PETUA KEMPISKAN PERUT
& BUANG ANGIN DALAM BADAN
Baru-baru ni saja TB survey petua untuk kempiskan perut dan buang angin dalam badan, search kat Google cara kempis perut, punya la banyak tips. TB scroll punya scroll terjumpalah tips yang ni.. macam best je untuk dicuba sebab bahan-bahannya pun mudah dicari.. ada je kat dapur tu kan.. So TB salin dulu resepi tu dekat sini dan try buat.. Saja letak sini resepi ni takut terlupa satu hari nanti boleh cari balik kan..
Resepi ni dari sis Siti NurJannah . Thankyou sebab sudi share petua atau tips yang boleh bantu wanita-wanita lepas bersalin ni kembali kurus dan sihat.. hehehe.. jom baca apa bahan-bahan diperlukan untuk misi perut kempis ini.. heheheh..
Saya kongsikan balik petua ni...yep petua ni lah yang saya ikut lepas beranak anak kedua, memang menjadi...sebab time tu pantang anak kedua ni dulu saya tak pantang betul-betul sampai la masuk kerjea ada sorang member cakap 'apasal perut nampak macam pregnant lagi? hahaha..maksud dia buncit la...
hahah...time tu memang rasa segan pun ada, tai kita ambil positif dengan teguran dia, cari la petua dalam facebook, terjumpa lah ni... try lah... tak smpai seminggu boleh kempiskan perut dengan petua ni, yang tu paling penting bagi wanita yang lepas bersalin akan ambik berat bahagian perut dulu... betul kan... baru lah kita jaga bahagian-bahagian lain... ni laki pompuan, dah kahwin ke belum boleh cuba... blend pun boleh... saya dulu blend je...
PETUA KEMPISKAN PERUT & BUANG ANGIN DALAM BADAN
Pernah tak korang kena tegur dengan suami perut korang buncit lepas bersalin?
Kawan selalu tegur " eh ko mengandung lagi ke?Brape bulan?" Faham sangat perasaan ni time tu jugak rasa nak menyorok masuk dalam kain .
Masalah lemak tepu memang susah nak sental kan? Nah,baca dengan perlahan & tenang.
Kak ju nak share dengan korang jamu homemade nih.Bahan bahan depan mata kita jer. Tak susah pun nak buat.Yang penting jimat & berkesan.Rajin dengan malas jer.Betul tak?
Bahan bahan
3 sudu halba yang direndam selama 2 minit.
3 cm halia.kalau ada halia muda lagi elok
4 ulas bawang putih
15 biji lada hitam
Cara cara
Toskan halba yang direndam tadi.Masukkan kesemua bahan dalam lesung dan tumbuk sehingga lumat.
Kemudian gentel bulat bulat kecil macam maajun .
Simpan dalam peti dalam satu bekas.
Cara makan
2 biji pagi& 2 biji malam selepas makan
Khasiat
Makan secara konsisten , perut akan kempis & angin akan keluar.
Pantang larang
Ibu mengandung tidak sesuai
Ibu menyusu sesuai amal bila anak hilang kuning (jaundis)dulu.
Pesanan
Kena rajin buat sit up jugak tau untuk kesan cepat.
SELAMAT MENCUBA!
Memang betul2 kena rajin nak buat ni. Hehe
BalasPadam