BUAT KIRA-KIRA SEBELUM BERSARA BANTU SIMPANAN PERSARAAN BERTAHAN LAMA
Bagi mereka yang telah lama berkhidmat dan bekerja di sektor kerajaan mahupun swasta sudah pastinya mengimpikan kehidupan selepas bersara yang tenang dan dapat berehat sepenuhnya menempuh hari tua dengan bahagia dan selesa. Sudah pasti juga ada diantara kita yang terfikir ingin bersara awal dan ingin merasai kebebasan kewangan dan sara gaya hidup tanpa perlu bekerja.
Semua itu tidak mustahil jika kita membuat perancangan dari awal, dan memikir persiapan masa depan dengan berdisiplin dan nekad.
Kita masih mempunyai masa untuk menyimpan sekiranya memilih untuk bersara pada umur 65 tahun. Dengan memikirkan tentang simpanan persaraan yang ideal dan berbaloi, boleh memberikan idea untuk menentukan pelan pelaburan yang betul.
Bagi pekerja swasta pula, kita mungkin akan sedar bahawa simpanan KWSP tidak cukup untuk memastikan kebebasan kewangan selepas bersara. Lebih-lebih lagi dengan kos sara hidup semakin meningkat, inflasi ekonomi dan perbelanjaan tak dijangka, pasti simpanan persaraan kita akan terganggu.
Oleh itu kita perlu menetapkan matlamat membuat simpanan dengan segera kerana lebih awal kita mula, lebih banyak simpanan persaraan yang dapat kita kumpul. Perlu ketahui dan cari lagi peluang menambah pendapatan supaya kita dapat bersara dengan selesa dan tenang.
dan seharusnya pada masa ini seharusnya kita elakkan daripada berbelanja yang tidak perlu. Asingkan sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan bulanan untuk simpanan dan simpan di dalam akaun simpanan pulangan tinggi atau dalam dana harga tetap seperti Amanah Saham Malaysia (ASM) dengan dividen tahunan konsisten, tiada cukai dan tiada caj jualan.
Selain itu, kita boleh terokai peluang yang menghasilkan aliran pendapatan pasif untuk ditambah ke dalam simpanan dan jana pendapatan kita seperti berniaga secara online mahupun kerja-kerja sampingan lain yang boleh mendatangkan pendapatan pasif yang hanya perlukan usaha dan penyenggaraan minimum, sambil menikmati pulangan berbaloi.
Selain harus menyedari perancangan kewangan persaraan sangat penting untuk tampung kehidupan kita setelah persaraan, kita juga perlu tahu bahawa untuk kekalkan jumlah simpanan kita tanpa mengeluarkanya sebelum waktu yang sesuai sikap bersabar dan bersederhana adalah amat membantu dalam merealisasikan impian bersara dengan simpanan yang mencukupi.
Empat perkara yang patut dilakukan untuk pastikan simpanan persaraan bertahan lama.
- Selesaikan hutang secepat yang mungkin supaya simpanan hari tua kita yang sediada berjumlah yang banyak untuk jangka panjang.
- Tangguhkan persaraan setahun atau 2 tahun untuk membantu meningkatkan simpanan persaraan .
- Cuba sebaik mungkin untuk menambah pendapatan dan kemudian menyimpan.
Keperluan Selepas Bersara
Apabila memikirkan tentang persaraan nanti, apakah ada keperluan lain yang perlu dibuat selepas bersara? Misalnya berpindah rumah? membaiki rumah? Menukar kereta baru? atau hanya kekalkan gaya hidup yang sedia ada? Semua ini perlu dirancang sebelum kita bersara lagi.. seeloknya diselesaikan sebelum kita bersara agar perbelanjaan yang digunakan bukan di ambil dari simpanan hari tua nanti..
Gunakan kalkulator persaraan dan mula merancang hari ini.
Belanja tambahan seperti pergi melancong serta perbelanjaan peribadi yang lain juga perlu dikira untuk mengelakkan simpanan habis dengan cepat. Jadi lebih elok untuk ambil berat dan dan lakukan kiraan belanja. Sekiranya tidak pandai buat kira-kira, boleh juga gunakan kalkulator persaraan untuk mereka yang merancang bersara dan buat belanjawan sebelum menempuh hari tua..
Membuat simpanan dari usia muda
Sememangnya sangat digalakkan untuk kita mula menyimpan sejak umur muda kerana ia memberikan banyak kelebihan, lebih-lebih lagi jika kita membukan akaun deposit tetap yang boleh memberikan kadar faedah lebih tinggi berbanding akaun biasa.
Persediaan untuk kesihatan selepas bersara
Pastinya ramai yang sedar tentang tahap kesihatan masing-masing apabila semakin meningkat umur. Seiring dengan pperubahan umur, keperluan kesihatan dan perubatan kita juga akan berubah. Ada yang perlukan bantuan pendengaran atau penglihatan, perkhidmatan pergigian yang meningkat, dan pemeriksaan perubatan yang lebih kerap. Semuanya bykan dalam jangkaan kita.
Namun kita sudah semestinya mahu elak daripada dikenakan caj bil hospital tak dijangka yang sekaligus mengganggu pelan simpanan persaraan, maka persediaan untuk ke arah itu perlu kita rancang bagaimana solusi nya .
Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan, kita perlu mengambil langkah dan inisiatif agar persaraan kita masih teratur walau dalam tahun-tahun kedepan persaraan kita. Makanya langkah paling baik untuk pantau perbelanjaan masa depan dalam bab kesihatan ialah dengan melabur dalam insurans kesihatan yang meliputi yuran perubatan tidak terhad kepada kemalangan sahaja. Tingkatkan lagi perlindungan dengan mengambil polisi insurans jenis semua dalam satu, di mana anda dapat liputan insurans, simpanan separa, pulangan pelaburan berpotensi, dan pendapatan tahunan terjamin.
Akhir sekali, bersara adalah sesuatu yang ditunggu dalam kemuncak kehidupan semua orang kerana pada masa inilah masa ideal untuk kita kejar segala impian yang sebelum ini tertangguh kerana kekangan kerja yang wajib dituruti demi menyara keluarga tersayang. Dengan perancangan yang bagus, kita tidak perlu risau kehabisan simpanan, dan fokus untuk jalani hidup yang terbaik.
0 ulasan:
Catat Ulasan