Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

Memaparkan catatan dengan label game online. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label game online. Papar semua catatan

24 April 2022

Pelbagai Permainan Online Percuma di Solitaire.org

Free online gane

Pelbagai Game Online Percuma di Solitaire.org 

Mengimbau kenangan zaman kanak-kanak dan zaman remaja dulu pastinya ia adalah satu kenangan yang akan terus sebati dalam diri TB. Membesar dengan peredaran zaman yang semakin hari semakin maju, semakin ke hadapan dan melalui pelbagai pembaharuan dalam teknologi juga. Begitu juga dalam dunia permainan game online yang semakin hari semakin dikemaskini dengan penambahbaikan dari segi grafik yang cantik dengan saiz yang tidak terlalu besar.

Pada zaman alam maya ini, Setiap hari akan ada permainan video baharu dikeluarkan. daripada game yang simple sehinggalah terkini yang agak lasak dan mencabar untuk dimainkan di screen komputer kita. Kita bermain dengan asyik sehingga tiba satu masa kita teringat akan game online yang telah lama tidak dimainkan sejak meningkat dewasa. Game online tersebut sering kita mainkan ketika zaman kanak-kanak/remaja.

Tiba-tiba pula TB terasa ingin mengimbau game online yang membuat kita rasa nostalgia sangat, Ingat tak dahulu ketika zaman kanak-kanak, apabila bosan kita akan bermain dengan game yang ada di PC komputer kita? Game itu sememangnya percuma dan memang telah tersedia ada dalam pc komputer kita. Kita hanya bermain begitu sahaja tanpa perlu sambungan internet. Antara game yang kita mainkan ialah permainan kad Solitaire, teka-teki perkataan, mahjong dan permainan objek tersembunyi. 

TB pun buat carian di Google, game-game masa zaman kanak-kanak dulu, dan alangkah gembiranya bila TB menemui satu website yang menghimpunkan semua permainan zaman kanak-kanak kegemaran TB untuk dimainkan di internet sekarang. website tersebut ialah solitaire.org yang mengumpulkan variasi game-game online nostalgia zaman kanak-kanak/remaja dahulu. 

Walaupun ia cuma game online yang lama dan old school, namun dengan grafik yang berwarna-warni serta comel itu boleh menarik perhatian semua golongan masyarakat tidak mengira umur untuk duduk bermain lama di hadapan komputer. Bagi TB ini adalah laman web terbaik untuk sesiapa sahaja yang suka bermain permainan jenis simple dan mudah ini.

Perkara terbaik tentang laman Solitaire.org ini ialah ia merupakan website online games percuma yang mudah dan tidak memerlukan sebarang muat turun, tiada iklan yang memotong semasa kita sedang bermain. Jadi, tiada rasa annoying apabila terganggu dengan iklan-iklan disaat kita sedang asyik dengan game yang sedang kita mainkan. 

Website  ini juga tidak meminta sebarang maklumat peribadi jadi ia sangat selamat. TB tidak akan pernah lupa yang Solitaire dan Minesweeper sebagai permainan pertama yang pernah TB mainkan pada Windows PC baharu TB beberapa dekad yang lalu. 


Antara game yang terdapat di website solitaire.org ialah:

Word Games - solitaire.org/word-games/
Hidden Object Games - solitaire.org/hidden-object-games/ 
Mahjong Games -  solitaire.org/mahjong-games/ 
Card Games - solitaire.org/card-games/  
Match 3 Games - solitaire.org/match-3-games/ 
Free Online Games -  solitaire.org/free-online-games/ 

Dan dalam setiap game tu ada lagi senarai pilihan game yang boleh kita pilih untuk bermain. Hampir kesemua game TB cuba main.. dan betul-betul mengimbau kenangan apabila dapat bermain dengan game yang kita selalu main zaman kanak-kanak dulu. Teruja betuk TB mencuba semua game.  


Solitaire
  1. Classic 
  2. Klondike 
  3. Spider 
  4. FreeCell 
  5. Pyramid 
  6. Tripeaks 
  7. Golf

Card
  1. Blackjack 
  2. Crazy Eights 
  3. Euchre 
  4. Gin Rummy 
  5. Hearts 
  6. Spite & Malice

Mahjong
  1. Solitaire
  2. 3D 
  3. Animal Connection 
  4. China 
  5. Cooking 
  6. Golden Autumn 
  7. Panda

Hidden Object
  1. Castle 
  2. China
  3. Circus 
  4. Garden
  5. Hotel
  6. Kitchen 
  7. Pirate
  8. Princess

Match 3
  1. Candy Fiesta 
  2. Candy House 
  3. Same Game
  4. Treasure of Atlantis 
  5. Zuma Ball 
  6. Zuma Legend


Logic Puzzles
  1. Battleships 
  2. Chess 
  3. Crossword 
  4. Minesweeper 
  5. Nonograms 
  6. Sokoban 
  7. Sudoku 
  8. Tetra Blocks


Word
  1. Crossword 
  2. Word Search 
  3. Letter Logic 
  4. Letter Scramble 
  5. Wordoku

Klondike Solitaire



Dalam banyak-banyak game yang ada, TB pasti nak juga mencuba permainan solitaire. Tak sangka rupanya ada pelbagai jenis Solitaire, ada Classic, Klondike , Spider , FreeCell , Pyramid , Tripeaks dan Golf. Tapi yang paling TB kerap main ialah Klondike kerana mengimbau kenangan sungguh sebab selalu bermain game ini di pc komputer semasa zaman bekerja dulu.. 


Mahjong Solitaire


Selepas mencuba beberapa permainan solitaire, TB mencuba satu lagi game online yang memang TB suka sangat hingga kini iaitu Mahjong Solitaire. Mahjong Solitaire ni antara yang TB selalu main di pc komputer dulu, bila tiba masa free TB akan bermain Mahjong ni untuk release tension, Apa yang TB suka dengan Mahjong Solitaire ini ialah kerana gabungan grafik comel dan warna pastel yang menarik perhatian TB hingga rasa susah nak berhenti bermain. 


Mahjong 3D



Satu lagi mainan Mahjong yang TB suka ialah Mahjong 3D yang merupakan mahjong yang pertama kali TB main, sangat-sangat menarik dan mencabar juga dari Mahjong yang lain tu, Yang ini ia berbentuk 3D , seperti cube. Cara bermain agak mudah, satukan 2 batu yang bercorak sama untuk mengeluarkan batu tersebut. Batu perlu mempunyai sekurang-kurangnya 2 sisi bersebelahan. 


Mahjong 3D


Kita juga boleh rotate / memutarkan pandangan untuk melihat dengan lebih jelas lagi. TB juga berasa seronok bermain dengan game ini kerana musik latar belakangnya sangat tenang dan enjoy sahaja didengar. Game Mahjong lain pun seronok juga, semua TB cuba.. memang boleh buat rasa tak mahu berhenti bermain. Antara game Mahjong lain yang ada ialah Solitaire Mahjong 3D, Animal Connection, China, Cooking, Golden Autumn, dan Panda. Semua TB suka.. Panda tu best jugak tauu!

Garden Secrets Hidden Objects



Kali ini TB mencuba game berbeza dari kategori Hidden object pula, TB sukakan game ini dan TB memang teruja untuk mencari objek-objek tersembunyi didalam game ini. Seperti yang kita tahu, Game mencari objek tersembunyi adalah permainan yang memerlukan fokus dan pandangan mata yang tajam. Kita akan berasa teruja apabila dapat mengumpul objek yang tersembunyi dalam permainan. Cara bermain game ini ialah klik pada objek untuk memilihnya. pinch atau klik lama pada imej untuk mengezoom masuk atau keluar. Terdapat butang skrin penuh di sudut kanan bawah permainan.

Permainan ini mempunyai 10 peringkat yang ditetapkan masa. Kita boleh menjaringkan sehingga 3 bintang pada setiap peringkat berdasarkan seberapa cepat kita menyelesaikan teka-teki. Untuk membuka kunci tahap seterusnya, kita perlu mengalahkan tahap sebelumnya 

Tapi yang paling tak seronok ialah bila kita tersalah klik pada objek, maka masa kita akan dikurangkan. dan pastinya peluang untuk menang makin tipis. 


candy house



Game seperti Candy House pula antara game yang disukai anak-anak kerana ia menguji anak-anak cara berfikir menyelesaikan blok-blok yang berada dalam warna yang sama. game ini sangat mudah dimainkan, hanya tukar 2 item untuk memadankan 3 atau lebih item yang sama dalam lajur menegak atau baris mendatar. 

Buat padanan yang lebih panjang untuk mendapatkan bahagian kuasa yang memusnahkan kepingan lain pada baris yang sama atau kepingan lain daripada sebarang warna yang di pilih. Setiap satu daripada 50 peringkat ditetapkan masa. 

Ia adalah permainan perlawanan 3 biasa di mana kita mendapat lebih banyak mata untuk memadankan 4, 5, atau mungkin membuat L. 


Same Game



Same Game juga adalah antara game yang TB sukakan dalam kategori Match 3 , Apa yang TB sangkakan pada mulanya bermain dengan game ini, TB sangkakan ia permainan yang mudah, rupa-rupanya agak mencabar juga. Perlu ketelitian juga untuk menyusun blok-blok dalam warna yang sama dan tiada yang tertinggal solo.. 

Tak faham? mari TB terangkan cara main game ini. Untuk menang kita perlu cuba kosongkan padang permainan sepenuhnya, dengan mengalih keluar kumpulan yang bersambung dua atau lebih petak yang sama warna. Klik pada segi empat sama berwarna untuk menyerlahkan seluruh kumpulan yang disambungkan. Klik sekali lagi untuk mengalih keluar kumpulan ini. Petak lain yang berada di atas petak yang dikeluarkan akan jatuh ke bawah untuk mengisi ruang itu. 

Jika kita mengosongkan keseluruhan lajur maka lajur yang lain akan bergerak ke kiri untuk mengisi ke arah tepi kiri teka-teki. Kita tidak boleh mengalih keluar satu petak terpencil, cuba elakkan kedudukan buntu di mana semua petak yang tinggal diasingkan.


Same Game


Sebelum TB lupa, TB nak kongsikan juga satu lagi game yang TB begitu asyik bermain sehingga terlupa waktu untuk berbuka puasa makin hampir. Nak tahu game apa? haa.. ini dia game Battleships Armada dari kategori Logics Puzzle 

Battleships Armada


Game ini sangat menarik bagi TB kerana ia memerlukan kita teliti dan bijak mencari dimanakan terletaknya kapal selam musuh kita. Kita perlu melepaskan peluru berpandu ke arah mana-mana arah yang kita rasakan kapal selam musuh itu berselindung.  Kita dah musuh (komputer) diberi cubaan sebanyak 3 kali untuk menyerang dalam setiap giliran .

Hanya tembak saja arah mana yang kita nak tembak dan apabila dapat tuju tepat ke kapal, tembak petak bersebelahannya pula sehingga menemui arah mana kapal itu diletakkan dan teruskan menembaknya sehingga anda meletupkannya. Tidak kira secara melintang atau menegak.

Tembak dalam corak bertaburan supaya kita dapat menutup banyak tanah lebih awal dan mempunyai peluang yang baik untuk terlanggar kapal secara tidak sengaja.

Battleships Armada

Battleships Armada


Yeay.. lihatlah hasilnya. TB seronok sangat apabila berjaya mengalahkan musuh dengan serangan peluru berpandu yang tepat ke arah kapal selam mereka. anda semua patut cuba game ini tau..


Oh ya.. untuk pengetahuan semua, game di Solitaire.org ni semuanya sesuai untuk kanak-kanak, jadi untuk kanak-kanak yang bosan di rumah, boleh la cuba bermain game dalam website ini kerana pasti mereka akan menemui sesuatu untuk dimainkan di sini. semua game sangat mengujakan.


Adakah main game dapat memberi kesan yang buruk?

Ramai orang beranggapan yang game hanya akan memberi kesan buruk jika kita terlalu fokus kepadanya. Namun, terdapat kajian yan menunjukkan orang yang bermain game mempunyai koordinasi mata lebih baik, kemahiran penyelesaian masalah dan otak berfungsi dengan cerdas.


Namun begitu, kita perlulah mengawal tabiat bermain game dengan tidak bermain secara berlebihan bagi mengelakkan kita atau anak-anak mengalami ketagihan terhadap game

Namun sekiranya kita pandai mengawal masa ketika bermain game, boleh lah singgah di website ini kerana permainan yang ada sangat menarik untuk dimainkan dan begitu mengimbau kenangan ketika bermain game online di PC semasa kanak-kanak / remaja.  

Jangan lupa layari website Solitaire.org ini untuk lihat dan cuba lebih banyak game yang ada.. sudah semestinya ianya percuma sahaja.. tiada iklan yang menganggu ketika bermain game dan muat turun juga mudah dan cepat, grafik dan music background juga menarik. cubalah!



17 Jun 2021

Plays.org Menyediakan Lebih 150 Game Online Untuk dimainkan Secara Percuma

PLAYS.ORG


Plays.org Menyediakan Lebih 150 Game Online Untuk dimainkan Secara Percuma


Permainan dalam talian / game online adalah sesuatu yang tidak asing lagi buat anak-anak muda mahupun warga yang bukan muda lagi ( macam TB .. haha) tambahan pula di waktu pandemik ini, masa yang terluang banyak dihabiskan dengan pelbagai aktiviti dan salah satunya bermain game online. haaa.. Sama ada korang suka game online atau tidak, korang tidak dapat menafikan betapa game online ini merupakan sebahagian daripada kehidupan masyarakat sekarang.

Sesetengah orang yang memang aktif dengan game online ini telah mencuba pelbagai permainan selama bertahun-tahun, siap ada yang melanggan game online berbulan-bulan tu. Punya minat betul dengan game online. Bagi TB mereka ini adalah terdiri daripada kelompok yang penyabar kerana kita sendiri pastinya tahu setiap permainan / game online ini memerlukan masa dan komitmen yang berbeza untuk diselesaikan. Untuk capai level kes lebih tinggi perlukan masa dan pengorbanan yang tinggi. haha.. Tapi TB salute la sebab mereka ini mampu bertahan untuk bermain hingga ke level paling akhir. good job!

Walaubagaimanapun, ada juga kelompok yang tidak begitu aktif bermain game online ini, haaa.. kelompok itu ialah macam TB ni.. TB sukakan game online tapi TB tidak ada masa untuk bermian untuk capai level seterusnya dan paling TB tidak suka apabila kena luangkan masa yang lama untuk mencapai kemenangan (winner) dalam game-game tersebut.  TB ni jenis yang suka main game online bila ada masa lapang je.. kan.. kadang-kadang kita hanya mahu bermain permainan dalam 10 minit macam tu je kan, tanpa benar-benar tertarik dan perlu berada dalam talian setiap minit masa lapang. Penatnya kalau begitu kan.. Tambahan pula kita banyak sangat hal lain nak dibuat.. So, bermain game online boleh membuatkan kita lalai seketika. Tapi kalau nak main juga, pilih lah game yang tak perlu nak main lama-lama. Pilih game yang simple-simple aje cukup. 

Haa... Di sinilah website Plays.org memainkan peranan mereka, kalau korang nak tahu website plays.org ini mempunyai lebih dari 150 permainan yang tersedia untuk dimainkan secara percuma dan tidak memerlukan pendaftaran atau langganan. Mereka juga terus mengembangkan koleksi mereka dan menambah 1-2 permainan setiap hari! 

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, di masa lapang, TB telah mencuba sebilangan permainan di website plays.org dan alangkah seronoknya kerana banyak game-game menarik di dalam website ini dan paling buat TB suka ialah ada game-game klasik yang memang kegemaran TB di masa sekolah dahulu. 

Oh ya, sebelum TB bercerita lebih lanjut tentang website Plays .org ni, izinkan TB bercerita serba sedikit tentang latar belakang serta info berkenaan website plays.org ni. Sebab pastinya bukan semua tahu tentang website ini, jadi TB rasa sangat sesuai TB terangkan dahulu tentang website yang menghimpunkan permainan online yang sangat berbaloi untuk kita main.


free game online


Apa itu Website Plays.org 
Website plays.org ini ialah laman web yang menawarkan permainan dalam talian percuma dan menyeronokkan yang dapat dimainkan dengan cepat dari penyemak imbas. Laman web ini wujud mungkin salah satu sebabnya ialah kerana begitu banyak orang terkandas di rumah semasa Tempoh Kawalan Pergerakan (PKP) / MCO dan mungkin dengan adanya website plays.org ni dapat menambahkan sedikit kegembiraan dalam kehidupan mereka yang terkandas dirumah termasuklah TB sendiri..

Laman web ini bertujuan untuk memberi kita peluang bersantai dengan permainan game online yang ringkas dan tidak memerlukan masa yang lama untuk kita menghabiskan sesuatu permainan itu. Boleh dikatakan game yang rsedia ada dalam website Plays.org ini adalah game yang sangat senang untuk kita menang dengan cepat. Ia adalah game online yang super sederhana yang boleh kita mainkan dengan santai, tak perlu sampai jadi ketagihan. Kita boleh berhenti sesuka hati kita, dan kembali sambung bermain pada bila-bila masa kita mahu. 

Untuk bermain dengan permainan game online ini, kita tidak perlu memuat turun aplikasi untuk dimainkan dan juga  tidak perlu mendaftar atau menyediakan akaun pengguna / ID seperti game online yang lain. 

Koleksi Permainan Yang Terus Berkembang Sejak dilancarkan awal tahun ini, 


Website Plays.org telah menerbitkan ratusan permainan di laman web mereka.  Mereka juga telah menerbitkan sekurang-kurangnya beberapa permainan tambahan setiap hari, jadi jika kita mengklik menu "permainan percuma" di atas dengan memautkan di play.org/games/ kita akan melihat sesuatu yang baru setiap hari. Best kan!


Di laman utama mereka, kita mempunyai pilihan untuk beberapa permainan paling popular yang dibahagikan kepada beberapa kategori seperti kegemaran pemain, klasik arked dan simulasi. Dari semua ini, kita boleh terus memasuki permainan yang kita suka dan mula bermain. 

Sekiranya tidak ada yang menarik, kita boleh menatal ke bawah dan mencari permainan atau memilih dari koleksi kategori di bahagian bawah. Seperti yang TB nyatakan sebelum ini, Salah satu perkara yang  TB gemar mengenai laman web ini ialah tiada pendaftaran dan tiada iklan. Ini juga salah satu faktor yang menjadikannya sesuai untuk kanak-kanak bermain. Perasan tak.. ada sesetengah game online itu kerap sangat memaparkan iklan sehingga anak-anak pun asyik tersilap terklik pada iklan itu ketika ia muncul waktu anak-anak sedang bermain game online. 


Antara Kategori Game Online yang tersedia ada di website Play.org



FREE game online

Sports Games 

Untuk yang ini memang pilihan lelaki, perempuan pun tidak kurang juga. Bagi mereka yang sukakan game sukan seperti ini, boleh lah cuba bermain secara percuma.. pastinya ia akan menjadi kegilaan semua kerana ia sangat santai dan mengimbau kembali memori game ketika dahulu.. 

FREE game online

Player Favorites

Haa.. yang ni memang pilihan TB dan hubby, walaupun grafiknya tidak setanding permainan game yang terkini, tetapi ia cukup memuaskan hati bagi kami untuk melepaskan rasa tension ketika dihujani pelbagai kerja yang semakin hari semakin bertambah.. Dibawah ni TB share antara game pilihan TB, dan Game diatas adalah antara pilihan TB. dan kalau nak tahu game-game diatas ini juga adalah pilihan favourite player tau.. Tak percaya? boleh tengok Bintang / STAR yang diberikan.. 5 STAR semuanya..  lelaki dna perempuan pun suka main, malah budak-budak pun. Sebab game ini simple dan tak ekstreme sangat..  


FREE game online

PinBall

Bagi barisan game ini pula, pastinya memang ramai juga yang meminati game PinBall ini. TB pun suka juga. Ini adalah antara game online yang TB akan mainkan kalau tiba waktu senggang atau bosan.

FREE game online

Cartoon Games

Kalau lihat pada permainan-permainan yang ada diatas, pastinya kita fikir ianya hanya untuk kanak-kanak sahaja tapi sebenarnya.. ia sungguh mengasyikkan untuk mereka yang sukakan sesuatu yang comel dan terlalu mudah untuk menang. hehe ... 

FREE game online

Simulation Games

Yes! ini games paling TB suka. My Favourite! Game ini sangat mengujakan TB. Game ini boleh buat TB rasa kepuasan dalam memenangi setiap level.. Suka sangat game yang bersifat simulation ni, sebab ia seolah-olah kita yang berada dalam game itu. Kita kontrol keadaan, semasa dan realiti.

FREE game online

Base Defense

Ok. TB suka yang ni juga! game tentang perang-perang dan lawan-lawan. Sangat mengasyikkan. Anak pun suka game ini.. Tetap antara game pilihan TB dan family juga. Game percuma kan, siapa yang tak asyik sangat bermain tanpa jemu. 

FREE game online

Arcade Classics

Ini antara game paling mengimbau memori sebab banyak sangat permainan-permainan yang diinspirasi dari game online yang dahulunya popular di kalangan mereka yang era 80 an dulu-dulu..  Game online seperti ini pastinya akan terus diminati sampai bila-bila kerana ia masih mempunyai peminatnya tersendiri termasuklah TB juga..

FREE game online

Retro Pixels

Secara jujurnya TB belum pernah sekalipun bermain game online dari kategroi Game Pixel ini. Tapi tertarik juga nak mencuba kerana melihat rating star nya juga menarik.. bolehlah cuba kalau free nanti.


Permainan Game Online Yang TB dan Famili Suka

Haaa.. Sekarang ni TB nak share pulak antara game online yang TB dah main dalam website plays.org ni.. TB sempat senaraikan yang ini je dulu sebab masa agak terhad nak bermain semua game kan.. Memang terasa excited sangat nak mainkan kesemuanya tapi apakan daya masa lapang tu agak terhad bagi ibu yang ada anak kecil ni.. heheh.. Apa-apa pun jemput baca yea.. 



Ini antara game yang TB paling suka main sejak zaman remaja lagi. Memang suka game yang berkaitan Grocery Store, Restaurant, mahupun stall jual makanan.. seronok sangat bila main macam rasa kita owner kedai/restoran yang sebenar.. 

Berkenaan Game ini dan cara-cara bermain :

Ini adalah permainan simulasi kedai runcit di mana pemain memastikan kedai runcit berjalan lancar.

Klik di atas pelanggan di barisan pembayaran untuk berhubung / berinteraksi dengan mereka.
Klik bulatan berputar untuk mengisi semula barang.
Simpan dan berjimat dengan wang, supaya dapat membelanjakannya untuk mengembangkan barisan inventori.

Permainan ini mempunyai 3 fungsi asas yang harus dilakukan oleh pemain:
1.) Lihat Pelanggan / Layan pelanggan yang ingin membuat pembayaran di kaunter dengan cepat. 
2.) Pastikan stok barang yang dijual dalam bakul jualan cukup, kalau kurang kena tambahkan
3.) Luaskan inventori kedai untuk letak lebih banyak barang jualan

game online free

Lihat pelanggan / layan Pelanggan

Cara Bermain :

Pelanggan yang menunggu untuk checkout akan mempunyai bulatan hijau di atas kepala mereka yang menunjukkan berapa lama mereka menunggu dan berapa lama mereka bersedia menunggu. Klik pada mereka untuk mendapatkan pembelian mereka.

Sekiranya terdapat banyak pelanggan berturut-turut, kita boleh mengklik dengan cepat sekumpulan mereka supaya kita dapat menumpukan perhatian pada bahagian permainan yang lain. Haha.. ketika ini TB ada perhatikan pelanggan yang terus keluar market dengan emoji marah di atas kepala nya.. Masa tu TB tak tau kenapa pelanggan tu itu marah, kemudian terlihat bakul jualan dah kosong, barulah TB tahu kenapa pelanggan marah. so kita perlu topup bekalan stok ke dalam bakul jualan tersebut. Jangan biar kosong ye!

Level Up! 
Salah satu peningkatan pertama yang harus kita beli dalam permainan adalah membuka barisan kaunter pembayaran yang kedua, yang berharga $ 1,000. Masa ni dah kalut sangat sebab ramai sangat pelanggan dah datang .

Simpan stor 

Apabila barang habis terjual, lingkaran hijau muncul di atasnya yang menunjukkan bahawa ia perlu diisi semula. Jangan lupa untuk memeriksa bilik stok secara berkala untuk melihat apakah ia perlu diisi semula. 

Selepas itu kita boleh membeli palet ketiga di ruang stok dengan harga $ 5,000, yang sangat berguna apabila kedai semakin sibuk.  ketika ini boleh la kita buat susun atur kedai sedikit agar nempak kemas dah mudah untuk pelanggan .


Luaskan inventori
Bahagian atas kedai runcit mempunyai tempat di mana kita boleh meletakkan barisan inventori baru.
Semasa menjana pendapatan, duit keuntungan itu kita bolehlah membeli alatan untuk upgrade untuk menyimpan barang-barang ini.

Oh ya.. ada pemain yang suka dengar sound dan ada juga yang suka bermain dengan senyap sahaja, jangan risau, disudut kanan atas skrin telah tersedia butang untuk menghidupkan atau mematikan suara.

Yang bestnya selepas bermain kita terasa nak berhenti, kita boleh sahaj tinggalkan game kita kerana setakat mana permainan yang kita dah main telah disimpan dipenyemak imbas web kita. so, kita boleh meneruskan dari mana kita berhenti jika berehat dari permainan.

gamel online free

free online games


Kesimpulannya, ketika bermain game ini TB berasa seronok kerana dapat memuaskan hati pelanggan yang datang dan paling kelakar bila masa mula-mula main tu, terpandang emoji Angry diatas kepala pelanggan dan tak tahu apa puncanya pelanggan angry .. so bila dah lama-lama main, baru tahu dan kita pun semakin mahir bermain. Seperti menjaga kedai / supermarket sendiri je .. haha .. 

free game online

Pac Rat Game Inspired by Pac Man


Ini adalah pembuatan semula game versi moden yang diinspirasikan oleh Pac Man klasik hit arcade. TB suka kucing tetapi permainan ini benar-benar membuat kucing jadi penjahat dalam game tersebut. Bagi TB Pac Rat Game ni adalah permainan yang menyeronokkan untuk dimainkan berulang kali.

Cara memainkan game ini, ialah.. Kita sebagai Tikus, perlu makan keju di sepanjang ruang dan perlu berhati-hati untuk elak dari dimakan kucing kecuali kita mempunyai pelet kuasa, jadi perlakukannya seperti keju.. Makan je kucing tu macam makan keju.. Setiap tahap selesai apabila semua keju telah dimakan.

Cara nak gerakkan Tikus tu ialah menggunakan butang anak panah arah pada papan kekunci. Sekiranya kucing menyerang tikus, watak tikus akan mati kecuali tikus baru sahaja memakan pelet yang kuat dan bercahaya. ha, selepas memakan salah satu pelet kuasa di sudut skrin kucing akan kelihatan takut dan tikus korang akan bersinar. Pada masa ini korang boleh memakan anak kucing. dan mereka akan berubah menjadi hantu, kembali ke pangkalan pusat, kemudian cuba mengejar korang lagi.

Game ini walaupun ada persamaan dengan Pac Man namun permainan ini jauh lebih mudah daripada kerana ia hanya mempunyai 6 tingkat, ia mempunyai 3 kucing dan bukannya 4 hantu, dan kelajuan watak relatif juga memihak kepada pemain.

Oh ya, prestasi permainan kita akan disimpan di penyemak imbas web tempatan kita. So selepas kita melepasi tahap tertentu, kita dapat memainkannya semula sesuka hati, walaupun kita harus mengalahkan tahap semasa untuk membuka tahap berikutnya.


free online games

Neon Invaders – Free Space Invaders Shooting Game


Permainan ini adalah pembuatan semula versi moden yang indah yang diilhamkan oleh Space Invaders klasik arcade. Cukup hebat untuk mencari salah satu permainan kanak-kanak terbaik website ini. Neon Invaders ini adalah versi baru untuk permainan klasik. TB suka permainan ini. Pada mulanya TB ingatkan ia game Space Armada, Galactic Chase, dan Space Invaders!

Cara bermain :

Tekan Space Bar di papan kekunci untuk menembak makhluk asing dan Gerakkan ke kiri dan kanan untuk mengelakkan tembakan semasa menembak ke arah mereka. Yang ini kita guna butang anak panah atas bawah kiri kanan tu saja. mudah kan.. 


space invaders


Gunakan benteng/pengkalan untuk menyekat tembakan musuh atau mengelakkan tembakannya dengan bergerak ke kiri atau kanan. Caranya gerakkan kapal korang dari sisi ke sisi menggunakan kekunci anak panah korang atau gunakan butang di bahagian kiri bawah skrin.

Seperti biasa untuk game ini kita diberikan 3 nyawa untuk memulakan permainan . Setiap kali peluru menghantam kapal korang, korang akan kehilangan nyawa. Sekiranya meter kuasa di bahagian atas skrin menjadi sifar, korang juga akan mati.

Oh ya, seperti game-game space incaders yang sebelum ini, akan ada jantung/nyawa yang turun dari atas dan kita kena cepat mendapatkan untuk memberi nyawa kepada kita, tapi sekiranya kita sudah mempunyai 3 nyawa maka kita tidak akan mendapat nyawa keempat, walaubagaimanapun ini juga meningkatkan kekuatan kita.

Tapi.. yang frustnya.. satu je tentang game ni, Sekiranya permainan berakhir dan kita bermain lagi, kita terpaksa bermula dari awal..


online game free

Star Wars X-Wing Fighter Flying Game


TB sukakan yang ini, sebab grafik dia nampak cantik sikit dari yang lain. cara bermain pun sangat seronok. Kita [erlu menembak Kapal musuh dan perlu elak dari terkena tembakan. Kalau dah terkena tembakan kita perlu kumpul tenaga termasuk kesihatan untuk memulihkan nyawa kita. Seterusnya kita perlu capai target dan selesaikan misi dan mata markah dalam pusingan simulasi untuk menaik taraf kapal lebih jauh.

Play Star Wars X-Wing Fighter Game Online

game ini sesuai dimainkan oleh kanak-kanak dan orang dewasa. namun untuk bermain game ini, perlu menunggu loading yang lama sikit berbanding game simple yang lain (tidaklah terlalu lama) kerana  Saiz game ini besar sedikit. 

star wars


Cara bermainnya sngat mudah,hanya gunakan kekunci tetikus atau anak panah untuk menggerakkan jet pejuang korang secara menegak dan mendatar.

Tekan Space bar atau tetikus untuk mengisi meriam laser anda

Permainan ini menawarkan tiga tahap.
Pertempuran di Takodana
Serangan Pangkalan Starkiller
Simulasi


Kesimpulannya, TB terlalu suka website ini kerana semua permainan yang tersedia dalam website ini adalah permainan yang sangat santai dan tidak perlu memerah otak atau tidak perlu terlalu agresif untuk mencapai kemenangan. Just main ketika ada masa lapang dan berhenti sekiranya perlu.. Selepas itu boleh sambung bermain di masa yang lain pula.

Plays.Org sangat berbaloi untuk mereka yang sukakan game online yang santai dan percuma. Kita tidak perlu melanggan, tidak perlu membuat pembayaran, atau memuat turun apa sahaja!. Ini adalah platform berasaskan web yang serasi dengan kedua-dua iO, Android, dan semua jenis penyemak imbas mudah alih dan komputer. 

Semasa kecil dulu TB ada bermain permainan di PC, permainan konsol, dan sekarang juga permainan mudah alih. Bermain game online ini adalah adalah sumber keseronokan, kegembiraan, dan keselesaan bagi mereka yang kebosanan apatah lagi ketika terkurung didalam rumah ketika pandemik ini. Terdapat kajian menunjukkan bahawa bermain permainan video atau game online dapat membantu kita mengatasi kemurungan. 

Untuk bermain game tidak semestinya rumit, kita boleh hilangkan kebosanan dan menikmati keseronokan dalam permainan yang lebih santai seperti menjawap teka-teki, mengeja perkataan, mencari objek tersembunyi, tembak-menembak, dan lain-lain lagi. 

TB telah mencuba permainan play.org di komputer, tablet dan telefon bimbit. Semuanya berfungsi dengan baik! TB puas hati dan seronok apabila menjumpai website ini. Tak perlu muat turun. Tiada aplikasi atau jenis perisian. kita cuma memainkan semuanya dari penyemak imbas kita sahaja. Yang paling penting tiada iklan. Inilah yang membezakan plays.org dengan laman web online games yang lain. TB sangat tidak suka apabila iklan tiba-tiba muncul pada pertengahan permainan. Ia mengganggu dan merosakkan momentum kita yang tengah asyik bermain. 

So, korang tunggu apa lagi? boleh la try mencuba game-game yang ada di website ini ye.. pasti korang suka sampai melekat tak mahu berhenti..




Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers