BERSANGKA BAIK DENGAN TUHAN
BY SYIRA LOKMAN - MUST READ
Sebagai mukmin yang mempunyai jiwa yang sentiasa bergantung harap dengan Allah pastinya sentiasa yakin bahawa setiap langkah dalam kehidupan ini serta setiap hirupan nafas kehidupan kita ini sentiasa di isi dengan keyakinan yang teguh akan ketentuan Allah.
Namun ada juga segelintir dari kita yang berasa tidak yakin dan berasa Allah tidak adil kepada kehidupannya... Apabila hajat tidak ditunaikan, dia mula berasa seperti Allah tidak mahu membantunya, Allah tidak menyebelahinya dan dia berasa Allah tidak adil ..
Dunia ini tidak adil, ada sahaja duka yang menjenguk, ada sahaja sakit yang dirasai, ada sahaja dugaan yang menimpa, mengapa aku sahaja yang kena?, mengapa hidup mereka sungguh sempurna?
Bersangka baik dengan Tuhan tidak mudah, tetapi mencuba bersangka baik juga tidaklah terlalu susah.
Di setiap ujian kita bencikan, dalam setiap sabar yang kita wujudkan, ada kebaikan yang Allah SWT kurniakan. Ada jalan yang Allah SWT mahu tunjukkan.
Di setiap kegelapan yang kita rasa akan hilang seglanya, sebenarnya ada harapan yang akan menyinari kembali hari-hari kita.
Jadi bersangka baiklah dengan Tuhan, keran Tuhan tidak pernah kejam. Dia pasti mendengar.
Haaa.. Bagi yang termasuk dalam golongan segelintir diatas, TB nak syorkan korang baca buku yang bertajuk "Bersangka Baik Dengan Tuhan" ini yang ditulis oleh rakan Blogger kami iaitu Syira Lokman iaitu penulis Buku Motivasi yang semakin mendapat tempat di pasaran penulisan buku motivasi.
Buku Bersangka Baik Dengan Tuhan ini adalah merupakan buku motivasi yang ketiga Syira Lokman. Sebelum ni, buku motivasi Syira iaitu Serenity dan Fragile terjual ribuan naskhah dan pernah memasuki carta laku keras serta best seller di POPULAR & MPH.
Bersangka Baik dengan Tuhan merupakan buku untuk mengimbas kembali segala prasangka buruk yang mengisi ruang hati.
Mungkin ada persoalan yang sering memakan diri. Mungkin juga ada jawapan yang belum kita temui hingga hari ini. Buku ini tentang harapan bahawa kita ini hamba yang bertuhan. Semoga buku ini membuka mata tentang kebaikan Allah yang Maha Esa.
MERASAKAN DIRI TERMASUK DALAM GOLONGAN "SEGELINTIR" ITU JUGA
Setelah membaca setiap helaian demi helaian, TB merasakan TB juga termasuk dalam segelintir mereka yang kadangkala bersangka buruk dengan Allah.. Yea.. Contohnya tentang jodoh.. TB selalu mengeluh berasa kecewa dengan jodoh yang tidak kesampaian, ketika itu TB merasakan Allah tidak adil kerana tidak mahu membantu TB untuk mempercepatkan jodoh TB, sehingga TB terpaksa menunggu begitu lama untuk mendapatkan pasangan yang sesuai. Setelah dapat jodoh, lambat pula timang cahaya mata, sekali lagi TB berfikir yang Allah sengaja beri dugaan lagi buat TB, dan TB pernah terfikir berasa kecewa dengan ujian yang Allah beri ketika itu..
PEGANG KATA-KATA "SETIAP YANG TERJADI ADA HIKMAHNYA"
Namun setelah lama kelamaan baru TB nampak hikmah disebalik apa yang terjadi.. dan TB berasa bersyukur dengan apa yang Allah dah tetapkan dalam kehidupan TB.. Setiap yang terjadi itu ada sebab nya.. ada hikmahnya yang sengaja Allah taknak tunjuk lagi kepada kita.. Maka set lah dalam diri kita, walau apa jua ujian atau musibah yang melanda pastinya ada hikmahnya yang kita akan nampak dikemudian hari.. Dan ketika itu kita akan berasa bersyukur dan merasakan itulah yang terbaik untuk kita..
Bagi TB, kita sebagai Umat Islam hendaklah sentiasa bersangka baik dengan Allah SWT dalam segala urusan dan keadaan, maka Allah SWT akan melimpahkan kebaikan yang banyak, kurniaan, kelebihan serta pelbagai pemberian.
Dan TB pernah terbaca kata-kata yang buat TB sentiasa redha dengan setiap dugaan yang TB tempuhi, antaranya ialah :
Orang yang beriman hendaklah meyakini setiap perkara yang berlaku ke atas dirinya sama ada baik atau buruk, semuanya telah ditentukan oleh Allah SWT sejak azali lagi
Apabila kita diberi nikmat rezeki, maka hendaklah sentiasa berfikir dan bermuhasabah diri, apakah hikmah di sebalik ujian rezeki yang Allah SWT kurniakan ini. Janganlah lupa bersyukur kepada-Nya dengan cara membayar zakat dan bersedekah.
Begitu juga sebaliknya, jika ditimpa masalah dan musibah, hendaklah kita yakin bahawa di sebalik musibah itu ada hikmahnya tersendiri. Justeru, hendaklah kita bersifat reda kepada ketetapan Allah SWT.
Jika kita berdoa kepada Allah SWT, maka hendaklah bersangka baik jika hajat tidak dimakbulkan. Mungkin Allah SWT mahu memberi yang lebih baik daripada apa yang kita minta. Doa adalah ibadah zikir yang Allah SWT suka.
Bersangka baik kepada Allah SWT dapat dilakukan dengan dua sikap iaitu:
-Bersyukur atas semua nikmat yang telah diberikan-Nya.
-Bersabar atas semua dugaan dan ujian-Nya.
Dan Sentiasa Ingat bahawa Allah SWT tidak akan membebani seseorang diluar batas kemampuannya.
Untuk melihat lebih banyak review tentang buku Bersangka Baik dengan Tuhan jom follow ig @syira_lokman
Haa.. dibawah ni TB kongsikan sedikit petikan-petikan dari Buku Motivasi Bersangka Baik Dengan Tuhan untuk tatapan kalian semua..
Korang pasti teruja nak dapatkan buku ni nanti sebab setiap helaian buku ni dihiasi dengan corak dan tulisan yang menarik, mempunyai muka surat yang berwarna warni.. dan kata-kata motivasi yang sangat bermakna..
🌻Tajuk :
Bersangka Baik dengan Tuhan.
Bersangka Baik dengan Tuhan.
🌻Harga :
RM23 (Semenanjung), RM26 (Sabah, Sarawak).
RM23 (Semenanjung), RM26 (Sabah, Sarawak).
🌻Boleh didapati di :
POPULAR, MPH dan semua rangkaian kedai buku seluruh Malaysia.
POPULAR, MPH dan semua rangkaian kedai buku seluruh Malaysia.
🌻Belian online :
Melalui laman web rasmi Must Read atau whatsapp je 011-11727476.
Melalui laman web rasmi Must Read atau whatsapp je 011-11727476.
zaza pun dah baca buku ni.. tinggal sikit lagi nak habiskan..penulisan syira mmg terbaik dan segala masalah tu mmg kena dgn diri
BalasPadamokay nanti nak beli dan bacalah lepas ni. tapi dkt rumah pun dh banyak buku tak terbaca hehe :)
BalasPadamsaya suka buku genre positif mcm ni. Tuhan adalah seperti yang hambaNya sangkakan. Jadi, kenalah selalu bersangka baik, dan anggap Allah lebih tau apa yang terbaik untuk hambaNya
BalasPadamMemang kena cari buku ni, sebabnya Sis memang suka baca buku begini..bukannya apa, untuk motivasi diri sendiri...kadang tu Sis kongsi di blog...thank you tau share,.
BalasPadamI believe in God too! Its good to read a book when free time. Thanks for sharing this
BalasPadamBersangka baik dengan Allah bukan mudah, sebab kita manusia yang penuh dengan prasangka. Tertanya² dan menyoalkan apa yang terjadi dan tiap kali di uji.
BalasPadamSekurang² nya kita mencuba bersangka baik dgn pencipta kita. Bersabar. Bersyukur dan muhasabah diri sendiri, insyaAllah hati lebih tenang untuk menerima apa jua yang ditentukan oleh NYA.
Ruby pun suka baca buku motivasi begini TB.
Tengok apa yang TB kongsikan mengenai buku ni, menarik isi dia. Santai. Tulisan ada campur² warna.
Nanti nak beli jugaklah. Tq TB share cara nak beli. Mudahkan untuk yang nk mencari juga.
☺️
Baguslah buku no. Pengisian dia bernas. Nanti nak carila. Baca time santai blh memotivasikan diri
BalasPadamMoga kita terus bersangka baik dengan semua perancangan Allah swt. Ada masanya memang terasa seperti diri ditinggalkan tetapi bila solat, alhamdulilah makin dekat padaNga
BalasPadamBagus la ada buku2 mcm ni.. Nak kena cari jugak la. Kdg2 selalu bersangka buruk dengan ketentuan Allah. Semoga lebih positif lepas baca buku ni
BalasPadamNak cari juga buku ni nanti. Teringin nak baca. Kadang-kadang kita merungut sedangkan apa yang ada hari ni ialah doa kita terdahulu kan.
BalasPadamNak beli la buku ni sebab buku2 camni mmg akan bg kte kesedaran. Betul! Bersangka baiklah dgn Allah sbb Allah adalah mengikut sangkaan hamba2Nya
BalasPadamda baca review ni, tertarik hati plak.. nak cari la buku.. harap masih ada stok bahagian sabah... #newblogger #cikimahmai.blogspot.com
BalasPadam