Inisiatif McDonald's Hargai Frontliner
Haii..
Hari ni TB nak bercerita sedikit tentang Kempen #KitaBoleh yang dianjurkan oleh
McDonald's Malaysia. Seperti yang kita maklum, sebelum ini McDonald's
Malaysia telah memberi banyak sumbangan dan tajaan dalam kempen-kempen untuk
kebajikan dan juga telah menjalankan usaha untuk bersama-sama berkongsi rezeki
dengan golongan yang memerlukan.
#Kitaboleh McDonalds Beri Penghargaan Kepada Petugas Barisan hadapan Perubatan
Ha..
Kali ini satu lagi kempen yang pihak McDonald's Malaysia lakukan iaitu kempen #KitaBoleh
dimana ia merupakan Inisiatif terbaru oleh McDonald's Malaysia bagi menunjukkan
penghargaan kepada petugas barisan hadapan Perubatan Hospital . Seperti yang
disampaikan oleh Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan
McDonald's Malaysia.
"Sudah
lebih dari satu tahun sejak Perintah Kawalan Gerakan (MCO) pertama dilaksanakan
di Malaysia. Sejak itu, kita rakyat Malaysia telah melalui berbagai tahap
kehidupan selama wabak ini, "
Ya.
Sebenarnya ini adalah kesinambungan dari rali organisasi #KitaBoleh di seluruh
negara, yang dimulakan syarikat itu semasa Perintah Kawalan Pergerakan (MCO)
yang pertama tahun lalu, so tahun ini mereka menyambung semula kempen tersebut
bagi membantu frontliner untuk terus bersemangat membanteras covid19 ini.
Bagusnya usaha McDonald's Malaysia yang turut ambil peduli tentang keadaan
semasa negara .
Dalam
situasi pandemik ini pastinya kerjasama dan sikap saling membantu antara kita
amat perlu bagi menghadapi cabaran dan kesulitan yang mendatang. Kita pastinya
tidak tahu bila semua ini akan berakhir dan pastinya kita juga amat berharap
agar petugas barisan hadapan / frontliner kita dapat bertahan mengharungi
cabaran dan masalah ini. teruskan berjuang hingga ke saat akhir. Moga suatu
hari nanti hari kemenangan kita akan tiba jua..
Untuk pengetahuan semua, Konsep
#KitaBoleh yang dimulakan oleh McDonald's Malaysia di platform media sosial
mereka ini bertujuan untuk meningkatkan semangat semua rakyat Malaysia untuk
terus bersatu dan menjaga semangat juang walaupun pada masa-masa sukar. Pada
masa inilah kita nampak banyak rupanya pihak-pihak yang sedia membantu
meringankan beban dan memberi dorongan dan galakan dalam bentuk yang pelbagai
kepada mereka yang memerlukan. Termasuklah usaha McDonald's Malaysia yang
terbaru ini.. Memang respek lah.. Terima kasih atas usaha meringankan kepenatan
frontliner kita yang berhadapan dengan Covid19 ini.
Kagum dengan semangat Frontliner kita
Bercerita tentang Covid19 yang semakin
menular kini, TB berasa sangat kagum dengan semangat frontliner kita, TB
sendiri akui TB tidak sekuat petugas barisan hadapan, dimana mereka perlu
berhadapan dengan pesakit Covid19 walau risiko untuk dijangkiti itu ada dan
kerana tanggungjawab, amanah dan tugas mereka perlu menghadapinya sebaik
mungkin. Waktu sentiasa berjalan dan kita sentiasa menanti hari kemenangan
kita.
Namun.. bagi TB, semestinya kita
boleh memenangi peperangan ini tetapi kita belum boleh bersenang-senangan
kerana kita belum menang. Kita perlu bersatu dan berkerjasama memainkan peranan
masing-masing agar dapat memastikan kita menang menangani krisis COVID-19 ini.
Nasihat TB buat semua, janganlah
ketika krisis COVID-19 ni, kita bertelingkah, tuduh menuduh dan bersikap
pentingkan diri. kerana kita punya tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia untuk
menjaga sesama kita walau berlainan bangsa sekalipun. Kita patut bersyukur
kerana nasib kita jauh lebih baik berbanding frontliners yang mana mereka
terpaksa berjauhan dengan keluarga namun mereka tetap patuh pada perintah dan
buat yang terbaik untuk mempertahankan komuniti daripada dijangkiti COVID-19
Tugas mereka sangat berat dari
pelbagai sudut. Kita harus berterima kasih kepada mereka kerana sebagai petugas
barisan hadapan baik dari klinik mahupun hospital mereka telah bekerja keras di
hospital dan pusat kuarantin bagi mengesan kes dan merawat pesakit COVID-19.
Pengorbanan besar yang mereka lakukan ini bagi memenangi krisis pandemik
COVID-19 sewajarnya dihargai oleh rakyat Malaysia.
dan seperti yang kita harapkan,
Rakyat Malaysia sememangnya bersifat prihatin dan ini terbukti apabila semakin
ramai pihak tampil, menghulurkan sumbangan dalam usaha membantu petugas barisan
hadapan, yang bertungkus-lumus mengekang penularan Covid-19. Haa.. termasuklah
usaha murni yang dilakukan oleh McDonald's Malaysia ini.
Inisiatif McDonald's Hargai Frontliner
Oh ya, Pasti ada yang tertanya-tanya Kempen #kitaboleh ni
macam mana ya? Haa.. meh TB terangkan info serba sedikit tentang kempen ini
supaya jelas pada pemahaman korang.
McDonalds Malaysia Taja Makanan Bagi Petugas Barisan Hadapan Perubatan Hospital
Kempen
#kitaboleh ini dilakukan oleh McDonald's dengan cara menghantar pasukan
restorannya dalam tajaan makanan ke hospital di seluruh negara atau dengan kata
lebih senang untuk semua faham, McDonald's Malaysia sponsor / taja
makanan kepada barisan hadapan kita / frontliner di hospital .
Panggilan
#KitaBoleh juga merupakan panggilan nasional untuk memberitahukan keberanian
diam para barisan hadapan yang bekerja tanpa lelah dalam memerangi wabak
tersebut.
"Apa yang tetap konsisten sepanjang masa-masa mencuba
ini adalah ketekunan berterusan para barisan hadapan kami, yang pekerjaan
hariannya menjadikan kehidupan kita lebih selamat setiap hari ketika kita
melawan wabak ini,"
Haa..
Bagus kan usaha Mc Donald ini, boleh lihat gambar-gambar dibawah ni.. betapa
terharu dan gembiranya wajah-wajah frontliner kita apabila menerima bantuan
seperti ini.. Moga dengan cara ini dapat memberi semangat kepada mereka untuk
terus tabah dan kuat menghadapai dugaan sedia ada kini..
dan dijangkakan Tajaan makanan untuk
hospital-hospital ini yang merawat pesakit COVID-19, menjangkau sekitar 30,000
pekerja penjagaan kesihatan (frontliners) .
Penghantaran makanan dilakukan sekurang-kurangnya sekali seminggu ke setiap hospital
Antara Hospital lain yang menerima tajaan
terpancar wajah gembira frontliner kita
Azmir juga mengenali pasukan restoran yang telah bertugas untuk menghantar makanan ke hospital, sambil tersenyum di wajah barisan depan perubatan.
Terima kasih buat McDonald's Malaysia yang taja makanan kepada petugas kesihatan yang bertungkus lumus memberi khidmat jasa untuk kita semua. Satu sorakan hebat kepada pasukan restoran McDonald's yang telah terlibat dengan hospital,hantar makanan ke hospital dan memastikan barisan perubatan kita mendapat makanan kegemaran mereka.
Semoga usaha McDonald's Malaysia dapat memberi semangat yang lebih kuat lagi kepada barisan hadapan / frontliner untuk terus berjuang dan kami sangat menghargai jasa anda semua yang sanggup berkorban masa dan kehidupan tenang demi berkhidmat untuk negara walaupun terpaksa meredah risiko berhadapan dengan wabak Covid19. Pastinya tugas yang mereka pikul itu sangat mencabar dan kerana itu kita perlu memberi sokongan dari segi apa yang ternampu..
Sekali lagi terima kasih buat McDonald's Malaysia kerana menaja makanan kepada petugas barisan hadapan perubatan hospital / frontliner kita sebagai tanda sokongan dan menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan hospital yang bertungkus-lumus mengawal penularan pandemik COVID-19 sejak Mac tahun lalu.