RESEPI AYAM SERAI THAI
Bulan Ramadhan makin hampir, so kita pun sama-sama lah kumpul resepi ye. Kot buntu nak masak apa, boleh la tengok-tengok balik kan resepi kat sini.. Almaklumlah.. Puasa 30 hari tu.. Mesti nak makan berbeza lauk kan.. Ada orang macam tu.. Macam TB ok je.. Berbuka dengan kuih muih je pun dah syukur sangat.. Ha.. Jom tengok resepi Ayam Serai Thai ni.. Nampak sedap ni haaa...
Ayam Serai Thai
Bahan Bahan :
6 kepak ayam, potong buang hujung sayap
1 tsp serbuk kunyit
Garam
Gaulkan semua bahan di atas, goreng hingga masak tapi jangan terlalu garing
Bahan Sambal ;
2 batang serai di ketuk
5 helai daun limau purut, buang tengahnya gunting halus
1 sudu makan sos seafood
1 sudu makan sos ikan
1 kiub pati ayam
Gula secukupnya
1 biji limau kasturi, ambil.jusnya
Kisar :
5 cili besar
6 cili padi
3 bawang putih
4 bawang merah
CARA PENYEDIAAN :
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi
2. Masukkan serai dan daun limau purut
3. Kacau rata masukkan kiub ayam
4. Masukkan sos ikan sos seafood, gula dan perahan air limau kasturi
5. Kacau rata, masukkan ayam goreng tadi.
6. Tambahkan 1/2 cawan air, masak lagi hingga pecah minyak.
7. Tutup api dan hidangkan.😋
Kredit kpd Pemilik Resepi ini Semoga Allah mempermudahkan segala urusan