Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

Memaparkan catatan dengan label TIPS KECANTIKAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TIPS KECANTIKAN. Papar semua catatan

19 Januari 2015

CARA KENALI WARNA DAN JENIS KULIT SENDIRI


Sharing Is Caring |
Baru siang tadi teman terbelek2 kulit wajah teman ni.. nak tahu sangat kulit teman ni ke arah tona kulit apa, Almaklumlah.. sejak skip guna pelindung UV ni, memang muka agak kelam suda.. huhuhu..
Opsss.. No.. No.. No.. Jangan ada yang set mind cenggini yeaa.. ehehehehe... Kena jaga penampilan, everywhere anda berada.. cewaahhh! jangan bior muka kusam, legam dan gelap!! 

So, kena cari produk untuk cerahkan kembali.. tapi lepas dah cerah, tak bermakna tak perlu jaga dah ye.. Sebaliknya kita harus menitikberatkan aspek penjagaan muka ketika keluar rumah.. 

DAN didalam rumah pun kena gak! (untuk suami..ehehehe) bukan nak suruh melawa melaram macam retis, bukan nak suruh tepek bedak macam bintang Opera tu.. dan bukan jugak nak suruh pakai Mascara tebal macam burung Kasawari tu yea! 

Tapi just cover up muka kita dengan krim pelindung UV yang bertindak sebagai penapis agar wajah kita tidak tercemar dan dihinggapi bintik hitam/jeragat.. 

Nak cover muka tu pulak.. kena cari krim yang sesuai.. haaa.. nak cari krim lak, bukan main hambik je tau.. kena gak sesuaikan dengan tona kulit kita.. teman sendiri tak tahu cara nak tengok tona kulit teman kaler apa sebenarnya. Tu yang saja godeh2 kat Google.. dan terjumpa artikel ni.. saja nak share dengan korang lak.. jom baca sama-sama...
Cara Kenali Warna Kulit &
Jenis Kulit Sendiri .
Tahukah anda, sebelum memilih jenis make up atau solekan yang anda yang mahu, anda harus mencari dan menilik jenis warna kulit anda supaya tidak tersilap memilih solekan yang mungkin membuat anda cantik bak bidadari atau sebaliknya.

Terdapat empat jenis warna kulit yang rata-rata dimiliki oleh wanita asia. Iaitu Sawo Matang, Kuning Langsat, Putih Gading dan Hitam Manis
Ciri-ciri:
Warm Undertones/Sawo Matang/Beige
Antara mereka yang tergolong di dalam golongan sawo matang memiliki jenis kulit yang agak gelap daripada Kuning Langsat dan Putih Gading. Warnanya manis sahaja. Selalu dimiliki oleh wanita asia. Contohnya adalah Nabila Huda.

Natural Undertones/Kuning Langsat/Coklat Terang
Mereka yang berwarna kuning langsat ini warna kulitnya agak putih tetapi lebih kepada kekuningan. Tone warna kulit ini berada di tengah tengah antara sawo matang dan putih. Contohnya Neelofa.

Cool Undertones/Putih Gading/Ivory
Bagi anda yang ingin mengenal pasti jika anda tergolong dalam ciri kulit ini adalah memiliki warna kulit yang cerah, atau putih. Contohnya adalah Emma Maembong

Hitam Manis/Gelap
Barisan warna kulit yang dimiliki oleh masyarakat etnik Asia yang sikit bilangannya adalah Hitam Manis atau Gelap. Contoh kulit adalah Kajol

Harap dengan perkongsian ini dapat membantu anda mengenali jenis warna kulit yang anda miliki. Dengan ini, lebih senang untuk anda memilih warna dan jenis make up yang bersesuaian.

Seterusnya pula adalah merupakan jenis-jenis kulit yang perlu diketahui :
1-Kulit Normal
2-Kulit Kombinasi
3-Kulit Kering
4-Kulit Berminyak

KULIT NORMAL
Kulit jenis biasa ( normal ) adalah kurniaan tuhan iaitu kulit kelihatan halus dan bersih - seperti kulit bayi.

KULIT KOMBINASI
Kulit jenis ini adalah licin, lembut dan lembab apabila disentuh. Kadang kala kulit jenis ini lebih kepada kering atau berminyak. Keadaan pori pori adalah sekata dan halus. Warna kulit nampak sihat dan berseri. Penjagaan kulit sebegini harus diamalkan supaya selalu kelihatan bersih dan gebu. Kadang kala kulit sebegini akan bertukar, bergantung pada penjagaan, jenis produk yang digunakan , keadaan persekitaran dan hormon.

Masalah masalah biasa yang mungkin dihadapi :
Kelenjar minyak yang tidak sekata
Muka kering
Jeragat (pigmentasi)
Whitehead ( Milia Seed )

KULIT KERING
Kulit jenis ini biasanya kurang berminyak / lembab atau kedua duanya sekali. Keadaan ini disebabkan oleh kelenjar minyak yang kurang aktif atau terdedah pada penghawa dingin (air–conditoner ), pembersih muka yang beralkali tinggi ( sabun mandi yang buih berlebihan ), kurang minum air dan ubat - ubatan ( medications – Roaccutane ).

Masalah masalah yang biasa dihadapi adalah:
Kedut / garis garis halus
Bintik bintik hitam (freckles)
Whitehead ( Milia Seed )
Hitam di sekeliling mata
Jeragat (pigmentasi)
Keseluruhan muka kering dan kusam

KULIT BERMINYAK
Kulit jenis ini biasanya kelihatan tebal dengan pori pori terbuka. Ia kemungkinan bermasalah ( jerawat - akibat penyumbatan pada pori pori) kerana kelenjar minyak terlalu aktif menghasilkan minyak yang berlebihan pada permukaan kulit. Disampig itu, faktor hormon ( remaja ), cuaca yang panas dan makanan yang berlemak tinggi juga boleh menyebabkan kulit berminyak. Kebaikan kulit sebegini adalah ia melambatkan proses penuaan.

Masalah masalah yang biasa di hadapi adalah seperti berikut:
Blackhead
Jerawat
Pori pori terbuka
Parut
Keseluruhan muka berminyak

KULIT BERMASALAH
Kulit bermasalah mempunyai ciri yang sama seperti kulit berminyak iaitukelenjar minyak terlalu aktif. Faktor hormon ( remaja ) merupakan salah satupunca minyak berlebihan. Jerawat terjadi apabila pori pori yangmengeluarkan minyak berlebihan akan merangsang pembiakan bakteria. Inilah yang menyebabkan jerawat (acne) timbul. Oleh itu, pembersihanyang sempurna amat digalakan. Hormon yang tidak seimbang ketika berlakunya pengaliran haid menyebabkan pertumbuhan jerawat pada bahagian mulut, dagu dan dahi – ini hanya sementara waktu.

Masalah masalah yang biasa adalah seperti berikut:
Blackhead
Jerawat
Jerawat batu
Pori-pori terbuka
Kulit Sensitif

Jenis kulit ini sangat peka terhadap rangsangan faktor luar. Misalnya perubahan cuaca,ia boleh mengakibatkan kulitnya pecah-pecah, memerah dan pedih. Kesalahan penggunaan kosmetik akan mempengaruhi kulit tersebut. Perhatikan betul-betul kegiatan harian kita , terutama apa yang kita makan, jenis produk ,skin care yang kita guna dan keadaan persekitaran,tempat kita selalu lepak,kerja dalam aircond, panas terik atau banyak lagi faktor persekitaran.

Anda boleh lihat bila keadaan sensitif itu terjadi?
Guna produk muka jenama baru
Makan sesuatu jenis makanan
Terdedah dengan perfume, pewarna rambut,atau apa2 bahan kimia
Masa mandi dan minum air berklorin
Terkena sabun cuci baju
Berada di tempat atau bangunan tertentu
Sedang stress
Simptom semasa kulit sensitif
Kulit menjadi merah
Kulit menjadi pedih
Kulit mengelupas
Kulit rasa terbakar
Tompok-tompok hitam
Naik ruam /jerawat
Semua diatas
Sumber : Google

17 Julai 2014

PRODUK RANGKAIAN R SERIES | WANGIAN TAHAN LAMA!


Eau de Parfum
78148      30ml

A sensually romantic fragrance that recaptures the sweet moments and exquisite joys of true love found. Its smooth, alluring blend of velvety woods, extravagant floral and seductive musk evokes the indescribable feeling of love that's essentially romantic. Embrace the passion and magical moment of Everlasting Romance. Comes in an all-new, elegant perfume bottle that resembles the pure feminity of a sensual woman.

Cream Perfume
78147      10g

Indulge in the sweet, seductive scent of everlasting romance that's delicately blended into a luxurious cream base. Leaves skin exquisitely perfumed all day long. Free of alcohol. Comes in a charming, petite case that can be easily slipped into handbag for convenient fragrant touch-ups anywhere you go. Won't spill or stain.

Deodorant
78116      50g
An alcohol-free deodorant that keeps body softly scented for hours. Contains natural deodorizing properties that provide lasting protection against body odour.

Body Spray
78114      75ml
A luxuriously fragrant, deodorising body spray that awakens the feminine senses and keeps body beautifully scented for refined confidence all day long.

Body Powder
78115      100g
An irresistibly soft and velvety body powder that helps body stay comfortably fresh and dry for day long confidence. Leaves skin silky to the touch.

Shower Gel
78120      250ml
A sensuous shower gel that cleanses and refreshes in soft lather, leaving skin soft and silky with a trail of seductive scent after every wash.
Hand & Body Lotion
78117      200ml
A lightweight, non-greasy lotion that absorbs easily onto skin. It contains a unique blend of natural emollients and conditioners that provides lasting hydration for supple skin.



Nak Order? PM Tengkubutang Miaw

Mata Cantik Dengan Flexiliner | L'élan Vital For Eyes

Alhamdulillah.. setelah beberapa kali asyik tukar eyeliner, dan asyik dapat yang comot dan bersememeh.. akhirnya jumpa balik Eyeliner yang teman suka pakai selama ni.. memang puas hati sangat.. mata cantik, tak comot.. nak lukis pun senang aje.. 

Berusnya yang lebar membuatkan garisan beralun cantik je atas kelopak mata.. heeee.. teman berani share sebab memang dah terbukti cantik bila dipakai.. serius kome.. mata tak comot dan kaler dia brilliant! dengan berus ala-ala kaligrafi nih, memang menjimatkan masa kita tau nak bermakeup tang mata ni.. 

Dan... jangan tak percaya, ia boleh tahan berbulan2 tauu.. tapi pastikan peenutupnya sentiasa tertutup tau.. jangan buka lak.. abes lea ink dia.. macam magic kaler gak le kan.. kalau dah terbuka kena udara.. keringlah ink dia.. so, kena pandai jaga lah ye! barang kita..

This water-based, carbon black eyeliner highlights your eyes quickly and easily with the best of flexibility and accuracy!

Its unique calligraphic brush offers ultimate control with a perfect balance of firmness and softness for super-smooth, mistake-proof lining. Releases just the right amount of colour consistently on the tip for even application with each stroke.

Nak Order? boleh PM Tengkubutang Miaw di Facebook.. 

19 Mei 2014

Solekan Bagi Kulit Kering

Mempunyai kulit kering membuatkan wanita tidak yakin untuk berdepan dengan seseorang. Kadang-kala golongan yang memiliki kuit wajah kering akan sibuk mencari produk yang mampu melembapkan wajah mereka, sehingga sanggup menghabiskan duit untuk mendapatkan kulit yang sihat.

Punca utama yang menyebabkan kulit wajah menjadi kering adalah sering terdedah dengan cahaya matahari dan kurang pengambilan air putih. Ada juga diantara kita yang mengamalkan cara pemakanan yang salah, dan sekali gus mengurangkan vitamin E yang menyebabkan kulit wajah kering. Ini juga mengakibatkan sesetengah wanita jadi takut untuk terus menggunakan alat solek.

mari kita berkongsikan beberapa panduan untuk mengatasi masalah yang dihadapi ketika bersolek.

Pastikan cara bersolek dengan cara yang lebih berhati-hati. Elakkan membersihkan wajah tanpa menanggalkan solekan terlebih dahulu. 

Gunakan tisu penanggal kotoran mahupun pembersih khas untuk membuang solekan yang ada.Kemudian, cucikan wajah dengan menggunakan pembersih muka.

Bersihkan solekan mata dengan teliti. Jika tidak ia boleh mengakibatkan masalah lingkaran gelap bawah mata.

Pilih skrub tanpa biji. Menggunakan skrub berbiji akan menggalakkan pengelupasan dan merangsang rasa sakit.

Pilih produk yang melindungi kulit daripada sinar UVB dan UVA.

Gunakan pelembap setiap malam dan serum dua kali seminggu.

Sebaik-baiknya, ambillah suplemen yang sesuai untuk mengatasi masalah ini. 

05 September 2013

GLOWSHAPE

-- IKLAN --
(untuk info teman sendiri kot satu hari berminat nak cari ni.. kikikiki..)
GLOWSHAPE
Only 14 day for you to see the improvement result!

 GLOWSHAPE kini di SPA -SPA TERKEMUKA !! Losyen Kecantikkan anda yang bertindak sebagai rawatan yang boleh digunakan untuk Urutan Seluruh Badan. Kulit turut terawat lebih sihat dan muda - Mengurangkan Selulit - Membakar lemak, Membentuk Wajah, Merawat Jerawat dan Melangsingkan badan. Sesuai juga untuk Kembung Perut dan Sakit Belakang. Sesuai untuk wanita lepas bersalin dan kegunaan Seisi keluarga. GLOWSHAPE memang berbaloi !!

# Turut digunakan di SPA-SPA terkemuka !!

# Dapatkan RAWATAN anda hari ini di dalam 1 botol.

G L O W S H A P E pelbagai fungsi, 14 hari untuk :
Memberi berat ideal | Melangsing | Menganjal | Membentuk muka dan badan | Kulit lebih Cerah Gebu | Perlindungan UV SPF25 | Merawat & Memulihkan Kulit.
untuk kulit berjerawat bole takkk?? hehehehehehe... 
Mengandungi Pure Cells, Kolagen dan haruman yang menyegarkan yang tahan lama dari Perancis. 100% Berkesan, 100% Tanpa Kesan Sampingan. 100% Lulus KKM (NOT130600326K)

he2.. actually teman terpaut gak dengan produk ni bila tengok blogger AJ semakin lawo sekarang ni bila dia dah mencuba Glowshape ni.. he2.. tengoklea iklan atas ni.. haaa.. banyak kegunaannya lak tu.. boleh tahannn.. all in one.. he2.. Oh ya.. kalau korang pun berminat, boleh lea contact blogger AJ
atau inbox/whatsapp terus owner dia kot.. kat no bawah ni..
Order/pertanyaan
Inbox/whatssup/sms 0123436762

23 Ogos 2013

TEGANGKAN KULIT DENGAN LOBAK MERAH

Tegangkan kulit dengan lobak merah
Wanita seringkali dikaitkan dengan dunia kecantikan. Disebabkan itu kebanyakan wanita pertengahan usia, pastinya bimbang dengan kehadiran kedut di wajah. Bagaimanapun kita boleh jea melewatkan penuaan dengan ikuti petua ini. insyaAllah berkat kerajinan n disiplin kita dapatlea hasil dari usaha kita tu kan..he2.. jom tengok petuanya acane.. kot lea korang ada bahan2 ni kat umah korang.. bole lea terus buat yea.. 

Parut sebatang lobak merah dan satukan dengan sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur.
Gaul hingga sebati lalu sapukan pada keseluruhan wajah serta leher sebagai masker. Biarkan sehingga kering selama 20 minit. Kemudian bilas dengan air suam. Haaa.. tadaaa... klu selalu amalkan denagn disiplinn kerajinan yang tinggi.. pasti ada orang yang akan cakap camni nanti.. 
Antara kebaikan lobak merah :-

Mengatasi keletihan.
Baik untuk gigi.
Menjaga sistem saraf.
Mencerahkan mata.
Mencegah jangkitan kuman dan bakteria.
Mencerdaskan akal.
Boleh mencegah serangan barah.

22 Ogos 2013

Cara Guna Krim Pelindung Matahari (Sunscreen)

Cara Guna Krim Pelindung Matahari
Krim pelindung cahaya matahari atau lebih dikenali sebagai sunscreen sangat baik untuk penjagaan kulit daripada pancaran matahari. Salah satu kebaikan pelindung cahaya matahari ialah melindungi kulit daripada pengaruh negatif terik matahari seperti radiasi lembayung ultra ungu (UV) yang boleh menimbulkan masalah kulit. 

Tahukah anda cara yang tepat dapat memberi kesan terhadap pemakaian krim pelindung cahaya matahari? Adakah ia harus dimulai dengan pelembap, krim rawatan wajah, diikuti krim pelindung cahaya matahari atau sebaliknya?

Perkara ini sering membingungkan para wanita. Sebaiknya krim pelindung cahaya matahari menjadi sapuan pertama sebelum diikuti pelembap, krim asas dan solekan. Namun jika sedang melakukan perawatan wajah dan wajib menyapu ubat pada wajah, maka ubatan itu perlu disapukan sebagai lapisan pertama diikuti krim pelindung cahaya matahari.

Ada juga yang tidak selesa untuk mengenakan krim pelindung cahaya matahari apabila melakukan aktiviti lasak, berpeluh atau yang menyebabkan kekotoran. Lantas mereka tidak mengenakannya kerana beranggapan kotoran tubuh yang bercampur dengan krim pelindung cahaya matahari boleh membuat kulit iritasi.

Bagaimanapun krim yang disapukan ke kulit secara langsung akan diserap kulit melalui pori-pori. Lama-kelamaan, seiring dengan aktiviti yang dilakukan, krim pelindung cahaya matahari akan hilang.

Oleh itu jika kulit tidak dibersihkan ketika proses pengaplikasian ulangan, ia tidak memberi masalah. Bukan bererti kotoran pada kulit akan terkumpul di dasar kulit kerana krim pelindung cahaya matahari akan diserap pada kulit, bukan sekadar melapisi kulit. Namun jika anda tetap tidak yakin, anda boleh membersihkan tubuh yang kotor dengan tisu basah sebelum menyapukan krim pelindung cahaya matahari kembali.

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers