata-rata mengatakan suasana dan lokasi restoran ini bagus dan mereka juga menyukai kualiti perkhidmatan yang sangat baik dimana korang boleh dapat 2 perkara disini iaitu Makanan dan Perkhidmatan Yang Hebat di tempat ini. 




Bakti Woodlands


Haa.. bagi sesiapa yang sukakan hidangan mamak style, kat Kuala Lumpur ni ada satu restoran India terbaik yang korang boleh cuba. Ia Dinilai sebagai salah satu restoran India terbaik di Kuala Lumpur kerana ia menawarkan pelbagai makanan India Utara dan Selatan. haa.. ini dia, Bakti Woodlands iaitu restoran terkenal yang berhampiran Masjid Jamek. 

Menampilkan menu Vegetarian dan Halal, pelanggan boleh memilih antara makanan set, uttapam, thali dan naan. Tetapi kemuncak terbesar adalah harga yang rendah untuk sebahagian besar menu..

Tempat ini tidak kelihatan menarik dari luar, tapi melalui review yang TB baca, ramai sukakan masakan dan hidangan yang ada di restoran ini.. malah memuji layanan dan servis terbaik yang diberikan oleh pelayan-pelayan di restoran ini.


The Ship

Untuk restoran bergaya Barat di Bukit Bintang, The Ship di sepanjang Jalan Sultan Ismail akan memuaskan selera makan untuk stik dan makanan laut. Dengan luaran yang menyerupai lambung kapal dan pedalaman bertema laut, makan di sini menawarkan pengalaman kuliner yang luar biasa. Menurut restoran, mereka menyajikan stik terbaik di Malaysia.





Kapal adalah tema restoran yang hebat. Segala-galanya dibuat dalam gaya kapal, dari pedalaman hingga pakaian pelayan. Lokasi Kapal diletakkan dengan betul di tengah-tengah laut (Kuala Lumpur). Ia adalah satu hasil bina yang rumit dari dalam dan di luar. Restoran ini juga dikatakan menarik kerana Kakitangan semua berpakaian uniform kelasi kapal. 

Makanan yang enak, perkhidmatan yang sangat baik dan harga berpatutan. itulah komen-komen yang TB baca tentang Restoran The Ship ini..

Walauapapun, TB tak pasti ia sesuai untuk golongan muslim atau tak sebab ada terbaca juga disana turut menghidangkan minuman wain.. So, pada pandangan TB mungkin tempat ini hanya sesuai dikunjungi untuk golongan non muslim sahaja..

Ok.. Itu saja setakat ni yang dapat TB kongsikan tentang 5 Restauran yang best di Kuala Lumpur. InsyaAllah kalau ada lagi masa lain TB akan share dengan korang lagi beberapa tempat lain yang patut kita cuba.. 

Haha.. sedang asyik bercerita tentang restoran dan makanan sedap, tak sedar perut dah berkocak-kocak minta diisi makanan.. Cadang nak ajak hubby makan kat luar, pilih antara 5 lokasi restoran yang TB sebut tadi.. Tapi memandangkan malasnya nak keluar time cuaca hujan kat luar tu.. So TB bercadang nak order je online food delivery  ni haaa.. Alaa guna Food Panda tu kan.. Kalau nak bandingkan kos pembelian dan kos pengangkutan kita masa keluar rumah tu lebih kurang sama je.. so tak kisah lah order makanan melalui foodpanda ni kan.. Caj penghantaran yang dikenakan pun berpatutan.. Tunggu je makanan yang kita order tu sampai depan pintu.. hehehehe.. 

lapar dah ni.. Nanti kita sambung lagi yea.. bye.. 

23 ulasan:

  1. ya Allah. sedapnya semua menu makanan tu. terliuq aih ^_^

    BalasPadam
  2. Amboi...sedap-sedap la pula menu 5 best restoran yang dikongsikan. Letak tepi lah sebentar bab diet. Kita makan dulu...

    BalasPadam
  3. KL memang best. Byk tempat makan. Aida d melaka bleh tgk dan telan air liur jer la dgn santapan uills :)
    The Ship tu masa aida kekecik memang kerap gi. Then pindah melaka, no more. Later on, memang ada la teringat abah mak citer, ada serve arak so tak bleh gi dah.

    BalasPadam
  4. Wallaaaa semua menu nampak menarik perhatian. Semua pasti sedap ni. The Ship tu menarik perhatian jugak sebab pelayan pon pakai uniform kelasi kapal rasa cam duk makan dlm kapal la bila ke sana kot hehehe. Tq TB sharing this. Nnt try usha gak laaa jalan2 sana ..

    BalasPadam
  5. Kuala lumpur memang syurga makanan, ada banyak pilihan menu kalau nak makan just tengok waze sahaja, tapi kaedahnya kalau malas drive, benci jalan jem mmg oder online jer...

    BalasPadam
  6. Wah sedap-sedap semua ye makannan nye. Burger tu besar dan meleleh kejunya. laparrrr. Nak order lah dengan Food Panda! Benci tau buat kita terliur.

    BalasPadam
  7. Pagi-pagi buta baca entry TB ni, kebetulan hujan pun jugak. Lapar oohh. Hehehe.

    Antara 5 tu, Grella tu harga makanan dia berpatutan, tak mahal mana.

    Yang last sekali tu, tak pasti ek sesuai untuk muslim atau tak ya TB. So better tak yah g lah.

    Apa ni food panda ku tak pernah order, yang duk guna grab food. Kikiki

    1.47 am 🤗

    BalasPadam
  8. OMG! Nampak pun air liur terliur dah! Sedapppnya dgn portion yang generous! Mouse mommy pun ajak famili pergi makan ni! tq tau!

    BalasPadam
  9. Terliur tgok menu tue..nak2 tgh ujan plak tue, trus prut pn berdangdut..btw hrga mkanan dekt grella tue sgt berpatutan la..next time boleh la nad dan famly dtg untuk cuba makanan kt situ..

    BalasPadam
  10. 3 dari 5 restoran atas ni sis dah masuk. Yang lain nanti nak cuba jugak..:). Tapi la ni kalau x dan nk ke restoran..food panda je jawapannya

    BalasPadam
  11. Thanks for recommendation, I've not tried all of it, I shall put this as a wishlist and start exploring.

    BalasPadam
  12. Devis corner tu biasa dengar n quite femes jgk. Ship tu belom pernah pergi, tgk konsep dia lain mcm

    BalasPadam
  13. So many more that I haven't try... Now my stomach is growling... Hahaha

    BalasPadam
  14. Banyak juga pilihan makanan yang ada ye TB. Semua nampak sedap. Tak oernah lagi makan kat sini

    BalasPadam
  15. Wah banyak sebenarnya tempat.makan kat kl. Semua nampak best2 dan sedap. Bolehlah cuba nanti

    BalasPadam
  16. Kebanyakan restoran tu Qiss tak pernah pergi. Tapi tahu juga restoran-restoran tu. Sekarang kalau kat pejabat memang Qiss order guna foodpanda je.

    BalasPadam
  17. sedap2 yer semua makanan. kat KL memang best,macam2 makanan ada, sekarang nak makan sedap2 kalau malas g kedai, order online lagi senang

    BalasPadam
  18. Okayh nanti boleh terjah, semua nampak menyelerakan

    BalasPadam
  19. Terima kasih share. Bolehlah nnti saya terjah tempat2 makan best ni. Jadi lapar pulak walaupun baru lepas makan hehe :)

    BalasPadam
  20. Thanks for the list! Dalam semua ni The Ship je pernah pergi, lain semua 1st time dengar. Boleh la nak try gak nanti.

    BalasPadam
  21. the ship tu lama giler la. rasanya dari saya kecik dulu mmg dah ada

    BalasPadam
  22. The ship dekat Penang ada gak.. Tapi x pernah try lagi.. Huhuhu.. Nak kena try gak sekali

    BalasPadam
  23. Sedap sedap belaka.. tak tahu nk pilih dh kalau mcm ni haha

    BalasPadam

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers