CONTOH SURAT TIDAK HADIR KE SEKOLAH
Kerana kebimbangan ibu-bapa dan penjaga untuk melepaskan anak-anak hadir ke sekolah seperti biasa, maka ramai yang bertanyakan bagaimana untuk membuat surat rasmi bagi menyatakan hasrat untuk tidak menghantar anak ketika wabak Covic-19 semakin menular. pastinya ramai ibu-bapa yang sependapat bahawa dalam keadaan sekarang ini anak-anak sebaiknay berada dirumah agar mudah mereka mengawal anak mereka sendiri berbanding berada di sekolah.
Diakui pihak sekolah juga telah menjalankan tanggungjawab sepatutnya dalam memastikan anak murid mereka sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan terkawal .
Diakui pihak sekolah juga telah menjalankan tanggungjawab sepatutnya dalam memastikan anak murid mereka sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan terkawal .
Dibawah ini disertakan format atau contoh surat rasmi untuk tidak membenarkan anak ke sekolah / mohon pengecualian untuk dari hadir ke sekolah dengan alasan kebimbangan penularan covid-19 yang meningkat pada ketika ini.
SILA COPY AND PASTE DI MICROSOFT WORD KEMUDIAN UBAH BUTIR-BUTIR YANG DIPERLUKAN SEPERTI NAMA ANDA SEBAGAI IBU/-BAPA / PENJAGA, NAMA ANAK YANG BERSEKOLAH, ALAMAT DAN NOMBOR TELEFON RUMAH, ALAMAT SEKOLAH DAN NAMA KELAS ANAK SERTA NAMA GURU BESAR DAN CIKGU YANG MENGAJAR. AKHIR SEKALI TANDATANGAN
- Contoh surat rasmi untuk tidak membenarkan anak ke sekolah -
Harraz bin Syed
No 1234, Jalan Merbuk,
30020 Ipoh, Perak.
019-1234567
______________________________________________________________
Tuan Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Kg Dato Ahmad Said,
30020 Ipoh, Perak.
(u/p: Guru Kelas Kekwa) 3 Oktober 2020
Tuan,
MEMOHON PENGECUALIAN KEHADIRAN ANAK KE SEKOLAH DISEBABKAN KEBIMBINGAN PENULARAN COVID-19
Dengan segala hormatnya perkara seperti di atas adalah dirujuk.
2. Saya Harraz bin Syed, No kad pengenalan 791229-08-5167 adalah bapa kepada Inaara binti Harraz murid tahun 1 Kekwa Sekolah Kebangsaan Kg Dato Ahmad Said .
3. Saya ingin memaklumkan bahawa saya tidak membenarkan anak saya untuk hadir ke sekolah disebabkan kebimbangan Pandemik Covid -19 yang semakin menular di kawasan Perak kini. Saya bertanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan anak saya berada di rumah sepanjang tempoh pengecualian ke sekolah.
4. Segala perhatian dari pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Yang benar,
*Tandatangan di sini
Harraz bin Syed
No Tel: 019-1234567
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
= Contoh Surat Rasmi Kedua =
Richard Gusang,Blok T-7, Taman Sentosa,
85300, Penampang,
Sabah.
_______________________________________________________________________
Guru Kelas 4 Delima,
S. K. Mutiara, Jalan Aman,
89200, Lintas
Kota Kinabalu, Sabah. 06/08/2020
Tuan/Puan,
PER : TIDAK HADIR KE SESI PERSEKOLAHAN
Perkara diatas adalah dirujuk.
02. Saya bapa kepada Alekman Richard, murid dari kelas 4 Delima memohon untuk tidak menghantar anak saya ke sekolah bermula dari 10hb hingga 14hb Ogos 2020.
03. Memandangkan keadaan semasa Covid-19 masih agak membimbangkan, saya ingin memantau dahulu situasi sesi persekolahan dalam tempoh seminggu ini. Saya amat menghargai usaha pihak sekolah yang telah mengambil dan melaksanakan SOP ketat untuk murid-murid sepanjang masa sesi persekolahan, namun sebagai bapa perasaan risau tetap tidak dapat dielakkan.
04. Pihak sekolah boleh menghubungi saya di talian 0123456789 atau 0198765432 (ibu), jika ingin membuat pertanyaan lanjut mengenai perkara ini.
05. Segala kesulitan kepada pihak sekolah amatlah dikesali.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
_______________
( Richard Gusang )