Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

Memaparkan catatan dengan label Durioo+. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Durioo+. Papar semua catatan

02 Mac 2022

Dengan Bertemakan Konten Islamik, Durioo Melancarkan Platform Penstriman Global Pertamanya Khas Buat Kanak-Kanak Muslim Di Seluruh Dunia

 Durio0


Dengan Bertemakan Konten Islamik, Durioo Melancarkan Platform Penstriman Global Pertamanya Khas Buat Kanak-Kanak Muslim Di Seluruh Dunia


Selangor, 28 Februari 2022 - Selepas dilancarkan di Ekspo Dubai 2020 yang oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa, sebuah syarikat Animasi Teknologi Malaysia bernama Durioo dengan rasminya telah mengumumkan pelancaran platform penstriman global pertama mereka yang dipanggil Durioo+ pada 18 Februari 2022 yang lepas. Platform yang berasaskan langganan itu bertujuan untuk menyediakan kandungan Islamik yang berkualiti tinggi dan bermanfaat untuk kanak-kanak di seluruh dunia.


Durioo


Durioo+ ditubuhkan oleh pengasas serta individu-individu kreatif yang menghasilkan siri animasi Omar & Hana dan Didi & Friends (Digital Durian) dimana animasi tersebut telah meraih kejayaan global dan memperoleh lebih daripada 7 juta pengikut di saluran-saluran YouTube mereka. Durioo+ ini akan menjadi batu loncatan untuk memantapkan kedudukan Durioo sebagai platform animasi untuk kanak-kanak Muslim dari seluruh dunia di samping memainkan peranan penting dalam ekosistem animasi digital di Malaysia.

Sempena pelancarannya, pelanggan Durioo+ boleh menjangkakan lebih daripada 100 episod yang terdiri daripada animasi dan bukan animasi berteraskan nilai dan prinsip pegangan dalam Islam. Ia juga merancang untuk menampilkan 30 kandungan baharu setiap minggu bagi memberikan pengguna lebih banyak pilihan kandungan untuk ditonton. Syarikat itu juga akan membawa lebih daripada 12 rancangan baharu di bawah jenama Durioo Originals. Antaranya ialah Mina Mila, Little Ammar, Abibi, dan banyak lagi.

Durioo


Durioo


Pelanggan Durioo+ akan mempunyai akses untuk menonton kandungan yang dihasilkan oleh tim kreatif Durioo dan juga rancangan-rancangan menarik melalui kerjasama dengan studio produksi lain seperti Bubu Lala – produksi bersama dengan Yeah Yeah Yeah Studio, Polytako – animasi yang dihasilkan bersama dengan Kanaloa Malaysia dan Zehni – pengeluaran bersama Philandure.

Pengasas Durioo, Sinan Ismail berkata pelancaran Durioo+ adalah langkah pertama dalam merealisasikan aspirasi mereka untuk menjadi platform penstriman pilihan utama bagi kanak-kanak Muslim di dalam dan di luar Malaysia. 

"Kami mahu menyediakan platform yang selamat bagi membantu membina asas Islam yang kukuh untuk penonton kami dengan menyampaikan kandungan pendidikan yang mengajar tentang nilai asas dan kebaikan dalam Islam," tambahnya lagi. 

Dengan Durioo+, Sinan berharap dapat mendekati kanak-kanak Islam di seluruh dunia supaya mereka bukan sahaja dapat menonton dan berhibur tetapi juga mempelajari tentang keindahan agama Islam.


Durioo

Untuk penstriman dalam talian, layari laman web https://duriooplus.com/ atau untuk akses yang lebih mudah, pengguna boleh memuat turun aplikasi Durioo+ yang boleh didapati di kedua-dua gedung aplikasi iOS dan Android termasuk Apple TV dan Android TV. Durioo+ menawarkan langganan dengan kos bulanan hanya RM12.90 atau langganan tahunan pada harga RM129.90 sahaja. Durioo+ juga menawarkan percubaan percuma selama 7 hari.

Tentang Durioo+

Durioo+ merupakan platform penstriman untuk kanak-kanak Muslim. Kami mencipta, menghasilkan bersama dan melesenkan Kartun dan Rancangan Islam Berkualiti Tinggi pada perkhidmatan langganan berbayar kami.


Untuk maklumat lanjut tentang Durioo+, sila hubungi: 

Sinan Ismail Azizi Ramdan
Founder & CEO Head of Business
+6016 214 9994 +6010 211 4011


Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers