Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

11 September 2024

RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI

 SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI

RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI


Bahan (Sos):

- 3 biji bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- Cili padi merah & hijau
- 1/2 inci halia muda
- 3 batang akar ketumbar
- 3 sudu Palm sugar/brown sugar
- 1/2 kiub ayam
- 3 sudu sos ikan
- 1 sudu serbuk limau nipis
- 3 biji limau nipis (ambik jus)
- Daun ketumbar (hiris)

Bahan (Sotong & inti):

- Sotong (perap dengan 1/2 biji lemon & 1 sudu olive oil selama sejam
- 2 biji kentang (lenyek & rebus)
- 1 mangkuk kecil ayam kisar
- 1 biji bawang besar (dadukan)
- 3 ulas bawang putih (cincang)
- 3 sudu sos tiram
- 1/2 kiub ayam
- Lada hitam
- Daun bawang (hiris halus)


Cara penyediaan:

1. Blend bawang merah, bawang putih, cili padi, halia & akar ketumbar.
2. Masukkan bahan blend tadi & masukkan air, palm sugar/brown sugar, sos ikan & kiub ayam.
3. Rebus sehingga likat. Tutup api & masukkan serbuk limau nipis, limau nipis & daun ketumbar. Siap sos.
4. Tumis bawang merah, bawang putih.
5. Masukkan ayam kisar, kiub ayam, lada hitam, sos tiram.
6. Tutup api & masukkan kentang lenyek & daun bawang.
7. Sumbatkan dalam sotong & sematkan dengan lidi
8. Bakar sotong, kelarkan sotong bila dah separuh masak.
9. Bila dah siap, curahkan sos ke atas sotong.
10. Siap!


Kredit: Adikfoods


RESEPI KERABU SOTONG LIMAU NIPIS

 KERABU SOTONG LIMAU NIPIS

KERABU SOTONG LIMAU NIPIS



Bahan-bahan:

Sotong secukupnya
2 biji limau nipis (diperah airnya)
Sedikit daun ketumbar (dipotong halus jika suka)
1 labu bawang besar (dihiris halus)
3 sudu besar sos ikan
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam (secukup rasa)
3-5 biji Cili padi (ikut pedas)
1 biji tomato (dipotong kecil)
1 batang serai (dihiris halus)
Sedikit lobak merah (carrot) sebagai hiasan (dipotong dadu)
Sedikit udang kering (ditumbuk, jika suka)

Cara Penyediaan:


Bersihkan sotong dan rebus sehingga masak. Jangan lama nanti isinya mengecil/mengecut . Sejat dan potong. Masukkan bawang besar , cili api, garam, air asam limau nipis, gula, serai , udang kering, sos ikan, daun ketumbar dan dikacau dalam mangkuk. Gaul rata-rata. Rasa masin tawar, masam …kalau dah secukup rasa masukkan sotong dan gaul semula. Sedia untuk dihidang. Selamat mencuba resipi ini.



Resepi Madeline Cake? Sedapnyaaa.

 Resepi Madeline Cake Mudah dan Senang


Madeline Cake? Sedapnyaaa.


Resepi Madeline Cake Mudah dan Senang


Bahan-bahan :
250 butter (marjerin pun boleh..dulu2 pun marjerin aje🤣)
1 cawan gula kastor
5 biji telur gred A
2 cawan tepung naik sendiri
Esen vanilla
Jem strawberri
Kelapa kering
Ceri merah/hijau


Resepi Madeline Cake Mudah dan Senang

Resepi Madeline Cake Mudah dan Senang

Resepi Madeline Cake Mudah dan Senang


Cara : 
Cara buat sama seperti buat kek..dah siap bancuh masukkan dalam paper cup dan bakar ikut suhu oven masing-masing.

Dah masak keluarkan sapu bahagian keliling kek dengan jem dan taburkan kelapa kering rata2..hiaslah dgn ceri di atasnya.

Selamat mencuba🤩


Credit resepi Aznor Aznora


24 Jun 2024

Pengambilan Natrium dikaitkan dengan risiko yang lebih tinggi untuk mengembangkan dermatitis atopik, juga dikenali sebagai ekzema.


garam ubat ekzema

Pengambilan Natrium dikaitkan dengan risiko 
yang lebih tinggi untuk mengembangkan 
dermatitis atopik, juga dikenali sebagai ekzema.


Satu kajian baru oleh UC Berkeley School of Public Health mendapati bahawa pengambilan natrium dikaitkan dengan risiko yang lebih tinggi untuk mengembangkan dermatitis atopik, juga dikenali sebagai ekzema.


Penyelidik melihat kandungan natrium sampel air kencing daripada kira-kira 215,000 orang dewasa di UK dari umur hingga 30 hingga 70 tahun. Mereka mendapati bahawa satu gram tambahan harian natrium dikaitkan dengan risiko 11% lebih tinggi untuk mendapat ekzema yang teruk.


"Penyelidikan ini menarik kerana baru-baru ini menunjukkan bahawa natrium disimpan di dalam kulit, yang boleh membantu menjelaskan hubungan dengan laluan keradangan dalam ekzema," kata pengarang utama dan Profesor Adjung Madya Epidemiologi Katrina Abuabara. Abuabara juga seorang pakar dermatologi di UCSF.


Dermatitis atopik telah menjadi semakin biasa di negara-negara perindustrian di mana makanan segera dan makanan ringan tinggi natrium berlimpah. Penyelidikan ini, yang dilakukan dengan kerjasama UCSF, mencadangkan bahawa faktor gaya hidup seperti diet boleh mempengaruhi kadar penyakit.


Menurut Dr. Abuabara, kebanyakan rawatan baharu untuk ekzema tertumpu pada mengurangkan kemerahan dan bukannya menangani puncanya. Wawasan ini boleh memainkan peranan penting dalam memerangi dermatitis atopik dengan menyediakan pesakit cara yang berpatutan untuk merawat suar mereka dengan mengambil kurang natrium dalam diet mereka.


Umum mengetahui bahawa terlalu banyak garam boleh membawa kepada risiko hipertensi dan penyakit jantung yang lebih tinggi, namun kurang telah dikaji tentang peranannya terhadap penyakit radang kronik seperti dermatitis atopik.


Penyelidikan ini dan kajian berterusan melihat hubungan antara pengambilan natrium dan keadaan kulit akan membolehkan pesakit untuk lebih berhati-hati mengikuti garis panduan diet natrium.


"Walaupun masih belum terbukti bahawa mengurangkan garam diet boleh meningkatkan ekzema, kebanyakan orang Amerika makan terlalu banyak garam dan boleh mengurangkan pengambilan garam ke tahap yang disyorkan," kata Abuabara.


22 Februari 2024

10 RESEPI MENU BERBUKA PUASA

 

10 RESEPI HIDANGAN BERBUKA PUASA

10 RESEPI MENU BERBUKA PUASA

Wah.. nampak macam ramai dah dok up-up resepi macam TB buat ni ye.. Semua nak try resepi-resepi yang ada untuk dijadikan menu time berbuka puasa nanti.. TB pun update juga blog ni untuk save resepi-resepi untuk berbuka puasa nanti.. Harap mata tak celaru tengok resepi banyak sangat untuk dicuba.. saja TB share kat sini.. kot korang pun mati kutu nak masak apa time berbuka puasa nanti.. 


KERANG PEDAS SOS TIRAM BEREMPAH

KERANG PEDAS SOS TIRAM BEREMPAH

BAHAN BAHAN
Kerang 1 kilo fresh(direbus dahulu)
Tumis bawang putih 3 ulas
Bawang merah 2 biji dihiris,,
Cili merah 1 biji( dihiris)
Cili hijau 1 biji( dihiris)
Cili padi 2@ 3 biji(katok)
Daun kari 2 batang,
Serbuk Kari ikan 1@2sudu besar
cili kisar 5@6 sudu besar
SOS tiram 3-4 sudu besar
air masak(agak2 kuah dah pekat)
Serbuk belacan sedikit(jika suka)
Serbuk perasa
Garam
Minyak masak

Cara memasak:
1)panaskan minyak kedalam kuali,Dan tumiskan bawang putih,bawang merah Dan daun kari sehingga kekuningan
2)masukkan cili kisar Dan masak sehingga pecah minyak@sehingga cilinya masak
3)apabila cili Sudah masak,masukkan Serbuk Kari Dan biarkan rempahnya masak
4)masukkan SOS tiram,serbuk belacan,serbuk perasa,cili padi,cili merah,cili hijau..Gaul sebati..Dan masukkan kerang Yang telah direbus tadi Dan Gaul sebati..jika terlalu kering,masukkan sedikit air..
5)tutup api,siap dihidang

CARA MEREBUS KERANG
1.didihkan air dahulu
2.masokkn kerang
3.masak kerang dlm 5-10 mnit
4.Angkat kerang Dan rendamkan kerang bersama air sejuk/atau air Yang ade AIS
5.baru dikopek kulit..nanti cantik hasilnya😊
Kredit to owner moga murah rezeki
Semua reak
UDANG MASAK TIGA RASA


UDANG MASAK TIGA RASA
Bahan-bahan:
4 ekor Udang (saiz besar)
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
3 sudu makan cili kisar
4 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos tiram
1 batang serai (diketuk)
1 sudu besar kicap manis
1/2 bawang besar
1 biji tomato

Cara-cara:
1. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia sehingga hancur.
2. Tumis bahan kisar bersama cili kisar sehingga pecah minyak. Masukkan sekali serai yang ditumbuk.
3. Masukkan kesemua sos, kacau sehingga rata. Perasakan dengan sedikit garam.
4. Masukkan udang. Gaul rata sehingga masak dan masukkan bawang besar yang telah dipotong bulat dan tomato yang dipotong empat.
Kredit: eyykyyn cyykyyn

MEE KARI SPECIAL


MEE KARI SPECIAL
Bahan-bahan:
1 bungkus mee kuning
1 kg kerang direbus dan diambil isi
2 bungkus rempah kari daging
3 sudu cili serbuk (kalau nak pedas)
isi ayam di potong kecil
kacang panjang
fish ball
fish cake
santan secukupnya
garam
serbuk perasa

Bahan hiasan:
bawang goreng
taugeh di celur
daun bawang
daun sup
telur rebus
limau kasturi
cili merah atau hijau

Bahan tumis:
3 biji bawang merah di mayang
3 ulas bawang putih di mayang
1 inci halia
daun kari
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntung bunga cengkih

Cara masak:
1. Tumiskan bahan tumisan sehingga kekuningan.
2. Masukkan rempah kari dan serbuk cili yang telah dibancuh dengan sedikit air. Masak hingga pecah minyak.
3. Kemudian, masukkan ayam dan kacau sebentar. Masukkan santan, tunggu sampai mendidih.
4. Masukkan pula fish cake, fish ball, kacang panjang dan isi kerang.
5. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa, suaikan rasa. Bila dah masak hiaskan dengan bahan-bahan hiasan.

Sambal bilis kentang.

Sambal Bilis Kentang.

Buat stock untuk sahur. Makan dgn sayur kubis masak air pun sedap

Bahan-bahan :
Ikan bilis digoreng.
Kentang digoreng.

Blend kasar:
Cili api merah/hijau
Cili merah besar
Bawang merah
Bawang putih
Belacan
Sedikit ikan bilis

Cara :
Tumis bahan blend. Masukkan asam keping, gula garam. Api sederhana. Tumis sampai garing. Dah garing, masukkan kentang goreng tadi. Kacau2, tutup api. Biarkan sejuk. Dah sejuk baru masukkan ikan bilis tadi. Gaul sebati. Siap.
Credit : Eiyda Aizrish


AYAM MASAK BERIANI

AYAM MASAK BERIANI

BAHAN-BAHAN
Bahan kisar :
1/2 biji bawang holland
2 biji bawang merah - sederhana besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Bahan goreng :
800 gm ayam
Serbuk kunyit
Serbuk pati ayam
Garam

Bahan lain :
1/4 cawan susu cair
2 tangkai daun ketumbar - dihiris
2 sb cili kering kisar
1 sb sos tomato
1 sb sos cili
1 sb puri tomato
2 sb rempah beriani
1/2 kiub pati ayam
1 genggam kismis
1 sb bawang goreng
Garam / nisse
Air panas secukupnya

CARA MEMASAK
1) Perap ayam bersama serbuk kunyit, garam dan serbuk pati ayam. Goreng setengah masak, angkat dan ketepikan.
2) Keluarkan sedikit minyak goreng ayam, tumis bahan kisar hingga naik bau.
3) Masukkan cili kering kisar dan tumis hingga pecah minyak.
4) Masukkan puri tomato, sos cili dan sos tomato. Gaul rata.
5) Kemudian, masukkan rempah beriani. Masukkan sedikit air jika kelihatan kering.
6) Tambahkan kiub pati ayam, garam dan nisse. Gaul rata.
7) Masukkan susu cair dan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul supaya ayam bersalut rata dengan rempah.
Masukkan air panas secukupnya. Jangan terlalu banyak, cukup sekadar nampak berkuah sedikit.
9) Masak hingga kuah pekat.
10) Akhir sekali, masukkan kismis, bawang goreng dan daun ketumbar. Gaul rata. Siap!
Credit to : Nurhayati Abd Malek
Olahan : tihiecikman


Resepi asam pedas pari


Resepi Asam Pedas Pari
Bahan-bahan
Cili kering segenggam
Bawang besar 3 ke 4 biji
Bawang putih 4 biji
Halia 2 inci
Kunyit hidup 1 inci
Lengkuas 1 inci
Blend semua

Cara :
Tumis dulu sesudu halba baru masukkan bahan blend. Masuk kan sekali serai 3 batang, daum limau purut 3 4 helai. Tumis sampai pecah minyak. Masukkan ikan gaul sekejap. Masukkan air asam jawa. Cair kan atau pekat kan air asam jawa ikut nak pekat ke nak cair asam pedas tu. masukkan daun kesom banyak2, bunga kantan sekuntum belah dua. Perasakan siap

Asam pedas ni kalau nak bagi pekat. Bahan blend tu kena sama banyak dengan ikan. Contoh kalau ikan tu dalam semangkuk. Bahan blend pun semangkuk. Lepas tu air asam jawa tu pun pekat kan.
Jangan ikan sekilo bahan blend secoet je. Mana nak sedap. Selamat mencoba


Kari kambing



KARI KAMBING

Kambing 1kg direbus sampai empuk dengan serbuk kunyit, halia dan bawang putih yang ditumbuk dengan batu lesung.. baru sedap.

Bahan Tumis:
Kayu manis 2
Bunga cengkih 5
Bunga lawang 2
Pelaga 5
Jintan manis 1sdb
Daun kari
Cili kering 10tangkai dipotong
Bawang 4labu dihiris mayang
Tomato ceri 15biji..

Bahan lain:
1sb serbuk ketumbar
2sb serbuk cili kering
3sb serbuk kari ayam
garam
daun ketumbar

Cara:
Tumiskan semua bahan diatas sampai layu n then masukan daging kambing yg telah direbus
letak air 1cawan stok kambing...
masukan serbuk ketumbar 1sdb,serbuk cili kering 2sdb, dan serbuk kari ayam 3sdb....
biar mendidih n kering sampai jadi pekat..n masukan garam n aji ..n daun ketumbar siap

AYAM GRILL


AYAM GRILL
Bahan-bahan :
Ayam sekor @ potong 4

Bahan A :
biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 kiub ayam knorr
2 sudu serbuk lada hitam
1 senduk kecil sos black pepper (dalam botol)- brand apa-apa je.
1 sudu teh garam
1 sudu makan gula
100ml air
Semua bahan di atas kita kisarkan dia

Bahan B :
sudu madu
3 sudu butter
2 sudu besar mixed herbs @ daun oregano
Perap sejam atau lebih. Kemudian bakar suhu 200 selama 1 jam.


Kalendar 2024 Lengkap dengan Cuti dan Cuti Sekolah


Kalendar 2024 Lengkap dengan Cuti dan Cuti Sekolah

Kalendar 2024 Lengkap Cuti am dan Cuti Sekolah

Dulu masa zaman anak dara.. zaman kerja.. TB selalu je tengok orang-orang kat ofis tempat TB kerja tu dok la belek-belek kalender, TB terfikir apa la yang syok sangat belek-belek kalender tu... Rupa-rupanya diorang tengah menyusun cuti untuk plan bawa anak-anak jalan-jalan tim,e cuti sekolah. Sekarang ni.. TB pulak serupa dah macam diorang bila dah ada anak-anak ni. Pastinya waktu cuti sekolah la masa untuk bawa anak-anak jalan-jalan kan.. Ha.. baru tahu kalendar ni berfungsi untuk apa kan... Nah TB share dengan korang kot kprang pun nak plan cuti untuk anak-anak .. 
Januari

Januari

Febuari

Febuari


Mac

Mac


April

April

Mei

Mei

Jun

Jun

Julai

Julai

Ogos

Ogos

September

September

Oktober

Oktober 

November

November

Disember

Disember

DOA MEMULAKAN HARI - PENGHULU ISTIGHFAR

DOA MEMULAKAN HARI - PENGHULU ISTIGHFAR

 


DOA MEMULAKAN HARI 
- PENGHULU ISTIGHFAR


"Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan selain Engkau. Engkaulah yang menjadikan aku, sedang aku adalah hambaMu dan aku dalam genggamanMu, dan dalam perjanjian setia beriman dan taat kepadaMu sekuat semampuku.

Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepadaku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau"



Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers