Haa .. begitulah serba sedikit tentang RichWorks yang telah banyak membantu ramai usahawan dalam perniagaan sehingga berjaya mencipta jenama sendiri dan berada di tingkat kejayaan yang usahawan itu sendiri mahukan... Tahniah Richworks!
Sesi Live 3-Hari Secara Langsung bersama Mentor Datuk Wira Dr Azizan Osman. Program Khas untuk anda usahawan dan bakal usahawan yang nak jadi the NEXT
Sebagai usahawan, yang memang telah terbiasa dengan dunia usahawan walaupun secara kecil-kecilan sehinggalah secara besar-besaran sehingga wujud cabang bisnes yang tidak disangka boleh menjadi punca pendapatan yang berpanjangan buat keluarganya, pastinya akan cuba mempertahankan periuk nasi mereka agar terus terisi walaupun ketika pandemik covid-19 sedang bermahaharajalela. Apa juga program atau seminar yang dapat memberi input bagi mengembangkan lagi bisnes yang ada sangatlah digalakkan kita sertai apatah lagi ia PERCUMA. Bukan senang kita nak join program sebegini yang PERCUMA ye..
Namun. dalam ramai yang tertarik dan berminat untuk menyertai program ini, seperti biasa.. pasti ada juga yang cakap-cakap negatif yang didengari. Mereka kurang percaya dengan perkataan PERCUMA yang tertera di setiap hebahan mengenai kempen Bangkit ini,,
Ada yang berkata "Mula2 free lepas termakan umpan dia sembelih la kau sambil loncat2 jerit amik semangat katanya"
"Waktu masuk dengar tu memang la percuma, selepas terkinja-kinja mereka cadangkan masuk program itu ini, bayarannya bukan kecik² anak. Jerung pun boleh meninggal..
Program usahawan. Nak bantu. Dia akan kaya, jika kita follow course seminar dia. Dia kaya atas keinginan kita ni yang nak berseminar motivasi. Dia pon leni blom berjaya lagi... andai kata kita masuk program dia, start la kaya dia. Kita?? Belum tentu lagi. Balik seminar lepas tu takde motivasi dah hahahaha..
Program FREE nak pancing orang ramai supaya masuk program berbayar Datuk Wira Dr Azizan Osman!!!
Haa.. pasti korang ada terbaca atau terdengar ayat-ayat begini kan? Itulah antara komen dapat dilihat apabila keluarnya berita pasal Datuk Wira nak buat satu program mega bagi membantu rakyat Malaysia terutama usahawan dalam masa pandemik. Tapi percayalah.. Program ini sangat berguna untuk semua usahawan dan ia sememangnya PERCUMA tanpa apa-apa bayaran. Korang just hadirkan diri secara online dan ikuti dari mula hingga tamat .. Pasti akan ada input yang korang dapat untuk lebih memajukan bisnes atau perniagaan korang..
Sedih pun ada, mungkin mereka tak pernah ikut program berkenaan. Kalau dah ikut pun, mungkin tak lakukan tindakan konsisten yang perlu untuk lihat hasilnya. Program-program percuma ini sebenarnya dah dibuat sejak tahun lalu lagi oleh Datuk Wira bersama RichWorks ketika PKP 1.0 lalu dan RichWorks dah bantu lebih 1 juta peserta dan usahawan sejak 2008 melalui Program Live Event dan Virtual Online
Menurut laporan, dalam waktu tempoh pandemik hingga kini saja sudah 800,000 lebih orang turut sertai dan sedikit sebanyak dapat manfaat daripada program itu. Sebelum itu, sudah lebih 700,000 orang telah mengikuti program RichWorks secara fizikal sejak 2008 - 2019 ( 11 tahun )
Ada saja testimoni yang dikongsikan sendiri oleh para peserta yang tunjukkan perubahan dan peningkatan selepas ikuti program-program percuma ini. Ada yang dalam masa beberapa hari sudah ada perubahan, ada yang cuba buat sesuatu yang dipelajari dan saksikan peningkatan masa ini.
Ya program-program FREE ini hanyalah sekadar 3 hari, ada yang 12 malam, ada yang bersiri-siri, memang tak cukup untuk nak tukar seorang usahawan dari kosong hingga berjaya capai jutaan ringgit dalam tempoh sebulan tapi RichWorks berjaya bantu Usahawan capai RM1 juta Pertama dalam tempoh 6-12 bulan. Tapi melalui ilmu, strategi dan Mentor yang ada results ini - bawa kesan dan perubahan dibuktikan sendiri peserta-peserta yang belajar & lakukan tindakan dengan ilmu yang tepat dari bimbingan Mentor secara konsisten mengikut tahap dan fasa Bisnes mereka
Lihat di Telegram Azizan Osman Official dan FB, anda dapat lihat sendiri setiap hari ada saja aktiviti untuk beri ilmu, panduan, perkongsian daripada usahawan-usahawan dan DWDAO sendiri. Difahamkan pada tahun lalu saja, daripada lebih 700 usahawan di bawah program Mentoring RichWorks dapat hasilkan jualan kumpulan sekitar RM2.2 bilion.
Perumpamaan mudah, seperti pergi di universiti dalam kelas dihadiri 50 orang pelajar. BELAJAR DENGAN CIKGU YANG SAMA, WAKTU YANG SAMA, ADAKAH SEMUA PELAJAR AKAN MENDAPAT KEPUTUSAN YANG SAMA??? Jawapan sudah tentu tidak, semua berbalik kepada diri sendiri sama ada teruskan usaha, melakukan perubahan dan tindakan berterusan. Apatah lagi jika kita ikut langkah-langkah daripada usahawan lain yang sudah pun berjaya.
DWDAO dan RichWorks sudah mula melatih dan membimbing usahawan sejak 2008. 13 tahun dalam industri. Sebelum tertubuhnya RichWorks, beliau mempunyai pengalaman meluas dalam marketing dan sales hingga mengetuai syarikatnya dengan client-client korporat besar, seperti TM-Streamyx, HSBC dan lain-lain.
Beliau sendiri selalu upgrade diri dan belajar dengan mentor antarabangsa serta melakukan kajian dan research apa yang relevan dengan bisnes sekarang. Difahamkan DWDAO telah pergi ke SILICON VALLEY pada 2017 - belajar bersama pakar-pakar di sana tentang digitalisasi, sekembalinya Datuk Wira Dr Azizan Osman terus berkongsikan tentang transformasi digitalisasi dan kepentingannya sebelum ada Covid-19 ini lagi.
Beliau punya passion nak lihat anak bangsa usahawan ini berjaya. Walaupun banyak orang skeptikal dan fikir negatif namun dia tetap lakukan apa yang boleh beliau lakukan dan sumbang. Mungkin ada kata, jika nak bantu bagi semuanya PERCUMA. Suka atau tidak, setiap penganjuran latihan dan prorgam bimbingan melibatkan kos, masa, tenaga dan team yang bantu mempersiapkan dan memastikan ia berjalan.
Tiada paksaan untuk sesiapa untuk ikuti program lain ianya pilihan mereka sendiri. Tepuk dada tanya selera.. peluang depan mata dah sedia ada, kalau tak rembat jugak, tak tahu lah nak kata.. Melalui program-program percuma pun boleh buatkan usahawan itu mendapatkan hasilnya jika dia bertindak, cari jalan dan terus konsisten.
Apatah lagi pada hujung bulan ini - Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 - Solusi Bisnes & Pemasaran Digital merupakan program terbaru yang dibuat khusus nak bantu usahawan untuk bangkit disebabkan pandemik Covid-19 masa ini.
Datuk Wira sebagai Mentor Usahawan tahu dan jelas apa yang usahawan perlu lakukan untuk dapat bukan saja bertahan malah BANGKIT dari krisis ini. Soal penting pemasaran digital bagi bisnes masa ini untuk usahawan dapat bergerak lebih pantas.
Jom sama2 kita ikuti dan nilai sendiri perkongsian dan ilmu PERCUMA yang akan beliau kongsikan pada hujung bulan ini.
Program ini diadakan oleh Richworks bertujuan bagi mendorong kebangkitan usahawan ketika tempoh sukar ini menerusi beberapa modul dan intipati berbeza termasuk menekankan kepada isu semasa dalam dunia perniagaan dalam suasana pandemik. Buatlah persediaan sekarang, hari ini untuk masa depan diri, keluarga malah negara kita,” jelasnya lagi.
Untuk usahawan-usahawan diluar sana, malah anggota masyarakat digalakkan hadir ke program Bangkit ini yang mana ilmu dan panduan penting dikongsikan oleh Dr Azizan sudah pun berjaya membantu ramai usahawan dengan lebih 700,000 orang telah dibimbing sejak bermula pandemik hingga kini.
“Ketika krisis ini, usahawan perlu tahu dan mengadaptasi norma baharu untuk mengikuti perubahan sikap yang berlaku disebabkan Covid-19 contohnya ramai orang mula membeli secara online, penggunaan platform e-dagang, bekerja dari rumah dan lain-lain,” jelasnya.
Semoga program selama tiga hari itu nanti dapat membantu usahawan atau bakal usahawan mendapat ilmu dalam memantapkan pengetahuan mereka dalam perniagaan.