Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

Memaparkan catatan dengan label Althea. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Althea. Papar semua catatan

12 November 2018

Althea's Petal Velvet Sunaway Produk Baru Dari Rangkaian Produk Althea Velvet!


Althea's Petal Velvet Sunaway Produk Baru
Dari Rangkaian Produk Althea Velvet! 


Haiiii.. Hari Ni TB nak share tentang the new baby Althea!! iaitu adik beradik juga dengan rangkaian Petal Velvet Powder yang baru release beberapa bulan lalu... Haaa.. bermula dari produk pertama Althea brand iaitu Althea Bare Essentials, kemudian keluar pula Althea Real Fresh Skin Detoxers 10 Seconds Daily Wash Off Mask, Lepas tu..  Althea Petal Velvet Powders dan kini yang terbaru Althea Petal Velvet Sunaway SPF50+ dan PA++++ pulaaaaa.. wahhhh.. Bestnya.. 




Woweeee Althea Keluarkan satu lagi produk terbaruuu.. Petal Velvet Sunaway SPF50 + PA ++dengan wangian aroma damask rose yang dapat membantu melindungi kulit kita dari sinaran UV merbahaya serta ia juga bertindak sebagai agen melembapkan kulit dan mengawal sebum yang berlebihan. . . Haaa.. macam menarik je kan! memang menarik pun .. Jom dapatkan Petal Velvet Sunaway bersama satu lagi produk Althea .. Petal Velvet Powders dengan 3 variasi code warna iaitu : 💟Translucent 🧡Warm Beige dan .. 💜Special Edition Pink Lavendar . . Boleh layari website my.Althea.kr yea untuk order. Oh ya.. Ada Diskaun 10% untuk pembelian PV Sunaway .. link disini -->> http://my.althea.kr/petal-velvet-sunaway dan Diskaun 20% untuk Set Petal Velvet ( PV Powders + PV Sunaway ) Link disini --->> http://my.althea.kr/petal-velvet-set #Altheakorea #AltheaPetalVelvetSunaway #AltheaPetalVelvetSet #AltheaPetal #AltheaSunaway #AltheaAngels #tengkubutangdotcom #Altheahauls #AltheaAngel #kbeauty
A post shared by TENGKUBUTANG (ღ˘⌣˘áƒ¦) (@tengkubutang) on



Anyway, Sebelum tu TB nak ucap terima kasih kepada Althea Korea Angels kerana menghantar Petal Velvet Sunaway Kit yang juga mengandungi  :

x1  Petal Velvet Sunaway SPF50+ PA++++
x3  Petal Velvet Powders 
Code #0 Translucent, 
Code #23 Warm Beige &
Code #Pink Lavender
x1  Beg Hologram Althea Yang Sangat Comel!

Haaa.. Untuk pengetahuan korang semua, baru-baru ni Althea telah melancarkan produk baru mereka iaitu pelindung matahari yang dikenali sebagai 'Petal Velvet Sunaway' yang mempunyai kemasan yang licin dan ringan semasa sapuan.



Perlindungan matahari adalah penting dan perlindungan matahari yang berkuasa sehingga SPF 50+ PA ++++ melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB.

Bahan-bahan utama dalam produk ini ialah Damask Rose yang merupakan pelembap yang baik yang melancarkan kulit pada masa yang sama. Saya mendapati bahawa ia hanya mempunyai wangian lembut dan aroma itu tidak terlalu kuat.

PENTING KE PAKAI PELINDUNG MATAHARI / SUNSCREEN?

Haaaa.. bagi yang menjaga kecantikan tu... Mesti tahu betapa pentingnya Sunscreen untuk wajah kita kerana sunscreen berfungsi untuk mengelakkan pigmentation atau jeragat, hemm.. cerita pasal jeragat, TB sendiri pun dah ada jeragat tau.. semua gara-gara tak jaga muka.. tak pakai sunscreen bila keluar rumah.. dan terkini baru TB tahu.. even kita tak keluar rumah pun.. Kita still kena pakai sunscreen sebab kita tak perasan cahaya matahari atau cahaya UVA/UVB yang masuk melalui tingkap rumah kita.. dan kalau keluar sekejap pun kita tetap terdedah dengan sinaran UVA/UVB yang tak elok untuk kulit kita.. 

Selain tu, penggunaan Sunscreen ni elok bagi mencegah kanser kulit, yelah.. kalau tak jaga kulit muka dan biar aje.. memang boleh terdedah dengan kanser kulti tau.. TB pun dah mula pakai sunscreen untuk engelakkan sunburn atau kulit terbakar


Disamping itu juga TB sedang usaha mengurangkan kedutan kulit dengan cara disiplinkan diri guna sunscreen setiap hari .. Almakulumlah.. bila umur semakin tak remaja dah, kulit muka pun ikut sekali lah tak remaja dah.. miahahaha.. kena jaga tuuu.. 

So.. Mujur lah TB jumpa produk yang sesuai dengan kulit TB yang sensitif ni.. Produk Sunscreen yang TB maksudkan tu ialah  PETAL VELVET SUNAWAY 


KENAPA TB SUKA PETAL VELVET SUNAWAY?

Sebab ia dihasilkan dari bahan semulajadi dan bebas dari bahan kimia berbahaya, dan paling best bahan utamanya adalah DAMASK ROSE! Petal Velvet Sunaway mengandungi Damask rose ekstrak untuk melembapkan dan melicinkan kulit.


Damask rose mempunyai nanomolecular semulajadi komposisi yang kaya dengan vitamin untuk menembusi jauh ke dalam kulit, mempunyai sensitiviti menenangkan dan membuatkan kulit lebih berseri-seri .

Selain tu TB suka sebab teksturnya yang sangat ringan dan tak tebal bila disapu ke wajah/kulit! so.. takdelah nampak macam topeng aje bila sapu ke muka kan.. dan tekstur dia tidak meninggalkan kesan berminyak pada wajah kita.. sebab dia mudah serap ke dalam kulit.. bau pun TB suka.. wangi.. 

Dan apa yang TB boleh katakan, selepas penggunaan, selain dapat melindungi kulit dari matahari, PETAL VELVET SUNAWAY bantu TB melembabkan kulit muka dan pastinya  SPF 50+ PA ++++ yang ada dalamnya juga menjalankan peranan.. oh wowww.. huhu


HYDRATING, FRESH FORMULA


Selain tu antara ciri-ciri lain yang TB suka tentang PETAL VELVET SUNAWAY ni ialah ia tiada white cast sebab tu TB kata tadi bila pakai kat muka memang tak perasan pun kita pakai sunscreen tu.. hehe.. selamat lah kan.. so, nak tepek Petal Velvet Powder lepas tu pun takpe.. tak nampak tebal bedak kita pakai kan.. 


Haaa.. lagi satu TB suka tentang PETAL VELVET SUNAWAY ni ialah ia juga punya fungsi Sebum Control ( sangat sesuai dengan kulit wajah TB.. best guna!). Dengan VELVETY FINISH, FORMULA HYDRATING ia dapat mengendalikan sebum yang berlebihan pada kulit dengan sistem serbuk mikro sementara Asid hyaluronik pula memastikan kulit disimpan terhidrasi sepanjang hari. Haa.. bukan kata sesuai untuk kulit TB je.. sesiapa pun boleh guna sebab PETAL VELVET SUNAWAY  ni  sesuai untuk semua jenis kulit!


CARA GUNA PETAL VELVET SUNAWAY :

Cara nak guna mudah je, goncang-goncang dulu botol tu sebelum apply ke kulit, sebab nak bagi kandungan tu sekata dalam botol tu sebab tu kena goncang-goncang dulu tau..then lepas tu terus boleh apply kat muka! kita.. 

MUDAH DIBAWA KEMANA-MANA

Sejak ada beg tambahan sekarang ni (beg harraz maksud TB) huhu..  kalau boleh TB nak bawak pek travel je semua, sebab beg harraz pun dah penuh barang dia kan.. botol susu, pampers bagai.. hahaha.. so kalau boleh barang-barang TB tu TB nak minima kan.. saiz barang tu biar kecil .. hahaha.. dan PETAL VELVET SUNAWAY ni menepati apa yang TB mahukan.. saiz yang comel yang mudah nak bawak pi mana-mana.. jimat ruang beg dah.. hehehe..




CIRI-CIRI LAIN YANG ADA PADA PETAL VELVET SUNAWAY :
Power Micro
Barriertm
Advanced
Non-Kimia
Filter-UV

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


PETAL VELVET POWDER


Haaa.. Satu Lagi produk dari range Petal Velvet yang TB suka ialah Petal Velvet Powder, Suka sangat-sangat tau! Petal Velvet Powder ni adalah sejenis Loose Powder yang sangat ringan teksturnya.. So, bila apply kat muka ia tak buat muka nampak fake.. maksud TB muka taklah penuh bedak macam pakai bedak satu tong orang kata.. hahahaha.. Nampak Natural je bila pakai bedak ni sebab tu ia dipanggil translucent powder.. 

Althea Petal Velvet Powder adalah diperbuat daripada bahan-bahan murni dan semulajadi yang seakan-akan memberikan kemasan sutera pada kulit wajah. Salah satu ramuan utamanya adalah flower seed extract, yang dikenali sebagai antioksidannya yang melindungi kulit dari dehidrasi dan membantu kulit untuk kulit yang lebih cantik. Ia dihasilkan dengan zarah mikro halus yang membantu meminimumkan penampilan liang roma dan garis halus untuk sempurna .




Petal Velvet Powder ni ada 3 jenis code iaitu :-

-  Code  0 Translucent
-  Code 23 Warm Beige
-  Code Pink Lavender

DARI PENGALAMAN TB SENDIRI :
TB mempunyai kulit yang ada masalah dehidrasi yang tak berapa teruk dan pastinya TB masih usaha mencari penyelesaian masalah ni.. Tapi sekarang TB macam rasa Petal Velvet Powder ni sedang membantu kulit TB agar lebih terhidrasi kerana ia diperbuat dari ekstrak biji bunga yang diketahui mengekalkan kulit daripada dehidrasi.

TB juga memang ada masalah zon T-berminyak dan Petal Velvet Powder membantu mengawal lebihan minyak di minyak wajah TB terutama sekali di kawasan Zon T .


Bila pakai Petal Velvet Powder ni muka TB rasa macam kelihatan natural je.. Sebak ia ringan. Terasa muka boleh bernafas kalau pakai bedak ringan ni.. Bila sapu pada muka ia elok je menyerap dengan pantas. Bau pulak.. sedap je.. Bau kelopak bunga ros.. hehehe..

Paling Best.. saiz dia tu.. alahai.. kan TB kata tadi.. TB suka saiz yang comel-comel ni.. senang nak bawak pi mana-mana.. so.. sesuai sangat la bila ada set Petal Velvet Powder dengan Petal Velvet Sunaway .. kelasss..!



TB SUKA PETAL VELVET POWDER SEBAB :
Bahan-bahan yang digunakan untuk hasilkan produk ni menggunakan natural ingredients dimana ia juga sesuai untuk semua jenis kulit. 

Selain tu TB suka sangat pakackging dia yang bulat dan comel tu.. kaler packaging pun alahai.. soft dan lembut je sama lembut dengan tekstur powdernya yang ringan dan berbau harum.. Satu lagi sebab yang buat TB suka Petal Velvet Powder ni ialah ia ada fungsi Sebum Control, so muka akan terjaga dari 

Jom terjah laman web Althea sekarang untuk mendapatkan sendiri Petal Velvet Sunaway dan Petal Velvet Powder korang.. TB dengar ada diskaun yang berterusan, jadi lepaskan peluang ni!


Untuk Belian :

Althea Petal Velvet Set 
RM 47.20 
KLIK (SINI)

Althea Petal Velvet Sunaway 
RM 38.70 
KLIK  (SINI

Althea Petal Velvet Powder 
RM 16.00
KLIK  (SINI

Althea Petal Velvet Powder 
#Pink Lavender
RM 17.00
KLIK  (SINI)


Jumlah Singgah / Follow / LIKE : 



16 Ogos 2018

WELCOME GIFT BOX ANGELS DARI ALTHEA!! NOW ALTHEA TURN 3!!

 


WELCOME GIFT BOX ANGELS DARI ALTHEA!! NOW ALTHEA TURN 3!!


Althea telah berumur 3 tahun! wah.. tak sangka TB masih berpeluang menyambut birthday Althea kali yang ke 3! Semoga Althea akan terus sukses dan menjadi pilihan pengguna produk KBeauty di Malaysia .

Oh ya, sempena Althea turn 3 ni, kebetulan rezeki TB terpilih untuk menjadi Althea Angels iaitu merangkap Althea's Beauty Ambassador Community! Terharu sungguh TB bila dapat email mengatakan TB terpilih untuk menjadi sebahagian dari Althea Angel .




Althea Angel terdiri daripada vloggers / beauty bloggers / youtubers dan influencers. Kelebihan dan Benefit yang kami dapat sebagai Althea Angels (Althea's Beauty Ambassador Community) ialah kami dapat mendapat barangan Kbeauty, berpeluang mencuba dan memberikan review sendiri tentang produk tersebut .

Dan paling best ialah dapat semuanya dibawah ni :

  • Welcome Gift
  • Monthly K-Beauty Giveaways
  • Seasonal Annual Shopping Credits
  • Exclusive Discount Code
  • Birthday Credits
  • Exclusive Althea Reviews
  • Althea Studio Access

Selepas TB dipilih menjadi Althea Angels, TB pun didatangi surprise dari Althea sempena Althea Turn 3, Wah.. bestnya dapat box warna pink yang comel yang tertulis Althea Angels.. TB terus unboxing dan lihat apa isi dalamnya.. wah.. bestnya.. TB rasa macam dapat hadiah birthday pulak, walhal sepatutnya Althea yang dapat hadiah birthday tapi TB dan Angels lain pulak yang dapat hadiah.. macam kami pulak yang sambut birthday kan! haha..

Ok lah, Box yang TB terima ni sebenarnya Welcome Gift Box from Althea untuk para angels.. 



TB buka dan tengok satu-satu isi dalam box tu.. dan dah siap buat video unboxing lagi tu.. hahaha.. Nak tahu apa isi dalam kotak tu? dalam tu ada :-

  1. Kad Welcome Gift
  2. Kad diskaun 10% sempena Althea Birthday
  3. Althea Mirror 'Spread Your Wings'
  4. Althea DIY Miniature Birthday Book in 3 mini sizes
  5. Tote Bag Althea Birthday
  6. Makeup Bag Travel 'Spread Your Wings'
  7. New baby Althea - Real Fresh Skin Detoxer (Green Tea dan Rose Petal)
  8. Althea Mirror
  9. Tote Bag Althea Birthday
Oh.. Lupa nak gitau korang, dalam box ni juga ada Kad Discount Code 10% Althea Birthday dan yang paling TB geram.. Althea memang suka buat something yang sangat2 cute dan comel.. sebelum ni Althea bagi stuff for Celebrate Birthday Althea Turn 1 (cone dan baloon), Althea Turn 2 Kotaknya bertemakan Kek dan kami diberikan barang untuk hiaskan kotak tu menjadi seperti kek birthday yang real.. huhu.. siap ada contest lagi siapa punya paling cantik..



Haaaa.. untuk tahun ke-3 ni Althea bagi DIY Miniature Birthday Book in 3 mini sizes yang menggambarkan 3 chapter bermaksud 3 tahun Althea di mata TB.. eh eh.. haha..

Haaa.. seterusnya item yang ada dalam box special ni ialah The New Baby Althea - Real Fresh Skin Detoxer yang TB sangkakan mula-mula ingatkan gel apa.. bila baca baru tahu ianya bukan calang-calang mask.. baca seterusnya ye.. hehe..




Real Fresh Skin Detoxer ini diperbuat daripada bahan-bahan premium yang didatangkan khas dari alam semulajadi, mask 10 saat ini telah dipenuhi dengan tenaga dan kesegaran alam semulajadi untuk memastikan kulit kita tetap sihat dan bersih setiap hari. Keluaran baru skincare Althea ini mempunyai 2 jenis iaitu :

1. Real Fresh Skin Detoxer - ROSE
2. Real Fresh Skn Detoxer - GREEN TEA


Real Fresh Skin Detoxer (Rose)
Real Fresh Skin Detoxer (Rose) mengandungi 100% kelopak bunga Ros May, dimana ia dipetik tangan setahun sekali sepanjang bulan Mei di Grasse, selatan Perancis. Kelopak bunga ini membantu melicinkan permukaan kulit yang kasar dan membuat kulit kelihatan berseri dalam masa 10 saat. Untuk bahan membersih yang mengeluarkan buih tulen dari alam semulajadi ini diperolehi dari ekstrak kelapa tanpa kerengsaan kulit dengan cebisan kelopak bunga tersebut.



Rose (Refining) - Bertindak untuk menapis. Di pakai pada waktu pagi selepas bangun tidur, Detoxer Rose berfungsi untuk membantu melindungi dan mengawal keseimbangan tahap pH pada kulit dan melembapkan kulit supaya kulit kelihatan lebih berseri dan memudahkan untuk memakai makeup selepas itu.




Real Fresh Skin Detoxer (Green Tea)
Real Fresh Skin Detoxer (Green Tea) mengandungi daun Teh Hijau muda dari ladang Pulau Jeju bagi melegakan dan membersihkan kulit yang sensitif dalam masa 10 saat. Ianya juga mempunyai ekstrak kelapa supaya dapat melembutkan kulit tanpa memberi kerengsaan kulit dengan cebisan daun teh hijau tersebut.



Green Tea (Purifying) sesuai dipakai pada waktu malam kerana ia bertindak untuk membersihkan kulit dengan bahan semulajadi daun teh hijau muda kerana ia mempunyai 5 kali lebih Vitamin C dari lemon, dan memberi perlindungan kulit dari sinar UV yang merbahaya. Daun ini juga dapat mengawal kehadiran minyak dan membersihkan kekotoran dari kulit.

Cara penggunaan : 
Picit sedikit di tangan dan apply secara rata di seluruh wajah. Biarkan ia selama 10 saat, kemudian letak sedikit air di tapak tangan dan urut seluruh muka sehingga keluar buih dari wash off mask detoxer ini, kemudian bilas hingga bersih.

Selepas muka dibilas kita akan rasa kulit muka lebih segar dan dan bersih je.. Muka nampak lah sedikit cerah dari sebelum guna mask ni.. Kulit tampak lebih berseri gitu.. TB suka baunya walaupun dah selesai cuci muka, baunya alahai.. segarrr.. rasa fresh je muka tau! 

Untuk mendapatkan 2 item best ni korang bolehlah layari website Althea dibawah ni yea..

Website : 
www.althea.kr/

Facebook : 
www.facebook.com/altheamalaysia/

Instagram : 
www.instagram.com/altheakorea/




Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers