Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

Memaparkan catatan dengan label Usahawan jutawan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Usahawan jutawan. Papar semua catatan

18 Januari 2022

Cabaran dan Dugaan 2021 : RichWorks Komited Bantu 605,000 Bangsa Usahawan Bangkit Semula

RichWorks

Cabaran dan Dugaan 2021 : RichWorks Komited Bantu 605,000 Bangsa Usahawan Bangkit Semula


Tahun 2021 yang diharungi sebelum ini menyaksikan pelbagai kisah dengan cabaran pandemik dan ditutup bersama musibah banjir pada akhir Disember lalu.

Pastinya peristiwa yang berlaku pada penghujung tahun 2021 sangat meninggalkan kenangan yang pahit buat mereka yang terlibat dimana ketika itu kita dikejutkan dengan musibah banjir besar yang melanda beberapa negeri. Saudara-saudara kita di Selangor, Pahang dan beberapa tempat lagi diuji oleh Allah SWT dengan banjir yang di luar jangka.

Ketika berlakunya musibah banjir besar tersebut, kita dapat menyaksikan betapa sukar, perit dan jerihnya kehidupan saudara-saudara kita di sana. Namun berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kita hanya melihat apa yang terjadi dan hanya dapat membantu apa yang termampu, walaupun mereka semua menyedari dan redha dengan ujian Allah yang begitu dahsyat, kita tidak tahu kesusahan mereka dan situasi sebenar mereka, kerana kita tidak berada ditempat mereka. Ya Allah kurniakanlah sebaik-baik ganjaran kepada saudara-saudara kami yang diuji ini dan berikanlah sebaik-baik gantian untuk mereka.

Namun apa yang membuatkan kita rasa bangga ialah, rakyat Malaysia tidak kira kaum, sanggup datang dari jauh turut sama membantu mereka yang dalam kesusahan akibat banjir, dan tidak terkecuali juga pihak Richwork turut turun padang membantu mangsa banjir tersebut. 

RichWorks Komited Bantu 605,000 Bangsa Usahawan Bangkit Semula

Pada 18 Disember tahun lalu ketika banjir besar berlaku, usahawan dan RichWorks sendiri telah mengumpul dana berjumlah RM500,000  dalam masa 24 jam untuk disumbangkan (sumbangan kilat ) kepada mangsa banjir di Selangor . Semoga dengan sumbangan ini dapat kiranya sama-sama membantu meringankan bebanan saudara-saudara kita di sana. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Semoga semangat ini akan berterusan dalam kita memperkukuhkan persaudaraan kita.


richwork

Pejabat RichWorks dan rumah staf sendiri dinaiki air

RichWorks Komited Bantu 605,000 Bangsa Usahawan Bangkit Semula

Belasan kenderaan mereka tenggelam.

Sehingga ke hari ini, RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) terus menyediakan khidmat nasihat kepada mangsa banjir terutama mereka yang juga berstatus usahawan yang turut terjejas dengan bencana itu di beberapa negeri baru-baru ini.

RichWorks Komited Bantu 605,000 Bangsa Usahawan Bangkit Semula

Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. berkata, bencana itu pastinya menjejaskan kehidupan mangsa di samping menambahkan lagi kesusahan mereka akibat pandemik Covid-19.

“Apa RichWorks dapat lakukan ketika ini adalah meneruskan khidmat nasihat dari segi bisnes, bagaimana mereka dapat bangkit kembali daripada cabaran ini di samping program percuma yang akan diadakan dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Pesanan untuk mereka yang berdepan cabaran itu juga dinasihatkan tidak terlalu fokus kepada masalah, sebaliknya usaha cari jalan untuk terus maju ke depan.

RichWorks juga akan membantu usahawan melalui ‘Siri Klinik Usahawan Bina Bisnes Berjaya, Branding & Marketing Power 2022’ secara virtual dan percuma kecuali mereka memilih untuk hadir di lokasi akan diumumkan kelak pada 4 hingga 6 Mac nanti.


richwork


Pastinya ada yang tahu bahawa Pengasas RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Datuk Wira Dr Azizan Osman bersama 31 ahli keluarganya pernah dijangkiti COVID-19.

Ibu mertua Dr Azizan meninggal dunia dan beliau sendiri hampir maut selepas doktor mengatakan sudah tidak ada harapan jika tiada perubahan positif selepas dimasukkan mesin bantuan pernafasan.


RichWorks Komited Bantu 605,000 Bangsa Usahawan Bangkit Semula


Alhamdulillah, keadaan beliau semakin baik dan bagi Dr Azizan, peluang kedua diberikan Allah SWT akan digunakan sebaiknya untuk memberikan lebih lagi kepada bangsa usahawan terutama dalam bimbingannya.

program percuma dr azizan osman


Tak berapa lama selepas beliau keluar dari hospital dan sedang proses pemulihan, Dr Azizan komited menjalankan program percuma yang dihadiri ribuan orang.

Richworks mahu terus membantu orang ramai melalui program2 percuma mereka demi untuk buka jalan dan tingkatkan ilmu rakyat Malaysia supaya berjaya membina masa depan sebagai usahawan

Richworks juga mahu membimbing anak didik mereka untuk mengharungi 2021 hingga capai kejayaan


Sebanyak 7 program percuma bersamaan 98 jam masa yang beliau berikan bagi memberikan tunjuk ajar dan kekuatan kepada orang ramai dalam soal keusahawanan.

Secara keseluruhan pada tahun lalu, RichWorks dapat membantu hampir 605,000 orang melalui 13 program keusahawanan yang ditaja sepenuhnya RichWorks pada tahun lalu.


yb rina ngok ngek

Malah salah satu program Reachworks iaitu Wanita Bangkit Berniaga (WBB) juga mendapat pengiktirafan kerajaan bila disebut dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

RichWorks faham keadaan dihadapi orang ramai - kesusahan ekoran pandemik dan banjir.


Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. memberitahu, pihaknya tak ketinggalan dalam menyumbang kembali kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell).

"Kempen #RichWellBantu yang digerakkan Dr. Azizan bermula Julai tahun lalu, berjaya mengumpulkan RM501,497 untuk bantu lebih 2,000 keluarga.

Menurut Radz, RichWorks bersama ahli Titanium & Spire turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM824,160 dalam ibadah korban kali ini.

Selain itu, ahli Titanium dan anak didik RichWorks juga menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena Maulidur Rasul.

Dalam pada itu, syarikat bimbingan dan latihan pembangunan usahawan paling berjaya di negara ini tetap meneruskan misi dalam membangun dan mengembangkan usahawan ke tahap lebih tinggi.

Alhamdulillah pada tahun lalu, jumlah keseluruhan peserta mentoring RichWorks iaitu Titanium, Spire dan EliteX berjumlah 1,855 orang dengan jualan terkumpul RM3.7 bilion.

Bagi ahli Titanium saja, sebanyak 312 usahawan berjaya hasilkan RM3.2 bilion, RM495 juta (519 ahli Spire) dan RM46.9 juta (1,024 ahli EliteX).


RichWorks Komited Bantu 605,000 Bangsa Usahawan Bangkit Semula


RichWorks Komited Bantu 605,000 Bangsa Usahawan Bangkit Semula


RichWorks Komited Bantu 605,000 Bangsa Usahawan Bangkit Semula



Melalui program bimbingan Spire kami yang menyediakan usahawan capai jualan RM1 juta pertama setahun, sebanyak 72 usahawan berjaya mencapainya.

Sokongan RichWorks bukan omong kosong. Buktinya, Richworks telah melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk 13 program percuma, business bootcamp, RichWell etc


Bukan itu saja, 77 bisnes di bawah bimbingan RichWorks mencapai jualan lebih RM10 juta, lima bisnes (RM50 juta ke atas) dan lima bisnes (RM100 juta ke atas) pada 2021.

Syukur atas kejayaan dan ujian dihadapi 2021 lalu, itulah sedikit sebanyak perjalanan RichWorks yang kami usahakan dan akan dipergiatkan lagi tahun baru ini, insyaAllah.

Moga usaha RichWorks untuk membantu lebih ramai bangsa usahawan dan misinya akan dipermudahkan dan diberkati oleh Allah SWT.


Perjalanan RichWorks 2021


Mari ikuti kisah perjalanan Richworks melalui video Youtube dibawah ini :


Kisah Journey Richworks di Tahun 2021


TENTANG RICHWORKS

Bagi yang belum mengenali Richworks dengan lebih dekat, mari TB kongsikan serba sedikit tentang mereka yang telah banyak menyumbang kejayaan buat usahawan-usahawan kita di Malaysia dan luar negara. 

Richworks ialah Syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar dan paling berjaya di Malaysia khususnya dari segi penjenamaan & pemasaran serta kepimpinan.

Sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online).

Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan.

Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.

 RichWorks Komited Bantu 605,000 Bangsa Usahawan Bangkit Semula

Semoga Datuk Wira Dr Azizan Osman akan akan terus kekal dan istiqomah dalam membimbing dan membantu golongan peniaga kecil sederhana dan usahawan di Malaysia dalam memastikan kejayaan bisnes yang mereka ceburi. 

Untuk maklumat lanjut, hubungi pasukan RichWorks 
di talian 019-2442244 atau layari binabisnesberjaya.com.


Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers