Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

Memaparkan catatan dengan label Review Produk. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Review Produk. Papar semua catatan

19 Mac 2020

Amino Acid Series Discovery Set By Hanajirushi | Untuk Semua Jenis Kulit Termasuk Kulit Sensitif


Amino Acid Series Discovery Set By Hanajirushi |
Untuk Semua Jenis Kulit Termasuk Kulit Sensitif


Hai korang semua.. hari ni TB nak share tentang produk dari Japan yang sangat comel packagingnya dan sangat mesra dengan kulit TB bila memakainya.. Terasa sejuk je bila guna produk ni.. Antara sebab TB sukakan ia adalah kerana produk ini membuatkan kulit kita jadi lembap dan terhidrat.. Kulit dah tak kering macam sebelum ni.. dan paling TB suka bila dapat try candy mask yang sangat comel tu.. alalala.. syok betul pakai candy mask tu.. eh.. candy mask pulak.. haha.. sebab dia comel sangat macam candy.. so TB pun terpanggil dia candy mask.. hahaha.. Actually nama mask tu  Mask Amino Asid  yea.. hehehe..

 

Nah.. inilah rupa candy mask tu.. eh ..    Mask Amino Asid .. haha.. asik tersasul je kan.. Tapi betul kan TB kata.. mask dia macam candy.. comel jeee dalam plastik ala-ala candy sweet gitu.. hehe.. Haa.. nampak tak bekas putih tu.. haa.. yang tu untuk kita letak mask yang berbentuk bulat tu kedalamnya.. lepas tu kena tuang sikit Amino Acid Toner tu kedalam bekas tu untuk bagi mask tu mengembang dan membesar dan boleh terus pakai ke muka.. syoknya TB tengok masa lepas tuang Amino Acid Toner tu.. nampak mask tu mula mengembang dan besar.. hehehe..

So TB terus pakai di muka.. wah.. sejuknya rasa.. rasa macam segar je kulit muka.. tunggu dalam 10 minit macam tu.. TB buka dan rasa .. adoi.. segar dan sejuk je kulit wajah.. jatuh cita terus TB tau.. hehe.. better korang pun try jugak nanti tau!

Oh ya.. sebelum tu.. TB nak share dengan korang serba sedikit info tentang Amino Acid Series Discovery Set  ni.. Set ni sesuai untuk semua jenis kulit tau.. termasuk kulit sensitif macam TB ni pun boleh pakai.. tapi tengok pada keadaan kulit korang la ye.. kalau tengah radang tu jangan la pi pakai pulak.. kang merah macam cili pulak kulit tu.. salah siapa?? haha.. 







Yeah.. Ni dia Amino Acid Series Discovery Set yang Sesuai untuk all skin type even sensitive skin . . 4 Produk yang TB sedang guna sekarang ialah : 1) face washing cream : pencuci muka 2) skin toner 3) milky lotion : moisturizer 4) super moisturizer face mask(sleep mask) : sesuai dipakai waktu malam sebelum tidur (teksture dia bila sapu di kulit akan keluar water drop untuk melembapkan kulit dan akan fresh apabila bangun tidur) Best! . . Haa.. Kalau korang nak order jugak, korang boleh dapatkan di Lazada Birthday pada 27 Mac . . Oh ya.. TB dapat Free gift juga : 1) candy pack mask . 2) foaming net ( guna dengan face washing cream untuk cuci muka) . 3 ) 3 sample kit . . Haaaa.. Disini TB nak share dengan korang yang nak pre order dulu tu.. Boleh Chup Dulu, dimana korang untung sebab ada diskaun kat sini tau! . . Lazada Chup Dulu! (Presales for Lazada Birthday 13/3 - 26/3)* . We are happy to share that we are joining Lazada Chup Dulu! . 2 products that you MUST BUY! . 1) Hanajirushi Mini Starter Kit Set NORMAL PRICE : RM108.89 *CHUP DULU PRICE : RM59 (46% OFF)* 2) Hanajirushi Amino Acid Super Value Set + FREE Face Mask 80g NORMAL PRICE : RM123.90 *CHUP DULU PRICE : RM99 (20% OFF)* . Step to grab Chup Dulu Promo . 1) Open Lazada Apps (Chup Dulu is not available in Lazada Web) 2) Go to Hanajirushi Official Store (Hanajirushi.os) 3)Choose Chup Dulu product 4) Pay 10% of the product price before 26/3 5) Pay balance on 27/3 6) We will ship your order!
A post shared by TENGKUBUTANG (ღ˘⌣˘ღ) (@tengkubutang) on


Apa yang ada dalam Siri Asid Amino:


Hanajirushi Amino Acid Face Washing Cream 150g

Haa.. yang ni Pembersih muka yang TB suka.. Pembersih ini menghasilkan buih berasid yang kaya dan padat yang dapat menghapuskan kekotoran dengan mudah, minyak yang berlebihan dan komedo dengan menembusi ke liang-liang. Diformulakan dengan 11 jenis asid amino, air panas dan ekstrak tumbuhan "Yumura" Jepun, pembersih ini meninggalkan kulit terhidrat, licin dan tanpa rasa kering setelah digunakan .



Hanajirushi Amino Acid Super Moisture Face Mask 220g

Masker ni pun TB suka sebab bila bangun keesokannya muka jadi soft, segar dan lembap.. Yang uniknya kalau korang nak tahu, Masker muka ini akan berubah menjadi titisan air serta-merta selepas bersentuhan dengan kulit, dan ia menghidrat dan menyuburkan kulit dengan serta-merta.

Produk yang mengandungi Air mata air panas Jepun, ekstrak tumbuhan, 10 jenis asid amino dan 3 jenis ceramida ditambah untuk hasil penghidratan yang sangat baik. Teknologi dipatenkan Jepun meningkatkan penyerapan air kulit, menjadikan kulit lembut, lembut dan segar



Hanajirushi Amino Acid Skin Toner 99ml

Haaa.. yang ni pulak.. Pelembap Super yang buat kulit korang rasa terhidrat.. tak kering dan kusam seperti sebelumnya.. sebab ia mengandungi 8 jenis Asid Amino yang berfungsi untuk menghidrat kan kulit. Selain itu ia juga mengandungi Air mata air panas "Yumura" Jepun. Kaya dengan asid amino dan bahan-bahan mineral .



Hanajirushi Acid Silky Milky Lotion 99ml

Yang ni pun.. sama macam diatas.. Mengandungi 8 jenis Asid Amino yang ditambahkan untuk menghidrat kulit. Pelembap Super. Air mata air panas "Yumura" Jepun ditambah. Kaya dengan asid amino dan bahan-bahan mineral .


Cara nak guna:


Hanajirushi Amino Acid Face Washing Cream 150g: Gunakan setiap hari. Biarkan krim dan urut di atas muka basah, Boleh guna dengan foaming net tu untuk hasilkan buih yang banyak dan untuk sentap lembut pada kulit wajah.. jangan sental kasar yea.. yang tu mau muka macam kena sagat pulak kang.. sis tak jamin yea! salah sendiri tu.. hahaha.. Oh ya.. masa urut muka tu kalau boleh elakkan kawasan mata tau.. lepas beberapa minit dan boleh bilas dengan air .



Hanajirushi Amino Acid Super Moisture Face Mask 220g: Haa.. yang ni best sangat.. time untuk manjakan kulit sebelum tidur.. Caranya sapu je face mask ni.. Caranya mudah sangat.. Sapukan sebelum tidur selepas korang mencuci muka selesai rejim penjagaan kulit asas, perlahan-lahan ratakan mask ni di muka dan leher. Urut sekata. tak perlu bilas. Elakkan menggunakan produk di kawasan mata dan bibir yea..

Hanajirushi Amino Acid Skin Toner 99ml: Sapukan untuk membersihkan kulit kering. Pat kering. Elakkan kawasan mata segera. Sekiranya bersentuhan dengan mata, bilas segera dengan air

Hanajirushi Amino Acid Silky Milky Lotion 99ml: Sapukan selepas intipati. Pat kering. Elakkan kawasan mata segera. Sekiranya bersentuhan dengan mata, bilas segera dengan air


Mask Amino Asid sangat mengejutkan. Perasaan yang sangat menyejukkan dan menyegarkan. Selepas seharian, ini adalah sesuatu yang memberi ganjaran kepada kulit kita untuk berehat dari aktiviti seharian.

Kulit menjadi lembap dan kekal terhidrasi

Apabila memakai produk ini korang akan merasakan kulit korang lembap kerana ia mempunyai fungs Moisturizing, menghidrat, memperbaiki kulit siang dan malam, mengurangkan garis halus, dan menenangkan kulit seterusnya menjadikan kulit sentiasa fresh, lembap dan bercahaya .



haa.. ni la foaming net untuk pakai masa guna face washing cream tadi


Ni dia Amino Acid Series Discovery Set yang Sesuai untuk all skin type even sensitive skin


Sweet Candy Mask .. comey kan!



Haa.. inilah semua yang TB dapat hari tu.. suka tengok comel-comel je semuanya.. TB pun dah start suka produk ni.. sebab suka dengan tekstur kulit yang terhasil lepas guna beberapa hari.. dia punya packaging pun comel.. Haa.. kalau korang nak dapatkannnya.. korang boleh la pi ke website LAZADA yea.. 



Haaaa.. Disini TB nak share dengan korang yang nak pre order dulu tu.. Boleh Chup Dulu, dimana korang untung sebab ada diskaun kat sini tau! Haa.. bagi sape yang nak beli tapi nak half price or nak diskaun.. better grab dari sekarang! Chup Dulu! Untung tau!

Cara nak join Lazada Chup Dulu dan dapatkan produk ni dengan harga yang ada diskaun? jom baca ARAHAN LENGKAP kat bawah ni yea.. 


Lazada Chup Dulu! (Presales for Lazada Birthday 13/3 - 26/3)

We are happy to share that we are joining Lazada Chup Dulu!

2 products that you MUST BUY!

1) Hanajirushi Mini Starter Kit Set
NORMAL PRICE : RM108.89
*CHUP DULU PRICE : RM59 (46% OFF)* 

2) Hanajirushi Amino Acid Super Value Set + FREE Face Mask 80g
NORMAL PRICE : RM123.90
*CHUP DULU PRICE : RM99 (20% OFF)*

Step to grab Chup Dulu Promo
1) Open Lazada Apps (Chup Dulu is not available in Lazada Web)
2) Go to Hanajirushi Official Store (Hanajirushi.os)
3)Choose Chup Dulu product
4) Pay 10% of the product price before 26/3
5) Pay balance on 27/3
6) We will ship your order!





03 Mac 2020

SAFI Shayla: Botanical Silk Micellar Shampoo 100% Bahan Botanikal Aktif dan Bebas Paraben


SAFI Shayla: Botanical Silk Micellar Shampoo
100% Bahan Botanikal Aktif dan Bebas Paraben


Hai Korangggg.. Hari ni TB nak share tentang Syampu terbaru dari jenama yang diyakini iaitu SAFI..  SAFI SHAYLA Botanical Silk Shampoo baru lagi berada di pasaran.. So berpeluh jugaklah TB mencari hari tu, bukan semua tempat ada tau.. huhu..

SAFI SHAYLA Botanical Silk Shampoo ini diformulasikan dengan 100% Botanical Aktif dan 0% Paraben, ia juga kaya dengan nutrien untuk memanjakan rambut dari akar ke hujung dengan aroma segar yang unik tahan lama hingga 48 jam.. Haa.. aroma segar tu TB paling suka sebab ada Argan Oil, Sebab sekarang ni kebanyakan produk yang TB guna semua mengandungi Argan Oil. TB suka sangat bau dia.. Argan Oil ni bagus tau sebab tugasnya ialah menjadikan rambut kita lembut dan licin je selepas bersyampu.. ibarat macam pakai conditioner je tau..


Bagi yang ingin tahu apa lagi kelebihan syampu ini meh baca lagi info seterusnya.. Syampu ini mengandungi Campuran Sutera Botanikal dengan formulasi Micellar Silicone Free secara berkesan menghilangkan silikon membina pada rambut sambil mengekalkan kelembapan penting untuk rambut ringan, meriah & fleksibel . So, bila TB pakai sekali je semalam, TB rasa macam rambut jadi lembut dan beralun.. nak sikat pun lancar je tau.. tak kusut.. bau pun best sangat.. TB rasa macam tidur dengan bau rambut yang harum je malam tadi.. heheehehe..


Haa.. Kalau korang nak tahu, selain mengandungi Argan Oil, terdapat juga bahan-bahan lain yang membuatkan TB rasa jatuh cinta terus dengan SAFI SHAYLA Botanical Silk Shampoo ni.. Jom tengok apa dia bahan lain tu.. 

Organik Habbatus Sauda
Sumber nutrien kaya untuk melindungi dan menyuburkan kulit kepala.

Minyak Argan
Meninggalkan rambut lebih lembut, sutera, lebih mudah diurus dan menambah bersinar yang sihat dan menarik

Tea Tree Oil
Berkesan membersihkan folikel rambut yang tersumbat untuk rambut ringan & fleksibel.



Arahan Cara Guna
Picit syampu tu mengikut kegunaan, kalau rambut panjang kenalah banyak sikit picitnya kan.. kemudian sapukan syampu seluruh rambut korang yang basah, urut ke dalam rambut hingga rata, kemudian dah boleh bilas. Haaa.. nak lagi best.. Untuk hasil yang terbaik, gunakan Safi Shayla Scalp Mask / Conditioner rambut selepas syampu.


Picit ikut kegunaan.. bergantung juga pada berapa panjang dan tebalnya rambut kita yea! he2


Tektur Cecair yang berwarna jernih, Berbuih banyak, Aroma yang menyegarkan


Bahan-bahan
Air, Natrium Lauryl Ether Sulfate, Cocamidopropyl Betaine, Fragrance, Natrium Klorida, Decyl Glucoside, Starch Corn Terhidrolisis, PPG-3 Caprylyl Ether, Glyceryl Caprylate / Caprate, Panthenol, Asam Citric, Polyquaternium-10, Natrium Citrate, Menthol,

Kat Mana Nak Beli ?
Dapatkan SAFI Shayla Botanical Silk Micellar Shampoo ini di pasaraya terkemuka Watson dan Guardian. atau order online sahaja di website Watson, Lazada mahupun Shopee. Harga seunit adalah RM22.41 untuk 480gram.  maklumat lanjut, korang boleh rujuk website SAFI okay.





14 November 2019

RAWAT MASALAH TONA KULIT TAK SEKATA / PIGMENTASI DENGAN PYNOCARE


RAWAT MASALAH TONA KULIT TAK SEKATA /
PIGMENTASI DENGAN PYNOCARE


Bintik gelap selalu menjadi masalah umum bagi wanita terutama untuk wanita Asia seperti kita yang sering terdedah di bawah cahaya matahari. Haaa hari ni TB nak share info tentang satu produk ni, ia bagus untuk mereka yang mengalami masalah bintik gelap di wajah, tona kulit tak sekata, pigmentasi yang hadir kerana kurang penjagaan kulit serta kulit kusam..



Ini dia produknya .. Pynocare namanya.. Pynocare ni dikeluarkan oleh MegaLife Sciences, sebuah syarikat pharamaceuticals kecantikan yang terkenal, Pynocare telah disahkan oleh ahli dermatologi terbukti berkesan untuk memerangi bintik gelap dan melasma. Setiap kapsul dibungkus dengan vitamin dan nutrien yang baik untuk kulit kita seperti Betacarotene dan asid Ascorbic.

Pynocare adalah antara produk Bio-Life yang terbaik..

Didatangkan dalam bentuk kapsul dengan MSCC Complex Actisome™ dan paling TB suka ialah?? Pynocare adalah 100% semulajadi dan hanya terdiri daripada bahan-bahan yang telah lama terbukti berkesan iaitu satu formula khas yang menggabungkan tumbuhan semulajadi dan ekstrak rumpai laut.

Ia juga mempunyai Kandungan Antioksidan yang tinggi dan dapat meningkatkan pertahanan terhadap kerosakan kulit yang disebabkan oleh cahaya matahari.

Ia juga mengandungi Ekstrak kulit kayu pain Perancis,  Vitamin C,  Ekstrak D. Salina dan Vitanin E.


Haa.. selain tu kalau korang nak tahu, Pynocare ni adalah kapsul penyerapan kulit yang pertama, selamat dan berkesan untuk pigmentasi kulit. Wahh.. sukanya TB tau.. dah lama TB cari suplemen untuk kulit masalah pigmentasi ni.. Then dah jumpa sekarang.. yeahhh.. 

PYNOCARE ni sesuai untuk semua jenis kulit, dan memberikan penyelesaian ideal untuk lelaki dan wanita untuk menguruskan masalah pigmentasi kulit mereka secara semulajadi dari dalam, terutamanya bagi mereka yang tidak suka idea meletakkan krim atau losyen di muka mereka

Selain itu, Pynocare mengandungi Kompleks MSCC (Melasma Skin Clear Complexion) yang merupakan gabungan antioksidan yang kuat. Dengan mengambil 2x sehari selepas makan, anda akan melihat hasil seawal dua bulan.

Haa.. untuk korang yang memang mencari produk suplemen untuk mengatasi masalah pigmentasi dan tona kulit tak sekata dan sebagainya, boleh lah try Pynocare ni.. apap-apa pun jom baca info sel;ebihnya dibawah ni ye.. 


Adakah PYNOCARE selamat?
  • Ya. PYNOCARE benar-benar selamat
  • Formulasi semulajadi 100% tanpa pengawet tambahan atau bahan berbahaya
  • Tiada pengumpulan sisa berbahaya dari pengambilan harian

Adakah PYNOCARE mempunyai apa-apa kesan sampingan?
  • Dalam kes-kes yang sangat jarang PYNOCARE boleh menyebabkan ketidakselesaan perut kecil
  • Ambil PYNOCARE dengan hidangan untuk mengelakkan masalah ini

Berapa lama saya boleh mengharapkan untuk melihat keputusan?

  • Dengan menggunakan PYNOCARE secara berterusan, mungkin untuk melihat hasil yang kelihatan dalam lapan minggu
  • Keputusan adalah berbeza untuk setiap orang

• Pigmentasi permukaan (jenis epidermis) bertindak balas dengan lebih baik, manakala pigmentasi yang lebih dalam (jenis dermal) akan mula berkurangan selepas beberapa bulan.

• Mereka yang mempunyai pigmentasi epiderma boleh mengharapkan untuk melihat hasil yang lebih cepat dan lebih nyata berbanding mereka yang mempunyai jenis kulit terutamanya .


Bolehkah saya mengambil PYNOCARE secara jangka panjang?

  • Pasti, PYNOCARE semuanya semulajadi dan selamat
  • Tiada kesan buruk yang serius telah dilaporkan dalam penggunaan jangka panjang PYNOCARE
  • Sebenarnya, semakin lama anda mengambil PYNOCARE, lebih banyak kulit anda akan mendapat manfaat darinya
  • Disebabkan sifat antioksidan yang kuat, PYNOCARE juga membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan.


Apabila mengambil PYNOCARE, adakah saya harus menggunakan produk pemutihan topikal?

  • PYNOCARE boleh digunakan dengan produk kecantikan yang lain
  • Sangat disyorkan untuk menggunakan produk penjagaan kulit PYNOCARE yang dirumuskan dengan MSC COMPLEX untuk melengkapkan rawatan lisan. Ia dapat membantu meningkatkan keberkesanan secara keseluruhan apabila menggunakan bersama.
  • Rangkaian penjagaan kulit PYNOCARE termasuk Foam Muka, Essence Gel, Krim Cerah, dan Blok Matahari SPF25

Apabila mengambil PYNOCARE, adakah saya perlu memohon sunblock semasa keluar?

  • Pendedahan kepada matahari adalah penyumbang utama kepada pigmentasi kulit, jadi disarankan untuk mempunyai beberapa bentuk perlindungan matahari.
  • Blok matahari spektrum luas seperti PYNOCARE Sun Block SPF 25 memberikan perlindungan penting terhadap sinaran UV
  • Hanya satu hari pendedahan cahaya tanpa perlindungan boleh membatalkan bulan rawatan, terutama bagi mereka yang terdedah kepada pigmentasi kulit

Selepas mendapat keputusan yang memuaskan, saya harus berhenti menggunakan PYNOCARE?

  • Objektif utama merawat pigmentasi adalah untuk meringankannya dan mencegah pengulangannya
  • Pengulangan adalah perkara biasa, terutamanya selepas pendedahan semula kepada matahari
  • Kemerosotan boleh dicegah melalui:
  • Pengambilan kapsul PYNOCARE berterusan walaupun selepas keputusan yang memuaskan diperolehi.
  • Perlindungan matahari yang sensitif dengan mengelakkan pendedahan cahaya matahari dan menggunakan PYNOCARE Sun Block SPF 25
  • Manfaat tambahan penggunaan jangka panjang: PYNOCARE sebenarnya menangguhkan proses penuaan kulit semula jadi.

Bolehkah PYNOCARE diambil semasa mengandung?

  • Apabila pigmentasi berkembang semasa kehamilan, sebagai langkah berjaga-jaga umum ia tidak boleh diambil dalam tempoh 3 bulan pertama kehamilan.
  • Sekiranya anda membuat keputusan untuk mengambil PYNOCARE dalam tempoh masa ini, anda mungkin hanya melihat sedikit peningkatan.
  • Adalah disyorkan bahawa PYNOCARE diambil selepas kelahiran untuk mencapai hasil yang ketara.


Bolehkah lelaki mengambil PYNOCARE?

  • Ya, PYNOCARE memenuhi semua jenis kulit
  • Penyelidikan telah menunjukkan bahawa kira-kira 10% kes pigmentasi kulit berlaku pada lelaki
  • PYNOCARE menyediakan penyelesaian ideal untuk lelaki untuk menyelesaikan masalah pigmentasi kulit mereka
  • Satu titik tambah untuk lelaki: Kemudahan tidak perlu menggunakan krim atau losyen topikal.


Saya tidak mempunyai pigmentasi, sekiranya saya mengambil PYNOCARE?

Sudah tentu! Adalah dinasihatkan untuk mencegah daripada merawat pigmentasi. Mengambil PYNOCARE lebih awal, akan mengekalkan pigmentasi anda.



BAHAN-BAHAN

Setiap capsule softgel mengandungi:
Kompleks MSCC Terdiri daripada
Piwhite (French Maritime Pine Bark Extract) 40 mg
Lycoskin 25 mg
Memberi Lycopene 1.5mg
Vitamin C 60 mg
D. Salina Extract 20 mg
Lucent - P (Beras Ceramide) 15 mg
Vitamin E 15 IU
Memberi Lycopene 1.5mg

Pynocare suplemen dari Biolife ni telah disahkan HALAL dan telah terbukti secara klinikal. Korang boleh dapatkan ia di semua farmasi terkemuka, CARiNG dan Watsons.

Cara pengambilan Pynocare : 2 kapsul sehari selepas makan. 

Korang juga boleh dapatkan Pynocare secara online seperti di bawah :

Lazada: 
http://Biolife.2.vu/Lazada-Pynocare 

CARiNG: 
http://Biolife.2.vu/CARiNG-Pynocare 

Watsons: 
http://Biolife.2.vu/Watsons-Pynocare







12 Ogos 2017

Terpesona Dengan Wangian ENCHANTEUR STUNNING Eau de Toilette

Terpesona Dengan Wangian
ENCHANTEUR STUNNING Eau de Toilette

Huuu.. tak tahu nak cerita macam mana masa buka parcel dan nampak satu kotak yang cantik berisi produk Enchanteur! TB memang suka sangat dengan produk dari brand Enchanteur ni tauu! Sebelum ni TB selalu beli lotion dan mandiannya, sangat-sangat wangi.. TB berasa teruja bila pakai produk Enchanteur ni.. Oh ya, sebelum ni TB ada juga buat entri tentang Enchanteur , korang boleh baca kat SINI dan SINI yea.. ada banyak lagi produk Enchanteur yang TB rasa terpesona nak mencuba. Seriuss semuanya wangi-wangi dan wangian tu tahan lama..

TB suka buat macam mana tau.. TB suka pakai mandian Enchanteur masa mandi (Romantic/Charming antara yang TB selalu guna dulu), lepas tu selepas mandi TB akan sapu hand and body lotion pada seluruh badan.. wangi dan segar je rasa badan tau.. sebab lotion tu sangat senang obserb dan sangat melembapkan kulit..  Nak pulak pakai sebelum tidur, fuh.. lena sampai ke pagi korang tau.. haha..

Ok lah.. nak tengok apa yang TB dapat masa buka parcel kelmarin? jom tengok .. hehehe.. Alhamdulillah wangian Enchanteur sentiasa menjadi pilihan nombor satu TB hingga kini..
   
Lawa kotaknya.. Baldu gitu.. 


Warna box dia pun kaler kegemaran TB.. yeay!! 


Siap ada cermin lagi tuu.. 


fuh.. ada 5 produk didalamnya.. 


TB memang melompat suka bila tengok produk Enchanteur ni.. TB happy sangat-sangat.. wangian kegemaran katakan.. dulu kini dan selamanya.. 

Haa.. jom kita baca tentang  satu haruman baharu  dari produk Enchanteur  yang sangat menarik untuk diperkenalkan iaitu, Stunning! TB suka sangat konsep untuk haruman terbaru ni.. sangat elegan dan sangat sedap mata TB memandangnya.. TB suka botol wangian EDT nya.. sebab ada bentuk curve badan wanita dan penutupnya ala-ala bunga ros sedang kembang gitu.. selain tu TB suka warna tema packaging botol nya.. sangat fuyooo.. haha.. Selain tu kan, TB suka sangat bau dia.. alahai.. lembut dan wangi.. rasa macam segar je bau dia.. Selain tu, Lotion dia seperti sebelum ni, mudah absorb, melembapkan dan melembutkan kulit kita.. TB suka sangat-sangat.. haaa..

Haa.. ini komen TB tentang haruman terbaru ni, untuk baca info yang lain tentang haruman terbaru ni, jom baca info seterusnya kat bawah ni yea.. 


Serlahkan Aroma Keanggunan Mempesona 
“Penampilan tidak akan sempurna tanpa wangian”… Author C.Joybell C

Wangian seorang wanita mempunyai daya tarikan sama seperti tertariknya seekor lebah kepada pati nektar dan kenyataan ini sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi. Kajian menunjukkan wanita yang memakai haruman dilihat lebih sensual dan menarik. Justeru itu, wanita telah mengetahui dengan tepat sejak berabad lalu, bahawa minyak wangi merupakan aksesori yang tidak menonjol, tetapi mampu untuk menyerlahkan si pemakai dan mencipta aura yang tiada tandingan.

ENCHANTEUR jenama wangian terkemuka dengan haruman yang diinspirasikan dari Perancis, telah melancarkan semula rangkaian Eau de Toilette dan penjagaan peribadi. Bersempena pelancaran ini, satu haruman baharu yang sangat menarik telah diperkenalkan iaitu, Stunning! Wangian mempesona ini merupakan gabungan Turkish Rose dan Magnolia, telah dipertingkatkan dengan kemanisan dari Blackcurrant Bud dan Raspberry serta dicampur juga dengan kelembutan Sandalwood. Pemakai Stunning akan tertawan dengan aroma sensual yang dipakainya sendiri, menjadikan dia wanita yang istimewa, seterusnya menyerlahkan penampilan dan personalitinya.

Selain Eau de Toilette, variasi Stunning juga hadir bersama produk pelengkap melalui rangkaian penjagaan peribadi termasuk losyen, deodoran, dan bedak talkum yang membuatkan kulit lebih lembut menawan sehalus satin dan berharum wangian segar sepanjang hari.


ENCHANTEUR telah membaharui bentuk botol rangkaian EDT. Botol EDT ini berkonsepkan bentuk tubuh seorang wanita memakai gaun berlipat dengan potongan duyung, manakala variasi warna pada botol adalah berdasarkan wangian flora di dalamnya. Keanggunan botol ini dimahkotakan dengan penutup berbentuk bunga mawar mekar yang menjadi simbolik percintaan yang romantis dan pati bunga yang menjadi esen pelengkap di dalam botol wangian tersebut. Pembungkusan indah ini amat mudah dipegang dan boleh dijadikan hiasan di atas meja rias.

ENCHANTEUR Eau De Toilette
boleh didapati pada harga runcit RM28.20
(termasuk 6% GST) bagi setiap botol 50ml. 


Losyen Enchanteur 
( boleh didapati dalam pelbagai saiz )
berharga dari RM5.40 hingga RM17.60

Deodoran Enchanteur
( hadir dalam pelbagai bentuk/ format- stik, bebola dan juga semburan )
berharga dari RM4.90 sehingga RM8.40 

Bedak Enchanteur
( didapati dalam saiz Besar dan Kecil )
berharga dari RM4.40 hingga RM11.80

Pelbagai produk wangian serta produk penjagaan diri Enchanteur boleh didapati di semua rangkaian pasar raya, pasar raya besar dan farmasi.


Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR, 

sila log masuk ke www.enchanteur.com.my atau 

lawati laman Facebook ENCHANTEUR 





------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Daftar--> Jawab Survey--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik YOUGOV dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

Shoping dan dapat Cashback balik? Bestnya.. jom daftar SHOPBACK Percuma sahaja. Lepas ni shopping apa-apa je dapat pulangan duit balik.. untung kan??

Shopping barang paling murah di website online! tak percaya? daftar SGSHOP dan start intai barang2 yang murah giler kat sini!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page



Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers