Resepi Ayam Kenny Rogers Melatop
Hai.. hari ni TB nak share satu resepi yang TB nampak mudah dari pemilik FB yang popular ni bernama Cik Pooja . TB teringin nak try buat masakan ni tapi TB belum ada Oven lagi.. Tapi dalam proses nak beli oven la ni.. tak sabar rasanya nak buat.. Nanti boleh la guna resepi cik Pooja yang nampak menyelerakan ni.. betul tak? tengok gambar pun dah terliur.. TB tengah target Air Fryer, Mixer, Oven, Breadmaker tu.. Tapi kena sabar dulu la kan.. hehehe.. kumpul slow-slow.. lama-lama dapat lah yang dihajati.. InsyaAllah..
Cuma dok la fikir nanti kalau beli hubby pulak bising sebab nanti nak pindah susah sebab banyak barang. Nak angkut tu dia sorang katanya.. Aishh.. Habis tu bila nak beli nya kan.. tengah ada duit ni.. boleh la beli siap-siap.. Nanti dah pindah umah barang-barang ni dah ada.. Kalau beli lepas masuk rumah, memang tak ter beli la kot sebab dah tentu duit akan habis untuk renovate rumah ke apa kan.. Lagipun, entah bila la pindahnya pun..
Cuma dok la fikir nanti kalau beli hubby pulak bising sebab nanti nak pindah susah sebab banyak barang. Nak angkut tu dia sorang katanya.. Aishh.. Habis tu bila nak beli nya kan.. tengah ada duit ni.. boleh la beli siap-siap.. Nanti dah pindah umah barang-barang ni dah ada.. Kalau beli lepas masuk rumah, memang tak ter beli la kot sebab dah tentu duit akan habis untuk renovate rumah ke apa kan.. Lagipun, entah bila la pindahnya pun..
Eh.. apa TB merepek ni? Nak cerita pasal resepi udah melarat-larat ke lain pulak yea.. hahaha.. ok lah.. moh le kita lihat resepi yang mudah lagi sedap ni.. heee.. tak rasa lagi dah kata sedap yea.. Tapi tengok gambar atas ni memang nampak sedap kan!
Haa.. Ni dia Resepi yang TB beria nak share tapi dok melalut ke kisah TB pulak. hahaha.. Ok lah, korang suka makan Ayam Kenny Rogers tak? Berapa kali dah korang makan? TB pulak, seingat TB baru sekali makan masa zaman sekolah dulu, dengan kawan sekolah. Lepas berkahwin ada la 2 kali kot makan dengan hubby TB, tu pun sempena hari Istimewa kami.. syok je rasa.. Tapi makan tak puas sebab portion dia kecil je untuk seorang punya makan. Tak tahu lah sekarang ni dah besar portion nya, korang try la pergi makan situ yea.. Lepas tu bagi tahu TB balik.. hehehehe..
Eh, sebelum termelalut lebih lanjut.. eloklah korang tengok resepi kat bawah ni.. Lepas tu try dan komen kat sini bagi tahu apa rasa dia.. tapi pastikanlah resepi korang tu jadi yea.. jangan la hangit pastu komen sini kata resepi tak best.. walhal korang yang tak jaga temperature oven.. kih3.. Ok stop! tak nak melalut dah.. hahahaha..
Resepi Ayam Kenny Rogers Melatop
Bahan-Bahan
- 1 ekor ayam (cuci bersih)
- (belah di bahagian dada untuk mudahkan cuci dalamannya)
- 2 labu bawang besar
- 7 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 2 sudu besar pati Oren sunquick (yang dalam botol tu)
- 1 senduk sos blackpaper @sos lada hitam
- 3 sudu besar majerin (cairkan atas api)
- 1 biji ubi kentang (rebus empuk)
- 1 ketul kiub pati ayam
- 1 sudu kecil garam
- 2 sudu besar gula pasir
Kentang,brokoli, tomato cerry tu optional yea...tak nak letak pun boleh.. ayam tetap rasa sedap . Tapi kalau letak lagi bagus, menampakkan lagi menyelerakan macam makan kat Kenny Rogers tu.. kan!
Kesemua bahan-bahan ini di kisar / di blend dengan sedikit air (suku cawan air je) . Dah kisar semua tu bakar suhu 200° / 1 JAM atau sampai masak (bergantung pada oven masing-masing la yea
Kalau suka yang crunchy diluar lembut juicy didalam... Letak la suhu tinggi
Resepi Sos Untuk Cicah Ayam
5 ulas bawang putih
5 atau 6 biji cili melaka...( tak kisah la yang merah atau hijau boleh je mana-mana suka )
Tumbuk 2 bahan ni. Lepas tu... bolehlah masukkan
- Air perahan limau nipis ( 2 biji )
- 1 sudu besar cuka makan
- 3 sudu besar gula pasir
- 1 sudu kecil garam
- Suku cawan air panas
Gaul semua bahan-bahan ni smpai sebati dan cukup rasanya seia sekata ...( tak perlu dimasak)
Wah, memang tak susah mana pun resepi ni kan.. bahan-bahan pun mudah dicari. Alangkah bestnya kalau dapat oven, bolehlah kita meroket buat resepi ni kan.. TB ni alergik ayam tapi ayam tu jugaklah kegemaran TB.. huhuhu.. jenuh la kan.. Yang suka ayam tapi tak boleh makan ayam..
Haa.. Apa-apa pun.. korang boleh la try resepi ni.. TB rasa kalau betul cara-caranya dan tidak derhaka pada resepi.. pasti jadi .. hahaha.. TB kata macam ni sebab ada je yang suka ubah-ubah rsepi, bila tak jadi salahkan tuan punya resepi.. hihihi.. Siapa kat sini suka ubah resepi macam tu? Mesti ada kan.. Macam TB jugak laaa.. opss..
So.. Kalau nak buat, ikut betul-betul resepi ni yea.. jangan gatal nak tambah-tambah itu ini, jangan pulak nak kurangkan itu ini kang dua-dua tak jadi.. good luck semua..
So.. Kalau nak buat, ikut betul-betul resepi ni yea.. jangan gatal nak tambah-tambah itu ini, jangan pulak nak kurangkan itu ini kang dua-dua tak jadi.. good luck semua..