RESEPI NASI DAGING UTARA SEDAP!
TB suka juga makan Nasi Daging.. Kat tempat TB ada satu Nasi Daging yang sedap sangat.. Sampai anak-anak pun suka.. Makan bertambah-tambah.. Nasi Daging Warisan namanya.. Kadang terfikir nak masak sendiri je.. Pernah la buat Nasi Daging sebelum ni tapi bahan gu dia macam tak kena je... Heee.. Ni dah jumpa yang macam sedappp je bila tengok gambar.. TB tepek terus lah.. Ada rezeki kita buat... InsyaAllah... Mesti buat... Dulu rajin buat nasi-nasi gini.. Sebab hubby pesen nya suka makan masak kat rumah lagi sebab dapat makan sepuasnya.. Kalau beli kat luar rasa tak puas makan.. Kuantiti tak berbaloi dengan harga katanya..
Antara yang TB pernah masak.. Nasi minyak, nasi daging, nasi dan ayam berempah, nasi ayam.. Nasi apa lagi entah.. 😅.. Memang kegemaran kami dulu..
Ni terasa nak try resepi ni pulak..
Nasi Daging & Air Asam Kerisik
Bahan-bahan (10 orang):
Air Rebusan Daging & Sup (A)
• 2 inci halia*
• 4 ulas bawang putih*
• 1 sdb lada hitam*
• 1 kg daging lembu
• 1 sup bunjut
• 2 sdb rempah sup
• 4L air
• (B)
• Garam secukupnya
• Hirisan daun bawang & bawang goreng
Cara Penyediaan:
- Kisar bahan² yang bertanda *.
- Masukkan bahan kisar & bahan² (A) yang lain ke dalam periuk. Masak sehingga daging empuk. Tambahkan lagi air sekiranya perlu.
- Tapiskan air rebusan. Asingkan daging & air rebusan yang secukupnya untuk memasak nasi.
- Potong daging kepada ketulan kiub & ketepikan.
- Panaskan semula baki air rebusan daging. Perasakan dengan garam secukupnya.
- Taburkan dengan hirisan daun bawang & bawang goreng.
Nota:
- Daging juga boleh direbus dengan menggunakan periuk tekanan.
Nasi Daging
• 4 sdb mentega
• 1 batang kulit kayu manis
• 2 kuntum bunga lawang
• 3 biji buah pelaga
• 4 helai daun pandan
• 1 biji bawang besar (hiris)
• 4 ulas bawang putih (hiris)
• 2 sdb rempah sup
• 1 biji tomato (cincang kasar)
• 4 cawan beras
• Daging rebus yang telah dipotong
• 5 cawan air rebusan daging
• 1 cawan susu cair
• 1 sdb pati ayam/ 1 ketul kiub pati ayam
• 2 pokok daun ketumbar
• Segenggam kismis
• Segenggam bawang goreng
Cara Penyediaan:
- Cairkan mentega di dalam periuk.
- Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga daun pandan, hirisan bawang besar & hirisan bawang putih. Tumis seketika.
- Masukkan pula rempah sup & tomato. Gaul rata.
- Masukkan beras, daging rebus yang telah dipotong, air rebusan daging, susu cair & pati ayam. Kacau rata.
- Tutup periuk. Masak nasi dengan api kecil sehingga masak (20-30 minit).
- Pada ketika nasi ¾ masak, masukkan daun ketumbar, kismis & bawang goreng.
Nota:
- Boleh tambahkan sedikit minyak sapi ketika menumis.
- Boleh gantikan/ tambahkan rempah sup dengan rempah kurma.
- Nasi ini boleh dimasak di dalam periuk nasi seperti biasa.
Air Asam Kerisik
• 3 biji bawang besar*
• 30 biji cili padi*
• 3 biji tomato*
• 3 sdb asam jawa
• 1 cawan air
• 1 sdb belacan
• 2 sdb kerisik
• 2 biji limau nipis
• 2 sdb gula pasir
• 1 sdb budu/ sos ikan
Cara Penyediaan:
- Hiris bahan² yang bertanda *.
- Bancuh asam jawa dengan air. Tapis & ambil airnya sahaja.
- Sediakan bekas/ mangkuk. Masukkan bahan yang telah dihiris, air asam jawa, belacan, kerisik, jus limau nipis, gula pasir & budu. Ramas²kan & sedia untuk dihidangkan bersama nasi daging.
Nota:
- Boleh gantikan budu/ sos ikan dengan garam.
#shikinsaerahrecipe #cookbyshikinsaerah
Credit : Noor Ashikin Saerah
0 ulasan:
Catat Ulasan