Hotel Mewah Terbaik Di Kuala Lumpur
Sekiranya anda
sedang merancang untuk pergi ke Kuala Lumpur sama ada atas urusan bisnes
ataupun urusan peribadi, kami sarankan anda untuk cuba menginap di hotel-hotel
mewah yang ada di bandar metropolitan itu. Inilah masanya untuk anda terokai
tempat penginapan yang menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan dengan servis
terbaik.
Bagi memudahkan pencarian anda, berikut kami kongsikan 5 pilihan hotel mewah yang terbaik di Kuala Lumpur yang anda boleh jadikan pilihan untuk melengkapi percutian anda. Nak tahu hotel yang dimaksudkan? Jom baca!
1. JW Marriott Kuala Lumpur
Tidak kalah
hebatnya dengan hotel-hotel mewah yang lain, JW Marriott Kuala Lumpur juga
menawarkan pelbagai kemudahan dan servis bertaraf global. Kemudahan dan
kelengkapan di setiap bilik disediakan mengikut pakej bilik yang ditempah.
Kemudahan seperti kolam renang, pusat kecergasan, parking percuma dan kedai
makan juga disediakan.
Berhampiran JW Marriott KL hotel ini, anda boleh pergi ke tempat tarikan pelancong di sekitar Kuala Lumpur seperti Menara Berkembar Petronas, Aquaria KLCC, Muzium Kesenian Islam Malaysia dan sebagainya. Untuk menjamu selera pula, anda boleh pergi ke restoran 5 bintang berhampiran yang terletak kurang 5 km dari hotel ini.
2. Mandarin
Oriental Kuala Lumpur
Dengan berkonsepkan
moden kontemporari, kemewahan hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur ini dapat
anda rasai sebaik sahaja melangkah masuk ke kawasan lobi hotel. Tidak hairanlah
ia sering menjadi pilihan ahli korporat atau golongan atasan untuk menginap di
sini.
Di hotel Mandarin Oriental KL ini, terdapat 16 jenis bilik mewah yang ditawarkan. Setiap bilik di hotel ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Selain kemudahan di dalam bilik, hotel ini juga menyediakan kemudahan untuk pengunjungnya berekreasi. Ia mempunyai kawasan untuk bermain golf, gelanggang tenis, pusat kecergasan dan tidak ketinggalan kolam renang yang cukup luas dan sesuai untuk kanak-kanak.
Terletak betul-betul di antara taman bunga, Taman KLCC dan bangunan Menara Berkembar Petronas, hotel ini menyajikan anda pemandangan yang cukup mengagumkan. Anda boleh melihat keindahan bunga-bunga di Taman KLCC dan menyaksikan salah satu bangunan tertinggi di dunia dengan rekaan yang menarik dalam jarak dekat hanya melalui tingkap hotel ini.
3. Wolo
Hotel Bukit Bintang
Wolo Hotel Bukit
Bintang membawa tema ‘We Only Live Once’ yang menjadi akronim nama hotel ini.
Seperti temanya, nda perlu cuba menginap di sini sekurang-kurangnya sekali
seumur hidup!
4. Impiana
KLCC Hotel
Terletak berdekatan
dengan tempat tumpuan pelancongan, Impiana KLCC Hotel sangat sesuai dijadikan
sebagai pilihan tempat penginapan anda. Anda boleh menyaksikan pemandangan
menara KLCC dan seluruh bandaraya Kuala Lumpur melalui tingkap bilik yang anda
tempah.
Menjadikan keselesaan pengunjung sebagai teras utama, kemudahan yang disediakan di hotel ini sangat lengkap. Terdapat 4 jenis restoran yang disediakan di dalam kawasan hotel ini untuk memastikan anda tidak kelaparan terutamanya apabila anda bercadang untuk berehat di hotel sahaja.
5. Banyan
Tree Hotel Kuala Lumpur
Banyan Tree Hotel
Kuala Lumpur terletak di tengah-tengah kesibukan Kuala Lumpur. Namun begitu,
dengan tema yang digunakan, warna-warna bertona bumi dan neutral membantu untuk
menjadikan hotel ini sebagai tempat mencari ketenangan. Selain kekal nampak
eksklusif dan mewah, hotel ini juga kelihatan lain daripada yang lain.
Fasiliti lengkap dan mewah yang disediakan termasuklah restoran-restoran mewah, kolam renang, pusat kecergasan, spa dan sebagainya menjadikan hotel ini pilihan ramai pengunjung daripada dalam dan juga luar negara.
Nikmati percutian
anda bersama pasangan, rakan-rakan atau ahli keluarga di sekitar Kuala Lumpur
sebaiknya. Jangan lupa buat tempahan awal hotel pilihan anda melalui laman web
atau aplikasi Traveloka untuk memudahkan anda kelak.