Inisiatif McDonald's Hargai Frontliner
Haii..
Hari ni TB nak bercerita sedikit tentang Kempen #KitaBoleh yang dianjurkan oleh
McDonald's Malaysia. Seperti yang kita maklum, sebelum ini McDonald's
Malaysia telah memberi banyak sumbangan dan tajaan dalam kempen-kempen untuk
kebajikan dan juga telah menjalankan usaha untuk bersama-sama berkongsi rezeki
dengan golongan yang memerlukan.
#Kitaboleh McDonalds Beri Penghargaan Kepada Petugas Barisan hadapan Perubatan
Ha..
Kali ini satu lagi kempen yang pihak McDonald's Malaysia lakukan iaitu kempen #KitaBoleh
dimana ia merupakan Inisiatif terbaru oleh McDonald's Malaysia bagi menunjukkan
penghargaan kepada petugas barisan hadapan Perubatan Hospital . Seperti yang
disampaikan oleh Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan
McDonald's Malaysia.
"Sudah
lebih dari satu tahun sejak Perintah Kawalan Gerakan (MCO) pertama dilaksanakan
di Malaysia. Sejak itu, kita rakyat Malaysia telah melalui berbagai tahap
kehidupan selama wabak ini, "
Ya.
Sebenarnya ini adalah kesinambungan dari rali organisasi #KitaBoleh di seluruh
negara, yang dimulakan syarikat itu semasa Perintah Kawalan Pergerakan (MCO)
yang pertama tahun lalu, so tahun ini mereka menyambung semula kempen tersebut
bagi membantu frontliner untuk terus bersemangat membanteras covid19 ini.
Bagusnya usaha McDonald's Malaysia yang turut ambil peduli tentang keadaan
semasa negara .
Dalam
situasi pandemik ini pastinya kerjasama dan sikap saling membantu antara kita
amat perlu bagi menghadapi cabaran dan kesulitan yang mendatang. Kita pastinya
tidak tahu bila semua ini akan berakhir dan pastinya kita juga amat berharap
agar petugas barisan hadapan / frontliner kita dapat bertahan mengharungi
cabaran dan masalah ini. teruskan berjuang hingga ke saat akhir. Moga suatu
hari nanti hari kemenangan kita akan tiba jua..
Kagum dengan semangat Frontliner kita
Namun.. bagi TB, semestinya kita boleh memenangi peperangan ini tetapi kita belum boleh bersenang-senangan kerana kita belum menang. Kita perlu bersatu dan berkerjasama memainkan peranan masing-masing agar dapat memastikan kita menang menangani krisis COVID-19 ini.
Nasihat TB buat semua, janganlah ketika krisis COVID-19 ni, kita bertelingkah, tuduh menuduh dan bersikap pentingkan diri. kerana kita punya tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia untuk menjaga sesama kita walau berlainan bangsa sekalipun. Kita patut bersyukur kerana nasib kita jauh lebih baik berbanding frontliners yang mana mereka terpaksa berjauhan dengan keluarga namun mereka tetap patuh pada perintah dan buat yang terbaik untuk mempertahankan komuniti daripada dijangkiti COVID-19
Tugas mereka sangat berat dari pelbagai sudut. Kita harus berterima kasih kepada mereka kerana sebagai petugas barisan hadapan baik dari klinik mahupun hospital mereka telah bekerja keras di hospital dan pusat kuarantin bagi mengesan kes dan merawat pesakit COVID-19.
Pengorbanan besar yang mereka lakukan ini bagi memenangi krisis pandemik COVID-19 sewajarnya dihargai oleh rakyat Malaysia.
dan seperti yang kita harapkan, Rakyat Malaysia sememangnya bersifat prihatin dan ini terbukti apabila semakin ramai pihak tampil, menghulurkan sumbangan dalam usaha membantu petugas barisan hadapan, yang bertungkus-lumus mengekang penularan Covid-19. Haa.. termasuklah usaha murni yang dilakukan oleh McDonald's Malaysia ini.
Inisiatif McDonald's Hargai Frontliner
Oh ya, Pasti ada yang tertanya-tanya Kempen #kitaboleh ni macam mana ya? Haa.. meh TB terangkan info serba sedikit tentang kempen ini supaya jelas pada pemahaman korang.
McDonalds Malaysia Taja Makanan Bagi Petugas Barisan Hadapan Perubatan Hospital
Kempen #kitaboleh ini dilakukan oleh McDonald's dengan cara menghantar pasukan restorannya dalam tajaan makanan ke hospital di seluruh negara atau dengan kata lebih senang untuk semua faham, McDonald's Malaysia sponsor / taja makanan kepada barisan hadapan kita / frontliner di hospital .
Panggilan
#KitaBoleh juga merupakan panggilan nasional untuk memberitahukan keberanian
diam para barisan hadapan yang bekerja tanpa lelah dalam memerangi wabak
tersebut.
"Apa yang tetap konsisten sepanjang masa-masa mencuba
ini adalah ketekunan berterusan para barisan hadapan kami, yang pekerjaan
hariannya menjadikan kehidupan kita lebih selamat setiap hari ketika kita
melawan wabak ini,"
Haa..
Bagus kan usaha Mc Donald ini, boleh lihat gambar-gambar dibawah ni.. betapa
terharu dan gembiranya wajah-wajah frontliner kita apabila menerima bantuan
seperti ini.. Moga dengan cara ini dapat memberi semangat kepada mereka untuk
terus tabah dan kuat menghadapai dugaan sedia ada kini..
dan dijangkakan Tajaan makanan untuk
hospital-hospital ini yang merawat pesakit COVID-19, menjangkau sekitar 30,000
pekerja penjagaan kesihatan (frontliners) .
Terima kasih buat McDonald's Malaysia yang taja makanan kepada petugas kesihatan yang bertungkus lumus memberi khidmat jasa untuk kita semua. Satu sorakan hebat kepada pasukan restoran McDonald's yang telah terlibat dengan hospital,hantar makanan ke hospital dan memastikan barisan perubatan kita mendapat makanan kegemaran mereka.