Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

23 Oktober 2020

Inilah Makanan Dan Tempat Makan Best di Cyberjaya Malaysia

Makanan Dan Tempat Makan Best


Inilah Makanan Dan Tempat Makan Best di Cyberjaya Malaysia

Cyberjaya adalah sebuah bandar dengan taman sains sebagai teras yang menjadi bahagian utama Koridor Raya Multimedia di Malaysia. Ia terletak di Daerah Sepang, Selangor. Cyberjaya dikembangkan bersama dengan Putrajaya, pusat pemerintahan baru Malaysia dan bandar ini semakin hari semakin padat dan tak hanya itu, ia juga terkenal sebagai salah satu tempat santai dengan makanan yang best-best!

Terdapat banyak pilihan makanan dan tempat makan di Cyberjaya ini. Bagi yang belum biasa dengan tempat ini, di sini akan dikongsikan beberapa cadangan makanan dan tempat makan yang boleh dikunjungi. Cadangan ini berdasarkan kepada review para pengunjungnya dan semoga ianya bermanfaat.


1. Ayam Goreng @ Mad Ayam Kampung

Makanan Dan Tempat Makan Best


Nak datang sini, kena datang awal sebab Mad Ayam Kampung ini memang sangat ramai orang yang ingin menikmatinya sampaikan sanggup beratur panjang dan menunggu dalam waktu yang lama. Kalau lambat, silap haribulan nak tempat duduk untuk makan pun susah!

Kenapa ramai orang suka datang ke sini, jawapannya adalah kerana ayam kampung goreng mereka yang rangup dan sedap amat. Makan pula dengan nasi putih, sambal belacan dan ulam, memang padu dan menyelerakan.

Tempat makan ini juga sangat sesuai untuk datang bersama keluarga untuk makan beramai-ramai. Harga mengikut lauk yang di ambil dan bila difikir-fikir, berdasarkan ekonomi semasa dan kedudukan Cyberjaya ini, Mad Ayam Kampung harganya masih sangat berpatutan dan berbaloi. Dari segi rasa, sudah semestinya sedap dan tiada keraguan.



2. Roti Canai @ Restoran Alef Maju, Shaftsbury Square


Makanan Dan Tempat Makan Best



Hari yang bagus dimulakan dengan menu sarapan. Suka ataupun tidak, sarapan sangat penting dan ianya akan terasa lebih bermakna jika dapat menikmati menu sarapan yang sedap!

Antara sarapan yang sering dinikmati rakyat Malaysia, sudah semestinya adalah roti canai. Lagi-lagi bila dapat makan bersama teh tarik manis yang masih lagi panas. Untuk menu roti canai, Restoran Alef Maju, Shaftsbury Square tidak mengecewakan. Rotinya lembut dan rangup serta kuahnya juga sangat pekat dan sedap. Setakat makan sekeping je memang tak rasa cukup.


3. Nasi Kukus Famosa @ CBD Perdana 2

Makanan Dan Tempat Makan Best


Jika nak lari sedikit dari nasi biasa, boleh cuba nasi kukus, Nasi Kukus Famosa ini turut mendapat review bagus yang agak banyak dan harga yang ditawarkan juga adalah sangat premium. Salah satu menu yang menjadi pilihan ramai di sini adalah ayam dara goreng berempah. Ada juga lauk pauk lain dan harga akan di kira berdasarkan menu makanan yang di ambil.



4. Mutton Noodles @ Salam Noodles, CBD Perdana 2

Makanan Dan Tempat Makan Best


Suka makan mee? Jika suma makan mee dan suka gaya minuman yang boleh diisi semula, Salam Noodles, CBD Perdana 2 ini adalah salah satu daripada tempat makan yang menawarkan harga yang agak murah.


Tak dinafikan ada di antara kita yang kurang gemar dengan makanan seperti ini sebab lebih suka pada menu nasi, tapi sesekali berubah selera apa salahnya. Jika ingin nikmati mee dengan style masakan yang lain juga ada, terpulanglah pada citarasa masing-masing.



5. Nasi Ayam Mandi @ Saba Restaurant

Makanan Dan Tempat Makan Best


Jika ada singgah untuk bersantai di DPulze Shopping Center, lepas habis tengok wayang contohnya, kalau sudah terasa lapar dan nak nikmati makan malam yang unik, apa kata untuk singgah ke Saba Restaurant yang berdepan dengan pusat beli belah Dpulze tersebut.


Di sini menyediakan menu makanan Yemen dan amat terkenal dengan hidangan nasi ayam mandi dan nasi kambing kabsah. Jumlah setiap menu juga agak banyak hingga menyebabkan terasa kenyang! Kiranya berbaloilah dengan apa yang di bayar. Jika terasa nak makan yang lebih ringan, boleh cuba menu chicken kebab sandwich yang juga tidak mengecewakan.


6. Lauk Kampung @ Tamarind Square


Makanan Dan Tempat Makan Best


Lihatlah sendiri antara aneka menu yang ada, sesuai dengan namanya Restoran Lauk Kampung, bermacam makanan masakan gaya kampung ada di sini. Jika dah lama tak balik kampung dan terasa rindu dengan masakan emak, boleh singgah di sini buat menikmati makanan yang ada.


Di sini masakan ala minang dan semua lauk pauknya boleh dikatakan mudah untuk diterima oleh pelbagai golongan usia. Rata rata mengatakan makanan di sini memang sedap dengan tawaran harga yang agak berpatutan.


Selain dari lauk pauk makanan kampung, mereka juga ada pesanan ala carte seperti makanan jenis bergoreng. Jadi jika terasa nak makan nasi goreng kampung dan sebagainya, semua ada di sini siap untuk dipesan sama ada untuk makan terus atau bawa balik untuk makan di rumah.



7. Shabu Shabu @ Volcano Shabu Shabu


Makanan Dan Tempat Makan Best


Asyik makan menu makanan melayu je, sesekali makan menu makanan Jepun pun seronok juga. Dan kalau nak tahu Jepun amat terkenal dengan menu Shabu Shabu, yakni hirisan daging yang dimakan panas-panas. Untuk nikmati Shabu Shabu halal tanpa was-was boleh kunjungi ke Volcano Shabu Shabu yang sememangnya terletak di area Cyberjaya.


Saiz hidangannya juga agak besar dengan harga yang tidak terlalu mencekik darah. Kebanyakan gaya masakan Jepun adalah steamboat dan grill maka untuk yang pentingkan gaya makan cara sihat, inilah tempatnya.


Bahan yang digunakan juga sangat segar dan berkualiti dengan suasana tempat makan yang tenang berserta layanan pekerjanya yang sangat mesra pelanggan. Aneka sup pilihan untuk dijadikan base steamboat juga ada untuk menepati citarasa masing-masing. Jangan lupa juga untuk mencuba aneka menu pencuci mulutnya yang juga turut ada alemen Jepun padanya.


Baru tiba di Cyberjaya? Tak tahu mana nak cari restoran ni semua? Atau mungkin memang menetap di kawasan Cyberjaya tetapi mahu terus berada di rumah lepas penat berkerja?


Tak nak keluar dari rumah pun tak apa, boleh terus berehat-rehat sambil bersama yang tersayang dan bila sudah lapar, order saja guna servis online food delivery dari Foodpanda.


Makanan Dan Tempat Makan Best


Dengan cara begini, diri sendiri tak perlu bersusah payah dan masa cuti dan bersantai yang ada boleh terus dinikmati sebarang gangguan. Mudah betul dengan adanya servis pemesanan dan penghantaran makanan seperti Foodpanda ini.


15 ulasan:

  1. rasanya dana baru sekali sampai ke cyberjaya heheehhe, itupun sebab ada kenduri kat sana

    BalasPadam
  2. volcano tu memang tempat fav. sejak covid ni je tak pi. huhu. 1 lagi kalau nasi arab biasa akan pi safa, sedap dan lagi murah dari saba. sebelah saba je safa tu hehe

    BalasPadam
  3. Ohh Foodpanda artikel. Beria akak cari gambar TB makan. Hahaha. Sekarang ni waktu PKPB memang order je paling mudah. Kalau berdekatan Cyberjaya bleh la order semua food tu. Nampak menarik. Hehehe. Ruby ampang area suka order Pasta Panas. Sedap giler kakk.

    BalasPadam
  4. Di Kuantan pun ada juga cawangan Restoran Saba. Kalau teringin makan nasi arab, memang makan situ lah

    BalasPadam
  5. Waaa Shabu-Shabu tu halal ek..bukan senang nak dapat yang halal, biasa non halal kalau kat Johor ni... bolehlah mencubanya nanti kalau ke Cyberjaya

    BalasPadam
  6. lama betul dah ktak ke cyberjaya. dulu masa lpas study selalu lepak situ sbb ada kawan. sekarang masing2 dh bawa hala tuju sendiri.

    BalasPadam
  7. ayoyoyo amma appa ...semua best dahlah dekat jer dengan rumah ...rasanya time2 camni masih boleh jer pergi tapi kena ikut SOP kena jaga jarak ...tapi takperlah janji masih boleh pergi makan kat luar untuk support ...paling teruja nak cuba Mad Ayam Kampung tu haaaa , nampak sedappp sangatt

    BalasPadam
  8. Wehhh apa ni dok tayang makanan semua sedap ni. Dah la sis kuat makan, buksn boleh tgk yg sedap2 review best ni. Tggu hbs pkpb i sampai sana. InshaaAllah

    BalasPadam
  9. Shabu shabu best.. Rindu nya nak makan kat sana.. Last time kje kat putrajaya tu yang selalu makan kat sana.. Angkut semua budak opis ..

    BalasPadam
  10. eii dah lama tak foodhunting dengan member rindu nak lepak area cyberjaya cari makan

    BalasPadam
  11. wow all the restaurants that you picked looks so good! thanks for sharing this!

    BalasPadam
  12. Wahhh, best ni. Selalu juga ke Cyber. Nanti bolehlah singgah.

    BalasPadam
  13. Volcano Shabu Shabu tue macam menarik jer... Weekend tanpa PKPB nanti nak pergi la... 🤭 Thanks for sharing this list ya 🙏

    BalasPadam
  14. Betul bukan orang tempat sahaja kata tapi orang luar negara juga mengiktiraf makanan Malaysia sebagai makan paling sedap didunia lah best gilerrrrr kita bangga jadi orang Malaysia...

    BalasPadam
  15. Tak pernah makan kat cyberjaya. Tapi semua menu tu nampak menarik. Untung lah sape berdekatan order dengan foodpanda je masa pandemic ni.

    BalasPadam

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers