Pelbagai Game Online Percuma di Solitaire.org
Mengimbau kenangan zaman kanak-kanak dan zaman remaja dulu pastinya ia adalah satu kenangan yang akan terus sebati dalam diri TB. Membesar dengan peredaran zaman yang semakin hari semakin maju, semakin ke hadapan dan melalui pelbagai pembaharuan dalam teknologi juga. Begitu juga dalam dunia permainan game online yang semakin hari semakin dikemaskini dengan penambahbaikan dari segi grafik yang cantik dengan saiz yang tidak terlalu besar.
Pada zaman alam maya ini, Setiap hari akan ada permainan video baharu dikeluarkan. daripada game yang simple sehinggalah terkini yang agak lasak dan mencabar untuk dimainkan di screen komputer kita. Kita bermain dengan asyik sehingga tiba satu masa kita teringat akan game online yang telah lama tidak dimainkan sejak meningkat dewasa. Game online tersebut sering kita mainkan ketika zaman kanak-kanak/remaja.
Tiba-tiba pula TB terasa ingin mengimbau game online yang membuat kita rasa nostalgia sangat, Ingat tak dahulu ketika zaman kanak-kanak, apabila bosan kita akan bermain dengan game yang ada di PC komputer kita? Game itu sememangnya percuma dan memang telah tersedia ada dalam pc komputer kita. Kita hanya bermain begitu sahaja tanpa perlu sambungan internet. Antara game yang kita mainkan ialah permainan kad Solitaire, teka-teki perkataan, mahjong dan permainan objek tersembunyi.
TB pun buat carian di Google, game-game masa zaman kanak-kanak dulu, dan alangkah gembiranya bila TB menemui satu website yang menghimpunkan semua permainan zaman kanak-kanak kegemaran TB untuk dimainkan di internet sekarang. website tersebut ialah solitaire.org yang mengumpulkan variasi game-game online nostalgia zaman kanak-kanak/remaja dahulu.
Walaupun ia cuma game online yang lama dan old school, namun dengan grafik yang berwarna-warni serta comel itu boleh menarik perhatian semua golongan masyarakat tidak mengira umur untuk duduk bermain lama di hadapan komputer. Bagi TB ini adalah laman web terbaik untuk sesiapa sahaja yang suka bermain permainan jenis simple dan mudah ini.
Perkara terbaik tentang laman Solitaire.org ini ialah ia merupakan website online games percuma yang mudah dan tidak memerlukan sebarang muat turun, tiada iklan yang memotong semasa kita sedang bermain. Jadi, tiada rasa annoying apabila terganggu dengan iklan-iklan disaat kita sedang asyik dengan game yang sedang kita mainkan.
Website ini juga tidak meminta sebarang maklumat peribadi jadi ia sangat selamat. TB tidak akan pernah lupa yang Solitaire dan Minesweeper sebagai permainan pertama yang pernah TB mainkan pada Windows PC baharu TB beberapa dekad yang lalu.
Antara game yang terdapat di website solitaire.org ialah:
Logic Puzzle - solitaire.org/logic-puzzle-games/
Word Games - solitaire.org/word-games/
Hidden Object Games - solitaire.org/hidden-object-games/
Mahjong Games - solitaire.org/mahjong-games/
Hidden Object Games - solitaire.org/hidden-object-games/
Mahjong Games - solitaire.org/mahjong-games/
Card Games - solitaire.org/card-games/
Match 3 Games - solitaire.org/match-3-games/
Free Online Games - solitaire.org/free-online-games/
Match 3 Games - solitaire.org/match-3-games/
Free Online Games - solitaire.org/free-online-games/
Dan dalam setiap game tu ada lagi senarai pilihan game yang boleh kita pilih untuk bermain. Hampir kesemua game TB cuba main.. dan betul-betul mengimbau kenangan apabila dapat bermain dengan game yang kita selalu main zaman kanak-kanak dulu. Teruja betuk TB mencuba semua game.
Solitaire
- Classic
- Klondike
- Spider
- FreeCell
- Pyramid
- Tripeaks
- Golf
Card
- Blackjack
- Crazy Eights
- Euchre
- Gin Rummy
- Hearts
- Spite & Malice
Mahjong
- Solitaire
- 3D
- Animal Connection
- China
- Cooking
- Golden Autumn
- Panda
Hidden Object
- Castle
- China
- Circus
- Garden
- Hotel
- Kitchen
- Pirate
- Princess
Match 3
- Candy Fiesta
- Candy House
- Same Game
- Treasure of Atlantis
- Zuma Ball
- Zuma Legend
Logic Puzzles
- Battleships
- Chess
- Crossword
- Minesweeper
- Nonograms
- Sokoban
- Sudoku
- Tetra Blocks
Word
- Crossword
- Word Search
- Letter Logic
- Letter Scramble
- Wordoku
Dalam banyak-banyak game yang ada, TB pasti nak juga mencuba permainan solitaire. Tak sangka rupanya ada pelbagai jenis Solitaire, ada Classic, Klondike , Spider , FreeCell , Pyramid , Tripeaks dan Golf. Tapi yang paling TB kerap main ialah Klondike kerana mengimbau kenangan sungguh sebab selalu bermain game ini di pc komputer semasa zaman bekerja dulu..
Selepas mencuba beberapa permainan solitaire, TB mencuba satu lagi game online yang memang TB suka sangat hingga kini iaitu Mahjong Solitaire. Mahjong Solitaire ni antara yang TB selalu main di pc komputer dulu, bila tiba masa free TB akan bermain Mahjong ni untuk release tension, Apa yang TB suka dengan Mahjong Solitaire ini ialah kerana gabungan grafik comel dan warna pastel yang menarik perhatian TB hingga rasa susah nak berhenti bermain.
Satu lagi mainan Mahjong yang TB suka ialah Mahjong 3D yang merupakan mahjong yang pertama kali TB main, sangat-sangat menarik dan mencabar juga dari Mahjong yang lain tu, Yang ini ia berbentuk 3D , seperti cube. Cara bermain agak mudah, satukan 2 batu yang bercorak sama untuk mengeluarkan batu tersebut. Batu perlu mempunyai sekurang-kurangnya 2 sisi bersebelahan.
Kita juga boleh rotate / memutarkan pandangan untuk melihat dengan lebih jelas lagi. TB juga berasa seronok bermain dengan game ini kerana musik latar belakangnya sangat tenang dan enjoy sahaja didengar. Game Mahjong lain pun seronok juga, semua TB cuba.. memang boleh buat rasa tak mahu berhenti bermain. Antara game Mahjong lain yang ada ialah Solitaire Mahjong 3D, Animal Connection, China, Cooking, Golden Autumn, dan Panda. Semua TB suka.. Panda tu best jugak tauu!
Kali ini TB mencuba game berbeza dari kategori Hidden object pula, TB sukakan game ini dan TB memang teruja untuk mencari objek-objek tersembunyi didalam game ini. Seperti yang kita tahu, Game mencari objek tersembunyi adalah permainan yang memerlukan fokus dan pandangan mata yang tajam. Kita akan berasa teruja apabila dapat mengumpul objek yang tersembunyi dalam permainan. Cara bermain game ini ialah klik pada objek untuk memilihnya. pinch atau klik lama pada imej untuk mengezoom masuk atau keluar. Terdapat butang skrin penuh di sudut kanan bawah permainan.
Permainan ini mempunyai 10 peringkat yang ditetapkan masa. Kita boleh menjaringkan sehingga 3 bintang pada setiap peringkat berdasarkan seberapa cepat kita menyelesaikan teka-teki. Untuk membuka kunci tahap seterusnya, kita perlu mengalahkan tahap sebelumnya
Tapi yang paling tak seronok ialah bila kita tersalah klik pada objek, maka masa kita akan dikurangkan. dan pastinya peluang untuk menang makin tipis.
Game seperti Candy House pula antara game yang disukai anak-anak kerana ia menguji anak-anak cara berfikir menyelesaikan blok-blok yang berada dalam warna yang sama. game ini sangat mudah dimainkan, hanya tukar 2 item untuk memadankan 3 atau lebih item yang sama dalam lajur menegak atau baris mendatar.
Buat padanan yang lebih panjang untuk mendapatkan bahagian kuasa yang memusnahkan kepingan lain pada baris yang sama atau kepingan lain daripada sebarang warna yang di pilih. Setiap satu daripada 50 peringkat ditetapkan masa.
Ia adalah permainan perlawanan 3 biasa di mana kita mendapat lebih banyak mata untuk memadankan 4, 5, atau mungkin membuat L.
Same Game juga adalah antara game yang TB sukakan dalam kategori Match 3 , Apa yang TB sangkakan pada mulanya bermain dengan game ini, TB sangkakan ia permainan yang mudah, rupa-rupanya agak mencabar juga. Perlu ketelitian juga untuk menyusun blok-blok dalam warna yang sama dan tiada yang tertinggal solo..
Tak faham? mari TB terangkan cara main game ini. Untuk menang kita perlu cuba kosongkan padang permainan sepenuhnya, dengan mengalih keluar kumpulan yang bersambung dua atau lebih petak yang sama warna.
Klik pada segi empat sama berwarna untuk menyerlahkan seluruh kumpulan yang disambungkan.
Klik sekali lagi untuk mengalih keluar kumpulan ini. Petak lain yang berada di atas petak yang dikeluarkan akan jatuh ke bawah untuk mengisi ruang itu.
Jika kita mengosongkan keseluruhan lajur maka lajur yang lain akan bergerak ke kiri untuk mengisi ke arah tepi kiri teka-teki.
Kita tidak boleh mengalih keluar satu petak terpencil, cuba elakkan kedudukan buntu di mana semua petak yang tinggal diasingkan.
Sebelum TB lupa, TB nak kongsikan juga satu lagi game yang TB begitu asyik bermain sehingga terlupa waktu untuk berbuka puasa makin hampir. Nak tahu game apa? haa.. ini dia game Battleships Armada dari kategori Logics Puzzle
Game ini sangat menarik bagi TB kerana ia memerlukan kita teliti dan bijak mencari dimanakan terletaknya kapal selam musuh kita. Kita perlu melepaskan peluru berpandu ke arah mana-mana arah yang kita rasakan kapal selam musuh itu berselindung. Kita dah musuh (komputer) diberi cubaan sebanyak 3 kali untuk menyerang dalam setiap giliran .
Hanya tembak saja arah mana yang kita nak tembak dan apabila dapat tuju tepat ke kapal, tembak petak bersebelahannya pula sehingga menemui arah mana kapal itu diletakkan dan teruskan menembaknya sehingga anda meletupkannya. Tidak kira secara melintang atau menegak.
Tembak dalam corak bertaburan supaya kita dapat menutup banyak tanah lebih awal dan mempunyai peluang yang baik untuk terlanggar kapal secara tidak sengaja.
Yeay.. lihatlah hasilnya. TB seronok sangat apabila berjaya mengalahkan musuh dengan serangan peluru berpandu yang tepat ke arah kapal selam mereka. anda semua patut cuba game ini tau..
Oh ya.. untuk pengetahuan semua, game di Solitaire.org ni semuanya sesuai untuk kanak-kanak, jadi untuk kanak-kanak yang bosan di rumah, boleh la cuba bermain game dalam website ini kerana pasti mereka akan menemui sesuatu untuk dimainkan di sini. semua game sangat mengujakan.
Adakah main game dapat memberi kesan yang buruk?
Ramai orang beranggapan yang game hanya akan memberi kesan buruk jika kita terlalu fokus kepadanya. Namun, terdapat kajian yan menunjukkan orang yang bermain game mempunyai koordinasi mata lebih baik, kemahiran penyelesaian masalah dan otak berfungsi dengan cerdas.
Namun begitu, kita perlulah mengawal tabiat bermain game dengan tidak bermain secara berlebihan bagi mengelakkan kita atau anak-anak mengalami ketagihan terhadap game.
Namun sekiranya kita pandai mengawal masa ketika bermain game, boleh lah singgah di website ini kerana permainan yang ada sangat menarik untuk dimainkan dan begitu mengimbau kenangan ketika bermain game online di PC semasa kanak-kanak / remaja.
Namun begitu, kita perlulah mengawal tabiat bermain game dengan tidak bermain secara berlebihan bagi mengelakkan kita atau anak-anak mengalami ketagihan terhadap game.
Namun sekiranya kita pandai mengawal masa ketika bermain game, boleh lah singgah di website ini kerana permainan yang ada sangat menarik untuk dimainkan dan begitu mengimbau kenangan ketika bermain game online di PC semasa kanak-kanak / remaja.
Jangan lupa layari website Solitaire.org ini untuk lihat dan cuba lebih banyak game yang ada.. sudah semestinya ianya percuma sahaja.. tiada iklan yang menganggu ketika bermain game dan muat turun juga mudah dan cepat, grafik dan music background juga menarik. cubalah!
0 ulasan:
Catat Ulasan