Tatacara Mengundi Untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) 19 November 2022
Apa yang Anda Perlu Tahu Sebagai Pengundi?
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan panduan 10 langkah pengundian bagi rujukan lebih 21 juta pengundi berdaftar yang akan menunaikan tanggungjawab masing-masing pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Sabtu 19.11.2022.
Panduan berkenaan ialah dalam bentuk bertulis dan infografik dikongsi dalam Facebook rasmi suruhanjaya berkenaan.
Menurut panduan itu, sebaik dibenarkan masuk anggota polis yang mengawal selia pintu masuk tempat mengundi, pengundi perlu menyerahkan kad pengenalan (MyKad) atau dokumen pengenalan diri dan slip semakan sekiranya ada kepada kerani pengundian pertama dan menunjukkan kedua-dua belah tangan untuk diperiksa.
Kerani pengundian pertama kemudiannya menyerahkan dokumen berkenaan kepada kerani pengundian kedua dan pengundi perlu memastikan nombor kad pengenalan dan nama yang dipanggil kerani pengundian pertama adalah tepat.
Selepas itu, pengundi perlu bergerak ke hadapan kerani pengundian kedua dan mencelupkan jari telunjuk tangan kiri ke dalam botol dakwat pilihan raya apabila diminta dan kerani pengundian pertama akan menanda nama pengundi dalam buku daftar pemilih.
Pengundi kemudian diberikan kertas undi daripada kerani pengundian ketiga dan perlu bergerak ke meja Ketua Tempat Mengundi (KTM) untuk meninggalkan telefon bimbit.
Semua proses ini dijalankan dalam kehadiran ejen-ejen tempat mengundi yang bertugas.
(Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengeluarkan panduan 10 langkah pengundian bagi rujukan lebih 21 juta
pengundi berdaftar yang akan menunaikan tanggungjawab masing-masing pada Pilihan Raya Umum ke-15
(PRU15), Sabtu ini dalam bentuk bertulis dan infografik dikongsi dalam Facebook rasmi suruhanjaya berkenaan/FB SPR)
Pengundi kemudiannya boleh bergerak ke petak undi dan tandakan ‘X’ pada hanya satu ruang kosong bersebelahan dengan nama dan simbol calon dalam kertas undi menggunakan pen untuk memilih calon diundi dan memasukkan kertas undi berkenaan ke dalam peti undi yang betul.
Pengundi kemudiannya boleh bergerak semula ke meja KTM untuk mengambil telefon bimbit dan perlu segera tinggalkan tempat mengundi sebaik selesai.
SPR menetapkan Sabtu ini sebagai hari pengundian bagi PRU15 dan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Bugaya.
Terdahulu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dalam sidang media telah memaklumkan panduan pengundian bagi pengundi positif COVID-19 akan dihantar menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) berserta pautan berkaitan.
Jangan lupa sebelum bergerak dari rumah.. Pastikan dokumen yang wajib dibawa ada bersama anda ye..
Sumber -BERNAMA
0 ulasan:
Catat Ulasan