Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

Memaparkan catatan dengan label DOA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DOA. Papar semua catatan

22 Februari 2024

DOA MEMULAKAN HARI - PENGHULU ISTIGHFAR

DOA MEMULAKAN HARI - PENGHULU ISTIGHFAR

 


DOA MEMULAKAN HARI 
- PENGHULU ISTIGHFAR


"Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan selain Engkau. Engkaulah yang menjadikan aku, sedang aku adalah hambaMu dan aku dalam genggamanMu, dan dalam perjanjian setia beriman dan taat kepadaMu sekuat semampuku.

Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepadaku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau"



11 Jun 2023

DOA UNTUK ANAK MENGHADAPI UJIAN PEPERIKSAAN

Doa diberi kemudahan dan kelancaran

DOA UNTUK ANAK MENGHADAPI UJIAN PEPERIKSAAN


Allahumma Ya Baasit Yang Maha Melapangkan, lapangkan dada anak-anak kami Ya ALLAH agar mereka tenang ketika di dewan peperiksaan / ujian dan jelas ketika melihat soalan. Allahumma Ya Salam Ya Mu'min, Yang Maha memberi keamanan dan kesejahteraan, berikanlah kesihatan yang sempurna dan keamanan sepanjang tempoh ini.



10 Disember 2022

Doa Supaya Tak Tinggal Solat

Solat



Doa Supaya Tak Tinggal Solat :


"Rabbij alni muqiimassolati wamin dzurriyatii. Rabbana wataqobbal duaa."
.
Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan zuriat keturunanku orang yang tetap mendirikan solat. Ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.
.
(Surah Ibrahim : 40)



TIPS AGAR RAJIN MENGERJAKAN SOLAT

1 - Ketika datang azan, bicaralah pada diri sendiri, dengan mengingatkan diri kita, bahawa kita sudah berumur...maka solatlah dan perbanyakkanlah amal.

2 - Ketika datang azan, bawalah fikiran kita ke tanah perkuburuan, dan nasihati diri sendiri sedia atau tidak sedia, kita pasti akan jadi penghuni kubur, maka solatlah.

3 - Malulah kepada Allah, jangan sampai kita meninggalkan solat. Kerana setiap hari kita selalu menikmati rezeki darinya dan selalu di beri nikmat, maka solatlah.

4 - Malulah pada diri sendiri, jika melihat orang yang sudah uzur, dan yang memiliki kekurangan fizik, namun mereka tetap istiqomah mengerjakan solat.

5 - Berusaha menjadikan solat sebagai keperluan, kerana kita perlu syurga-Nya, ampunan-Nya dan rahmat-Nya.

6 - Harus tetap menunaikan solat, agar terhimpun ke dalam golongan hamba yang beruntung.

Selepas membaca ini, anda mempunyai pilihan untuk kongsikan agar dibaca dan diamalkan oleh orang lain atau anda boleh juga sekadar membiarkan saja tulisan ini tidak dipedulikan sesiapa.

Namun alangkah beruntungnya jika ilmu yang kita kongsi akan sentiasa bergerak lantas menjadi amal kebaikan untuk kita di dalam diam.

Ya Allah didoakan sesiapa saja yang sedang membaca ini jadikanlah mereka, ahli keluarga mereka dan keturunan mereka orang-orang yang taat dalam mendirikan solat kepada Mu.

Aamiin ❤

Solat


31 Januari 2022

Bismillah Enam Dalam Rumi

Bismillah 6 dalam rumi


Bismillah Enam Dalam Rumi


1. Bismillaahis samii’il bashiir, alladzii laisa kamits lihii sya-un wahuwa bikulli syai-in ‘alim.

Dengan nama Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Allah dengan segala sesuatu itu Maha itu Maha Mengetahui.


2. Bismillahil khallaqil’aliim, alladzii laisa kamits lihii syai-un wahuwal fattaahul ‘aliim.

Dengan nama Allah Yang Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Pembuka rahmat lagi Maha Mengetahui.


3. Bismillaahil ladzii laisa kamitslihi syai-un wahuwal ‘aliimul khabiir.

Dengan nama Allah, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha Teliti.


4. Bismillaahil ladzii laisa kamitslihi syai-un wahuwal ‘aliimul qadiir.

Dengan nama Allah, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.


5. Bismillaahil ‘aziizil kariim, alladzii laisa kamits lihii syai-un wahuwal ‘aziizul kariim.

Dengan nama Allah Yang Maha Bijak sana lagi Maha Pemurah, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Bijaksana lagi Maha Pemurah.


6. Bismillaahil ghafuurir rohiim, alladzii laisa kamits lihii sya-un wahuwal ghafuurir rohiim. Fallaahu khairun haafizhan wahuwa arhamar rohimiin.

Dengan nama Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, maka Allah itu sebaik baik Tuhan yang memelihara dan Dia-lah Maha Rahim


Cara Merawat Pesakit Guna Ayat Bismillah 6


Untuk merawat segala jenis penyakit atau pesakit yang sedang sakit kerana perkara-perkara yang dinyatakan di atas, anda boleh merawat dengan cara yang dikongsikan dan ditunjukkan seperti di bawah :


Letakkan tapak tangan di tempat yang sedang sakit


  1. Baca surah Al-Fatihah dan ayat Bismillah 6
  2. Bacakan dengan penuh yakin dengan hati yang khusyuk
  3. Tiupkan di tapak tangan atau di tempat yang sedang sakit
  4. Sapukan ke seluruh tempat sakit atau ke seluruh tubuh badan
  5. Iktikadkan seolah-olah ingin membuang sesuatu dari badan yang sakit


Boleh juga dibaca ayat Bismillah 6 ini pada air kemudian diminum atau disapukan di tempat yang sedang sakit. Insya Allah, dengan izin Allah semua perkara yang tidak baik atau angin akan terkeluar daripada badan seterusnya akan muntah.


13 April 2021

CADANGAN DOA YANG BOLEH DIBACA KETIKA SAHUR / BERBUKA PUASA


CADANGAN DOA YANG BOLEH DIBACA KETIKA SAHUR / BERBUKA PUASA 


Assalammualaikum semua.. TB saja nak share ni dengan semua.. TB memang amalkan tiap kali bulan Ramadhan.. Boleh diamalkan ketika Waktu bersahur mahupun waktu berbuka puasa. Tapi TB suka amalkan ketika waktu berbuka puasa sebab time tu terasa macam ada feel je, almaklumlah.. Masa tu memang tak sabar nak ngap tapi kita juga ta nak lepaskan peluang berdoa ketika waktu ini kerana dikatakan doa paling mustajab ialah ketika sahur/berbuka puasa. 

Kalau TB selalu doa minta pada Allah semoga beri kami rezeki melimpah ruah, beri kami kesihatan yang baik dan beri kami kebahagiaan dunia akhirat.. 

Ha.. Bukan itu je.. Ada lagi cadangan doa yang korang boleh korang amalkan sepanjang Ramadhan ini ketika berbuka puasa.. 


1. Bertambah iman

2. Sihat tubuh badan

3. Mati yang baik.

4. Murah rezeki.

5.  Dikurnia Anak soleh.

6. Keluarga bahagia.

7. Rahmat & redha ALLAH.

8. Jauh azab kubur.

9. Lapang dada.

10. Kekalkan iman.

11. Ampunkan dosa.

12. Anak2 berjaya.

13. Perniagaan yg diberkati.

14. Jauhi segala penyakit.

15. Ibadat diterima.

16. Mudah segala urusan.

17. Diterima taubat.

18. Lapangkan kubur.

19. Mudah bayar hutang.

20. Terima syafaat Al Quran

21. Syafaat Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.

22. Syurga Firdaus tanpa hisab.

23. Jauhi neraka.

24. Terima kitab tgn kanan.

25. Selamat meniti Sirat.

26. Selamat fitnah Dajal. 

27. Ketenangan hati.

28. Doa ibubapa.

29. Keluarga yang dirikan solat.

30. Beroleh lailatul Qadar.

31. Masukkan dlm 7 golongan mendapat naungan Arasy di yaumil mahsyar.

32. Doa seluruh muslimin muslimat hidup mau pun telah meninggal.

33. Masukkan sifat2 mahmudah keluarkan sifat2 mazmumah.

🤲Ya Allah...

Ya Rahman Ya Rahim

 Ya Mujib

 "Robbi Yassir Wala Tu Assir", bukakanlah

pintu2 kebaikan, semoga sgala permintaan/doa/hajat dimakbulkan & urusan kami semua akan di permudahkan...

"Lahaulawala  kuwwata illa billah"

''Lailla hailla anta subhanaka inni kuntu minadzzalimin".

#Aamiin2

امين يارب العاالمينِِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

30 September 2020

AMALKAN DOA INI UNTUK DIPERMUDAHKAN SEGALA MASALAH

doa


AMALKAN DOA INI UNTUK 
DIPERMUDAHKAN SEGALA MASALAH


Doa ini adalah untuk permudahkan masalah :

1) Bebanan hutang
2) Lemah semangat, gelisah jiwa dan malas
3) Rasa sedih dan takut
4) Takde keyakinan diri
5) Selalu ditindas, dipermainkan dan diperlekehkan.

Doa ni mustajab tau, cuma ramai yang tak tahu cara amal.

DOA DIBEBASKAN DARI BEBANAN HUTANG

Cara amal doa ni adalah dibaca 3 kali pada waktu pagi dan petang. Selepas solat subuh dan solat asar.

Selain itu, boleh juga amalkan doa-doa lain seperti dibawah ini, moga Allah mendengar luahan hambanya yang lemah lagi memerlukan : 


1. Doa Nabi Yunus AS


لَّا إِلَـٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Maksudnya: “Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau! Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang menganiaya diri sendiri”. (Al-Anbiya’:87)


Doa Nabi Yunus AS ini boleh diamalkan sebagai doa harian. Doa ini menunjukkan bertapa Allah sentiasa mendengar setiap rintihan hambaNya yang berada dalam kesusahan seperti mana diperlihatkan dalam kisah Nabi Yunus ditelan ikan nun.


2. Surah Al-Kahfi, Ayat 10


رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

Maksudnya, “…Ya Allah, berikanlah kepada kami rahmat dari sisiMu, dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami ini.”
(Al-Kahfi:10)


Difahamkan ayat ini bagus dibaca sebelum memulakan sesuatu dan berdoa kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan.


3. Surah Al Baqarah, Ayat 225 (Ayat Kursi)


اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ ۚ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ ۖ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

Maksudnya, “Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhlukNya); tidak mengantuk dan tidak tidur. KepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa izinNya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.”
(Al-Baqarah:225)


Ayat ini dalam sebuah hadits diriwayatkan oleh Ubay bin Ka’ab merupakan ayat paling mulia di dalam Al Qur’an. Kandungan ayat kursi bercerita tentang kekuasaan Allah yang mutlak dan Allah merupakan penguasa segalanya yang ada di alam semesta serta Allah tidak mengalami kesulitan sedikitpun dalam memeliharanya.


Ayat ini dikatakan sebagai ayat pelindung, jika kita amalkan ayat kursi dalam kehidupan kita, maka hidup akan menjadi lebih berkat dan sentiasa berada dalam lindungan Allah.


4. Surah Taha, Ayat 25-28 (Doa Nabi Musa)


رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي
Maksudnya, “Ya Tuhanku, lapangkan untukku dadaku. Dan mudahkanlah untuk urusanku. Dan lepaskan kekakuan dari lidahku. Agar mereka dapat dengan mudah mengerti perkataanku.”
(Taha:25-28)


Semoga entri ini dijadikan rujukan dan sama-samalah kita amalkan doa-doa diatas. Saya juga doakan semua para pembaca blog ini dipermudahkan segala urusan. 


22 April 2020

3 DOA DI AMBANG RAMADAN


 3 DOA DI AMBANG RAMADAN


3 doa Saidina Ali bin Abi Talib كرم الله وجهه  sebelum tibanya bulan Ramadan:

1) Ya Allah, berikanlah kepadaku kesihatan dalam tubuh badan ini daripada sebarang penyakit (supaya dapat beribadah dengan baik).

2) Ya Allah, berikan kepadaku kelapangan daripada kesibukan (supaya aku dapat banyak beribadah).

3) Ya Allah, berilahkanlah bagiku cukup dengan sedikitnya tidur (supaya aku dapat melebihkan ibadah).

- disunting daripada tausiyah Habib Ali Zaenal Abidin al-Hamid | Masjid Bukit Antarabangsa


#ramadhanalmubarak #ramadhan #ramadhan2020 #ramadhanpkp #ramadhanmco #puasa #mngdyzh #tarawilh

27 Mei 2017

DOA HARIAN RAMADHAN | HARI KEDUA

DOA HARIAN RAMADHAN | HARI KEDUA

Ya Allah! Mohon dekatkanlah aku kepada keridhaan-MU dan jauhkanlah aku dari kemurkaan serta alasan-MU. Mohon berilah aku kemampuan untuk membaca ayat-ayat-MU dengan rahmat-MU, Wahai Maha Pengasih dari semua yang Pengasih!. Amiin

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

Shoping dan dapat Cashback balik? Bestnya.. jom daftar SHOPBACK Percuma sahaja. Lepas ni shopping apa-apa je dapat pulangan duit balik.. untung kan??

Shopping barang paling murah di website online! tak percaya? daftar SGSHOP dan start intai barang2 yang murah giler kat sini!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


29 Ogos 2014

DOA AWET MUDA & BADAN SIHAT

Doa petua awet muda & kecergasan badan
Doa Awet Muda & Sihat Tubuh Badan | 
Pinjam bait2 kata ini... "Kesihatan tubuh badan antara nikmat Allah yang amat besar. Bila nikmat yang diberi ditarik sedikit, barulah kita sedar yang kita manusia penuh lalai." Barulah ingat nak baca doa sihat tubuh badan. jom kita baca ramei2...

1. Doa awet muda: Jom hafal dan beramal

“Wahai Tuhan, aku berlindung kepada Mu daripda kelemahan dan ketuaan dan aku berlindung kepada Mu daripada timpaan bala bencana, kecelakaan dan nasib  yang buruk. Ya Allah, daku (insan) yang lemah, kuat dan segarkanlah diriku, ya Allah Yang Maha Pengasih.”
  • Amalkan baca doa awet muda di atas. Mudah-mudahan badan kita sentiasa segar dan cergas untuk menunaikan ibadah kepada Allah.
doa sihat tubuh badan
“Ya Allah kurniakanlah kesihatan pada badanku, ya Allah kurniakanlah kesihatan kepada pendengaranku, ya Allah kurniakanlah kesihatan kepada penglihatanku, ya Allah hamba berlindung kepada Mu daripada kekufuran dan kepapaan, ya Allah hamba berlindung kepada Mu daripada kesengsaraan azab kubur, tiada tuhan melainkan Engkau.”

Baca pada waktu pagi dan petang. InshaaAllah, badan, telinga dan pendengaran menjadi sihat serta minda aktif lagi beraura positif.

22 November 2013

MEMATIKAN SIHIR DALAM RUMAH

Salam.. hari tu teman ada share pasal entri DOA-DOA PELINDUNG DARI SIHIR kan, hemm.. ni teman ada terjumpa satu lagi untuk amalan.. kalau ustaz2 pun akan suruh buat macam ni untuk pendinding umah kita dari dimasuki/terkena buatan orang...hope ia dapat membantu tp ingat yea.. perlu yakin ketika melakukannya..

Nota : ada yang mengatakan bahawa ia sesuai dilakukan untuk rumah sahaja, kalau Kedai dikhuatiri lak orang tak nampak kedai kita tu.. hemmm.. just share disini.. Wallah hu alam... 

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers