Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

09 November 2022

Jus Celery Ala Neelofa

 Jus Celery Ala Neelofa

jus celery ala neelofa



Jom minum jus celery, jadikan amalan minum setiap hari. Kalau korang nak tahu, banyak sangat khasiat jus celery ni tau, Saderi atau Celery adalah sumber yang sangat kaya dengan antioksidan, serat, vitamin dan mineral. Ia juga sangat bermanfaat kepada sistem penghadaman serta pelbagai khasiat lain. Sebab tu lah ramai yang mengamalkan minum jus celery ini untuk kesihatan dan kecantikan diri secara semula jadi. Haa.. kalau nak tau, Neelofa pun amalkan minum jus celery dalam rutin diet nya..

Dalam IG, twitter peribadinya dan temubual bersama geng pagi Hot FM baru-baru ini, Neelofa ada berkongsi rahsia cara dirinya menjaga kesihatan dan kecantikan diri serta kegemarannya yang suka minum jus celery.

Neelofa menyatakan dirinya amalkan minum jus celery yang dibuat sendiri setiap hari di rumah. Bahan-bahan dalam jusnya itu ialah campuran batang celery, timun, lobak merah, kale dan bitroot. Neelofa akan meminum 2 gelas besar sehari jus ini setiap pagi.

haa.. TB pun baru nak mula minum jus celery ni sebab ada terbaca khasiatnya untuk membersihkan usus bagi mereka yang ada masalah kulit seperti ekzema atau Psoriasis. Tapi sebenarnya tak kiralah ada penyakit apa pun jus ni memang sesuai diamalkan kerana banyak sangat khasiat yang kita tak tahu ada didalamnya.. jom tengok antara khasiat minum jus celery ni.. 


celery juice


10 Khasiat Jus Celery Untuk Kesihatan


1. Singkir Kolestrol Jahat

Mengikut kajian. amalan makan 2 batang celery setiap hari dapat singkirkan kolestrol jahat dan dapat turunkan tekanan darah sekiranya di makan mentah begitu sahaja.

2. Lancarkan Penghadaman & Pencernaan

Jika ada masalah sembelit disarankan amalkan sayur ini kerana ia mempunyai kandungan air dan fiber yang agak tinggi bagi melancarkan proses penghadaman dan pencernaan pada tubuh.

3. Kesihatan Mata

Vitamin A dalam celery ini baik untuk kesihatan mata, ia lindungi mata dari semakin merosot fungsinya akibat umur yang semakin meningkat.


4. Mencegah Kanser

Celery mengandungi sekurang-kurangnya 8 sebatian anti kanser. Ia
membantu menghentikan pertumbuhan sel-sel tumor serta menghalang radikal bebas daripada merosakkan sel-sel dalam tubuh.


5. Keradangan

Khasiat Celery juga baik untuk semua masalah keradangan seperti artritis reumatoid, osteoartritis, gout asma dan bronkitis.


6.Normalkan Suhu Badan

Semasa cuaca kering dan panas, minum segelas jus celery dua atau tiga kali sehari, antara waktu makan dapat membantu untuk menormalkan suhu badan.

7. Diuretik

Kalium dan natrium dalam jus saderi membantu untuk mengawal bendalir badan dan merangsang pengeluaran air kencing, menjadikannya bantuan penting untuk membersihkan cecair badan yang berlebihan.

8. Singkir Toksin

Saderi menggalakkan fungsi buah pinggang yang sihat dan normal dengan membantu penyingkiran toksin daripada badan sekaligus menghalang pembentukan batu karang.


9. Bantu Kawal Selera Makan

Minum jus saderi dengan kerap setiap hari juga dapat membendung keinginan untuk makan manis-manis dan mengawal selera makan.

10. Tonik Selepas Senaman

Jus Saderi bertindak sebagai tonik sempurna selepas senaman kerana ia menggantikan kehilangan elektrolit dan rehydrates badan yang kaya dengan mineral.


celery juice


0 ulasan:

Catat Ulasan

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers