Safer Optics Anti-Blue Light Eyewear
Untuk Anak-Anak Yang Suka Gajet
Kalau pergi klinik ke atau mana-mana tempat diluar, mesti TB perasan ramai sangat anak-anak yang leka dengan gajet, sememangnya zaman sekarang ni dah jadi kebiasaannya anak-anak bermain dengan gajet untuk memenuhi masa lapang mahupun ketika berada diluar.
Ada kebaikan disebalik gajet ni namun keburukan pun ada juga yea.. salah satu kebaikannya.. anak-anak dari tidak tahu apa-apa boleh menjadi bijak dan pandai. contohnya belajar mengenal huruf di internet, belajar cara mengeja di Youtube, semuanya boleh buat anak-anak bijak dari awal.. Namun kena juga pandang dari sudut keburukannya..
Kalau anak terlalu aktif sangat dengan gajet dan berada terlalu lama didepan screen handphone atau gajet, anak-anak pasti akan mengalami masalah mata kering, kepeningan dan paling dirisaukan mata rosak sebab terdedah dengan sinaran dari screen gajet itu sendiri..
Kalau anak terlalu aktif sangat dengan gajet dan berada terlalu lama didepan screen handphone atau gajet, anak-anak pasti akan mengalami masalah mata kering, kepeningan dan paling dirisaukan mata rosak sebab terdedah dengan sinaran dari screen gajet itu sendiri..
Ada juga budak yang selalu bermain dengan gajet ni mengalami masalah susah nak tidur, mata mengantuk tetapi susah nak lelap mata... ini juga salah satu gejala dan petanda kanak-kanak itu terlalu terdedah dengan gajet begitu lama..
So, TB cuba elakkan anak-anak TB dari bermain dengan gajet / handphone .. Namun .. iyelah.. masa baby boleh lah kita nak aturkan dan elakkan.. Tapi bila dah semakin besar kadang tak terkawal juga..
So, TB cuba elakkan anak-anak TB dari bermain dengan gajet / handphone .. Namun .. iyelah.. masa baby boleh lah kita nak aturkan dan elakkan.. Tapi bila dah semakin besar kadang tak terkawal juga..
Macam Harraz ni, baru-baru ni TB ada beli toys brick game yang juga mempunyai screen berwarna yang seakan-akan handphone tu.. So, TB risau harraz terlalu terdedah lama dengan brick game tu.. so TB control time dia bermain gajet. Kalau ikutkan TB memang tak bagi dia bermain gajet/handphone walaupun untuk lihat video for education learning.. sebab TB risaukan cahaya pada handphone tu boleh membahayakan mata.. Yelah... pastinya mana-mana ibu bapa pun taknak anak menghadapi masalah mata / rabun pada usia yang awal gini kan.. even dah dewasa pun kalau boleh kita nak anak-anak bebas bercermin mata..
Haa.. yang ni lah TB nak cerita dalam entri kali ni.. Cermin mata kanak-kanak dari Safer Optics
Safer Optics? Jom kenali Apa itu Safer Optics
Apa itu Safer Optics yea? Haa.. bagi yang belum tahu tu.. Safer Optics ni ialah pengeluar Cermin mata yang boleh sekat cahaya sinar biru berbahaya dari skrin dan peranti digital. Jom baca lagi info tentang SaferOptics Eyewear ni.. Safer Optics adalah yang pertama di Malaysia dengan kanta keselamatan cahaya biru
SaferOptics melindungi mata dari paparan cahaya sinar biru yang dipancarkan dalam jumlah yang banyak dari skrin paparan pelbagai alat teknologi moden seperti komputer, komputer riba, tablet, dan telefon bimbit.
Lensa SaferOptics UV 420 menyekat Cahaya Biru Tenaga Tinggi yang berbahaya antara panjang gelombang 380 hingga 445nm - bukan sahaja mengurangkan penyerakan cahaya dan meningkatkan kontras, tetapi juga meningkatkan keselesaan dan mengurangkan ketegangan mata digital.
Terlalu banyak cahaya biru pada waktu malam mengganggu kitaran bangun tidur anak-anak, menyebabkan kesukaran untuk tidur dan keletihan pada waktu siang. Perlindungan cahaya biru SaferOptics mendorong tidur yang lebih sihat dan berkualiti pada kanak-kanak.
Apa itu Cahaya Biru / Blue Light ?
Cahaya biru dipancarkan pada jumlah yang banyak dari skrin digital. Cahaya Terlihat Tenaga Tinggi ini (antara panjang gelombang 400-420 nm) melewati kornea dan sampai ke retina. Pendedahan cahaya biru yang terlalu banyak boleh merosakkan sel sensitif cahaya di retina. Selain itu juga Cahaya biru dari peranti digital mengurangkan kontras, menyebabkan ketegangan mata, keletihan, mata kering, penglihatan kabur dan sakit kepala.
Lensa cahaya biru SaferOptics membantu melindungi mata kita dengan menyekat dan menyaring cahaya biru berbahaya ini. Teknologi UV 420 Premium Blue Cut direka khas untuk menyekat sinar tenaga yang lebih tinggi sambil mengekalkan kejelasan lensa. Mengurangkan masalah mata kering, meningkatkan tabiat tidur yang baik dan mencegah masalah berkaitan mata.
Setelah TB dah lihat Harraz guna Cermin mata SaferOptics ni selama sebulan, TB dapat merasakan yang Safer Optics ni memang bagus kerana ia :
- Membantu melindungi mata daripada ketegangan akibat penggunaan gajet dalam tempoh yang lama
- Membantu kurangkan kekeringan mata
- Mempunyai penghalang UV + coating untuk sinar biru
- Bingkai fleksibel dan ringan - tidak mudah rosak kalau terpijak dan sebagainya
- Banyak pilihan warna dan bentuk yang menarik dan ceria
- Selamat untuk kanak-kanak
- Kanta tanpa preskripsi
Dan paling best, ia ada waranti selama 1 tahun. Oh, ya! Harga asal cermin mata ni RM88 tapi sekarang ada sale. Jadi RM75 je. dah jimat disitu kan!
Ada 3 pilihan variasi kanta yang ditawarkan iaitu Basic Blue Coat , 420 PC Safety dan 420 Blue Coat dengan tambahan RM30.
Setelah buat pilihan yang mana Harraz suka, terus masuk chart dan checkout. Total untuk cermin mata Harraz ialah RM75+RM30=RM105. dan suka juga TB nak bagi tahu yang Pembelian RM100 ke atas di website Safer Optics secara automatik dapat penghantaran percuma. Yeahh jimat lagi!
Dah order tu tunggu lah barang sampai yea.. Harraz pun tak sabar nak tengok cermin mata dia tu..
Tadaaa.. dah sampai.. dan harraz memang excited sangat nak buka sebab tengok plastik bercorak Dinosaur kegemaran dia ni.. comel kan!
Setelah dibuka plastiknya.. inilah dia barang-barang yang ada didalam plastik parcel tu.. comel-comel belaka kan! sukanya Harraz masa buka parcel ni..
Apa yang menariknya, dengan pembelian cermin mata dari Safer Optics kita akan dapat percuma candy-sized travel wipes dari Bare Nuhcessities. Cuma rendam sekejap dalam air dan ianya boleh digunakan sebagai pengelap cermin mata dan juga untuk kegunaan lain.
Ada freegift sticker comel-comel juga tau. Anak-anak tentu gembira bila dapat parcel dari Safer Optics.
Disertakan Lampu kecil untuk uji sinaran cahaya biru tu ..
Nantikan video TBN share di IG nanti cara TB uji sinaran blue light tu pada cermin mata ni..
Haa.. dibawah ni TB share sekali carta untuk korang membezakan ciri-ciri cermin mata yang ada dijual di Safer Optics ni, Ada 3 pilihan yang korang boleh pilih.. Ada basic Blue Coat, 420 Blue Coat dan 420 PC Safety .. TB pilih 420 Blue Coat untuk Harraz sebab yang ni ada Lapisan biru anti-reflektif, perlindungan cahaya UV dan Tenaga Tinggi (HEVL) hingga panjang gelombang 420 nm, sifat lensa penyekat biru terkini tanpa warna / warna kekuningan. Lensa 420 Blue Coat juga dilengkapi dengan jaminan 1 tahun terhadap kerosakan pembuatan.
Ada 3 jenis pilihan yang boleh korang beli.. dan yang terbaru dikeluarkan ialah 420 PC Safety. Korang boleh baca lebih info tentangnya dibawah ini yea..
Basic vs Blue Coat vs 420 PC Safety
Basic Blue Coat Lenses
( Kanta Lapisan Biru Asas )
Semua cermin mata SaferOptics dilengkapi dengan sepasang kanta cahaya anti-biru asas tanpa kuasa. Ciri-ciri lensa: Lapisan biru anti-reflektif, perlindungan UV400 dengan sifat lensa penyekat biru yang kelihatan sedikit kekuningan.
420 Blue Coat Lenses (Latest Generation)
( 420 Lensa Lapisan Biru - Generasi Terkini )
420 Blue Cut boleh didapati sebagai peningkatan (+ RM30 sepasang). Ciri-ciri lensa: Lapisan biru anti-reflektif, perlindungan cahaya UV dan Tenaga Tinggi (HEVL) hingga panjang gelombang 420 nm, sifat lensa penyekat biru terkini tanpa warna / warna kekuningan. Lensa 420 Blue Coat kami dilengkapi dengan jaminan 1 tahun terhadap kerosakan pembuatan.
dan paling latest ialah :
420 PC Safety
Ciri-ciri lapisan premium Blue Cut 420 yang sama, dibuat dengan bahan lensa keselamatan Anti-Break, Shatter-Proof dan Unbreakable. FDA diperakui untuk Ketahanan Kesan Tinggi. Pilihan lensa keselamatan utama untuk melindungi mata bagi anak-anak yang aktif (bahkan kanak-kanak besar).
Yang Harraz punya ni TB belikan kaler Biru sebab Harraz yang pilih sendiri.. hehehe.. sejak akhir-akhirnya semua barang yang TB nak belikan untuk dia, bila ditanya nak warna apa, Harraz akan pilih Biru.. Bila tunjuk warna lain dia tetap bertegas nak biru jugak.. hehehe.. saja TB menyakat dia, tunjuk warna PINK terus harraz cakap.. Pink adik punyalah! hahahaha.. adoi.. Asal pink je adik punya kan!
Oh ya.. kalau ada yang berminat nak dapatkan serupa macam Harraz pakai ni.. boleh la klik link kat bawah ni yea.. tak payah susah-susah cari dah..
Ciri-ciri design yang TB suka tentang Kids Oval - Pool Party ni ialah sebab ia ada bentuk yang bukan bulat dan bukan petak.. tapi Oval.. dia ada bentuk trendy gitu.. ada style .. nak pulak kaler biru nya yang menyerlahkan lagi si pemakainya.. so tak lah nampak macam old school sangat kan.. hemm.. mula-mula terfikir jugak ok ke warna biru ni? tapi dah Harraz nak yang tu jugak.. terpaksa lah ambil yang tu.. Bila dah sampai cermin matanya, harraz pakai nampak smart pulak.. so.. ok lah.. berbaloi lah.. heheheh..
Keterangan tentang Kids ocal - Pool Party
Bingkai yang fleksibel, boleh dibengkokkan
KIDS OVAL - POOL PARTY
Bingkai biru terang yang transperan + lengan warna biru dengan cermin mata Cahaya Anti-Biru untuk kanak-kanak menyekat cahaya biru yang berbahaya dari skrin digital.
KEBAIKAN
- Mengurangkan ketegangan mata digital
- Membantu mengurangkan sakit kepala, keletihan mata dan mata kering
- Menggalakkan tidur yang lebih sihat dengan mengatur kitaran tidur
- Kanta tanpa preskripsi (Zero Power) sesuai untuk kanak-kanak.
- Bingkai yang sangat tahan lama dan fleksibel
- Terdapat dalam pelbagai warna yang terang dan ceria
FITTING & MEASUREMENTS
Cermin mata kanak-kanak SaferOptics sesuai dengan kanak-kanak berumur 4 - 12 tahun. korang boleh tengok rujuk ukuran kerangka di website untuk panduan ukuran. Sekiranya korang tertanya-tanya apakah anak / remaja yang lebih tua dapat memakainya, idealnya, korang harus mengukur lebar wajah anak untuk melihat apakah bingkai yang sesuai.
Oh ya.. selain warna yang Harraz pakai ni.. ada lagi warna lain yang menarik untuk korang pilih agar bersesuaian untuk anak-anak korang.. hehehe.. kadang anak-anak pun pandai dah memilih kan.. so, jangan risau.. banyak pilihan di Safer Optics ni.. dari segi saiz, design, warna.. haaa.. sila la pilih yea..
alalalala.. yang purple tu lawa la pulakkk.. kan.. hehehe.. nasib baik harraz tak pilih yang tu.. macam untuk gegurl je kan.. hehehehe..
Haaaa.. apa l;agi korang.. taknak belikan untuk anak-anak korang ke.. bagus ni untuk mata diorang.. apa-apa pun jom daftar dulu sebab kalau korang daftar nanti korang akan dapat 10& Promo Code untuk pembelian korang nanti.. jimat dah kat situ kan!
TERKINI !!!!
Apa-apa pun, kalau korang berminat nak belikan cermin mata Safer Optics untuk anak-anak ataupun kini boleh beli untuk diri snediri juga, bolehlah buat pesanan di website Safer Optics ni yea.. Beli lebih dari satu untung sikitkan.. hehehe..
Website:
wah terbaiklah. anak saudara saya pun selalu jugak tengok gadjet. kadang2 tengok begitu dekat dengan mata. bolehlah saya belikan produk ini utk dia. :)
BalasPadamBagusnya! Kalau macam ni tak risau budak2 kalau sakit mata atau silau masa kecik. Boleh galakkan dkt anak2 buah ni
BalasPadamBudak2 sekarang, umur dua tahun pun dah pandai main phone. Bagus la bila ada produk sebegini, utk protect mata diorg.
BalasPadamSama anak sedara, adik pun belikan juga anaknya, suka bermain dengan gadjet kann, so Maknya belikan, tu pun ada sis share kat dia laa pasal cermin mata gini..
BalasPadamMcm kena dapatkan satu utk anak nk.. bahaya kalau takde pelindung mata
BalasPadamWah utk dewasa pun ada. So utk kita yg selalu hadap phone & laptop ni memang kene ada 1 lah kan. Tq share
BalasPadamPrevention is always better than cure. nice Anti-Blue Light Eyewear for the kids before it's too late
BalasPadamhahahhaa comel la harraz ni. Sesuai warna biru tu dengan dia, nampak trendy and cool. Thanks share pasal safer optics ni sis TB!
BalasPadamSetuju sangat. Bebudak memang suka nau tengok phone. So as parents laaa kita kena lindungi mata anak kita. Bagus spek ni
BalasPadammenarik... budak2 sekarang kan banyak mengadap gadjet...belajar pun online dah sekarang ni... mesti kena ada satu sorang nih... mata nak pakai lama kan...
BalasPadamWell, it looks like a real solution for children. Thank you for sharing this information with us.
BalasPadamI can also suggest to read more about it here https://jetwriting.com/buy-college-papers