SENARAI TUNTUTAN KHAIRAT KEMATIAN
JIKA WARIS MENINGGAL DUNIA
Menyebut tentang kematian, orang yang telah 'Pergi' akan membuat kita merasa sangat sedih. Bayangkan jika yang meninggal itu adalah ibu atau ayah, saudara kandung, suami atau isteri dan juga anak atau orang terdekat yang kita sayangi.
Namun, meskipun kematian yang akan dialami setiap makhluk hidup, seperti yang dijanjikan Allah SWT, mereka yang masih hidup perlu menerima qadaq dan qadar dan tetap perlu meneruskan kehidupan sementara selagi hayat masih ada.
Seperti yang diketahui, biaya untuk pengurusan jenazah bukan murah dah ketika ini kerana ia melibatkan keadaan ekonomi kita sekarang yang semakin lelah kerana isu pandemik covic19 ini. Maka harga barang kini tiada yang semurah dahulu.. Jom kita lihat berapa anggaran bagai setiap kelengkapan untuk pengurusan jenazah untuk ilmu bersama..
Kain Kapan RM250
Mandi Jenazah RM200
Gali Kubur RM500
Baca Talkin RM100
Kos Penghantaran jenazah ke tanah perkuburan RM100.
“Namun, biasanya kos ini bervariasi dari mengikuti masjid Kariah tempat tinggal jenazah. Pada masa yang sama, kos akan bertambah jika ahli waris meminta permintaan untuk mengantarkan jenazah ke luar lokasi seperti kampung halamannya.
Kos dikira dengan RM2 untuk satu kilometer ( kos ini bergantung pada pengurusan masjid). Tol dibiayai ahli warisnya sendiri .
Rupanya Ada Lebih 10 tempat tuntut Khairat Kematian. Rugi Kalau Anda Tak Ambil Tahu !
Tahu tak, ramai waris tidak tuntut khairat kematian sebab tak pernah ambik tahu. Akhirnya duit burn macam tu je. Ada yang total hampir RM10,000. Rugikan !
Jadi, lepas tahu ni pastikan anda bagitau dekat pasangan & anak-anak supaya mereka boleh tuntut jika berlaku sesuatu pada anda.
Urmm, dah dapat duit tu nanti nak buat apa?
Disebabkan khairat kematian TIDAK dikira sebagai harta pusaka maka terserahlah pada budi bicara waris-waris. Nak guna buat bayar hutang, kenduri tahlil, sedekah atau lain-lain terserah pada waris asalkan untuk tujuan yang baik. Tapi pastikan guna dulu untuk tujuan utama khairat ni dibuat iaitu untuk urusan jenazah. Segala kos pengurusan jenazah guna duit ni. Jika ada waris dahulukan duit mereka, boleh ganti semula. (mengikut budi bicara waris2)
Disini saya kongsikan 10 tempat tuntutan. Pastikan anda baca satu persatu ya. Boleh detect tempat mana waris boleh tuju nanti.
1. Khairat Kematian KHARIAH MASJID
Sekitar Rm 500 - Rm 5,000
Syarat: si mati menjadi ahli/mencarum di khariah
2. Khairat Kematian PERKESO
RM 2,000
Syarat: si mati menjadi ahli/pernah ada sejarah mencarum PERKESO
3. Khairat Kematian KWSP
RM 2,500
Syarat: si mati ahli/pencarum KWSP
4. Bantuan Mengurus Jenazah JPA
RM 3,000
Syarat: si mati Pesara/Kakitangan Awam
5. Khairat Kematian BANK RAKYAT
RM 3000
Syarat: si mati ada akaun Bank Rakyat
6. Khairat Kematian ASNB
RM 200 - RM 2,000
Syarat: bayaran ikut baki pelaburan terakhir si mati
7. Khairat Kematian SKIM TAKAFUL
RM 2,000 - RM 5,000
Syarat: si mati pencarum takaful
8. Khairat Kematian PERSATUAN BERDAFTAR /NGO /KOPERASI
RM 500 - RM 5,000
Syarat: si mati adalah ahli berbayar Persatuan/NGO/Koperasi
9. Khairat Kematian PENCEN
RM3000
10. LAIN-LAIN
Mungkin ada lagi khairat kematian lain yang boleh dituntut bukan hanya di tempat-tempat yang dinyatakan diatas. Boleh search.
Mereka yang segerakan proses tuntutan pusaka biasanya akan diberitahu jika ada khairat kematian. Waktu nak urus, perlu jumpa pegawai, jadi waktu tu biasa pegawai akan beritahu jika mereka ada sediakan khairat kematian.
Macam mana nak tuntut?
Bawa sijil mati, sijil nikah, pengenalan diri, polisi takaful di tempat yang berkenaan. Seeloknya mohon sebaik sahaja berlaku kematian. Jangan ditangguh.
Nasihat saya, lepas ni, jika tiada akaun bank rakyat, sila buka akaun bank tersebut. Insya allah ada manfaat. Bank ini adalah satu-satunya bank yang ada khairat kematian.
Yang bekerja sendiri, yang tidak mencarum dalam kwsp dan perkeso, sila carum sukarela. Pergilah menghadap pegawai kwsp dan perkeso, tanya prosedurnya. Sangat-sangat membantu dengan bantuan.
Yang tiada insuran/takaful diri, sila beli takaful dengan kadar yang mampu. Tak perlu nak beli caruman yang mahal tapi hanya mampu bayar untuk 3 bulan sahaja. Kalau tak mmpu sangat, beli la PA Insuran je. Cukup murah tapi membantu waris jika terjadi apa-apa nanti.
Biar waris kita menangis kerana kehilangan kita, jangan waris kita menangis kerana terbeban dengan kehilangan kita...
Note :
10 lokasi ini telah dikongsikan oleh Sfatyma Idris yang juga seorang Perancang Harta Syariah di mana waris boleh pergi membuat semakan selepas ahli keluarga meninggal dunia di fb miliknya. Sekurang-kurangnya wang ini dapat digunakan untuk waris yang sedia ada.
0 ulasan:
Catat Ulasan