Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

Memaparkan catatan dengan label bersedekah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bersedekah. Papar semua catatan

13 April 2023

MUDAHNYA BERSEDEKAH SECARA ONLINE DENGAN APLIKASI SUJOOD

SEDEKAH ONLINE APLIKASI SUJOOD

MUDAHNYA BERSEDEKAH SECARA ONLINE DENGAN APLIKASI SUJOOD


Pastinya umat islam sedia maklum bahawa bersedekah adalah salah satu cara untuk menyucikan dosa dan memperolehi ganjaran pahala dan salah satu pintu yang dibuka oleh Allah untuk meraih keuntungan besar di bulan Ramadhan adalah melalui sedekah. Islam sering menganjurkan umatnya untuk banyak bersedekah. dan amalan bersedekah ini lebih digalakkan lagi ketika bulan Ramadhan.

APAKAH DEFINISI SEDEKAH

Dalam konteks Islam sedekah sebenarnya mempunyai maksud yang cukup luas. Secara mudahnya, ia boleh didefinisikan sebagai pemberian oleh seseorang kepada orang lain yang memerlukan dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. sama ada pemberian itu ditujukan kepada fakir miskin, sanak-saudara, mahupun untuk kepentingan fi sabilillah.

Amalan bersedekah ini dapat menyucikan jiwa dan harta. Hati akan lebih tenang dan aman dengan bersedekah. Jiwa juga akan damai dan terhindar daripada perasaan negatif. Bersedekah akan membuka pintu-pintu rezeki


عن أبي هريرة - رضي الله عنه - قال: قال رسول اللہ ﷺ:

⦅ما نقصت صدقة من مال، وما زاد الله عبدا بعفو إلا عزا، وما تواضع أحد لله إلا رفعه الله.⦆


(رواه مسلم)



Abu Hurairah (RA) meriwayatkan, bahawa Rasulullah (ﷺ) bersabda,

“Barangsiapa yang bersedekah dengan nilai sebiji kurma yang dia perolehi secara halal, dan hanyasanya Allah SWT menerima yang suci, Allah SWT menerimanya dengan Tangan Kanan dan memeliharanya untuknya, seperti salah seorang antara kamu membiakkan kuda betinanya, hingga menjadi seperti gunung.”

(Bukhari & Muslim)


عن أبي هريرة - رضي الله عنه - قال: قال رسول اللہ ﷺ:

⦅يا نساء المسلمات لا تحقرن جارة لجارتها ولز فرسن شاة.⦆


(رواه الشيخان)



Abu Hurairah (RA) meriwayatkan bahawa Rasulullah (ﷺ) bersabda,

“Sedekah sama sekali tidak mengurangi kekayaan. Dan hamba yang mengampuni (orang lain), Allah menambahkan kehormatannya, dan orang yang merendah hati, Allah mengangkat kedudukannya.”

(Muslim)

Apa kelebihan sedekah ni?

Terlalu banyak kelebihan yang tuhan telah janjikan kepada kita. Di antaranya ialah:

1. Derma tuhan akan ganti (Surah Al-Isra, ayat 87)
2. Sedekah hapuskan dosa (HR. At-Tirmidzi)
3. Keberkatan hasil sedekah itu luas (Surah Al-Baqarah, ayat 261)
4. Bantu ahli keluarga yang telah meninggal dunia (Sahih Bukhari, 1388)
5. Di doakan oleh malaikat ganti (Sahih Bukhari, 1442)
6. Sedekah benteng api neraka (Sahih Nasaii, 2552)


Secara jujurnya TB sudah lama mencari platform atau tempat yang betul-betul sesuai untuk bersedekah dan mengharapkan amalan bersedekah itu berpanjangan tanpa henti. Bila duduk mengelamun seorang diri TB selalu tanya pada diri ini, apakah kebaikan yang TB sudah buat pada hari ini? 

Untuk memastikan setiap hari mesti ada perkara baik yang kita lakukan agak mustahil kan, rutin harian tu tak termasuk la kan,  namun kalau dapat berbuat baik setiap hari tanpa culas, pastinya diri akan rasa lebih bahagia dan puas.

APLIKASI SUJOOD

Jadi, TB mencari sesuatu yang boleh buat TB disiplin dan amalkan secara teratur setiap hari. Maksud TB kalau kita tak sempat nak buat amal kebaikan, kita boleh ambil inisiatif tambah pahala dengan bersedekah. boleh mengumpul saham akhirat dengan lebih mudah secara bersedekah.

Sedekah dapat menghapuskan dosa sebagaimana air memadamkan api." (Riwayat al-Tirmizi)Bersedekah merupakan antara amalan yang boleh menghapuskan dosa dan menjamin tempat di syurga kelak!

Tapi itulah, macam TB nyatakan tadi, nak bersedekah perlu tahu platform atau ruang yang tepat dan dipercayai supaya tidak terjebak dengan ancaman scammer. Zaman sekarang ini scammer semakin berleluasa. tambahan pula transaksi banyak dilakukan secara digital. 

APLIKASI SUJOOD

Jadi TB mencari platform yang mudah, diyakini dan boleh diamalkan berpanjangan. Tidak kira dimana kita berada dan pada bila-bila masa saja kita boleh bersedekah dan TB terjumpa info tentang aplikasi Sujood ini. Secara jujur TB terasa lega dan benar-benar bersyukur kerana terjumpa aplikasi yang dapat membantu TB bersedekah dalam masa yang sama membantu pihak-pihak yang memerlukan. Alhamdulillah. Jom kita baca sedikit info tentang Aplikasi Sujood ni.. 



Apa itu Aplikasi Sujood

Sujood ialah satu aplikasi yang memudahkan masyarakat Menyalurkan Sumbangan ke Masjid/Surau Secara Online. Aplikasi Sujood dibangunkan dan diselenggara oleh Studio 61 Sdn. Bhd. Aplikasi Sujood ini dibangunkan adalah bertujuan untuk memudahkan individu atau organisasi untuk bersedekah ke masjid atau surau. Kiranya Aplikasi Sujood ini berfungsi sebagai tabung digital yang boleh digunakan untuk menyalurkan sumbangan secara online dimana mudah, telus dan selamat.

So selepas ini kita tidak perlu risau kalau sumbangan tersebut tak sampai ke masjid tersebut sebab melalui aplikasi ini telah ada rekod transaksi dan telus. Maka hasrat kita untuk menyumbang / bersedekah kepada masjid / surau yang memerlukan tercapai jua. Dan disnilah kita nampak peranan Sujood adalah membantu kita untuk menyampaikan hasrat bersedekah di masjid-masjid atau surau-surau dengan mudah dan selamat. 

Setakat 8 April 2023 ada 129 masjid/surau yang tersenarai dalam aplikasi Sujood ini. dan pihak Studio 61 Sdn. Bhd. berhasrat untuk mendapatkan lebih banyak masjid dan surau di seluruh Malaysia dari semasa ke semasa bagi memperkenalkan aplikasi Sujood ini kepada mereka.

Sehingga kini mereka masih lagi menjalankan misi untuk membantu pihak pengurusan masjid dan surau untuk memudahkan urusan mendapatkan dana dengan mendaftarkan masjid atau surau di aplikasi Sujood tanpa mengenakan caj kepada pihak masjid.

APLIKASI SUJOOD

Ciri-ciri yang ada di dalam aplikasi Sujood :

1 Home
Di page Home terdapat senarai masjid-masjid dan surau-surau. Senarai ini telah diatur dan dikategorikan mengikut negeri-negeri.Jadi, senanglah kalau kita nak menderma ke masjid yang kita cari. cuma tekan taip nama masjid dan tekan search sahaja. Selepas itu bolehlah klik di masjid atau surau ini untuk melakukan transaksi. Pada setiap masjid atau surau yang di klik akan terpapar sedikit info dan maklumat tentang masjid atau surau tersebut.

Oh ya.. apa yang menarik, di page ini juga terdapat tazkirah-tazkirah daripada para ustaz dan ustazah untuk pembacaan korang.

2 History
Sekiranya korang pernah membuat transaksi / sumbangan sebelum ini, korang boleh buat semakan transaksi itu di Page history ini. 

3 Search
Kalau nak buat carian apa-apa di dalam aplikasi Sujood, boleh ke page Search.

4 Profile
Jika hendak membuka akaun di aplikasi Sujood, korang boleh ke page profile untuk mendaftar.

5 About Us
Menceritakan serba sedikit mengenai latar belakang aplikasi Sujood.


Aplikasi Sujood ini memudahkan kita melakukan ibadah bersedekah secara online kerana kita boleh :

  1. Menyumbang/derma di mana-mana dan bila-bila masa sahaja.
  2. Menjejak sumbangan yang telah dilakukan terdahulu.
  3. Derma berterusan dengan mudah dan selamat.
  4. Melakukan sumbangan secara rahsia tanpa diketahui oleh individu lain.
  5. Menderma menggunakan kad redit atau melalui online banking.
APLIKASI SUJOOD


Bagusnya ada Aplikasi Sujood ini kerana :

  1. Mengelakkan risiko kecurian tabung-tabung di masjid atau surau.
  2. Infaq kita terus sampai ke akaun masjid atau surau tersebut dan bukan di akaun Sujood.
  3. Tak perlu bawa duit cash ke masjid atau surau untuk memberikan sumbangan.
  4. Menderma dengan selesa, selamat dan mudah.


Cara-cara Menggunakan Aplikasi Sujood
TB dah try derma guna aplikasi Sujood ini tapi TB belum mendaftar lagi.. cuma TB saja nak cuba menderma, dan yang menarik walaupun kita belum berdaftar kita tetap boleh berinfaq menggunakan aplikasi Sujood ini, Namun untuk memudahkan kita menyemak kembali transaksi yang telah kita buat yang lepas eloklah kita mendaftar terus.. Cara daftar pun mudah sahaja . Tidak ambil masa yang lama pun.. 

APLIKASI SUJOOD

Cara nak menderma pun mudah juga, jom tengok step-step nya :
  1. Muat turun aplikasi Sujood di Google Play bagi pengguna android atau Apps store bagi pengguna Iphone
  2. Kalau korang nak daftar, boleh ke profile dan isi maklumat yang diperlukan. Tapi kalau korang berasa tidak perlu daftar, korang boleh ke HOME untuk memberikan sumbangan. Korang boleh pilih masjid atau surau untuk menderma.
  3. Isikan maklumat yang diperlukan seperti jumlah sumbangan, nama, nombor telefon dan email semasa hendak membuat sumbangan.

APLIKASI SUJOOD

Namun seperti apa yang TB nyatakan tadi, lebih molek kalau kita daftar kerana kelebihannya untuk kuta juga. Kita dapat semak semula semua transaksi dan senarai masjid atau surau yang kita dah beri sumbangan. Bagi yang suka berahsia dalam bersedekah, korang bolehlah menderma secara rahsia, boleh pilih derma sebagai Hamba Allah ... 

Download Sujood untuk ios dan android
Oh ya, untuk pengguna ios dan android, masing-masing boleh download dan guna aplikasi ini. mudah dan senang je kan!


Jadi, apa lagi.. jom install aplikasi Sujood ni di android & iphone:

Android:

Iphone:

 
Secara keseluruhannya, TB sukakan aplikasi Sujood ini kerana telah lengkap rasanya ciri-ciri yang bagus ada pada aplikasi ini. ia sememangnya antara aplikasi yang terbaik dalam pelbagai aspek. Selain ia memudahkan dan menjimatkan masa, iea juga bantu kita melaksanakn ibadah sedekah dengan lancar dan sempurna lagi selamat dan diyakini. Masjid-masjid di seluruh negara juga mudah untuk memohon sumbangan untuk masjid mereka dengan cara yang telus dan selamat .

APLIKASI SUJOOD

Oh ya, alang-alang TB bercerita tentang Masjid-masjid / Surau-surau yang tersenarai dalam aplikasi sujood ini, sukacita TB ingin share disini salah satu surau yang memerlukan sumbangan untuk pembangunan dan penambahbaikan iaitu SURAU AL-MUTTAQIN KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN

Surau Al-Muttaqin Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan terletak di dalam kawasan kolej bagi kemudahan para pelajar dan warga kolej untuk solat berjemaah dan mengadakan aktiviti keagamaan. Kapasiti surau ini boleh menampung seramai 1000 orang dalam satu masa.

APLIKASI SUJOOD

Jadi marilah sama-sama kita berinfaq di bulan yang mulia ini. agar kita dapat sama-sama mengumpul saham akhirat asbab dari bersedekah dengan seikhlas hati. 


Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan tentang aplikasi Sujood, boleh layari website di bawah :


dan bagi masjid/surau yang ingin mendaftar, boleh emailkan hasrat kepada: 
salam@sujood.net


Korang boleh muat turun Aplikasi Sujood secara percuma di Google Play dan App Store. Jom muat turun sekarang dan ajak semua ahli keluarga dan kawan-kawan untuk muat turun sekali. Jom ramai-ramai rebut pahala dan semoga kita dirahmati Allah atas segala usaha kita. InsyaAllah.

Akhir sekali didoakan buat semua yang membaca :
  1. Semoga Allah sentiasa menjaga keberkatan kesihatan yang baik
  2. Semoga Allah melimpahi dan memberkati setiap rezeki
  3. Semoga Allah melindungi kita dari kesusahan dan kesempitan
  4. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat

Aamiin Allahuma Aamiin..

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers