McDonald’s Malaysia Belanja 65,000
Penghantar Makanan ¦ #LekLuMcDBelanja
Sekali lagi
McDonald's Malaysia telah menunjukkan penghargaan mereka kepada
mereka-mereka yang banyak berjasa ketika masa pandemik ini.. Kali ini giliran
penghantar makanan di seluruh negara pula diraikan dengan set hidangan
Quarter Pounder dengan Keju sebagai tanda penghargaan atas penat lelah
mereka bekerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Usaha yang
dilakukan adalah sebahagian daripada kempen #LekLuMcDBelanja #RiderKu yang
dilaksanakan oleh restoran khidmat segera tersebut untuk mengajak rakyat
Malaysia turut serta menzahirkan penghargaan kepada semua penghantar makanan
yang bertungkus lumus memastikan rakyat Malaysia dapat menikmati hidangan
dengan selamat dan sampai tepat pada masanya.
Set Hidangan percuma Quarter Pounder
dengan Keju
Bersempena
dengan inisiatif #LekLuMcDBelanja ini, penghantar makanan daripada FoodPanda,
GrabFood, DeliverEat dan perkhidmatan McDelivery (MDS) layak mendapatkan set
hidangan percuma Quarter Pounder dengan Keju di restoran
McDonald’s seluruh negara. Semua ini ikhlas dari McDonald’s Malaysia
untuk belanja 65,000 penghantar makanan .
Pada pandangan
TB, penghantar makanan ini harus dihargai kerana ketika pandemik inilah kita
sangat memerlukan mereka untuk menghantar makanan yang kita pesan. Hal ini
telah memudahkan kita untuk tidak keluar rumah membeli makanan dan seterusnya
dapat mengurangkaan risiko terkena jangkitan covid19. Namun jasa
penghantar makanan juga perlu kita hargai kerana mereka sanggup berpanas,
berhujan dan menghadapi pelbagai masalah lain ketika menjalankan tugas mereka
demi menghantar pesanan pelanggan.
Keadaan yang biasa terjadi kepada penghantar makanan / rider ini antaranya terpaksa belapar sehingga tugas penghantaran selesai. Risaukan perut pelanggan yang kelaparan sehingga terlupa yang perut sendiri juga perlu diisi makanan untuk meneruskan penghantaran makanan kepada pelanggan-pelanggaan lain. Sudah sinonim dengan kerjaya penghantar makanan, terpaksa melupakan waktu makan mereka sendiri semata-mata untuk memastikan semua pesanan pelanggan selamat sampai kepada pelanggan pada waktu yang diperlukan.
Selalunya waktu
makan penghantar makanan pasti terlewat hingga ke petang kerana memenuhi
penghantaran pada waktu makan dan waktu puncak, penunggang
sering terpaksa melepaskan waktu makan mereka sendiri, makan hanya
setelah semua pesanan dihantar.
Hargai Penghantar Makanan / Penunggang Penghantaran
Penghantar
makanan memainkan peranan penting dalam menghubungkan kedai makanan dan minuman
dengan pelanggan, yang membantu memastikan perniagaan terus berjalan lancar.
Terima kasih kepada mereka, rakyat Malaysia hari ini dapat menikmati makanan
mereka dengan selesa dan selamat di kediaman mereka sendiri,” kata Azmir
Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia.
“Kami memahami
sikap prihatin mereka, sehingga kadang kala terlupa untuk memberi perhatian
kepada diri mereka sendiri. McDonald’s ingin mengingatkan semua penghantar
makanan bahawa kami menghargai mereka, dan jangan lupa berehat untuk makan.” kata
Azmir Jaafar lagi.
Penghantar Makanan / Rider wanita
Pernah tak
sedang asyik menunggu makanan sampai, tiba-tiba ada call dari seseorang
mengatakan dia ada didepan rumah, dan kita terkejut sebab yang menghantar
makanan itu adalah seorang wanita dan bukan lelaki. Ya, ketika pandemik ini,
golongan wanita juga mengambil peluang mencari pendapatan dengan menjadi
penghantar makanan demi mencari rezeki untuk kelansungan hidup.
Seorang ibu
kepada lima anak, Roslina Talhad bekerja keras untuk mencari rezeki bagi
membantu keluarganya, kerana suaminya tidak lagi dapat bekerja sepenuh masa
sejak wabak itu.
“Pelanggan
selalunya terkejut melihat penghantar makanan wanita. Saya bertuah kerana
pelanggan saya kebanyakannya sangat bertimbang rasa dan baik hati dengan
memberikan tip kepada saya. Selalunya, sebelum saya pergi, mereka akan memberi
kata-kata sokongan dan berpesan agar saya sentiasa menjaga diri.” kata Roslina,
yang menjadikan salah satu dari beberapa penghantar McDelivery di daerahnya.
Berpuashati Dapat Mengembirakan Pelanggan
Seorang lagi
penghantar makanan juga menyuarakan hati sangat bertuah dapat menjadi
sebahagian insan yang turut sama membantu menyenangkan orang ramai dengan
khidmat mereka ini. Dari situ TB dapat rasakan yang penghantar makanan
juga adalah frontliner kerana mereka juga perlu menempuh risiko
berhadapan dengan jangkitan covid19 yang semakin meruncing kini.
“Menjadi
seorang penghantar makanan sangat mencabar kerana permintaan untuk penghantaran
makanan kini semakin meningkat. Dengan adanya Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP), masa untuk menghantar makanan menjadi lebih singkat. Tetapi, saya tetap
berpuas hati dapat menggembirakan pelanggan setiap kali menghantar makanan
kepada mereka.” kata William Quah, penunggang McDonald's selama dua tahun.
“Pernah sekali,
ada keluarga yang membuat pesanan yang banyak semasa bulan Ramadan, dan mereka
memberi satu set burger mereka kepada saya. Apabila ada yang menghargai penghantar
makanan seperti saya, ia membuatkan saya bersemangat untuk terus bekerja.” kata
Quah.
Memilih Kerjaya Sebagai Penghantar
Makanan Untuk Biayai Pengajian
Mohamad Azyhan
Musa, seorang pelajar jurusan kejuruteraan di sebuah universiti swasta yang
mencari rezeki dengan menjadi penghantar makanan bagi membiayai
pengajian ketika pandemik melanda negara kita berkata ,
“Saya gembira
dan berterima kasih kepada McDonald’s kerana menghargai kami, lebih-lebih lagi
saya juga seorang pelajar separuh masa. Kadangkala semasa bekerja, kami terlupa
untuk makan atau terpaksa tahan makan semata-mata untuk memenuhi
pesanan pelanggan. Dengan inisiatif ini, saya teruja untuk mendapatkan hidangan
yang diberikan kepada kami.” kata Mohamad Azyhan Musa, Penghantar Makanan
McDelivery.
Alhamdulillah, apabila tugas penghantar makanan dihargai sebegini pasti akan terubat jua kepenatan dan pengorbanan #rider kita walaupun terpaksa menahan lapar semata-mata ingin selesaikan tugas hakiki mereka dalam menghantar makanan pesanan pelanggan. Terima kasih atas inisiatif McDonald’s Malaysia rai penghantar makanan .
Diharap juga
kempen #LekLuMcDBelanja ini pasninya akan menjadi titik tolak
kepada penghantar makanan agar lebih komited dalam menjalankan tugas mereka .
Pastinya abang rider atau kakak rider kita terharu sangat apabila penat lelah
mereka dihargai sebegini rupa. Ini akan menjadi satu kenangan yang tidak dapat
dilupakan rider-rider kita apabila McDonald’s hargai penghantar makanan
Malaysia dengan cara yang sangat tulus. Semoga usaha McD ini
berterusan dalam menyokong dan menyumbang kepada mereka-mereka yang bertungkus
lumus ketika pandemik ini.
Mekdi Belanja Rider
oh ya,
bersempena kempen ini, pihak McD juga turut menjemput kita untuk sertai kempen
ini. Kita boleh ambil photo / video di samping penghantar makanan kemudian
publish gambar tersebut di dalam artikel blog dan akaun media sosial lain
bersama hashtags #RiderKu #LekLuMcDBelanja #TerimaKasihRider #MekdiBelanjaRider
Dengan cara ini
kita juga dapat menunjukkan sokongan kita kepada penghantar makanan, agar
mereka rasa dihargai dan dapat menghilangkan tekanan dan kesulitan yang mereka
alami ketika menjalankan tugas mereka. apa-apa pun terima kasih sekali lagi kepada
McDonald’s kerana kesudian McD belanja makan penghantar
makanan kita . Respek!