My 2nd Pregnancy Journey Story
TB belum pernah lagi ada masa nak bercerita tentang pengalaman kedua mengandung tapi kali ni tergerak hati nak bercerita sebab nak simpan moment-moment indah semasa mengandungkan INAARA . Untuk kedua kalinya TB merasai pengalaman mengandung 9 bulan. Pengalaman yang sangat berharga buat ibu-ibu semua. TB dan suami memang berharap dapat menambah zuriat seorang lagi untuk dijadikan kawan kepada anak sulung kami, HARRAZ.
Bersalin C-Section (Emergency C-Sect)
Namun hasrat itu terpaksa ditangguhkan kerana TB bersalin melalui pembedahan (CZER) semasa anak pertama, dan doktor telah sarankan TB menjarakkan masa untuk mengandung kali kedua, dan sehinggalah Harraz berumur 2 tahun lebih barulah TB berani untuk cuba mengandung lagi.. Disebabkan faktor umur, TB berfikir berulang kali untuk mengandung lagi tetapi disebabkan kasihan melihat Harraz membesar seorang diri je dalam keluarga, TB dan suami pun berhasrat nak hadiahkan Harraz adik.
Try To Conceive / TTC
So, TB start try to conceive / cuba mengandung dari bulan April 2019 dan Alhamdulillah Allah kabulkan hajat kami apabila pada 7.7.2019 kami mendapat khabar berita gembira. TB disahkan hamil kali kedua... Syukur Alhamdulillah.. Allah Maha Mendengar permintaan kami..
Seperti pregnancy yang pertama, TB seakan Sukar nak percaya yang TB pregnant. So memang banyak la UPT Test TB cuba pada hari tu.. Sampaikan EXCITED record video sebab nak surprise kat suami.. Suami pun terkejut sebab yang kedua ni tak perlu tunggu lama macam anak first.. Time harraz kami menunggu hampir 4 tahun. Dan yang menariknya.. TB disahkan hamil pada sambutan Anniversary kami yang ke 4.. Bersyukur sangat TB dan suami masa tu.
Alhamdulillah.. Syukur
Allah beri peluang untuk kami merasa jadi parent buat kali pertama. Sebab itu suami TB terkejut bila dikhabarkan berita TB pregnant kali kedua.. Katanya "kali kedua cepat pula ye?" TB berkata dalam hati.. Allah dengar permintaan kita, Allah tahu kita perlu anak kedua sekarang disebabkan faktor umur kita.. Maka Allah percepatkan.. Terima Kasih ya Allah..
Seperti Anak Yang Pertama, Lepas TB dapat tahu TB pregnant kali kedua, TB pun dah tahu apa yang nak kena ready... Apa yang perlu dibuat, apa yang perlu dielakkan. Kerana pengalaman pertama tak jauh sangat jaraknya.. So boleh ingat sikit-sikit. 😅
Pengalaman Mengandung Yang Sama
Pregnant kali kedua sama seperti yang pertama, tiada alahan teruk, boleh memasak, boleh layan anak, checkup tiap bulan pun tiada masalah.. Syukur Alhamdulillah.. TB buka buku pink pada usia kandungan 3 bulan dan TB dapat sticker white masa tu.. Masa checkup seterusnya baru tukar ke sticker hijau sebab nurse baru perasan TB bersalin czer masa anak pertama.
Semakin hari perut semakin membesar, dari Janin sebesar sebiji Kacang Merah hinggalah sebesar buah tembikai.. Semakin hari semakin berat membawa perut.. 😅
Namun itu moment yang pasti setiap ibu-ibu akan rindui bila anak dah besar nanti, betul tak? So, enjoy the moment tu.. Jangan fikir lain dah..
Balik Kampung, bersalin dan berpantang di Kampung
Pada usia kandungan TB 8 bulan lebih hubby TB bercadang nak hantar TB balik kampung untuk bersalin dan berpantang disana.. Tapi kebetulan pula hubby TB dapat pertukaran ke Kedah secara tiba-tiba dan kami agak rushing masa tu.. Rushing berkemas dan packing barang-barang untuk pindah rumah.
Memang mencabar pada masa tu.. Banyak sangat benda nak buat... Dalam masa sebulan kami kena pastikan barang-barang semua di packing dan masuk kotak siap-siap untuk di angkut dengan lori.. Jauh tu perjalanan dari KL ke Kedah.. Kena pastikan pack barang betul-betul agar barang sampai dengan selamat ke destinasi.
Dengan perut yang sarat masa tu TB turut bantu mana yang perlu.. dan mujurlah cukup sebulan barang-barang selesai di pack.. dan TB pun balik kampung menaiki ETS bersama harraz.. Manakala urusan perpindahan semua suami TB yang handle. Cuma tunggu lori angkut barang-barang saja. Yang lain semua dah settle..
Selamat berada di kampung
Bila di kampung TB berasa agak tenang, sebab dah settle bab pindah.. Cuma tunggu bersalin je.. Masa tu tak sabar menunggu baby keluar..
Disebabkan TB checkup dua tempat so, TB dapat 2 due date. Satu tarikh tu 10.3.2020 manakala satu tarikh lagi 6.3.2020.. TB tak kisah pun tarikh mana-mana asalkan baby lahir dengan selamat.
Sepanjang mengandung anak kedua Alhamdulillah tiada masalah yang merisaukan TB, namun ada suatu hari tu, ada peristiwa yang buat TB takkan lupa hingga ke hari ini..
BABY KURANG GERAK.. TAK GERAK!!
Alkisahnya pada 24.2.2020 seperti biasa pada waktu malam TB akan duduk menonton TV sambil 'menyembang' dengan baby dalam perut. Baby memang aktif waktu malam.. Dalam jam 9 keatas dia dah lasak bergerak-gerak menendang dalam perut.
Namun pada malam itu baby macam tak gerak.. Ye.. Macam tak aktif.. TB try macam-macam nak bagi gerak tapi tak berjaya..
TB minum ais.. Sebab ada yang kata kalau minum ais baby akan gerak.. Hehe.. Tak tau lah betul ke tak petua tu.. TB try je... Namun tak berhasil petua tu. TB cuba gerak-gerakkan perut guna tangan, baby still tak gerak. TB panggil-panggil baby, still tak respon.. TB dah risau sangat masa tu. Dari jam 9 malam ke 11 malam terasa macam kurang gerak. Tak aktif seperti selalu.
TB sampai menangis call suami bagi tahu tentang ni. Suami cuba tenangkan TB dan kata yang baby sedang tidur kot.
Tapi TB tetap risau kalau tak dapat rasa gerakan baby lagi.. TB dah bagitahu suami kalau tengah malam tu baby still tak gerak, TB akan gerak ke hospital.
Mujur jam 11.30 malam macam tu baby dah start gerak aktif. Dalam hati berasa lega. Dia tidur la tu kot.
Kebetulan keesokannya ada checkup. TB pun cerita pada nurse tentang perihal ni. Sekali nurse minta jumpa doktor dan disebabkan TB dah ngadu pasal ni, so diorang tak boleh ambil mudah..
So doktor buat surat untuk TB buat checkup susulan dan lebih detail di hospital besar. Maka kelam kabut juga TB dan Abah TB masa tu.. Abah yang hantar TB ke klinik tiap kali checkup.. Dan pada hari tu pulak kebetulan Abah balik rumah dulu sebab nak settle kan kerja dirumah. Terkejut abah bila TB call bagi tahu kena ke Hospital Besar.
Dengan segera abah datang ambil TB di klinik dan kami terus ke hospital sebab dah tengahari masa tu, risau lambat pulak check so lambat pulak balik.. Takpun kena stay ward.. Alahai. TB taknak stay kat ward kalau boleh.. 😅
Tapi apa yang kita taknak, selalunya itu lah yang kita dapat..
Disebabkan ramai sangat pendaftaran ibu pregnant yang tunggu masa untuk bersalin hari tu, giliran TB untuk di check lambat sikit..
Dah petang baru dapat check CTG. CTG ini dilakukan untuk lihat kadar degupan jantung baby samada normal atau tidak.
Alhamdulillah.. Baby TB normal.. Lega rasa namun disebabkan check CTG tu kena lebih dari sekali, TB tak dibenarkan balik lagi.. 😅
Terpaksa menunggu lagi.. Tunggu ward kosong dan tunggu untuk check bukaan dah berapa.. Dalam hati TB dah berkata masa tu, "menyesalnya aku bagi tahu baby kurang gerak, walhal entah-entah baby tengah tidur"..
Sesuatu Yang Mengejutkan Berlaku!!
Dan mungkin nak dijadikan cerita, Allah Maha Mendengar, datang seorang ibu yang di kaunter pendaftaran dengan wajah yang risau, ditemani ibunya yang juga seperti risaukan sesuatu.
Disebabkan jarak mereka tak jauh sangat dengan TB, maka terdengarlah percakapan mereka dengan nurse tu. Ibu itu dah 9 bulan dan menunggu masa untuk bersalin, dia beritahu nurse yang baby nya tak gerak dari pagi tadi. TB dan beberapa lagi mommy yang sedang menunggu giliran masuk ward terkejut dengar hal itu..
Nurse pun check jantung baby dalam kandungan ibu itu. Amat menyedihkan.. Baby itu telah tiada. Nurse bergegas bawa ibu malang itu ke bilik bersalin untuk persediaan melahirkan walaupun baby nya sudah tiada..
Dan pada masa itu terdetik di hati TB, kalau TB ambil mudah semua tu, pasti TB pun berkemungkinan akan menyesal. Sebab kita tak tahu apa yang berlaku pada baby dalam kandungan kita. Kita tak boleh main agak je yang baby tu sedang tidur.. Ini satu pengajaran dan pengalaman buat TB supaya tidak ambil mudah perkara ini.. Untuk ibu-ibu lain juga, kalau ada rasa baby tak gerak seperti biasa, atau kiraan gerakan bayi tidak lengkap atau tidak cantik ( kiraan tidak seperti selalu) jangan ambil ringan ye..
TB pun kalau tak disebabkan kejadian yang berlaku pada ibu malang itu agaknya memang selamanya lah asyik rasa menyesal bagi tahu nurse tentang baby kurang gerak tu. Walhal penting sangat untuk kita pastikan keadaan baby macam mana masa tu..
So, akhirnya hari tu.. TB redha.. Tapi Terpaksa juga bermalam di ward malam tu.. Tangan TB dah dicucuk untuk letak branula.. Benda paling tak suka.. Terpaksa juga hadap.. 😅
CHECK CTG LAGI
Jam 2 pagi TB digerak oleh nurse untuk ke bilik CTG lagi.. Dan bacaan jantung baby memang normal dan ok. So, esoknya TB dah boleh discaj.. Nak bersalin pun tak ada tanda-tanda lagi.. Baru 2cm masa tu. So boleh dah balik..
Hehe.. Masa masuk ward tu terfikir la kot bersalin sama tarikh birthday TB ke kan. 28 febuari tapi rupanya baby taknak keluar lagi. Hihi.
So, sehari je TB bermalam di ward.. 24. 2.2020 masuk ward dan esoknya 25.2.2020 TB dah boleh discaj..
Sambungan
-harraz duduk dengan adik tb time pantang
-pengorbanan abah
-bersalin czer lagi
-berpantang
0 ulasan:
Catat Ulasan