Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

02 Julai 2021

LEEDEE PINEAPPLE DAN LEEDEE TOX PEACH BANTU KAWAL SELERA MAKAN DISAMPING TURUNKAN BERAT BADAN

 Leedee Pineapple

LEEDEE PINEAPPLE DAN LEEDEE TOX PEACH 
BANTU KAWAL SELERA MAKAN DISAMPING 
TURUNKAN BERAT BADAN


Memiliki bentuk badan yang kurus lansing pastinya menjadi impian semua wanita kan. Bila badan kurus kita rasa cergas, pergerakan pun pantas,  tidak termengah-mengah walaupun buat kerja yang memenatkan, betul tak? Sebelum ni berat badan TB memang dah turun masa sebelum bulan puasa lepas, tetapi seperti biasa selepas itu berat pun kembali ke asal disebabkan terlalu melayan selera makan yang tidak henti-henti (non stop tau..  mengunyah setiap masa) . 

Jadi, TB pun mencari sesuatu yang boleh menurunkan berat badan dan seterusnya menjadikan TB sihat dan cergas semula. Ini kerana badan yang kurus menjadikan TB aktif dan sihat, bukan seperti ketika berat bertambah, badan TB berasa lemau sangat. Baru buat kerja sikit badan cepat penat dan rasa seperti semput je.. haha..  Kebetulan pula sekarang ini tengah lockdown, tak dapat nak pergi kemana-mana, kena duduk dirumah je.. Jadi, kalau korang semua?  apa yang boleh dibuat waktu bosan? Dah tentulah makan je betul tak! dan lepas itu mengadu berat badan dah naik, badan lemau, rasa berat nak melangkah sebab lemak-lemak dah terkumpul dekat dalam badan tu. Begitu jugalah TB. 


Leedee Pineapple



Leedee Pineapple dan Leedee Tox Peach

Bila dah tersedar berat badan bertambah, TB perlu cari penyelesaian untuk mengatasi masalah ini. Tercari-cari produk yang boleh bantu kawal selera makan dan seterusnya menurunkan berat badan kembali ke asal. TB pun telah disyorkan oleh rakan untuk mencuba produk yang boleh bantu kuruskan badan iaitu Leedee Pineapple dan Leedee Tox Peach, kalau consume kedua-duanya insyaAllah ia dapat bantu kita untuk kekalkan penurunan berat badan. 

TB search juga di enjin carian Google info tentang dua produk Leedee ni, memang banyak testimoni menarik dan ramai yang beri feed back positif tentang keberkesanan produk ini dalam menurunkan berat badan. 

Apa Itu Leedee?

Oh ya.. Pastinya ada yang belum mengenali produk atau brand Leedee ni kan. Jadi mari TB kongsikan sedikit info tentang produk ni. Leedee ni sebenarnya produk keluaran NADD EMPIRE SDN BHD yang telah merealisasikan impian para wanita mahupun kaum lelaki dengan produk jenama Leedee. Leedee adalah produk makanan tambahan berupa Serbuk Sachet (Leedee Pinepple) dan Jus Sachet (Leedee Tox Peach) setelah 3 tahun di pasaran sejak 2018. 





Leedee Pineapple adalah makanan tambahan yang berasaskan Jus Nenas Brazil dan Manga Afrika sebagai bahan utama bersama campuran makanan Raspberry Ketone, Hoodia, Bitter Orange, dan fructose adalah gula yang dikenali sebagai gula buah kerana ia terdapat dalam banyak buah-buahan. 


Leedee Tox


Leedee Tox Peach pula adalah makanan tambahan yang berasaskan Jus Buah Pic, Markisa dan Pir sebagai bahan utama bersama campuran Vitamin C dikenali sebagai makanan tambahan antioksida dan untuk kecantikan kulit.


Nenas Sangat Bagus Untuk Turunkan Berat Badan

Korang tahu.. rupa-rupanya Nenas adalah buah yang sangat bagus untuk menurunkan berat badan kerana nenas mempunyai banyak kebaikan dan khasiatnya disamping mengandungi tinggi kandungan serat yang dapat membantu mengurangkan berat badan. Sebab itulah bahan utama Leedee juga adalah nenas. Patutlah rasa Leedee Pineapple ni sedap sangat, dah macam rasa jus nenas sebenar .. Dah laa sedap, berkesan turunkan berat badan dan kawal selera makan pulak tu. Kalau sedap macam ni tak kisah pun nak consume secara bersambungan, sebab dah memang sedap..


leedee pineapple


Kelebihan Leedee Pineapple 

  • Membakar Lemak 6x di bahagian Perut, Peha dan Lengan
  • Mencantikkan kulit
  • Tanpa bersenam bersungguh-sungguh (10-20 min sehari je)
  • Tanpa diet yang ketat sebab Leedee akan membuatkan kita kenyang seharian
  • Mengawal Nafsu Makan
  • Sentiasa Kenyang dan Bertenaga

Leedee Pineapple


Cara consume Leedee Pineapple?

1. Bancuh 1 sachet dalam air sejuk atau suhu bilik (jangan guna air panas sebab air panas boleh merosakkan bahan-bahan dalam Leedee. Lagi satu cara kalau nak jimat masa, sibuk sangat sampai terkejar-kejar masa, boleh kemam je.. Sedap jugak!

2. Ambil 1 sachet sehari, 30 minit sebelum sarapan pagi, bagi yang ada gastrik, boleh ambil 30 minit selepas sarapan pagi .

3. Boleh juga dibancuh sekali dalam jus buahan tapi tidak perlu letak gula .

4. Dan diingatkan ya, kita kena banyakkan minum air putih untuk kesan yang optimum dan mempercepatkan lagi proses pembakaran lemak. Kalau kita consume apa-apa vitamin pun, mahupun suplemen, tetap kena minum air secukupnya untuk proses apa yang kita dah telan.. Dalam masa yang sama minum air tu untuk jaga kesihatan buah pinggang kita juga.


Leedee Pineapple

Apa Yang Best Leedee Pineapple ni?

Semua dibawah ni yang best-best tentang Leedee Pineapple :
- Membantu mengawal selera makan
- membantu menurunkan berat badan
- Meningkatkan metabolisma
- Mengandungi vitamin C ( 200mg)

Leedee Pineapple mempunyai rasa nenas yang sebenar. Leedee Pineapple sesuai untuk mereka yang susah sangat nak kawal selera makan, Leedee Pineapple menurunkan berat badan dengan membantu mengawal nafsu makan kita. Macam TB nyatakan diatas, kalau consume Leedee Pineapple ni insyaAllah dapat membantu menurunkan berat badan kerana ia mengandungi bahan semulajadi seperti Garcinia, Hoodia, Respberry ketone & banyak lagi bahan semulajadi. so kalau consume Leedee Pineapple ni kita boleh rasa kenyang sepanjang hari .

Paling TB suka Leedee Pineapple ni mudah untuk  di consume, hanya bancuh dalam air sejuk dan boleh terus minum. Kalau consume Leedee Pineapple kita juga takkan rasa lapar sampai kena diet ketat , malah kita akan rasa biasa je walaupun makan sikit .. Sebab dalam Leedee Pine mengandungi buah-buahan & tumbuhan semulajadi yang membantu kawal selera makan & membakar lemak dari pergerakan kita, so walau bergerak sikit pun, kita akan rasa banyak keluar peluh. 

Oh ya, Leedee Pineapple ini juga kaya dengan FIBER. Sebagai salah satu buah paling popular di dunia, nanas mempunyai sumber nutrien yang boleh dipercayai seperti Vitamin C .

Ok dalam 1 kotak ni ada 10 sachet (120g), 1 kotak boleh tahan 10 hari, consume setiap hari .. dan lihat hasilnya.. pasti korang akan tersenyum.. 

Amalkan Leedee Pineapple Setiap Pagi

Consume Leedee Pineapple ni sebelum/selepas breakfast .. Buat Permulaan nak turunkan berat badan , kita perlu konsisten consume Leedee Pine 1 sachet sahaja sehari .. Jangan skip setiap pagi sampailah dah dapat berat badan yang diimpikan .

Nota :
-Disyorkan untuk 15 tahun ke atas sahaja
-Tidak disyorkan kepada wanita hamil, Penyakit Kronik (Diabetes, Penyakit Jantung, Hipertensi, dll)


LEEDEE-TOX PEACH



Leedee Tox Peach 

Haa.. yang ni satu lagi produk yang wajib dicuba bersama Leedee Pineapple tadi. Tapi Leedee Tox Peach ni apa pulak ye? hehe.. Mesti ada yang tertanya-tanya Leedee Tox Peach & Leedee Pineapple ni sama ke ? Jawapannya tak sama yea.. Tapi dua-dua penting untuk kita yang nak turunkan berat badan. Leedee Tox Peach ni ialah detox yang akan membantu kita untuk mempercepatkan proses penurunan berat badan dengan Leedee Pineapple .. Kira macam kombinasi kedua-dua ni akan beri kesan yang optimum dalam proses turunkan berat badan kita .


Leedee Tox  Peach


Apa yang best Leedee Tox Peach ni ?

Sebelum tu TB nak share sikit apa kandungan dalam Leedee Tox Peach ni, kalau korang nak tahu, Leedee Tox Peach ni mengandungi Buah Pic yang berkhasiat untuk kecantikan tu, dan buah pir yang terdapat dalam Leedee Tox Peach pula mengandungi tinggi fiber berfungsi untuk detox badan dan membuang toksin dalam badan yang mana menjadi punca kepada susahnya turun berat badan.

Leedee Tox Peach ni ialah Produk melawas TANPA kerap perlu berulang alik ke toilet seperti minum teh kurus tu tau. So, jangan risau ye.. dan paling penting ia tidak menganggu kerja seharian kita. Selain itu, suka TB katakan jus Leedee Tox Peach ni sangat sedap rasa dia. Berbentuk jus dalam sachet. Mudah di consume. Rasa macam nak minum bersachet-sachet.  


Kelebihan Leedee Tox Peach :

1. Melawaskan 
2. Membantu masalah sembelit
3. Mengurangkan toksin dalam badan
4. Menbantu mengurangkan berat badan
5. Mencantikkan kulit
6. Mencergas badan yg lesu
7. Mengandungi Vitamin C 


Leedee Tox  Peach


Cara Consume Leedee Tox Peach

- Hanya buka penutup sachet dan tuang ke dalam mulut..  senangkan! 
- 1 sachet sebelum tidur malam
- Simpan di dalam peti ais sebelum consume untuk dapatkan rasa yang lebih sedap


TIPS

1. Bagi yang ada masalah sembelit disarankan ambil 1 sachet setiap hari atau 2 hari 1 kali (bergantung pada keperluan setiap badan)

2. Cukupkan minum air putih (1-2 liter sehari ) untuk mempercepatkan lagi proses pembakaran lemak

3. Jangan terlalu banyak minum minuman berkafien

3. Kurangkan minuman berais  

4. Pastikan tidur cukup

5. Makan kerap tapi dengan kuantiti sedikit


Haa.. Kalau ada yang pernah tak sedar termakan banyak satu hari tu, konon nak diet tapi tak tahan nafsu tengok lauk banyak terhidang depan mata, terlajak makan berlebihan, jangan risau.. consume je Leedee Tox Peach ni untuk buang balik lemak-lemak makanan yang kita dah makan. Gerenti esok pagi bangun mesti kita akan membuang dan perut kempis, badan pun rasa ringan je..

Consume seminggu 3 kali atau half sachet sehari pun dah ok .. Tapi kalau ada masalah sembelit macam TB ni , kena consume 1 sachet & konsisten sampai masalah sembelit dah ok. Memang berkesan pun. 


sembelit


Masalah Sembelit Boleh Ganggu Proses Penurunan Berat Badan

Cerita pasal sembelit ni, TB memang sangat-sangat sinonim dengan sembelit. Memang dalam sebulan tu mesti ada masalah susah membuang. Kalau time mengandung pun TB lagi fobia sebab sangat seram nak duduk terlalu lama dalam toilet tu..  

Tapi, kalau ada masalah sembelit jangan biarkan, seksa rasa nya tau.. Macam TB ni boleh menangis dibuatnya. Ha.. Bagi yang sedang nak kuruskan badan tu pun, kalau sembelit jangan ambil mudah jugak yea, sebb sembelit pun penyebab susah nak turunkan berat badan sebab proses membuang adalah sebanyak 1 atau 2 kali sehari adalah normal tapi kalau kita tak membuang kita akan mengumpul lebih banyak air besar dan jadikan usus kita malas nak bergerak (sembelit). haa.. ini meyebabkan lebih menyukarkan proses penurunan berat badan .

Cara nak selesaikan masalah sembelit ? Mudah je , jom consume Leedee Tox Peach, hanya consume 1 sachet Leedee Tox Peach, esok pagi bangun terus membuang dan badan jadi semakin ringan.  Jangan lupa untuk makan makanan yang sihat dan minum air kosong dengan banyak. 

Rasa dia sedap sangat tau! TB suka.. Memang melegakan sembelit lepas consume Leedee Tox peach ni. Rasa tak cukup je 1 tiub sachet tu. Yang TB suka, hari ni sembelit , perut mula meragam sebab tak dapat nak membuang, TB pun terus consume 1 sachet, dan esoknya terus membuang 2/3 kali. Lepas membuang rasa selesa dan perut tak memulas pun. Yang paling lega sangat, badan terasa ringan, perut pun macam kempis je lepas tu.. Sebab Leedee Tox Peach akan mencuci lemak yang ada dalam makanan yang kita makan .. 

Leedee Tox Peach


Kenapa Leedee Tox Peach menjadikan buah peach sebagai bahan utama?

Ramai yang tak tahu , buah peach ni banyak kebaikan tauu ! Antara kebaikan buah peach  seperti :-
  • Mencegah Gangguan Perut
  • Buah peach mengandung cukup banyak serat sehingga dapat menyihatkan sumber pencernaan
  • Berkesan dalam emnurunkan berat badan
  • Buah peach mengandungi 68kalori sahaja
  • Baik untuk kulit
  • Buah peach mengandungi Vitamin C yang bagus untuk kulit

Peach Merupakan Bahan Utama Leedee Tox Peach 

LeedeeTox mengandungi buah peach dan buah-buahan yang lain yang dapat membantu menyelesaikan masalah sembelit , membantu menurunkan berat badan , membuang toksin dan banyak lagi kebaikan LeedeeTox ! 

Betul ke Leedee selamat?

Bagi yang nak try consume dua produk Leedee korang boleh la cuba tanpa rasa was-was yea. Produk ini halal dan selamat untuk kita consume. Semua yang terkandung dalam produk Leedee adalah dari sumber bahan semulajadi .

Jadi Bahaya ke Leedee ni?

Leedee ni adalah satu brand, dan bila sebut bahaya atau tidak orang lebih kaitkan dengan supplements / makanan tambahan yang dihasilkan bagi membantu orang-orang yang mengalami masalah berat badan atau mempunyai masalah pembuangan.

Leedee juga telah mendapat surat BKKM iaitu dibawah Pengkelasan Makanan dan bukan dibawah ubat-ubatan yang perlu didaftar dibawah ubatan. Selain daripada itu, Leedee juga telah mendapat kelulusan Ujian Makmal daripada Malaysia dan malah Singapura juga iaitu ALS dan menunjukkan Leedee terbukti bebas dari bahan terlarang Sibutramine.

Leedee juga adalah jus makanan tambahan yang bukan tergolong dalam ubat-ubatan atau pil kurus, tetap Leedee adalah makanan tambahan yang mempunyai bahan yang boleh membantu mengawal selera makan.

Sebagaimana korang tahu, setiap makanan tambahan/supplements kategori berkaitan haruslah melalui product registration di Malaysia.

Jadi sebenarnya bukan soal Leedee selamat atau tidak , soalan sebetulnya adakah supplements selamat atau tidak.


Produk Leedee ni ada kelulusaan ke?

Berikut adalah certificate yang dikeluarkan terhadap produk Leedee.


Leedee

Lampiran pengkelasan produk leedee


Leedee

Laporan kelulusan Ujian Makmal Malaysia



Leedee

Laporan Ujian Makmal yang menyatakan bebas daripada sibutramine
Leedee telah mendapat kelulusan Ujian Makmal dari Negara Singapura iaitu ALS dan menunjukkan Leedee terbukti bebas dari bahan terlarang Sibutramine.


Ha.. baru-baru ni ada terbaca tentang produk Leedee yang dikatakan mempunyai bahan terlarang seperti sibutramine, betul ke? TB pun terkejut pada mulanya tetapi selepas mendapat tahu maklumat sebenarnya barulah lega mendengarnya. Disini TB attach sekali gambar certificate lab test Malaysia dan Singapore yang memyatakan sibutramine not detected dalam kandungan produk Leedee . Leedee juga telah mendapat surat BKKM iaitu dibawah Pengkelasan Makanan dan bukan dibawah ubat-ubatan yang perlu didaftar dibawah ubatan. 

 Harap dengan ia dapat menjelaskan segala tandatanya dan kemusykilan kita semua..


Leedee

Laporan Ujian Makmal ALS (SINGAPURA) 
yang menyatakan bebas daripada sibutramine

 

Pastinya dengan adanya bukti sijil diatas dapat memberi rasa lega kepada kita yang ingin terus consume produk Leedee ni kan. Ha, apa lagi..Jom la kita pakat order, biar kurus lansing walaupun time lockdown banyak sangat makan tak henti-henti .. Oh ya.. Macam TB nyatakan pada awal entri ni tadi.. Kalau nak consume Leedee Pineapple tu, lagi bagus consume sekali Leedee Tox Peach ni yea.. Sebab gabungan diantara produk Leedee Pineapple dan Leedee Tox Peach ini mampu memberi kesan penurunan berat badan yang maksimum dan sangat berkesan. 

Di dalam setiap kotak mempunyai 10 sachet Leedee Pinepple dan Leedee Tox Peach. Produk Leedee sesuai di makan bagi lelaki dan perempuan dari peringkat awal remaja 15 tahun dan ke atas, dewasa hingga yang telah berusia yang mempunyai badan yang sihat tanpa sebarang penyakit kronik. Amat mudah, hanya ambil satu sachet Leedee Pineapple pada waktu pagi 30 minit sebelum sarapan pagi dan satu sachet Leedee Tox Peach sebelum tidur.

Leedee juga telah meluas ke seluruh negara jiran seperti Singapura dan juga Brunei. Leedee Pineapple berharga RM89.00(sm) RM92(ss) dan Leedee Tox Peach berharga RM79(sm) RM82(ss) setiap satu dan boleh dibeli melalui talian dan agen.

Untuk keterangan lanjut hubungi :
Nadd Empire Sdn Bhd 
017-6797270 / 017-6790191 En Syafiq

Untuk maklumat lanjut sila layari :

laman web www.leedee.my
Instagram : @leedee.hq
Facebook : Leedee Online HQ

 

4 ulasan:

  1. "Cosmic Wireless is your top choice for buy iPhone 14 series online, offering great deals and a seamless shopping experience. Explore their selection and find your perfect iPhone today!"

    BalasPadam
  2. Char Gray Hats is a captivating tale that explores the complexities of human nature and the consequences of unchecked ambition.

    BalasPadam
  3. Di dalam setiap kotak mempunyai 10 sachet Leedee Pinepple dan Leedee Tox Peach. Produk Leedee sesuai di makan bagi lelaki dan perempuan dari peringkat awal remaja 15 tahun dan ke atas, dewasa hingga yang telah berusia yang mempunyai badan yang sihat tanpa sebarang penyakit kronik.

    A Virginia nursing home maltreatment legal counselor spends significant time in safeguarding the freedoms of older people who have endured misuse or disregard in nursing homes or helped residing offices. These attorneys examine instances of physical, profound, sexual maltreatment, and monetary double-dealing, considering people in question responsible. They work to get remuneration for hospital expenses, agony and enduring, and different harms. In the event that you suspect a friend or family member is a casualty of nursing home maltreatment in Virginia, counseling an accomplished legal counselor is fundamental for equity. Virginia Nursing Home Abuse Lawyer

    BalasPadam

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers