Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

24 November 2021

MoneySave Crowdfunds RM190m in past 18 months with 0% Default Rate


Money save

MoneySave Crowdfunds RM190m in past 18 months with 0% Default Rate


At a ceremony held on 24 november 2021 in kuala lumpur last week, Vincent Soh, the Founder and CEO of Moneysave has announced that MoneySave has successfully crowdfunded more than RM190m as of 19 November 2021 with more than 800 Investment campaigns the past 18 months since going live in May 2020. They are also proud to manage a 0% default rate across all approved investments. This makes Moneysave to be the fastest and best performing P2P Crowdfunding Platform that is regulated by Securities Commission of Malaysia.


Money save


For its achievements in 2021, Moneysave has also won numerous awards such as Golden Bull Award, SME100 Malaysia – Fast Moving Companies, Alibaba Cloud CREATE Top 5 in ASEAN, STAR Outstanding Business Award and DPI Innovative Leadership and many others.

Investments using MoneySave Platform benefits Malaysian SMEs directly as it provides working capital and project financing required by the SMEs from various industries such as Aerospace Engineering, Food Manufacturing and Distribution, FMCG, AgriTech, PowerTech and Energy, Oil & Gas Services and many others.

money save



Since its launch the past 18 months, MoneySave has:

1) Crowdfunded >RM190m and benefited a supply chain of >5,000 SMEs and Enriched >50,000 Families indirectly

2) Provided Safer Investment Platform with 0% Default Rate by the SMEs since launch

3) Provided Investor returns >16% per annum (effective rate)

4) >50% of SMEs are Crowdfunded in <30 minutes on Moneysave

5) And the SMEs receive the investments within the same day



money save



MoneySave is the 1st Crowdfunding Platform in World to use a patented Risk Reduction Incentive Score where SMEs enjoy lower cost of financing if they lower their credit risks.

For example, if they provide Post Dated Cheques as security, they enjoy 0.50% p.a. discount, with Personal Guarantee the discount is 1.50% p.a., with Key Man Life Insurance assigned to the Platform’s Investors the discount is up to 1.50% p.a. and many others.

MoneySave crowdfunds companies from 6 months old incorporation onwards and does not need any collateral as security for financing up to RM25m currently.

Moneysave over the next 5 years would contribute to Malaysia:

· An economic multiplier effect of Moneysave’s funding expected to be >RM160bn (>5% of GDP) based on RM16bn of SME Funded

· Our success would benefit >100,000 SMEs (10% of SMEs in Malaysia) and Enrich 1,000,000 Families

mpney save


Moneysave’s track record in Malaysia includes being:

· The Fastest Crowdfunder of RM10.3m in less than 30 minutes on 9/9/2021

· Fastest Crowdfunder per Issuer in Malaysia at 95 secs for Potboy Groceries in 2020.



About Moneysave (M) Sdn. Bhd.

Moneysave is wholly-owned and managed by Moneysave (M) Sdn Bhd which is a Recognised Market Operator registered by the Securities Commission of Malaysia to operate a peer-to-peer financing platform.

Moneysave reviews and assess all applications before the investment notes are allowed to be hosted on the platform by referring to the information sourced from official sources or information providers.


money save

money save apps


Are you an Investor looking to generate a higher return on investment? MoneySave is one of the safest P2P PLATFORM with a Zero % default rate up to Sept 2021. This is possible with a proven patented Risk Reduction Incentive & Stringent Credit Assessment that was performed on the companies by their platform. Become an investor today to support Malaysian SMEs.

Download MoneySave investment apps on the apps store or visit our website www.moneysave.com.my


McDonald’s Malaysia Bayar Zakat Perniagaan Tertinggi Bagi Tahun 2021 Yang Berjumlah RM2 Juta

McDonald's Malaysia Bayar Zakat Perniagaan Berjumlah 2 Juta

McDonald’s Malaysia Bayar Zakat Perniagaan Tertinggi 
Bagi Tahun 2021 Yang Berjumlah RM2 Juta


Hari ni TB nak bercerita tentang McDonald's lagi, bagi yang tidak tahu sepenuhnya tentang McDonald's ni, biar TB cerita sikit info tentang ni ye.. McDonald’s adalah rangkaian global perkhidmatan makanan melibatkan kira-kira 36,000 cawangan restoran di seluruh dunia dengan pelanggan lebih 70 juta sehari di lebih 100 buah negara. Sepanjang 39 tahun McDonald’s di Malaysia, McDonald’s memberi perkhidmatan kepada lebih 13.5 juta pelanggan sebulan di lebih 300 restoran di seluruh negara. McDonald’s Malaysia mempunyai lebih 14,000 kakitangan di semua rangkaian restorannya di seluruh negara dengan mewujudkan pelbagai peluang perkembangan karier, latihan dan pembangunan.

McDonald's Malaysia juga selalu buat amal kebajikan dan sentiasa berkongsi rezeki dengan golongan yang memerlukan, paling TB respek apabila McDonald's Malaysia tidak lupa untuk menjalankan tanggungjawapnya dalam berzakat untuk perniagaan. Bak kata Azmir Jaafar merangkap Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, menyumbang kembali kepada masyarakat yang memerlukan merupakan nilai teras McDonald’s, sama ada melalui program tanggungjawab sosial korporat mahupun melalui sumbangan Zakat. Malah Inisiatif sebegini tetap menjadi komitmen mereka sepanjang tempoh pandemik COVID-19 dan perintah kawalan pergerakan. 


McDonald’s Malaysia membayar zakat perniagaan berjumlah RM2 juta kepada semua 14 negeri di Malaysia. 

McDonald's Malaysia telah  menyampaikan zakat perniagaan berjumlah RM2 juta kepada pusat pungutan zakat negeri di seluruh negara dalam usaha membantu golongan memerlukan. Pembayaran zakat bagi tahun 2021 ini merupakan jumlah tertinggi semenjak McDonald’s Malaysia mula membayar Zakat perniagaan 5 tahun yang lalu sejak syarikat itu diambil alih Lionhorn Pte. Ltd., sebuah anak syarikat Kumpulan Reza dari Arab Saudi . 




Azmir Jaafar berkata bahawa sebagai entiti perniagaan 100 peratus milik umat Islam, ia adalah tuntutan keagamaan untuk mereka membayar zakat untuk diagihkan kepada golongan masyarakat yang memerlukan. Zakat adalah salah satu daripada lima rukun Islam, dan sebagai sebuah syarikat yang mengendalikan operasi di lebih 300 restoran di seluruh negara ini, menyantuni komuniti di tempat mereka beroperasi sentiasa menjadi keutamaan. Azmir dan pasukannya berharap sumbangan mereka kepada semua 14 negeri akan terus membantu golongan miskin di seluruh negara, terutamanya dalam keadaan hidup semasa yang penuh dugaan ini .


McDonald's Malaysia


Majlis penyampaian Zakat telah diadakan di McDonald's Putrajaya Presint 2. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary menyaksikan sumbangan Zakat oleh Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia, Azmir Jaafar kepada wakil daripada kesemua 14 Agensi Pungutan Zakat.


Kata Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Sumbangan Zakat adalah penting dalam menyokong kebajikan sosial masyarakat yang kurang berkemampuan. Dengan pembayaran Zakat perniagaan oleh McDonald's Malaysia, beliau turut berharap ia dapat membantu Agensi Pungutan Zakat di seluruh Malaysia untuk menyediakan bantuan kewangan kepada masyarakat yang memerlukan, serta meneruskan penyaluran bantuan dalam pelbagai bentuk bantuan kebajikan dan pendidikan,


Penerima Sijil Pengiktirafan Pembayar Zakat Korporat daripada PPZ-MAIWP

Pada tahun 2019, McDonald’s Malaysia merupakan entiti perniagaan yang pertama menerima Sijil Pengiktirafan Pembayar Zakat Korporat daripada PPZ-MAIWP. Sijil ini mengiktirafkan perniagaan Malaysia bagi sumbangan zakat korporat mereka di negeri-negeri Wilayah Persekutuan. Selain itu, pada bulan Oktober 2020, McDonald’s Malaysia juga telah menerima Sijil Pengiktirafan Pembayar Zakat Korporat daripada Lembaga Zakat Selangor.

“Halal di McDonald’s Malaysia merangkumi seluruh rantaian bekalan sumber dan operasi, daripada rasa makanan dan bahan ramuan halal, hingga kebersihan restoran dan program komuniti yang syarikat turut serta,” kata Azmir.


Sijil-sijil Pengiktirafan Pembayar Zakat melengkapi Pensijilan Halal yang sedia dimiliki McDonald’s Malaysia. 


McDonald’s Malaysia merupakan antara restoran khidmat segera pertama di Malaysia yang menerima pensijilan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Penglibatan aktif syarikat ini dalam pelbagai program Halal sejak beberapa tahun kebelakangan ini termasuk Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS), HALFEST, dan Sidang Kemuncak Halal Sedunia. Untuk memastikan standard Halal yang ketat sentiasa dipatuhi di McDonald’s Malaysia, syarikat ini telah membentuk Jawatankuasa Halal Dalaman pada tahun 2013 untuk memantau pematuhan sepenuh secara menyeluruh.


Akhir sekali, TB doakan semoga Zakat yang dibayar McDonald’s Malaysia, dapat membantu agensi pungutan zakat di seluruh Malaysia untuk menyediakan bantuan kewangan kepada masyarakat yang memerlukan, serta meneruskan penyaluran bantuan dalam pelbagai bentuk bantuan kebajikan dan pendidikan. 


03 November 2021

PENGALAMAN PERTAMA TERIMA BARANG SALAH KETIKA SHOPPING ONLINE DI LAZADA

 

PENGALAMAN PERTAMA TERIMA BARANG SALAH KETIKA SHOPPING ONLINE DI LAZADA



Hemm.. Konon taknak beli last minutes, beli la awal-awal hadiah untuk birthday Harraz.. Tiba-tiba ada juga masalah pulak, barang lain yang kita order, barang lain yang sampai.. Taktau nak ekpres perasaan ni macam mana.. Nak marah tak boleh sebab seller tu sopan sangat... Siap mintak maaf bagai..  Respon pun cepat. 

Masa mula-mula terima tu tipu lah kalau takde rasa marah, rasa sedih, rasa nak maki semua ada. Tapi bila lama-lama fikir, mungkin ada hikmahnya kot..  Mungkin apa yang TB beli untuk harraz tu tak berfaedah ke.. Kita tak tau kan.. Sebab hati TB pun berbelah bahagi sebenarnya semasa nak order barang tu..  Sebab fikir toys kan.. Rasa macam membazir beli.  TB kalau beli pun, suka education toys, atau berkaitan dengan motor halus ke sensori ke.. Tapi kali ni ter order toys yang merepek pulak dah sebab konon nak bagi harraz merasa..  Dan boleh la adiknya join sekali cuci mata, main sama- sama kan.. So order jugak laaa.. 

Tunggu punya tunggu..  Memang dah ready pun tunggu kalau lebih seminggu kan, sebab dari China. So bila sampai tu.. Macam terkejut gak.. Laa nape lampu lip lap yang aku dapat.. Emm.. Frust sangat masa tu.  Terbayang je birthday harraz spoil.. Nak order lain sempat ke entah.. Taktau nak kata. 

Arrange untuk mintak refund dan return barang 


Dah arrange untuk return balik dan mintak refund, sebab harga barang yang sampai tu murah dari barang yang diorder..so baik mintak refund even mcm rasa buang masa sgttt..


Apa pun.. Takpelah.. Mungkin barang tu tak bagus kot untuk anak aku.. Kena cari hadiah yang betul2 berguna untuk dia.. 😅

Toys2 merepek ni, lambat laun akan rosak. Nak pulak dapat kat harraz.. Sehari je boleh jadi macam2... Abes di buka dipasang dibuka dipasang.. Apa yg digideknya xtau laaa..

Frust tu tentu lah ada. Sebab sekarang pun taktau nak ganti dengan apa hadiah harraz tu.

Eh... Tetiba macam teringat something masa taip ni.. Haaa... I know.. Dah tau dah.. Apa kegemaran harraz.. Mesti dia suka kalau belikan ini.. Selain toys.. Ia juga elok untuk pembelajaran harraz..

Ok.. Boleh beli ni..

Oh yea.. Nanti TB share cara nak return barang dan cara nak mintak refund kalau terima barang salah dari yang kita order di Lazada..  



Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers