Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

19 Julai 2022

TAUHU BERLAUK MUDAH

 

Tauhu berlauk

TAUHU BERLAUK MUDAH


Bahan-Bahan :

2 ketul isi ayam

3 keping tauhu petak

4 ketul tauhu telur

3 biji telur

Bawang holland

Carrot

Daun sup

1 kiub ayam

Sebuk lada hitam (optional)


Cara-Cara :

Blend tauhu petak, isi ayam, tauhu telur dan telur.. blend sampai sebati dan semua hancur halus.

Masukkan dalam bekas... Campurkan sekali ngan carrot, bawang Holland dan daun sup yang dicincang halus... Masukkan garam, serbuk perasa, serbuk lada hitam dan 1 ketul kiub ayam.. kalo ada lada sulah, boleh buh...korang kukus dulu.. Nanti telur tu jadi keras skit.. So boleh simpan dalam bekas... Nak makan baru goreng celup telur...

Sambal kicap :

5-10 tangkai cili padi

5 ulas bawang putih

1 sudu gula pasir

Garam

Perasa - Ajinomoto, kalau suka

Kicap manis

Sedikit jus limau

Cara cara:

Goreng terlebih dahulu cili padi bersama bawang putih dengan sedikit minyak sehingga kulit cili padi nampak agak masak sedikit dan bawang putih nampak kekuningan, jadi bila tumbuk nanti cepat hancur dan sebati. Masukkan gula.. Garam.. Tumbuk lagi.. Pastu keluar masukkan dalam mangkuk... Masukkan Kicap..perahkan limau.


Kredit resepi & foto : harita arash

RESEPI : AYAM PAPRIK THAI

Ayam paprik thai

RESEPI : AYAM PAPRIK THAI


Bahan-bahan

2 keping dada ayam - hiris nipis

2 ulas bawang putih - hiris

2 ulas bawang merah - di hiris

1/2in halia - hiris halus

1/2 labu bawang besar - dibelah memanjang

1 biji cili merah - dihiris serong

4 biji cili padi - di ketuk sedikit

1 batang serai - di ketuk

2 helai daun limau purut

2 sudu makan cili kering kisar

2 sudu makan cili sos

2 sudu makan tomato sos

1 sudu makan sos tiram

sedikit kicap manis

sedikit garam

1/2 cawan air


Sayuran-sayuran

Bunga kobis - potong kecil

2 biji putik jagung - dihiris

1/2 biji karot - dihiris memanjang

2 tangkai kacang panjang - dipotong 1 inci


Cara-cara :

1. Panaskan minyak, goreng hirisan ayam hingga berubah warna menjadi keputihan. Tos dan ketepikan.

2. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bawang putih, bawang merah dan halia hingga naik bau.

3. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.

4. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sedikit kicap. Masukkan isi ayam dan gaul hingga rata.

5. Masukkan air, serai dan daun limau purut, biar mereneh, perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Kacau rata.

6. Masukkan bawang besar dan sayuran-sayuran yang di hiris. Tambahkan sedikit air jika kuah agak pekat. Masak hingga sayuran empuk.

7. Hidang bersama nasi putih.


Selamat Mencuba😊


 

18 Julai 2022

AIR ASAM Colek Ikan Bakar Special

 

AIR ASAM Colek Ikan Bakar

AIR ASAM Colek Ikan Bakar Special


Bahan-Bahan :

Cili padi 10biji

Cili besar 2 biji

Tomato 1biji

Belacan 2 ibu jari


Cara-Cara :

- goreng dengan myk sikit.

Lepas tu masukkan dlm blender bersama :


Kerisik 2 sudu besar

Asam jawa adabi 2 sudu besar

Air suku cawan ikea

Gula

Garam


Blend semua.


Bahan hiris:

Bawang besar

Cili besar

Cili padi

Tomato

Limau kasturi hiris dengan kulit skali


Campur kan bahan blend dengan bahan hiris.

Ps: kalau suka pekat, bahan blend td boleh lebih kan. Cili padi lg byk lg meletop.

Air tu pun ikut nak pekat ke cair. Kalau suku cawan tu pekat sgt, tambah sket nt pun xpe.


Nak rebus kerang masuk dlm air asam ni pun boleh.

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers