Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

Memaparkan catatan dengan label baby sling. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label baby sling. Papar semua catatan

12 Oktober 2020

Syoknya Baby Duduk Dalam Baby Ring Sling Mamaway

baby sling mamaway

Syoknya Baby Duduk Dalam Baby Ring Sling Mamaway 


Haa.. hari ni TB nak kongsikan cerita tentang satu produk yang bagus untuk parent.. bukan untuk ibu sahaja yea.. untuk bapa pun boleh guna jugak  sebab ianya sangat praktikal dan mudah sangat digunakan. 

Produk yang TB nak share ni ialah baby Sling dari Mamaway. Haa.. bagi yang belum mengenali Mamaway tu, kalau korang nak tahu Mamaway ni adalah company yang menjual barisan  produk untuk pakaian bersalin dan penyusuan global yang menawarkan pakaian dan alat yang bergaya, inovatif, selesa dan boleh digunakan sebelum, semasa dan selepas hamil.

Pastinya menjadi ibu bapa adalah pengalaman yang menggembirakan dan tidak ada yang lebih menggembirakan daripada menghabiskan masa-masa berharga bersama bayi tersayang. Baby Sling menjadikan pelukan dan pemakaian bayi mudah dan praktikal. Bayi dapat menikmati kehangatan pelukan kita apabila kain melilit dirinya bersama kita seolah-olah berada dalam pelukan ibu setiap masa, sementara ibu boleh teruskan rutin hariannya seperti sediakala tanpa ada batasan.. Tanpa ada masalah.. 

Kajian menunjukkan bahawa peningkatan ikatan anak ibu dan dapat mengurangkan kemungkinan kemurungan pasca kelahiran /  postpartum depression  . Baby Sling membantu memelihara ikatan anak dan ibu. Oleh itu, untuk semua ibu dan ayah yang bersemangat di luar sana, mendapatkan baby sling adalah satu pilihan yang bijak!

Dari apa yang TB pernah baca sebelum ini, kalau kita Ingin mencipta lebih banyak bonding time dengan bayi kita dan ingin membesarkan anak-anak agar memiliki kepercayaan dan rasa aman, Baby Ring Sling adalah satu alternatif yang kita boleh guna untuk merealisasikan tujuan itu.. Kita juga dapat pelajari lebih tentang isyarat bayi kita apabila  kita dan bayi selalu dekat.. =)

Gaya kasih sayang anak-anak didasarkan pada interaksi mereka dengan ibu bapa. Sekiranya ibu bapa menunjukkan bahawa mereka responsif terhadap keperluan bayi, bayi cenderung mengembangkan gaya ikatan yang selamat.
 
baby sling mamaway


Pengalaman Inaara Bersama baby Sling dari Mamaway

Baru nak up story tentang Baby Sling dari @mamawaymy ni.. Sukanyaa TB tengok design dia. Sesuai sangat kalau nak match dengan mana-mana baju TB.. Material kain yang digunakan sejuk dan selesa.. Boleh dikatakan TB "ter" sebut "WOW" time unboxing hari tu.. Hehe..

TB mencari masa untuk guna baby sling ni, tapi apakan daya, dekat tempat TB sekarang Covic-19 menunjukkan pertambahan kes jangkitan yang tinggi dan membimbangkan sehingga kembali ke status PKPD, so tak dapat nak keluar ke mana-mana lagi..

TB dah tak sabar dan teruja nak bawa inaara dalam Mamaway Baby Ring Sling ni tau.. dan akhirnya tiba juga hari yang paling sesuai..

Minggu lepas TB bawa inaara checkup ke klinik untuk checkup 6 bulan.. Senang sungguh guna baby sling ni tau.. Inaara elok je duduk diam dalam tu.. happy je dia.. nak pulak pagi tu sejuk, dapat melekap di badan mamanya satu kepuasan la bagi dia.. Almaklumlah.. dirumah mama nya tak biasakan dukung.. so jarang sangat nak melekap.. Tapi yang sebenarnya elok kalau anak tu rapat dengan ibunya.. lebih-lebih lagi time anak baru lahir hingga ke usia 3 bulan.. yang TB baru tahu .. ia dinamakan 4th Trimester .

4th Trimester

TB tertarik dengan gambar dibawah dengan keterangan dia.. selama ni TB tahu tentang 3rd Trimester je tau.. lepas tu kita tunggu waktu untuk bersalin je dah.. Rupa-rupanya ada 4th trimester ye.. hehehe.. jom baca.. 


Adakah korang pernah mendengar mengenai "trimester keempat"? Trimester keempat bayi kita bermula dari saat dia dilahirkan dan berlangsung sehingga dia berusia tiga bulan.

Istilah ini digunakan untuk menggambarkan masa perubahan dan perkembangan besar pada bayi baru lahir kita, ketika dia menyesuaikan diri dengan dunia barunya di luar rahim ibu.

Dengan memberi kasih sayang dan rasa cinta serta sokongan kepadanya dalam tiga bulan pertama, kita telah  membantu mempermudahkan peralihan ini.

Menggunakan baby sling membantu meniru pergerakan lembut dan pelukan yang selesa yang dialami oleh bayi di rahim ibu. Sekiranya bayi meragam, dukung dan dekatkan ke dada ibu agar dapat menenangkannya, ketika itu bayi dapat mendengar degup jantung ibu. 




Bagaimana untuk membantu bayi kita menyesuaikan diri dengan kehidupan di luar rahim? ⠀

1. Memakai  baby sling ⠀
2. Bedung Bayi / Membalut Tubuh Bayi (Swaddle) ⠀
3. Memberi Makan mengikut permintaan ⠀
4. Buat lebih banyak hubungan skin to skin (memeluk, mencium dan memandikan dan gomol! =) ⠀
✔️ Petua 1 & 2 membantu mewujudkan persekitaran seperti rahim, menjadikan bayi berasa selamat. 
✔️ Mendukung bayi menggunakan Baby Sling memberikan irama yang sama ketika dia masih dalam kandungan. ⠀
✔️ Sentiasa memenuhi keperluan asas bayi yang baru lahir, beri makan ketika bayi lapar. Cari tanda-tanda awal kelaparan seperti memusingkan kepala, menjilat mulut, dan lain-lain sebelum mereka mula menangis (tanda kelaparan yang lewat). ⠀

✔️ Skin to skin semulajadi berlaku semasa ibu menyusukan bayi yang baru lahir



Kelebihan Menggunakan baby sling

  1. Mereka mempunyai hubungan yang lebih baik dengan rakan sebaya, adik beradik, dan lain-lain.
  2. Mereka boleh meminta pertolongan apabila diperlukan.
  3. Mereka mempercayai orang lain.
  4. Mereka mempunyai pemikiran yang lebih positif.
  5. Semasa menggunakan Baby Sling, ibu dan bayi mereka bersentuhan dengan kulit ke kulit. Bayi akan berasa selamat semasa detik-detik intim semasa dia mendengar degupan jantung ibu. So, Baby kurang menangis, dia boleh dengar 'dup dap dup' ibunya macam dalam perut.
  6. Ibu juga dapat memperhatikan dan memenuhi keperluan fizikal dan emosi bayi secepat mungkin. Inilah juga masa yang paling tepat untuk Bonding antara ibu/bapa dan anak.
  7. Bayi berasa lebih selamat apabila keperluannya difahami ibu. Seiring berjalannya waktu, bayi akan menyedari bahawa ibu dapat "menangkap" isyarat bayi mereka dengan lebih cepat dan tepat dan bayi akan mengembangkan "kepercayaan" kepada ibu dan dunia yang lebih luas.
  8. Pada masa akan datang, anak akan cenderung membesar menjadi orang yang stabil secara emosi, dan menjalin hubungan positif dengan orang lain.
  9. Ada juga yang kata senang nak susukan bayi (bagi yang breastfeed)
  10. Anak tak hilang-sebab melekat kat kita (kadang kita sibuk cari barang kat rak supermarket sampai tertinggal anak kat stroller)
  11. Boleh diaplikasikan ketika nak solat.
  12. Senang nak lalu tempat sempit sambil dukung anak contohnya macam kat pasar.

Haaa.. kita tengok pulak kelebihan yang sama apabila menggunakan Baby Sling dari Mamaway, Selepas TB cuba pakai semasa bawa Inaara ke klinik tempohari.. Memang TB rasa banyak kemudahan buat  TB disitu. Jom tengok apa kelebihannya.. 


baby sling mamaway


Kelebihan Menggunakan Baby Sling Mamaway

1. Baby kurang menangis
Baby bila duduk dalam Baby Sling terasa sepert berada di rahim ibu. Dia berasa selamat & tenang sambil mendengar degupan jantung ibu. Tidak peduli seberapa bising di sekitarnya, dia masih dapat tidur nyenyak. Baby Sling Ring dari @mawayaway sangat berkualiti, kain yang kuat kerana dapat memegang & menampung bayi dengan baik & sempurna, serta akan mewujudkan PERFECT BONDING TIME ❤

2. Baby menjadi lebih bijak
Penerokaan bayi yang dikendong dalam baby ring sling lebih luas berbanding yang duduk dalam stroller sebab dia boleh nampak semuanya dan belajar pelbagai dengan melihat objek-objek sekeliling dan imej  yang berada depan mata dia.. hehe


3. Membentuk emosi menjadi baby yang lebih baik
Apabila berada didalam dakapan si ibu, sudah semestinya bayi akan sentiasa merasa lebih selamat dimana emosi mereka juga akan lebih tenteram lebih-lebih lagi boleh mendengar degup jantung ibu. Sebab itu ramai ibu-ibu mengatakan baby carrier paling bagus adalah jenis sling dan wrap.


4. Ideal untuk menyusukan baby dan berfungsi sebagai nursing cover
Terdapat banyak cara untuk mengoptimakan penggunaan Baby sling ni, salah satunya ia boleh dijadikan nursing cover apabila ingin menyusukan bayi di tempat awam... paling best, kain yang lembut dan sejuk ini juga boleh dijadikan selimut / blanket bayi ketika tidur atau ketika cuaca sejuk..

5. Mengurangkan kesakitan dan selamat untuk pinggul bayi
Penggunaan Ring Sling Baby dapat mengelakkan ibu dari mendapat sakit belakang apabila mendukung bayi terlalu lama, dan selain itu juga penggunaan baby sling dapat melindungi pinggul bayi yang masih lembut. Haa. sebab itu Mamaway Baby Sling telah mendapat kelulusan dari International Hip Dysplasia Institute (IHDI) sebagai “hip-healthy” product.

hip healthy


Ha.. banyak kan kelebihan menggunakan baby sling ni.. zaman dulu-dulu TB tengok jugak ada orang guna kain batik dukung anak.. anaknya elok diam je dalam tu.. sekarang bila dah guna seakan kain batiuk tu juga caranya, baru TB tahu macam mana syoknya baby duduk dalam tu sampai boleh tidur lagi kan.. 

hehe.. TB sukakan Baby Sling dari mamaway ni sebab terdapat banyak pilihan corak yang cantik-cantik yang pasti membuat ibu-ibu / parent rambang mata untuk memilihnya.. selain tu TB sangat suka kerana material kain yang digunakan sangat kuat, sejuk dan selesa untuk bayi, ia juga menyerap peluh.. so, tak la baby tu panas bila duduk dalam tu kan.. 

Yang pasti design dicipta mempunyai ciri yang lebih selamat.. sebab menggunakan material kain yang kuat.. Dan yess.. ring sling yang kuat juga salah satu sebab TB suka dan rasa selamat menggunakan Baby Sling ni.. 


CIRI-CIRI SELAMAT YANG ADA PADA  
BABY SLING DARI MAMAWAY


1. Ujian SGS dengan nombor report: SGS-TW1186350 membuktikan yang kekuatan "Ring" mampu menahan beban sehingga 50 kg kerana "Ring" diperbuat dari 100% Nylon 6.6 bahan yang digunakan pada payung terjun / Parachute yang lebih selamat .


2. Fabrik Premium combed cotton bernafas dan menyerap dimana ia lembut dan selamat pada kulit



3. Diluluskan oleh International Hip Dysplasia Institute (IHDI) sebagai produk (Hip-Healthy) sihat pinggul



4. Easy to pack & carry. Reka bentuk poket simpanan tersembunyi mudah alih dan senang dibungkus.



Tenang dan tidur lena dalam dan ibunya boleh 'HandFree'.

Haa.. rasa syok je tengok baby sampai boleh tertidur dalam tu kan? TB pun dah merasa tengok Inaara lena dalam dakapan walaupun sekejap sebab hari tu pergi klinik terpaksa gerak Inaara sebab nak timbang dan ukur tinggi dan berat dia.. huhu.. kalau tak.. mesti lagi lena agaknya dia..


Hand Free, lepas ni nak buat apa-apa pun senang sambil baby melekap dibadan .


Haaa.. Ni Corak yang TB pilih.. TB suka corak ni sebab sesuai nak digayakan dengan apa jua pakaian dan nampak minimal tetapi bergaya bagi TB, dah tanya 2 orang kawan.. dua-dua pilih yang ni.. So, Bila dah pakai.. memang rasa puas hati sangat! sebab tu masa unboxing tu tersebut WOW! hehehe.. 


Cantik dan puas hati tau.. i likee.. 

Oh ya.. kalau korang nak order design yang sama macam TB ni.. just klik je link ni yea.. SINI


So, harap perkongsian TB ni dapat lah jadi panduan dan pilihan untuk ibubapa dalam memudahkan lagi ibu bapa dalam mengendalikan bayi mereka.. Sebab TB tahu masih ramai ibubapa di luar sana yang masih tidak mengetahi bahawa betapa banyak manfaat yang dapat diperolehi dengan baby sling mamaway ini.

Untung korang beli baby sling mamaway ni sebab selain banyak kelebihan seperti TB nyatakan diatas, ia juga sangat praktikal dan selamat digunakan untuk bayi korang, lebih tepat TB katakan ianya juga ada
ciri-ciri ergonomik buat bayi kita selesa dan duduk dalam position yang betul seperti gambar dibawah ni.. 

Haa.. pastinya ramai juga parent yang tak tahu dan sukahati je nak beli alat untuk senang nak dukung anak ni tanpa memikirkan kesan atau risiko kepada tulang bayi.. Jom baca kat bawah ni.. 

Apa maksud anda dengan sling ergonomik?

Ergonomik bermaksud bahawa tempat duduk tidak sempit, selesa dan tepat sehingga beban diagihkan secara merata. Wide-based carrier istilahnya. Bayi duduk didalam dengan selesa dan selamat.


Mengapa mesti berbentuk M?

Sling ergonomik memberikan sokongan yang baik untuk paha bayi dari lutut ke lutut untuk membentuk kedudukan seperti huruf M, atau bentuk M.  Kedudukan bentuk M menjadi paha yang terletak 100 darjah dari garis tengah semasa berada di lengan, jadi pakar ortopedik mengesyorkan kedudukan bentuk M untuk membawanya. Malah untuk bayi baru lahir.

Hipcarry bermaksud membawa bahagian pinggul atau pinggang badan kita, dengan kaki bayi yang terbentang dan tergantung ke bawah. Sementara itu, bentuk M atau yang biasa disebut posisi katak adalah posisi semula jadi bayi sejak di dalam kandungan. Sekiranya kita juga memperhatikan kedudukan kaki bayi yang baru lahir cenderung tidak lurus tetapi terbuka, mengangkang seperti katak.. 

baby carrier

Bayangkan kalau kita membawa bayi kita mengikut gaya gambar diatas sebelah kiri tu? kasihan bayi kita berjam-jam kaki tergantung macam tu.. kalaulah kita pun dibuat macam tu juga, apa kita rasa? pasti kejung kaki dibuatnya kan.. tapi anak-anak tak boleh nak meluahkan rasa, so ia berlarutan tsnps kits tshu.. kasihan mereka kan.. 

So, lepas ni kalau nak cari baby wearing, pilih lah yang jenis ergonomik dan pakaikan dengan cara yang betul.. seperti gambar di sebelah kanan tu.. dan paling OK kalau pakai Baby Sling Mamaway ni.. mudah sangat-sangat tau!

baby carrier


Haaa.. TB share juga macam mana cara sesuai dan pandangan / view bayi kita apabila duduk didalam baby sling..  korang boleh pilih yang mana terbaik lepas ni .. dan kalau dan beli baby sling mamaway, still tak reti nak pakai? jangan risau.. korang boleh tengok video dibawah ni yea.. Cara pakaikan untuk bayi baru lahir, infant dan Toddler tak sama tau.. just tengok je video bawha ni.. 


How to Wear a Baby Sling



How to babywear your newborn?

Untuk memakaikan pada baby newborn, lihat video diatas. tak susah nak pakaikan nya.. tapi hati-hati.. jangan terkepit pulak baby.. risau tak bernafas pulak nanti.. pasti pengudaraannya sesuai juga yea.. Masa pakaikan pada bayi tu, pastikan korang pegang bayi korang dengan betul dan ampu / sokong badan bayi dengan cara yang selamat ye.. 


How to babywear your infant?

Cara memakai Mamaway Baby Ring Sling untuk Infant pun mudah juga.. Ikut je step-stepnya.. 


How to toddlerwear?

Tidak tahu bagaimana nak pakai Mamaway Baby Ring Sling untuk anak korang yang berumur  1-4 tahun? Jangan risau.. mudah je.. 4 langkah mudah dukung bayi korang menjadi seperti koala joey di dalam kantung. hehehe.. 


Komen TB sendiri selepas dah guna Mamaway Baby Ring Sling, TB suka sangat-sangat .. kain yang kuat, lembut dan tegap.. disamping design yang lawa! korang boleh pilih ikut kegemaran dan taste korang.. tengok gambar diatas.. cantik kan??? Ada banyakk lagi.. Ada 18 design tau! 1 saiz boleh fit dari new born to toddler.. up to 50kg.. haa.. boleh pakai lama.. dont worry.. hehe.. ha.. apa lagi.. jom layari website mamaway sekarang! Klik SINI Untuk Order!

Harga nya around RM189.9 - RM210.0  camtu... janji berbaloi! Tapi kalau korang guna code MAMABLOG-TB untuk menikmati diskaun RM25 untuk pembelian lebih RM180 ..⁣

Seterusnya nikmati bonding time bersama bayi korang dengan MUDAH dan SELESA with Mamaway Baby Ring Sling

baby sling mamaway

Haaa.. teruja tak nak try ? Korang boleh dapatkan lebih info lanjut dan beli di link 
#mamaway #lovemamaway and tag @mamawaymy 

Untuk maklumat lanjut :


Website :

Facebook :

Instagram :

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers