ALHAMDULILLAH..
ANAK MAMA DAH 1 MONTH..
Throwback... 5.3.2020 (Khamis malam Jumaat jam 11.33 pm) Masa Ni Kaki Comel Ni Berumur 1 hari ... Alhamdulillah syukur kepada Allah.. Hari Ni Anak Mama dah 1 Month! Mama Simpan Sini Pic Pertama Hari 1st Anak Mama Lahir Ke Dunia.. Dan Mama Tepek Sekali Doa2 Yang Mama Hadiahkan Untuk Anak Mama di hari bahagia anak mama lahir.. .
DOA UNTUK ANAK MAMA... .
Wa innî u’îdzu bika wadzurriyyatahâ minasysyaithânir rajîm
“Aku memohon perlindungan untuknya serta anak-anak keturunannya kepada (pemeliharaan) Engkau daripada syaitan yang terkutuk.”
Allâhummaj’alhu bârran taqiyyan rasyîdan wa-anbit-hu fil islâmi nabâtan hasanan
“Ya Allah, jadikanlah ia (bayi) orang yang baik, bertakwa, dan cerdas. Tumbuhkanlah ia dalam islam dengan pertumbuhan yang baik.”
A’ûdzu bikalimatiLlâhi at-tâmmati min kulli syaithânin wa hâmmatin wamin kulli ‘ainin lâmmatin
“Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah dari segala syaitan, kesusahan, dan pandangan yang jahat.”
اجْعَلْ هَذَا الْبَلَدَ آمِنًا وَاجْنُبْنِي وَبَنِيَّ أَن نَّعْبُدَ الأَصْنَامَ
“Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini (Mekah), negeri yang aman, dan jauhkanlah aku beserta anak cucuku daripada menyembah berhala-berhala.”
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء
“Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat. Ya Tuhan Kami, perkenankanlah doaku.”
اللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ، وَبَارِكْ لَهُ فِيمَا أَعْطَيْتَهُ
“Ya Allah, perbanyaklah harta dan anaknya, serta berkahilah apa yang engkau kurniakan padanya.”
Pesanan : Mendoakan anak sama dengan mendidik anak agar menjadi orang yang memiliki masa depan yang cerah di dunia mahupun akhirat. Banyak keutamaan ketika kita berusaha mendidik anak mengikut syariat Islam.
Comelnya kaki. Semoga membesar dengan baik & berbakti pada ibu bapa.
BalasPadamAlhamdulillah tahniah dan selamat berpantang. moga anak menjadi anak yang soleh solehah. aamiin.
BalasPadamTahniah TB. Sis pun baca dan aminkan doa2 tu semua. Harap menjadi anak yg soleh solehah..Amin.
BalasPadamTahniah Tb. Comelnye kaki dia tu. Semoga menjadi anak yang soleh solehah.selamat berpantang.
BalasPadamAlhamdullilah dan Tahniah...pasti seronok kan selepas melahirkan cuna yg tak best masa dalam pantang... tak tahan saya haha
BalasPadamwah. dlm tempoh berpantang la ni ye. moga sihat sihat je ye, TB.
BalasPadamselamat berpantang.
sedap nyer cium newborn baby. harum nyer lain mcm :)
Alhamdulillah tahniah TB. Sekejap saja baby dah sebulan ya. Tak sangka pulak kita lahirkan baby 2020. Tak lama saja lagikan nak habis pantang.
BalasPadamLaaa dah sebulan ek...Tahnoab TB..moga sihat keduanya dan selamat menjalni seisi berpantang...jaga diri dan jaga pemakanan ya...jangan lupa ikat bengkung tu ketat-ketat tau! Kang banyak lemak PM tepi hehehehe
BalasPadamYeaaayy.. Baby girl dah sebulan. X lama lagi dia banyak jaga. Boleh sEmbang dengan mama dah..
BalasPadamTahniah TB..moga anaknya menjadi anak yg soleh dn mendengar kata ibu bapa. Pantang sampai habis tau :)
BalasPadamAlhamdulillah... tahniah TB... semoga baby comel menjadi anak yang solehah, menjadi penyejuk mata dan hati ibu ayah... take care naaaa sepanjang tempoh berpantang ni TB...
BalasPadamAlhamdulillah..tahniah..tengok kaki dia pun boleh geram..mesti comel kan :)
BalasPadamwahh tahniah sis baby girl baru...take care ye berpantang dalam tempoh PKP ni... semoga sihat2 ibu dan anaknya...
BalasPadamAmeeen moga nak membesar menjadi anak yang patuh, taat pd Allah dan Rasul dan sentiasa dalam rahmatNya
BalasPadamAlahai.. comeynya... awa kasih 1st day dulu gmbr jari hehe... semua tempat nk amik gmbr kalau boleh.. :D
BalasPadam