Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

Memaparkan catatan dengan label FoodPanda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label FoodPanda. Papar semua catatan

28 Januari 2021

Pizza Nasi Lemak Dari Pizza Hut Benar-Benar Ada Ciri Malaysia!

 

pizza nasi lemak

Pizza Nasi Lemak Dari Pizza Hut 
Benar-Benar Ada Ciri Malaysia!

Haa.. sebelum TB nak cerita tentang Pizza Nasi lemak Dari Pizza Hut ni, TB nak berceloteh sikit tentang Covic19 ni. Kerana disebabkan Covic19 lah TB start shopping online luar dari kebiasaan termasuklah order makanan pun guna online delivery jugak.. Itu nanti TB cerita yea.. dengar dulu TB nak luahkan pasal Covic19 ni dulu..

hem.. Seperti sangkaan TB sebelum ni, akhirnya Malaysia terpaksa juga melalui PKP yang kedua kalinya.. Melihatkan ramai yang seperti telah membiasakan diri dengan norma baru, seperti tidak risaukan sesuatu, melancong sana sini tak reti nak duduk diam diruumah, TB pun boleh agak kes covic ni takkan beransur kurang.. tapi akhirnya telahan TB benar, memang bertambah jugak kes sampai terpaksa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diteruskan kedua kalinya. 

Hai lah.. dulu TB tak terasa perbezaan pun bila PKP kali pertama tu sebab masa tu masih dalam pantang, memang dalam pantang dah semestinya lah tak perlu nak heran kalau tak dapat keluar rumah pun kan.. hahaha.. Tapi sekarang ni.. bila dah PKP kali kedua terjadi.. adoi.. lemau pulak rasa sebab terfikir satu keadaan yang TB tak berapa nak happy, iaitu pasal anak tak dapat nak pergi sekolah tadika. 

Frust betul yang ni. Ingatkan nak bagi Harraz merasa bersekolah, jumpa kawan-kawan, rasa sendiri suasana di kelas, tapi malangnya takde rezeki kali ni. Kalau dibenarkan buka sekolah pun TB tak berani nak benarkan harraz ke sekolah. Kes covic terlalu tinggi.. TB taknak ambil risiko.. So.. home schooling je lah buat masa ni.. Tapi Harraz dah mula pun kelas online dirumah, hahaha.. terlalu mencabar rasanya.. adoi.. penat nak control harraz yang tak boleh duduk diam tu.. hahaha.. 

Nak keluar makan diluar pun dah tak boleh time PKP ni, so asyik membeli online je la sekarang. order makan pun main order online jugak, sebab itu je yang mudah dalam masa pandemik ni... 

Eh terluah pasal hal PKP panjang lebar la pulak.. hihi.. Seperti yang TB nyatakan tadi, sebenarnya entri kali ni TB nak cerita tentang Pizza Nasi Lemak iaitu pizza yang menggabungkan Nasi Lemak bersama pizza kegemaran rakyat Malaysia!

Ketika kita semua sedang menyesuaikan diri dengan norma baru, tak sangka pandai pulak Pizza Hut keluarkan Pizza terbaru hari tu. melalui info yang TB baca, bermulanya tercipta Pizza Nasi lemak ni apabila Pizza Hut terinspirasi dari budaya unik orang Malaysia yang sukakan kepelbagaian dalam hidup mereka, baik melalui makanan, ucapan seharian, dan gaya hidup.

Haii.. macam-macam Pizza dah direka oleh Pizza Hut ni ye! dari Pizza Durian hinggalah yang pizza berbentuk hati, Pizza Hut memang telah membawa pizza klasik ke tahap yang baru. Agaknya beginilah caranya Malaysia  meraikan kepelbagaian kaum dan etnik melalui hidangan, dengan menggabungkan pelbagai budaya untuk menciptakan kombinasi yang unik dari cita rasa rakyat Malaysia.

Tapi Pizza Nasi Lemak ni memang lain dari yang lain, dimana topping nya dihiasi dengan sambal pedas, serta diletak juga potongan ayam garing, ikan bilis dan banyak lagi perasa Nasi Lemak, dan sudah semestinya keju tidak boleh dilupakan! kena letak juga barulah lengkap pizza nya kan! Keju pully yang membungkus ayam yang berperisa kelapa, pastinya mesti dicuba semua pencinta Nasi Lemak. 

Dengar cerita perisa ini terhad tau, bermula dari 15 Jun 2020, sekarang ni tak pasti ada lagi ke tak.. maybe dah habis tempoh promosi nanti dah tak ada lah keluar Pizza Nasi Lemak ni.. Orang kata bukan musim dia dah la ni, tapi sure atau mungkin la akan keluar balik musim ni nanti. so.. masa tu cepat-cepatlah pi merasa sebelum dah abes musim ye.. hehehe.. 


Sejujurnya TB pun belum pernah merasa lagi Pizza Nasi lemak dari Pizza Hut ni sebab mungkin tak perasan masa offer perisa ni hari tu. Selalu je order Pizza di Pizza Hut tapi tak perasan menu ni masa tu. Kalau tak.. nak juga TB mencuba .


pizza nasi lemak

Pizza Nasi lemak ni agak unik sebab campuran pada toppingnya yang semuanya terdiri daripada bahan-bahan yang digunakan untuk hidangan nasi lemak kita.. wah! unik kan! Budaya “campur” yang unik di Malaysia ini telah menginspirasikan penciptaan Pizza Nasi Lemak dan slogan kempennya “Rasa Campur, Lagi Bes Bersama”, selaku penghormatan khas kepada kepelbagaian budaya kita yang kaya dan rakyat yang hidup bersatu-padu.

“Rakyat Malaysia jadi lebih baik ketika kita “campur” bersama-sama dan piza Nasi Lemak ini adalah contoh bagaimana rakyat Malaysia gemar menggabungkan sesuatu dalam hidup mereka, dengan mencampurkan semuanya bersama-sama dan membentuk sebuah kesatuan, sama seperti piza Nasi lemak ini yang merupakan kombinasi harmoni antara piza dan Nasi Lemak,” kata Emily Chong, Ketua Pegawai Pemasaran Pizza Hut Malaysia.

Apa yang menariknya, TB suka dengan cara Pizza Hut yang mana semasa pelancaran Pizza Hut turut memberi penghormatan kepada rakan-rakan pesaingnya yang juga telah menerapkan budaya ‘campur’ rakyat Malaysia dengan cara mereka tersendiri; sebagai contoh; McD dengan ciptaan “Burger Nasi Lemak” mereka, dan Marrybrown pula dengan “Ais Krim Nasi Lemak”, serta banyak lagi.

Seperti yang TB nyatakan tadi, Kempen ini berlangsung dari Jun 2020 sehingga 31 Ogos 2020 bagi meraikan perpaduan kebudayaan rakyat Malaysia. haa sebab tu TB kata musim nya telah tamat tapi mungkin akan di promosi semula dalam tahun 2021 ni siapa tahu? hehe.. tunggu je.. 

pizza nasi lemak

Pizza Nasi Lemak


Pizza Nasi Lemak dicipta oleh bahagian Teknologi Inovasi Makanan Pizza Hut Malaysia, Pizza Nasi Lemak ini merupakan gabungan pizza kegemaran semua dipadankan dengan topping ayam rangup dan sambal enak serta elemen-elemen ‘perlu-ada’ dalam hidangan Nasi Lemak seperti ikan bilis, kacang tanah dan timun.


Apa yang pastinya.. Pizza ini terus menguja selera kita yang selalu lapar time PKP ni dengan poket keemasan dipenuhi dengan ayam perap santan dan limpahan keju. Fuh.. buat penggemar Nasi Lemak  pastinya korang pun teruja nak mencuba Pizza Nasi Lemak ni kan..


ok.. untuk info korang kalau nak order nanti, korang boleh menikmati piza Nasi Lemak Pizza secara ala carte pada harga RM38.90 dan juga melalui pelbagai hidangan kombo pada harga bermula dari RM40.90. Turut diperkenalkan untuk melengkapkan hidangan piza baru ini adalah minuman Soda Bandung yang merupakan olahan Sirap Bandung klasik dengan rasa soda.


Disebabkan sekarang dah PKP balik, tak payah la nak berangan keluar rumah dan nak makan di restoran Pizza Hut tu yea, order je dari rumah macam TB selalu buat sekarang.  senang sangat.. guna je servis PIZZA DELIVERY dan tunggu je makanan sampai depan rumah korang.. 



12 Mac 2020

6 Best Pizza Place In KL & PJ That Need to Try Now!


6 Best Pizza Place In KL & PJ That Need to Try Now!


Sebelum ni TB pernah share dengan korang tentang  5 Best Restaurant in Kuala Lumpur kan?   Haaa.. kali ni TB nak share tentang 6 Best Pizza Place in KL & PJ  pulak, pasti korang yang suka makan Pizza tu teruja nak mencuba pelbagai jenis Pizza yang terdapat dalam list yang TB akan share dengan korang nanti.. TB pun penggemar Pizza juga tau! Memang hantu Pizza.. hehehehe.. Nak pulak Pizza jenis Beef Pepparoni tu.. nyum-nyum.. Rasanya Satu Pizza bersaiz Large tu TB sorang pun boleh habiskan tau! hehehe.. jangan tak percaya yea..  Cuma sejak tahu buat Pizza homemade TB jarang dah makan Pizza kat luar.. Kecuali lah ada Hari-Hari Istimewa ke kan.. Baru kami sambut kat luar dan makan pizza kat luar..

Nak juga mencuba Pizza yang lain dari yang lain rasa nya, cara pembuatannya dan rasa nak cuba  makan di restaurant Pizza yang menyediakan menu Pizza yang unik dan lazat.. 

Harraz anak TB pun dah suka makan Pizza juga.. heheh berselera dia makan satu slice demi satu slice. Tapi TB tak lah ajar makan Pizza selalu.. hehehe.. jenuh pulak nanti nak kena bawak dia makan di restaurant Pizza hari-hari.. hahaha

Ok lah, taknak cerita merapu panjang-panjang.. jom baca info-info yang TB nak share ni tentang 6 Best Pizza Place In KL & PJ That Need to Try Now!


1. HONCHO PIZZA PARLOR


Haa.. ini dia Honcho Pizza Parlor , Namanya begitu Unik kan.. bermula dari perniagaan secara food truck/ trak makanan pada tahun 2016 Honcho Pizza Parlor terus berkembang menjadi sebuah restoran penuh pada bulan November 2018. Dalam tempoh beberapa bulan para pecinta pizza telah dapat menikmati kelazatan Honcho pizza di dalam keselesaan berhawa dingin, dan bertutup. Haa.. dan kini tibalah masanya untuk peminat baru seperti kita untuk menemui kepakaran yang hebat ini. Apa yang istimewa tentang Honcho Pizza ni? Jom baca lagi.. 


Haa.. walaupun dah ada restoran berhawa dingin namun kalau korang nak tahu food truck / trak Makanan tersebut  masih ada lagi tau, dan ia diletakkan di luar restoran, dengan dapur dan oven masih utuh dan berfungsi.

Food Truck pizza berapi yang pertama di Malaysia

Honcho Pizza Parlor adalah makanan pertama di Malaysia yang menggunakan kaedah tradisional kayu bakar dan bukannya kaedah memasak dengan ketuhar. Honcho Pizza Parlor menawarkan pelbagai pasta buatan sendiri dan pizza yang dipecat kayu .

Para pelanggan pastinya berasa sangat selesa dan happy dengan makanan yang mengagumkan, tempat yang begitu selesa. reka bentuk dalaman yang sejuk dari luar ke dalam. Dan simbol ALIEN👽 sebagai signature mark yang unik. Pastinya suasana begini dapat menjadi tempat yang bagus untuk chillax juga.

Haaa.. jenis Pizza yang ada kat restaurant ni, Terdapat 10 jenis pizza yang wajib dicuba, merangkumi topping salmon untuk bacon daging dan ayam BBQ. dengan harga RM22 untuk hidangan sembilan inci untuk 2 orang. 

Kalau korang tinggal di Subang Jaya teringin nak merasa Pizza yang dimasak dengan cara tradisional, Honcho! Pizza Parlour di SS17 adalah pilihan yang sesuai untuk anda.

Terletak di SS17 / 1A (mercu tanda Maybank Etiqa), haa.. apa lagi.. jomm.. tengok gambar pizza nya dulu.. hehehehe.. pasti terliurr.. 




Haa.. Di sini, mereka hanya menyajikan 1 saiz pizza dan 1 jenis kerak iaitu 9 inci inci pizza kerak tipis. Bermula dari RM 14 korang boleh dapat pizza dan pizza paling mahal hanya hanya RM 22! Korang boleh mendapat pengalaman baru dan rasa baru pizza. Haa.. Jika korang bukan peminat pizza, berita baik buat korang, sebab mereka juga ada menyediakan pasta! 

TB pun teringin nak merasa Pizza ni sebab lain dari yang lain kan.. Haa.. terpandang pizza pepperoni diorang yang hebat tu..

Waktu menunggu tidak lama sekitar 15 minit selepas korang membuat pesanan dan mudah untuk mendapatkan jadual! Tapi.. Ia boleh menjadi sukar jika korang datang pada hujung minggu.. sebab time ni memang pack sungguh orang.. beratur beb!

Apa apa pun sekarang korang tahu di mana untuk mendapatkan pizza oven dipecat kayu di Subang Jaya, haa.. apa lagi yang korang sedang tunggu? Jom ajak kawan-kawan dan pemburu pizza korang mencuba pizza disini..

Dibuka dari 7 malam hingga 1 pagi, ia sesuai untuk korang pergi ke sana bersama kawan / keluarga / rakan sekerja korang untuk makan malam atau snek malam dan cuba pizza yang dibakar di dalam api yang dipecat kayu.

Alamat Penuh : No.35, Jalan SS 18/6, Ss18, 47500 Subang Jaya, Selangor Operating Hours : Mon-Sun (except Friday) 12pm – 12am , Fri 3pm – 12am



2. My Pizza Lab


Haa.. Kat sini pun ada Pizza yang unik dan lain dari yang lain juga.. Bagi korang yang suka mencuba rasa terbaru pizza yang mungkin tiada dijual di tempat lain, korang boleh singgah di My Pizza Lab ni.

Haa.. Nak tahu tak, My Pizza Lab ni ada menyediakan beberapa pizza terbaik PJ yang kreatif dan unik. Kebanyakan pizza mereka bukan berasaskan Tomato, jadi korang akan merasai semua nuansa dan rasa yang menarik yang mereka tumpukan di atas roti pizza mereka. Roti, Keropong Doh  mereka tidak seperti kebanyakan pizza yang pernah korang rasakan.

Haa.. pernah dengar tak tentang Burger Lab iaitu sejenis Burger Arang yang juga dari My Pizza Lab  dan korang pernah cuba tak Pizza Boba mereka yang unik yang belum pernah kita lihat atau rasa di mana-mana lagi.. 


Boba Milk Pizza RM15

Ia adalah pizza boba dengan susu pekat, mozzarella, keju krim, cheddar, dan minyak bawang putih. Ia mungkin berbunyi aneh atau mustahil tetapi percayalah, ramai kata ia sedap! Secara keseluruhannya rasa yang dikehendaki, sedap dan lain dari yang lain! Kombinasi manis dan susu berfungsi dengan baik ditambah keju tidak mengatasi kemanisan pizza namun berkolaborasi untuk membentuk rasa sensasi yang unik.



Korang dah cuba Pizza 7 inci diorang?  




Memanggil semua pencinta Cempedak! Fuh.. Pizza yang ber perisa cempedak? biar betul! 

Seperti Cempedak Boba Pizza? Korang pasti akan menyukai ini! Memaparkan pure Cempedak klasik dari lelaran sebelumnya Pizza, pelbagai keju melty dan hirisan Nangka! The Cempedak Pizza tidak pernah menjadi fruitier.


Mencari sesuatu yang sedikit berbeza dalam Pizza korang ? Haa.. apa kata korang Cuba Honey Mustard Royale yang baru!

Menampilkan Pepperoni Daging, Potongan Cendawan Portabella, Jam Bawang dan tentu saja, Madu Mustard! Pergh.. terbayang rasa kesedapannya.. terangkat deria rasa semua.. haha.. 


Teringin nak makan? dibawah ni ada info-info nya.. baca dulu yea.. hehehehe..

Alamat: 
12, Jalan 21/22, Taman Laut, 46300 Petaling Jaya, Selangor

Isnin: 
Ditutup

Selasa-Jumaat: 
5 pagi hingga 10 malam

Sabtu-Ahad: 
11 pagi-3 petang, 5-10 petang


3. Mikey’s New York Pizza

Tak perlu terbang separuh jalan di seluruh dunia untuk sekeping New York Pizza! Haa.. kat dalam Malaysia je dah ada ni.. heheheh.. Diasaskan oleh New Yorker,  Pizza New York Original Mikey adalah sebaik yang diperolehnya. Tuangkan ke dalam kepingan pizza yang dihiasi dengan bahan-bahan segar dan korang akan faham mengapa orang menjadi gila terhadap kepingan Mikey’s New York Pizza ni


Mikey telah menandatangani kolaborasi antara New Yorker asli Michael Helfman & Andrew Bellucci, bekas New Jerseyan yang mula membuat pizza pada tahun 1990-an. Helfman memikat Bellucci ke Kuala Lumpur dengan misi untuk melayani jenis pai yang Helfman telah terlepas selama lima tahun di Malaysia.

Ramai tak sabar dan lapar ingin merasai pizza panas yang hangat di Mikey’s New York Pizza ni, Pizza nya kelihatan agak nipis tetapi mempunyai rasa yang sangat lengkap dan sempurna kata mereka. TB belum pernah rasa Pizza yang senipis ini.. dan tak tahu bagaimana rekstur Pizza yang nipis ni.. Cuma apabila ia agak berbeza dari pizza lain, TB sendiri terasa nak mencuba apakah hasil dari sekeping pizza yang nipis ni.. hehehe..
   

Restoran Mikey’s New York Pizza dikatakan mempunyai suasana yang selesa dan tenang. Manakala Dindingnya yang dipenuhi dengan memorabilia membuatkan pelanggan dalam keadaan fikiran New York tanpa perlu melangkah di Hudson River Line,

Seperti Pizza yang lain, Mikey’s New York Pizza pasti ada keisitimewaannya pada pizza nya , mungkin pada keraknya yang sangat baik, segar tetapi lembut dan mudah untuk digigit, ringan tetapi lazat dimana di atas pizza akan diletakkan keju mozzarella, sos tomato segar, minyak zaitun & keju Grana Padano parut . duh .. terliur dah TB bayangkan.


Haa.. tengok ni.. ada bentuk Hati jugak.. sedapnya ni.. behehe

Alamat :
17, Jalan Telawi 2, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi :

Sun – Thurs :
11:30am – 11pm /

Fri- Sat :
11:30am – 12am


4. Fahrenheit 600

Haa.. ni satu lagi restoran Pizza yang boleh korang cuba iaitu Fahrenheit 600 .  Fahrenheit 600 bermaksud suhu ketuhar mereka dan difahamkan juga bahawa konsep outlet ini diilhamkan dari AS.

Fahrenheit 600 dan beberapa restoran lain di Publika adalah salah satu outlet terpanjang berada di kawasan ini, Fahrenheit 600 adalah salah satu yang pertama mula beroperasi di blok ini. Sejak itu, outlet ini mendapat populariti kerana pizza mereka dan beberapa masakan Itali lain yang mereka tawarkan .

Wah.. ini lagi satu pizza yang nampak lain dari yang lain.. rasanya memang takkan jumpa di restoran atau kedai lain.. TB tak tahu apa rasa pizza yang ni.. tapi memang nampak lazat kan!  Nak tahu nape nampak lain dari yang lain? 



Pizza ini dibakar pada suhu 600 darjah Fahrenheit, pizza ini mempunyai kedalaman rasa yang kaya dengan tepinya berkerak dan rangup. Impak yang diberikan dari dinding batu bata dan poster lama yang tergantung di seberang bilik membuat kita merasa seperti telah melakukan perjalanan kembali ke masa. Bermula dari pizza "Americano" ke pizza "Greek",

Selain itu TB tertarik nak mencuba latte mereka kerana ia adalah kopi yang cukup kuat dengan campuran biji Brazil dan Mexico.

Julat yang disyorkan: Mana-mana pizza & spageti mereka (menu brunch baru mereka juga bagus)

Alamat lokasi : A4-G2, Publika Shopping Mall, 05, Jalan Dutamas 1, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur Operating Hours : Mon – Sun ( except Tues ) 10am – 11pm / Tues (Closed)



5. Wood Fire Oven Pizza ( WOP )

WOP adalah sebuah restoran pizza yang pada  mulanya bermula dari rumah pemilik restoran ini. Dengan pengalaman mereka bertahun-tahun, di Wood Fire Oven Pizza (WOP) korang akan menikmati rasa Itali asli dan aroma berkayu yang pasti akan mencairkan hati semua. Menu mereka tidak terlalu pelbagai dan tetapi mereka mempunyai tiramisu dan pizza Nutella yang memuaskan hati korang juga!

Wood Fire Oven Pizza (WOP) menyatakan bahawa mereka menjual pizza buatan sendiri yang datang dari oven panas, mereka menggunakannya secara tradisional menggunakan ketuhar batu & sumber api yang berasal dari kayu terbakar. Ia tidak sama dengan aroma berkayu yang tersekat pada pizza.

Seluruh konsep WOP diilhami oleh rancangan Jamie Oliver yang dinamakan Revolusi Makanan yang menekankan pentingnya menyediakan makanan dari awal. Pasangan itu begitu terinspirasi bahawa mereka memastikan segala-galanya buatan tangan, dari penapaian doh di rumah kepada mozzarella susu kerbau.

Apabila WOP pertama kali bermula, mereka menghasilkan pizza biasa sebelum mengetahui bahawa mereka lebih suka pizza Neapolitan yang lebih baik daripada yang lain. Pizza Neapolitan mempunyai sejarah selama 300 tahun dan Ia berasal dari Napoli, sebuah tempat yang dikenali untuk pizza Margherita dan Marinara mereka."

Pizza klasik ini adalah sejenis sos tomato, kemangi segar, minyak zaitun tambahan dan Mozzarella  bersama susu kerbau tempatan. Ia akan membuat hati menyanyi pada awal gigitan .

Jika korang lebih suka pizza bukan keju, nikmati pizza Marinara yang sangat disukai dihiasi dengan sos tomato segar, bawang putih, oregano dan minyak zaitun tambahan. 

haa.. untuk pengetahuan korang, mereka mengambil masa satu tahun untuk menyempurnakan adunan pizza Neapolitan ini tau.. bukan sekejap ye..

Jika korang pergi ke Itali, tidak mudah mendapatkan pizza halal Neapolitan. Oleh itu, lebih baik mencuba di sini terlebih dahulu untuk membiasakan diri dengan perisa. "

Tengoklah gambar dibawah ni.. Pizza yang penuh disaluti Cheese Mozarella yang tebal dan padat. Pastinya penggemar cheese amat teruja apabila melihat gambar Pizza yang mewah dengan cheese ni.. 



Pizza yang di letak topping cheese yang begitu.. aumm.. siapa suka cheese.. pasti suka yang ni!


Inilah rupa oven tempat dimana pizza dibakar dengan lazat sekali..


alamat lokasi : 1-08-1, Presint Alami, Persiaran Akuatik, Pusat Perniagaan Worldwide 2, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Operating Hours : Mon – Fri 6pm – 10pm , Sat – Sun 12pm -3pm , 6pm – 10pm



6. Patty and Pie

Rangup di luar dan lembut di dalamnya - itulah pizza ideal untuk semua orang. Citarasa dan Pizza Truffle pizza mereka ditanam dalam krim truffle yang lazat ..

Ramai sukakan keunikan rasa dan  cara pembuatannya...Kalau ada masa nak try jugak lah..  sebelum tu nak tengok di mana lokasi.. 

Address : 40, Jalan PJU 1/45, Aman Suria, 47301 Petaling Jaya, Selangor Operating Hours : Mon (Closed) , Tues – Sun 12pm-3pm / 6pm – 10pm

Haaa.. apa lagi.. jom la kita makan pizza ramai-ramai.. Haa kalau malas nak keluar boleh je order melalui FoodPanda..

Senangkan! Sekarang ni kalau nak order apa-apa tak perlu dah nak keluar meredah jam.. tak perlu nak beratur panjang.. tak perlu nak berasak asak di jalanraya nak tempuh jammed..



Hanya order je dekat FoodPanda Malaysia Delivery.

Haa jom kita order pizza sekarang.. lepas tu tunggu je pizza yang korang order tu  sampai.. senang sebab ada Pizza Delivery ni.. 

haaa.. lepas tu boleh la makan pizza puas-puas kan.. 

Selamat menikmati pizza yang unik dan lain dari yang lain di 6 buah restoran pizza yang terbaik..

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers