Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

28 Februari 2023

Takwim / Kalendar Akademik Sesi Persekolahan Sesi 2023/2024

 Takwim / Kalendar Akademik Sesi Persekolahan  Sesi 2023/2024


Takwim / Kalendar Akademik Sesi Persekolahan 
Sesi 2023/2024

Seperti sedia maklum, Kalendar Persekolahan 2023 Sesi persekolahan 2022/2023 akan tamat pada bulan Februari 2023. Selepas cuti akhir persekolahan, sesi persekolahan baharu (2023/2024) pula akan
bermula pada 19 Mac 2023 hingga 9 Mac 2024 bagi sekolah di negeri Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) dan pada 20 Mac 2023 hingga 10 Mac 2024 bagi sekolah di negeri Kumpulan B (Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor dan Wilayah Persekutuan).

Disini dikongsikan Kalendar Akedemik Persekolahan bagi sesi 2023/2024


NEGERI KUMPULAN A : 
Sekolah-sekiolah di negeri Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu, 

Takwim / Kalendar Akademik Sesi Persekolahan Sesi 2023/2024


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


KUMPULAN B :
Sekolah-sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya.


Takwim / Kalendar Akademik Sesi Persekolahan Sesi 2023/2024


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

CUTI PERAYAAN SESI 2023/2024


Manakala dibawah ini pulah adalah senarai cuti perayaan yang diperuntukkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 

Takwim / Kalendar Akademik Sesi Persekolahan Sesi 2023/2024


Muat turun Takwim Akademik Sesi Persekolahan 2023 / 2024 dan Cuti Perayaan Sekolah terkini oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

JOM SHOPPING KELENGKAPAN SEKOLAH DI PUSAT PAKAIAN HARI-HARI | ONE STOP CENTRE

JOM SHOPPING KELENGKAPAN SEKOLAH DI PUSAT PAKAIAN HARI-HARI I ONE STOP CENTRE

JOM SHOPPING KELENGKAPAN SEKOLAH DI 
PUSAT PAKAIAN HARI-HARI | ONE STOP CENTRE


Hai..Korang dah beli ke baju sekolah dan kelengkapan persekolahan anak-anak semua? Bukan apa, pejam celik pejam celik sekolah pun hampir nak buka dah tu.. berdebar rasa kalau kelengkapan sekolah anak-anak tak settle lagi kan. So. hari ni TB nak share serba sedikit tentang pengalaman TB membeli-belah di Pusat Pakaian Hari-Hari. Memang tidak ragu-ragu lagi bahawa Pusat Pakaian Hari-Hari Sdn Bhd (PPHHSB) telah mencipta satu legenda kejayaan yang paling terkemuka di bidang jualan runcit pakaian fesyen. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1996. Bermula secara kecil-kecilan, ia semakin berkembang dengan rangkaian cawangan yang kian bertambah di seluruh negara.

Falsafah perniagaan Hari-Hari ialah menggalakkan para pengguna mengunjungi gedung Hari-Hari setiap hari sambil menjaminkan pengalaman beli-belah yang menceriakan. Sejak mula berniaga, Pusat Pakaian Hari-Hari kekal dengan strateginya untuk memperkenalkan pakaian yang mudah dibiayai, dengan fokus tumpu pada golongan pengguna berpendapatan rendah hingga sederhana. Taktik pemasaran Pusat Pakaian Hari-Hari yang mengambil hati pelanggan ini telah menjadikannya jenama yang bertaraf istimewa di kalangan pengguna.


PUSAT PAKAIAN HARI-HARI


Pusat Pakaian Hari-Hari ada buat Promosi Kembali ke Sekolah Kembali Lagi 2023. Mak ayah mungkin ketika ini sedang rancak menyiapkan kelengkapan persekolahan anak-anak bagi sesi persekolahan yang akan bermula pada Mac 2023 ini. Bagi TB pula lega rasa nya bila dah selesai membeli baju sekolah dan kasut sekolah Harraz, Kami beli yang ini dulu sebab risau kehabisan saiz. Risau kalau lambat saiz Harraz dah tak ada... Nanti tinggal saiz besar-besar je.. 

Barang-barang yang lain-lain tu boleh saja beli kemudian, apa-apa pun untuk mak ayah tu, kalau nak cari kelengkapan sekolah anak-anak seperti baju sekolah, kasut,baju sekolah Agama, sampin, songkok, Baju Tadika, tudung, beg sekolah, alat tulis, track suit, stokin, alatulis dan botol minuman serta bekas makanan pun ada didapati di sini .


PUSAT PAKAIAN HARI-HARI

Masa tengok peralatan sekolah ni, anak yang bongsu tu pun dah teruja tengok dan siap sebut cantiknya kotak pensil tu.. alahai.. anak mama nak sekolah jugak ye.. tunggu besar sikit yea.. awak kecil lagi baru nak masuk 3 tahun.. Design yang menarik, mana budak tak tertarik kan..  Beg sekolah pun comel-comel designnya.. tahan lasak dan berkualiti.. berbaloi beli kat sini.. 

PUSAT PAKAIAN HARI-HARI


Tak perlu ke tempat lain dah, semua ada di Pusat Pakaian Hari-Hari ni. sebab Hari-Hari ni terkenal dengan Kelengkapan sekolah One Stop Center. Nak cari pelbagai barang sekolah? Semua ada.. Dulu pening jugak nak cari barang sekolah kan, nak kena pergi merata tempat.. masuk kedai ini, masuk kedai itu. Sekarang ni, pergi je Pusat Pakaian Hari-hari ni, satu hari je settle pelbagai kelengkapan sekolah.. lega rasa. betul tak?

Minggu lepas TB dan suami bawa anak-anak ke Pusat Pakaian Hari-Hari di Alor Setar. Memang plan nak beli kelengkapan sekolah Harraz disini dan disebabkan kesuntukan masa, kami beli dahulu baju, seluar dan kasut sekolah untuk Harraz.  Beli yang  penting dahulu kan. Next time datang lagi beli peralatan lain pulak.. 


JOM SHOPPING KELENGKAPAN SEKOLAH DI PUSAT PAKAIAN HARI-HARI | ONE STOP CENTRE

Test seluar untuk Harraz.. Saiz kecil je Harraz ni.. hehehe...

JOM SHOPPING KELENGKAPAN SEKOLAH DI PUSAT PAKAIAN HARI-HARI | ONE STOP CENTRE

Dah test. tersengih dia daoat cuba baju sekolah. sebelum ni baju tabika kemas je, warna biru tu.. 
sekarang dah naik darjah satu, kena pakai baju putih.

JOM SHOPPING KELENGKAPAN SEKOLAH DI PUSAT PAKAIAN HARI-HARI | ONE STOP CENTRE

Stokin pun beli kat sini jugak.. Ambil 2 set terus.. dapat lah 3 pasang.. 


PUSAT PAKAIAN HARI-HARI

Tengoklah susunan yang kemas ni, senang nak pilih, senang nampak.. tak payah nak panggil-panggil staff hari-hari nak melayan kita. boleh je capai sendiri dan belek-belek sendiri kan. Tapi lepas tu kemas balik tau. Jangan biar berselerak. kesian staff hari-hari nak kemas balik nanti.. 

Haa.. Sebenarnya ini first time TB membeli belah di Pusat Pakaian Hari-Hari area Alor Setar ni.. Masa mula-mula masuk, kami disambut oleh mesra oleh staff Hari-Hari. Layanan yang diberikan juga sangat memuaskan hati. Walaupun anak-anak TB ni tak boleh dok diam.. Pekerja nya ok je melayan kerenah anak..Terima kasih.. 

Pusat Pakaian Hari-Hari

TB suka shipping di Pusat Pakaian Hari-Hari ni sebab kedainya bersih kemas dan teratur. barangan yang dijual pun tersusun elok mengikut saiz, jenis dan jenama. Jadi, kita pun tak susah nak cari saiz dan barang yang kita mahu. 

Bilik untuk test pakaian pun ada disediakan. Jadi, anak-anak yang dah besar tu bolehlah salin pakaian dan cuba test baju tu situ. 

Selain itu TB suka membeli disini kerana materialnya berkualiti dan tahan lasak, harga pun  yang amat berpatutan. Tak rasa menyesal membeli disini. yang paling bagus bila barang boleh ditukar size sekiranya kita rasa saiz tu tidak sesuai dengan anak kita. Tapi kena tukar dalam masa 7 hari la ye. jangan lebih .

Lupa pula, dalam ramai-ramai mesti ada jugak ibu bapa yang lebih selesa membeli secara online kerana tidak perlu bersesak-sesak, tidak perlu menghadapi kesesakan lalulintas, dan tidak perlu melayan kerenah anak-anak dikedai. Jadi boleh lah shopping di Hari-Hari Online Store: http://ehari.com.my  je..  mudah kan? 

Kalau selalu guna Shopee, boleh juga shipping disitu, nak shopping di Lazada pun boleh. tiada masalah.. cuma kalau beli pakaian, seluar atau kasut tu.. kenalah ukur dahulu saiz agar dapat order saiz yang betul.  Ha.. Tapi kalau rajin elok kita terus pergi kedai. terus bileh cuba pakai dan sarung, boleh tahu sauz diorang sesuai ke tak kan? 

Walauapa-apapun.. mana-mana pun ok sahaja.. Janji dah ready semua kelengkapan sekolah anak.. tenang hati mak-mak kan... 


PUSAT PAKAIAN HARI-HARI

Pssstttt.. Kalau dah alang-alang shopping baju sekolah tu, apa kata shopping terus baju raya, cantik-cantik designnya.. Rambang mata TB tengok hari tu.. 

PUSAT PAKAIAN HARI-HARI

Ok.. settle membeli belah, kita bayar di kaunter pulak. 

PUSAT PAKAIAN HARI-HARI

So... Marilah Pergi Hari-Hari! Boleh shopping baju sekolah hari hari..


PUSAT PAKAIAN HARI-HARI

Bagi yang nak shipping online je.. nah link-link nya.. 

98 Hari-Hari seluruh Malaysia:

Hari-Hari Online Store: 

Hari-Hari Shopee: 

Hari-Hari Lazada: 


#PusatPakaianHariHari #MarilahPergiHariHari #hariharisekolah #backtoschool #bajusekolah #kelengkapanSekolah #ehari #bajusekolahOnline  #ParentingBlogger


23 Februari 2023

PELBAGAI RESEPI AIR BALANG UNTUK MEREKA YANG INGIN BERNIAGA MINUMAN



RESEPI AIR BALANG


PELBAGAI RESEPI AIR BALANG UNTUK MEREKA 
YANG INGIN BERNIAGA MINUMAN

Bulan Ramadhan semakin tiba, ada ke yang plan nak berniaga di bulan Ramadhan nanti? Teringat tahun yang dulu-dulu ada sedara yang berniaga Air Balang di Bazar Ramadhan. Memang laku keras.. Air yang dijual memang sedap sangat. Kenapa sedap? Haa sebab ada resepi nya yang buat jadi sedap.. So kat sini TB share kan resepi-resepi air balang dari penjual air balang ini sendiri..  Nanti korang tengok di Facebook ye.. Group peniaga air balang. Mana tahu ada resepi air balang perisa bbaru pulak.. Boleh la try buat.. 
`    

RESEPI AIR BALANG

RESEPI AIR LEMON BLUE



RESEPI AIR BALANG

RESEPI AIR ASAM BOI



RESEPI AIR BALANG

RESEPI AIR HONEY DEW KLEBANG ORI


RESEPI AIR BALANG

RESEPI TEH BUNGA


RESEPI AIR BALANG

RESEPI LAI CHEE KANG (CIKONG)


RESEPI AIR BALANG

RESEPI AIS LEMON TEA


RESEPI AIR BALANG

RESEPI AIR TEMBIKAI LAICI


RESEPI AIR BALANG

RESEPI AIR MATA KUCING


RESEPI AIR BALANG

RESEPI AIR BUAH NAGA



RESEPI AIR BALANG

RESEPI AIR JAMBU ASAM BOI


RESEPI AIR BALANG

RESEPI AIR LEMON ASAM BOI



RESEPI AIR BALANG

RESEPI AIR STRAWBERRY LAICI MOJITOS


RESEPI AIR BALANG

RESEPI AIR JAGUNG KLEBANG ORI


1.5 liter pati Air Jagung Klebang Ori (pastikan ori)
12 liter air masak
6 tin susu pekat (disarankan Dairy Champ)
5 tin susu cair
2 tin jagung krim
Secubit garam.
1 botol (5 liter pati) boleh hasilkan 100 botol air jagung (500ml). Harga pasaran RM 5 - 7.




RESEPI AIR BALANG

RESEPI AIR NENAS MADU


RESEPI AIR BALANG

RESEPI AIR KHATIRA


RESEPI AIR BALANG

RESEPI AIR KOPI AIS


RESEPI AIR BALANG

RESEPI AIR KHATIRA


RESEPI AIR BALANG

RESEPI AIR MILO


Milo rm19.90 1kg
Susu pekat rm3.10 x 8tin = rm24.80
Susu Cair rm3.10 x 8tin = rm24.80
Ais rm3.60 1beg
Keras modal...jual tetap juga rm3 secup 22oz
Harga cup terpulang pada kiraan anda..
Satu balang kadang dalam 60 cup




RESEPI AIR BALANG

RESEPI AIR MANGO SHAKE


RESEPI AIR BALANG

RESEPI AIR TEH KLEBANG ORI


RESEPI AIR BALANG

RESEPI DRAGON FRUIT MIX COCKTAIL


RESEPI AIR BALANG

RESEPI AIR VANILA BLUE


RESEPI AIR BALANG

RESEPI AIR CINCAU SELASIH



PELBAGAI RESEPI AIR BALANG UNTUK MEREKA YANG INGIN BERNIAGA MINUMAN

RESEPI TEH AIS CINCAU

BAHAN-BAHAN :
Teh serbuk
Susu full cream
Gula (ikut sukatan yang anda nak buat)
Buah pelaga/kayu manis atau cengkih
Cincau

CARA PENYEDIAAN:
Panaskan air dalam periuk. Masukkan semua bahan.
Jaga api jangan terlalu besar untuk mengelakkan teh melimpah
Sukatan susu ikut nak kaw macam mana.
Bila dah nampak warna teh dah cantik dan rasanya pula sudah sedap, bolehlah tutup api.
Hidangkan dengan ais batu yang banyak dan masukkan cincau.
Siap.

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers