ASAM PEDAS IKAN PARI SPECIAL
Bahan:
Ikan boleh guna apa sahaja ikut citarasa
Bunga kantan
Bendi
Daun kesum
Tomato - belah
7-8 sudu makan pes cili - lebihkan jika suka pedas
Air asam jawa @ pes asam jawa
Garam, gula dan perasa secukupnya
Bahan kisar :
1-2 biji bawang besar - nak kuah pekat boleh guna lebih
5 ulas bawang putih
1 inci belacan
1 hiris halia
1 hiris lengkuas
Serai - dititik
Cara-Cara :
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan2 kisar hingga wangi.
2. Masukkan cili kisar dan serai yg telah dititik. Tumis lagi hingga garing dan pecah minyak.
3. Tambahkan air asam jawa dgn secukupnya. Boleh juga tambah pes asam jawa kemudian tambah air mengikut kepekatan yg diingini.
4. Bila kuah mula mendidih masukkan ikan, daun kesum, bunga kantan dan juga bendi. Biar hingga ikan masak dan sayur lembut.
5. Masukkan hirisan tomato serta perasakan dgn garam, gula, secukup rasa.
Kredit resepi & foto : Haslinda Hashim
0 ulasan:
Catat Ulasan