Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

Memaparkan catatan dengan label games. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label games. Papar semua catatan

24 November 2022

Free Online Money Games For Kids

money games

Free Online Money Games For Kids


Bermain game online adalah sesuatu yang menyeronokkan ditambah pula ia dapat mengaktifkan otak kita untuk berfikir menyelesaikan masalah. Permainan game berbentuk kira-kira atau kewangan boleh membantu anak-anak kita mengetahui lebih lanjut tentang belanjawan, melabur dan membelanjakan wang sambil berseronok sebagai sebuah keluarga.

Mengajar anak-anak tentang kewangan adalah bahagian penting dalam melengkapkan mereka dengan pengetahuan yang mereka perlukan untuk menjadi orang dewasa yang berjaya. Ia boleh menjadi satu cabaran untuk membuat mereka memberi perhatian apabila mereka mungkin mempunyai sedozen perkara yang mereka lebih suka lakukan.

Walau bagaimanapun. kita boleh menjadikan pembelajaran tentang wang menyeronokkan untuk anak-anak kita apabila kita menggunakan game online untuk memperkenalkan konsep dan peraturan umum wang tanpa perlu menghadiri kuliah yang membosankan. Kebanyakan permainan seperti ini boleh didapati dalam talian dan secara percuma. Pastinya banyak cara boleh dilakukan untuk berhubung dengan kanak-kanak dan remaja untuk membantu mereka mengetahui lebih lanjut tentang perbelanjaan, simpanan, pelaburan dan belanjawan.

Antara lainnya kita boleh melatih anak-anak membiasakan diri dengan kira-kira dan belanjawan serta tambah tolak melalui pelbagai game yang terdapat dalam money games online secara percuma ini. Tidak perlu download dan tidak perlu buang masa dengan iklan yang menganggu. Pastinya kita juga turut sama menyukai game online sebegini yang mudah dan tidak perlu memuat turun game seperti bermain game video lain .

Jom kita lihat game apa yang boleh kita bermain dalam website ini. Terdapat pelbagai game mengikut kategori yang boleh kita pilih. Semuanya menarik sangat dan membuatkan kita dan anak-anak teruja bermain hingga tamat. 

Harraz juga pandai memilih game yang bersesuaian dengan umurnya. dia akan bermain dengan fokus kalau dia dapat game yang menepati minat nya. 


Free Online Money Games For Kids


Money Games - Counting Money & Making Change

Dibawah ini TB nak share beberapa permainan online yang bagus untuk melatih kanak-kanak belajar  mengira tambah dan tolak serta cara memulangkan baki wang serta perbelanjaan harian.

free online game


Ini adalah salah satu permainan online yang sangat bagus untuk anak-anak belajar tentang wang dan transaksi serta pulangan baki wang untuk setiap perbelanjaan. permainan ini dinamakan Cash Back. Cash Back ialah permainan di mana pemain memulangkan baki kepada pelanggan dengan jumlah yang tepat menggunakan bil dan syiling. 

Harraz memang sukakan pengiraan (Matematik), jadi permainan ini buat dia teruja nak mencuba. Dia bermain dengan asyik sekali. Ih ya, bagi yang baru pertama kali bermain permainan ini, pastinya agak keliru dan kurang faham, betul tak? Tapi jangan risau kerana diawal permulaan game ada option untuk dipilih samada pilih untuk menonton tutorial atau terus bermain. 

Pilih tetapan yang kita ingin mainkan termasuk tahap kesukaran (mudah, sederhana atau sukar), pembayang dan jika kita mahu menunjukkan jumlah baki wang. Pilih bil dan syiling yang diperlukan untuk menjumlahkan dengan betul jumlah baki wang pelanggan. Klik pada butang GIVE CHANGE . 

Jawab seberapa banyak soalan dengan betul selagi kita masih ada banyak masa untuk menjawab sehinggalah kehabisan masa. Harraz berm,ain dengan gembira dan teruja sangat apabila dia berjaya menjawap soalan dengan betul.


Kita boleh menjawab soalan dengan pelbagai kombinasi wang yang berbeza asalkan jumlah akhir sepadan dengan perubahan yang perlu dibayar.


grocery Cashier


Grocery Cashier ialah satu permainan yang berkaitan kerjaya dimana kita melakukan kerja sebagai  Cashier / Juruwang Runcit. Apabila dah mencuba permainan ini, TB rasa ia amat sesuai untuk kanak-kanak yang lebih muda bermain dan berlatih tambah dan tolak dalam membiasakan diri dengan kira-kira/ kewangan dengan mengendalikan daftar tunai secara maya. 

Harraz belum cuba lagi permainan ini namun permainan ini perlu di ajar dahulu untuk permulaan supaya harraz tau apa yang dikehendaki dalam game ini. Mungkin agak rumit sedikit bagi kanak-kanak seumur Harraz. Namun belum cuba belum tahu kan.


Melalui permainan ini kita dapati setiap pelanggan mewakili tahap permainan yang berbeza. Apabila kita bermain lebih lama, bilangan item akan meningkat manakala had masa untuk setiap pelanggan berkurangan. 

Masukkan kos setiap item semasa item bergerak menuju ke pelanggan, kemudian klik butang tambah. Untuk memasukkan pembayaran, perlu diingatkan mesti mengklik atau menekan butang pada juruwang dan bukannya menggunakan keyboard. Jika kita tersalah atau membuat ralat terdapat butang CLEAR yang boleh digunakan untuk memadamkan input terdahulu. 

Oh ya, selain itu apabila memasukkan jumlah, kita tidak perlu memasukkan apa-apa selepas perpuluhan jika harga produk adalah angka dolar keseluruhan & tidak perlu memasukkan sen untuk produk yang berharga dalam dolar dan sen. Selepas memasukkan semua item klik pada butang jumlah. Jika pelanggan membayar melalui baucer, masukkan jumlah baucer dan tanda tolak. 

Anda tidak membuat perubahan untuk pelanggan yang bermain dengan baucer. Hanya masukkan amaun, tanda negatif, dan kemudian klik butang SELESAI di sebelah kanan. Jika pelanggan membayar dengan wang pula, masukkan jumlah yang mereka bayar dan kemudian klik pada butang bayar. 

Kemudian klik pada bil dan syiling yang dikaitkan dengan jumlah yang terhutang dan kemudian klik butang selesai apabila telaH selesai.


PC GAME


Inaara baru 2 tahun lebih tetapi kadang-kadang dia pun seperti berminat bermain game seperti abangya. Namun begitu TB tetap kawal agar inaara tidak terlalu obses dengan screen time. Kalau TB nak bagi anak-anak bermain game pun TB akan pilih game yang berbentuk education atau learning game. dan TB nampak Treze Coins ialah game yang bagus untuk kanak-kanak bermain. 

Treze Coins ialah perrmainan tambah wang yang mudah di mana kanak-kanak menambah syiling untuk didepositkan ke dalam mesin gula-gula getah.

Cara bermain pun sangat mudah untuk difahami kanak-kanak seusia inaara. Mula-mula sekali kita perlu setting dahulu nilai syiling sebelum memulakan permainan. Pilih denominasi syiling yang ingin digunakan samaada 1, 1 dan 10, atau 1 dan 5 dan 10.

Lihat amaun yang ditunjukkan di bahagian tengah atas skrin dan klik pada syiling dari bahagian bawah untuk memasukkan syiling yang jumlahnya kepada amaun itu.

Selepas klik/menambah bilangan syiling yang betul, klik pada mesin gula-gula getah untuk memasukkan syiling. Jika tersilap, kita boleh klik X di bawah kotak tambah syiling. Jika kita mahu membuat perubahan terdapat penukar syiling di sudut kanan bawah. Dan terus beli gula-gula getah sampai kehabisan duit.

Game diatas ialah game yang TB kongsikan untuk ibubapa beri anak cuba dalam memupuk komunikasi kewangan yang penting dengan anak-anak. Cara ini dapat menggalakkan anak-anak belajar menggunakan wang dalam perbelanjaan seharian.  

Selain itu ada banyak lagi permainan online yang boleh dicuba iaitu seperti yang TB share dihujung entri ini :

Dibawah ini pula ialah game-game lain yang TB telah cuba main dengan anak-anak dan ia amat menyeronokkan dengan muzik background yang nayaman didengari serta paparan gambar video yang menarik.. seronok bermain tanpa jemu.


free online game



Idle Farming Business ialah permainan petani di mana kita perlu menanam dan menuai tanaman yang berbeza. Ia sangat mengasyikkan dengan muzik background yang ala country gitu. TB memang suka kan game bercucuk tanam dari dulu lagi. Harraz pun suka juga. Harraz sibuk mengira berapa lagi perlu collect untuk tanam sayuran baru.. tak sabar nya dia nak unlock new item dalam ladang dia.. hehe.. 


faRM GAME


Cara bermain pun agak mudah dah senang difahami kanak-kanak seusia harraz. Mula-mula sekali kita akan menanam ubi kentang dan tuai ubi kentang dalam plot pertama. Kemudian gunakan keuntungan hasil daripada menjual ubi kentang untuk menanam dan menuai 8 jenis sayur-sayuran lain iaitu lobak merah, gandum, tomato, timun, lada, lobak, bawang dan jagung.

Scroll ke atas setiap plot secara berkala untuk mengutip pendapatannya supaya kita boleh terus melabur semula dalam meningkatkan lagi ladang kita.

Untuk setiap jenis sayuran beli peningkatan (upgrade) untuk mengurangkan masa pengeluaran, menyusun pendapatan dan meningkatkan keuntungan.

Gali setiap kawasan untuk memperbaiki tanah supaya anda boleh menanam lebih banyak sayur-sayuran, yang meningkatkan hasil anda. Apabila anda menanam 25, 50, atau 100 dalam plot masa pengeluaran dipotong separuh.


farm game online

Pilih awan hujan untuk menggandakan kadar penuaian anda & pilih matahari agar ia bersinar untuk pengeluaran yang lebih cepat.


ice cream bar



Ice Cream Bar ialah permainan simulasi kedai aiskrim di mana kita sebagai penjual mesti melayan pelanggan dengan pantas dengan menyediakan ais krim yang mereka inginkan dalam susunan yang betul.

Permainan ini memerlukan kita bergerak pantas, kerana dalam tiba-tiba je banyak barang habis dan kena topup segera sebelum pelanggan marah menunggu lama.. 

Cara bermain pun sangat mudah. Lihat gelembung pemikiran di atas pelanggan untuk melihat apa yang mereka pesan dan berapa banyak masa yang kita ada untuk melayani mereka.

Pilih cawan atau kon, kemudian bina hidangan ais krim mereka dalam susunan tepat yang mereka minta dari bahan bawah ke atas.

Klik  pada produk siap untuk menghidangkannya. Jika membuat kesilapan, boleh mengetik pada tong sampah di bahagian bawah sebelah kiri permainan. Tidak seperti permainan sim yang lain, kita tidak perlu mengutip bayaran pelanggan dalam permainan ini.

Jika kehabisan bahan, klik pada syiling di mana ia adalah untuk mengisi semula item.Capai matlamat tahap untuk pelanggan yang dilayan sebelum pemasa kehabisan & bermain melalui semua 20 peringkat.


tractor mania game online


Tractor Mania ialah permainan memandu traktor 180 peringkat di mana kita mengambil hasil dan menghantarnya ke destinasinya. Agak comel permainan ini kerana gambarnya yang menarik serta seronok menggerakkan traktor tersebut. 

Cara bermain pun agak mudah dan menyeronokkan. Harraz bermain sambil ketawa apabila bermain game ini. Mula-mula sekali kita perlu tunggu sehingga hasil dimuatkan sepenuhnya sebelum memulakan perjalanan. Pandu merentasi jalan rata dan berbukit sambil mengawal kelajuan dan sudut traktor anda untuk meminimumkan jumlah hasil yang hilang sepanjang perjalanan akibat jalan yang berbukit-bukit.


game online


Perlahan sebelum melintasi jambatan & berhati-hati dengan kelajuan bila-bila masa terdapat perubahan besar dalam gred jalan. 

Gunakan pendapatan yang diperoleh daripada setiap peringkat untuk meningkatkan/upgrade traktor, atau untuk membuka kunci traktor dan treler yang lebih baik. Kita boleh menaik taraf enjin, kotak gear, tayar, boost dan bahan api pada setiap traktor.

Terdapat 3 treler berbeza untuk dijual & traktor pokok berkualiti tinggi yang boleh dibeli. Apabila telah mencapai tahap tinggi kita tidak boleh kembali dan memainkannya semula, jadi pastikan memandu dengan berhati-hati.



we bear bare


Satu-satunya game yang sangat comel yang membuatkan inaara menjerit sebut comelnyaaaaaa... bear comel lah. Tapi inaar tak boleh main lagi sebab game ini perlukan pembacaan juga, ada teka-teki. dan perlu memikir juga. belum sesuai untuk kanak-kanak seumur inaara. 

We Bare Bears Develobears ialah permainan STEM yang menyeronokkan untuk kanak-kanak yang mengajar mereka tentang komponen yang digunakan untuk membuat permainan video.

Sambungkan bersama puzzle / teka-teki watak animasi dan watak animasi itulah juga watak kita dalam permainan video nanti. Pilih tugasan daripada papan tugas untuk terus bekerja pada pembangunan permainan.Tugas termasuk melukis gambar, membuat chiptune, mencipta seni piksel tersuai yang muncul dalam permainan dan menambah elemen permainan lain yang boleh dibuka kunci.

online game

Pilih untuk bermain melalui pelbagai kombinasi reka bentuk tahap, gubahan muzik dan watak. Main permainan berulang kali dan buka kunci variasi baharu sehingga selesai membina permainan.

Semasa membuat kemajuan pembangunan permainan, latar belakang pejabat juga akan dinaik taraf untuk mencerminkan kemajuan kita. yang ini memang seronok kerana kita nampak setiap kemajuan kita dari segi item atau barangan dalam pejabat kita dah diupgrade.. contohnya laptop dan macam-macam lagi.



MAHJONG GAME


TB sukakan mainan Mahjong macam ni.. Mahjong solitaire orang kata. Game Cooking Mahjong ini antara game kegemaran TB sendiri malah Cooking Mahjong ini ialah permainan membina resipi yang diilhamkan oleh permainan Mahjong Solitaire. Cuma cara bermain ini agak lain sedikit apabila ia seakan-akan kita penjual atau chef yang perlu menyediakan menu masakan mengikut pilihan pelanggan, gabungkan bahan-bahan untuk dijadikan satu menu.. 

Cara bermain juga gak mudah. Mulamula sekali lihat bahagian atas skrin untuk melihat resipi yang kita mesti penuhi dan berapa banyak kuantiti resipi yang kita mesti buat. Pilih batu/stone terbuka yang merupakan sebahagian daripada resipi. Daripada memilih batu padanan yang sama, kita memilih bahan-bahan individu. 

Setiap kali melengkapkan resipi, kiraan yang diperlukan turun satu. Kita hanya boleh menggunakan batu terbuka untuk melengkapkan resipi. 

Batu terbuka ialah jubin yang tidak mempunyai batu tepat di atasnya dan sekurang-kurangnya satu bahagian kiri atau kanan bebas daripada batu lain. Batu terbuka dilambangkan menggunakan warna latar belakang yang lebih terang, manakala batu yang tidak terbuka mempunyai warna latar belakang yang lebih gelap.

Main melalui 25 peringkat, lengkapkan semua resipi pada setiap satu sebelum pemasa mencapai sifar.
Apabila tiada perlawanan terbuka yang sah kekal, batu yang selebihnya akan dikocok secara automatik.
Jika a gagal sesuatu peringkat, kita boleh mencubanya semula tanpa had kali.


HIDDEN FOOD



Hidden Food ialah permainan mencari objek tersembunyi di mana kita mesti mencari makanan atau peralatan dapur yang tersembunyi disebalik perkakas dapur yang banyak dna padat.

Lihat bahagian atas permainan untuk baki masa tahap, item yang diperlukan yang mesti dicari, dan berapa banyak setiap item yang mesti ditemui.

Klik pada item dengan cepat sebaik sahaja kita melihatnya di peringkat di bawah. Ulangi proses sehingga semua item ditemui.

Apabila kita maju melalui permainan, ia menjadi lebih sukar kerana perlu mencari lebih banyak jenis item, lebih banyak setiap jenis item, dan item di papan menjadi lebih padat.

Jika tidak menjumpai item untuk satu tempoh masa, salah satu daripada baki item yang perlu kita cari akan bergoyang-goyang ke sana ke mari, menjadikannya lebih mudah untuk dikesan. siap ada hint tu.. mudah sangat game ni. Jika gagal mana-mana peringkat kita boleh memainkannya semula tanpa had kali.


Sebenarnya banyak sangat game yang TB dah cuba tetapi tak dapat nak share disini, jadi apa kata awak semua pergi je tengok sendiri dan pilih sendiri money games online  yang awak semua suka. 



11 Ogos 2022

Jom Cuba Permainan Online Percuma di website Calculators.org. Best!

free online game

Jom Cuba Permainan Online Percuma di website Calculators.org. Best!



Terdapat pelbagai cara untuk membuat anak-anak terhibur. Selain membawa mereka berjalan dan menikmati keseronokan diluar sana, boleh juga luangkan sedikit masa bersama anak-anak untuk melakukan aktiviti yang jarang dilakukan ketika hari persekolahan. Namun sebagai ibu, ada juga masa yang sesuai TB akan mengajak anak-anak bermain dengan permainan game online yang berkaitan dengan belajar. Nak pula ada website yang menyediakan permainan online percuma yang sangat interaktif dan anak-anak boleh bermain sambil belajar.


Game online yang TB maksudkan itu ialah game Matematik yang boleh dimainkan secara percuma di website calculator.org  . Website ini pada mulanya memfokuskan pada permainan matematik tetapi kemudian berkembang menjadi pelbagai permainan lain yang menyeronokkan untuk kanak-kanak & orang yang sukakan game online dari zaman kanak-kanak mereka. Baru-baru ini mereka telah menambah koleksi permainan matematik untuk membantu pelajar belajar matematik dalam talian dengan cara yang menyeronokkan dan interaktif.


Terdapat pelbagai game yang boleh korang pilih. Bermain bersama anak-anak pastinya menjadi lebih seronok disamping kita dapat kurangkan masa menonton tv dan bermain sepuas-puasnya dengan anak-anak. Itulah masa berharga yang kita perlu adakan untuk anak-anak kita yang sedang membesar. Jikalau berminat nak bermain dengan game online percuma, boleh la singgah di website  ni.. 


Keistimewaan website ini ialah permainannya lancar tanpa terganggu dengan iklan yang merupakan sesuatu yang sangat TB dan anak-anak tidak sukai. Kebanyakan website atau aplikasi kalau kita perhatikan, terlalu banyak iklan dan memakan masa yang lama, hingga kita terlupa apa perkara yang perlu dilakukan sebelum permainan disambung semula.  Hal ini sangat menjengkelkan. 


dan berlainan pula dengan website game online yang lain, website calculators.org sangat mudah digunakan terus tanpa perlu login dan tidak perlu sebarang pemasangan aplikasi.

TB dan anak-anak sangat happy bermain game yang ada didalam website ini dan sangat terhibur dengan image dan warna pada permainan yang ada dan teruja mendengar sound yang begitu menarik perhatian anak-anak untuk bermain.. Boleh dikatakan  banyak game  yang TB dan anak-anak suka, terumatanya game yang berkaitan matematik dan kira-kira. 

Jadi TB kongsikan dahulu game apa yang ada di website ini sebelum TB kongsi tentang game matematik dan game board game pilihan kami. Jom tengok dibawah ini senarai game yang ada mengikut kategori .


Permainan Pendidikan


Permainan Matematik - pengendali matematik teras seperti penambahan, penolakan, pembahagian dan pendaraban bersama beberapa permainan logik berasaskan matematik

Permainan Perkataan - teka silang kata, carian perkataan, susun semula huruf, dsb.

Permainan untuk Kanak-kanak Prasekolah - permainan asas untuk kanak-kanak kecil

Permainan Kuiz - pelajari sains dan topik lain dengan kuiz dalam talian percuma ini

Permainan Teka-teki - selesaikan teka-teki menggunakan imej prabuatan atau muat naik imej anda sendiri dan jadikan teka-teki.

Permainan Logik - permainan yang melibatkan logik untuk menyelesaikan masalah. Termasuk permainan logik matematik dan jenis permainan logik lain.

Permainan Memori - tekan butang dalam susunan yang betul & ingat kad tersembunyi.

Permainan Kesihatan - tentukan apa itu makanan, cegah penyebaran virus, tingkatkan kesihatan alam sekitar melalui kitar semula

Permainan Fizik - permainan platform berasaskan fizik dan sains

Permainan Muzik - Main instrumen seperti dram atau piano. Pemain juga boleh meningkatkan telinga muzik mereka dengan memainkan permainan padanan nada.


Permainan Tambahan


Pada asalnya website ini menumpukan pada permainan pendidikan, namun kemudian mereka mengembangkan lagi dengan memasukkan sekali kategori permainan popular yang lain. 

Permainan Percutian - permainan yang menyeronokkan untuk cuti

Permainan Kanak-kanak Klasik - Rubik's Cube, Simon Says, tic-tac-toe, dsb.

Permainan Papan - dam, catur, Ular dan Tangga, dsb

Permainan Seni - permainan yang menyeronokkan untuk membuat watak atau lukisan

Permainan Arked - versi dalam talian permainan arked klasik

Permainan Sukan - permainan yang berkaitan dengan sukan popular

Peta Laman Permainan Percuma - satu halaman yang menyenaraikan semua koleksi permainan kami

Permainan Kad - Uno, permainan kad memori & bersendirian


Kepada sesiapa yang nak cuba bermain sendiri game-game yang ada ini boleh la terus ke website ini. terdapat pelbagai game yang sangat menarik untuk dimainkan dan paling best sebab ada game yang kita pernah suka pada zaman kanak-kanak dahulu. 


Harraz pun suka dengan bermacam game di website ini. Sampaikan dia tak sabar nak habiskan game untuk try game seterusnya.. Kalau korang nak try jugak boleh la pergi ke link dibawah ni.. percuma je tau.. takperlu bayar apa-apa.  




free online arcade game



Game matematik seperti kira-kira yang mudah adalah pilihan yang sesuai untuk Harraz. Mujur Harraz sukakan game ni, sebab ada ilustrasi gambar yang cantik serta muzik yang fun sangat untuk kanak-kanak seusia harraz. Seperti biasa TB pun turut enjoy bermain game ini bersama anak-anak.


Dibawah ini TB kongsikan beberapa game kegemaran kami iaitu:




game online percuma



game online free

free game online


Game Math Speed ini sangat menarik dimana kita dapat menguji tahap kelajuan kita dalam menjawap soalan-soalan Matematik. Disamping gambar yang menarik dan sangat cantik untuk kanak-kanak bermain, ia didatangkan dengan sound yang sangat fun dan membutakan kita rasa teruja untuk terus bermain dengan game ini. Didalam game ini kita boleh lihat dibahagian atas sebelah kanan skrin ada 3 imej musang yang bererti pemain mempunyai 3 nyawa. Sekiranya pemain menjawap atau meneka jawapan yang salah, atau tidak menjawap soalan, mereka akan kehilangan nyawa. Permainan sangat bagus dalam membantu pelajar mempelajari penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian.


free game online

free game online


Matematik untuk Kanak-kanak ini sangat cantik video nya. bewarna-warni dan sangat terang warnanya. membuatkan kanak-kanak tertarik pada pandang pertama. Namun permainan ini memerlukan kepantasan untuk menjawap soalan dimana pemain diberi masa selama 3 saat sahaja untuk memilih jawapan yang betul menjadikan permainan ini agak sukar berbanding kebanyakan permainan lain dalam koleksi game matematik. Namun bagi orang dewasa ia amat bagus untuk mengaktifkan sel-sel Otak kita juga.. haha

Jika anda sedang mencari aktiviti yang menyeronokkan untuk mengiringi kerja rumah matematik yang telah dihantar ke rumah, TB sangat mengesyorkan ini! Ia seolah-olah merangkumi pelbagai topik dan tahap gred.

dan.. bukan ini sahaja game matematik yang korang boleh main tau. Masih ada banyak lagi.. so.. boleh lah cari dekat link diatas yang TB share ni ye.. 


board game


Board Games 

Oh ya.. Sebenarnya TB nak share game tentang kategori board games ni. Sememangnya TB minat sangat board game ni tau.. Bukan semasa kecil sahaja, malah ketika dewasa sekarang pun TB masih menyukai board games ni. Bila ada masa terluang dan TB rasa ingin tenangkan fikiran sebentar, TB akan bermain game-game seperti ini di PC. Tapi sekarang paling seronok sebab dah jumpa website yang menghimpunkan banyak board game dalam satu tempat. Wah.. Sangat teruja nak bermain dengan kesemua game ini.. 

Jadi, mari TB kongsikan antara board games yang TB sangat teruja bermain dan ada juga yang TB teruja nak mencuba kerana terdapat game yang TB tidak pernah main sebelum ini walaupun game itu telah wujud sangat lama sebenarnya. jom tengok dan cuba game-game yang TB senaraikan dibawah :


(klik link ini kalau nak pergi ke website board games ni)

  1. https://www.calculators.org/games/uno/
  2. https://www.calculators.org/games/rummy/
  3. https://www.calculators.org/games/3d-rubiks-cube/
  4. https://www.calculators.org/games/uno-with-friends/
  5. https://www.calculators.org/games/guess-who/
  6. https://www.calculators.org/games/connect-4/
  7. https://www.calculators.org/games/ludo/
  8. https://www.calculators.org/games/checkers/
  9. https://www.calculators.org/games/ultimate-tic-tac-toe/
  10. https://www.calculators.org/games/chutes-and-ladders/
  11. https://www.calculators.org/games/etch-a-sketch/
  12. https://www.calculators.org/games/master-chess/
  13. https://www.calculators.org/games/whack-em-all/
  14. https://www.calculators.org/games/dominoes/
  15. https://www.calculators.org/games/goose/
  16. https://www.calculators.org/games/reversi/
  17. https://www.calculators.org/games/simon-says/
  18. https://www.calculators.org/games/grocery-cashier/

Yang ini antara board game yang TB dan anak-anak suka bermain bersama. Ia mengandungi list beberapa permainan papan/board games kegemaran TB dari zaman kanak-kanak malah hingga kini masih tetap menyukai game-game sebegitu. game yang simple dan seronok sangat kalau bermain dengan keluarga, adik-adik, rakan mahupun anak-anak. Ia sangat-sangat mengimbau kenangan indah dari zaman kanak-kanak malah mak dengan abah pun masih ingat game tersebut.


free online game


TB dah bermain dengan anak-anak, dan mereka nampaknya suka bermain dengan rasa gembira apabila mendengar sound dan papan ladder yang sangat berwarna-warni ini. Permainan ini juga mewujudkan persaingan yang sihat antara kami. Permainan ini memerlukan pemain melemparkan dadu dan melihat berapa nobor yang tertera dan perlu melangkah ke hadapan mengikut kiraan noimbor yang diperolehi. sekiranya berhenti ditapak kepala ular mahu pun papan gelongsor, pemain perlu turun semula ke bawah. Apap-apa pun semua gembira apabila permainan tamat dan mujur tiada siapa yang menangis apabila tidak bernasib baik digigit ular dan terpaksa turun ke barisan awal dibawah. 


goose game


Permainan Angsa ini paling seronok ketika bermain dengan anak-anak kerana musik dan sound itik itu sangat comel dan buat anak-anak bersa teruja bermain hingga ke penghujung. Cara bermain juga mudah, pemain melemparkan dadu dan bergerak mengikut nombor yang diperolehi, dan bergerak hingga sampai ke penghujung papan sebelum pemain lain. Permainan ini membolehkan anda bermain menentang sehingga 5 pesaing, yang boleh menjadi manusia atau komputer.


free game online

free game online

free game online



Game ini juga sangat menarik dicuba.. dengan kesan bunyi bom yang memuaskan hati bila didengar dan gambaran yang jelas ketika bermain membuatkan TB bermain lebih dari sekali. Permainan ini menguji kita untuk m,eneka dimana kedudukan kapal selam musuh. dan sekiranya kita berjaya mengebom semua kapal selam musuh sebelum musuh menyerang semua kapal selam kita, kita adalah pemenang. 

Dimainkan hanya seorang pemain. Pemain boleh menghantar jet pejuang untuk mengebom beberapa sel sekaligus atau menggunakan sonar untuk mengenal pasti lokasi kapal yang bersaing. cubalah.. yang ini pasti anda suka!

Permainan Board games ini sesuai untuk remaja dan kita  yang dewasa sahaja sebab anak-anak bawah umur belum pandai lagi bermain game-game sebegini.. Jadi TB akan bagi anak-anak bermain dengan game yang sesuai dengan mereka.

Secara keseluruhan TB dapati bahawa calculators.org mempunyai semua game yang seuai untuk semua peringkat umur. Ia sesuai dimainkan bersendirian, mahupun bersama keluarga. Permainan yang pelbagai di website ini juga boleh dimainkan di komputer riba, di telefon mudah alih dan juga di tab yang mempunyai sambungan wifi. Dengan adanya website ini, TB tak susah nak cari ditempat lain permainan yang serba okay. Tidak perlu daftar apa-apa, tidakl perlu bayaran apa-apa, tiada iklan yang menganggu konstrasi keteika bermain game dan paling best sangat banyak pilihan game yang sentiasa akan ditambah setiap masa .


Oh ya.. bagi anak-anak yang sukakan game yang berkaitan muzik.. ada satu kategori yang sesuai untuk beri anak anda main. boleh tengok link dibawah ini.  ( just select dan klik butang kanan dan klik go to .... )  

Permainan dalam pelbagai kategori seperti muzik

https://www.calculators.org/games/virtu-drum-pads/

https://www.calculators.org/games/drum-beats/

Sampai disini sahaja. TB dengan anak-anak mahu sambung bermain game online sekarang .. 


Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers