Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

Memaparkan catatan dengan label promote buku online. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label promote buku online. Papar semua catatan

09 April 2020

JOM PRE-ORDER BUKU EKSLUSIF : KEMBARA MENUJU ALLAH BY USTAZAH ASMA HARUN

JOM PRE-ORDER BUKU EKSLUSIF :
KEMBARA MENUJU ALLAH BY
USTAZAH ASMA HARUN





MasyaAllah.. cantiknya Buku ni.. siap ada box lagi.. sesuai untuk dijadikan hadiah untuk anak-anak perempuan yang dewasa.. Seuai untuk hadiahkankepada kawan2, untuk ibu2 dan juga untuk diri sendiri.. Sangat-sangat menarik untuk dibaca kome weh.. muka surat berwarna warni.. cover keras dan tahan, banyak kata-kata motivasi dan kata-kata semangat didalamnya.. teruja nya TB tengok..

Inilah adalah buku terbaru Ustazah Asma bersama karyawan terkenal di Indonesia iaitu Dwi Suwiknyo. Beliau seorang puitis dan mendalam tulisannya. Buku ini mengandungi monolog-monolog hati, kisah-kisah yang menjadi iktibar, bingkisan firman Allah swt & hadis Rasulullah saw. Buku ini diibaratkan sebagai pakej kehidupan seorang hamba dalam mencari keredhaan Allah (mardhatillah). Empat buah ini dipakejkan secara eksklusif dan dinamakan sebagai Siri Kembara Menuju Allah.

Buku ini bermula dengan monolog kerinduan seorang hamba kepada Allah. Ini satu sifat yang wajib kita ada. Tetapi, kita tidak sedar dan kita selalu menafikannya. Kita perlu melatih diri kita supaya sentiasa rindu kepada Allah.

Kita mahukan satu kehidupan yang cukuplah kita dengan adanya Allah. Hidup dengan Allah, kita rasa cukup. Apa yang Allah beri, kita rasa cukup. Apa yang Allah ambil, kita tahu itu yang terbaik untuk kita. Cukuplah Allah bagiku. Tiada apa-apa dalam hatiku melainkan Allah.

Kembara Menuju Allah




"Ya, Allah. Aku Rindu Kepada-Mu."


Kerinduan kepada Allah itu adalah fitrah. Namun, kita tidak sedar dan kita selalu menafikannya.

Buku ini akan membantu kita bagaimana menanam rasa rindu kepada Allah. Kerinduan ini akan membuatkan kita bersiap-sedia menghadapi kematian.

Kerana kita semua tahu, kematian adalah pintu untuk bertemu dengan Allah.


"Ya Allah. Jangan Biarkan Aku Sendiri."


Pada hakikatnya, Allah tidak pernah membiarkan kita bersendirian. Tetapi kita yang sering kali meninggalkan Allah.

"Ingatlah Aku, nescaya Aku ingat padamu, dan bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kufur." - Surah Al-Baqarah, ayat 152.

Kita tidak mahu hidup dalam keadaan dibiarkan oleh Allah dan jauh daripada hidayah-Nya.


"Ya Allah. Bersama-Mu Aku Bahagia."


Inilah fasa seterusnya dalam hidup kita. Kita mahukan satu kehidupan yang cukuplah kita dengan adanya Allah.

Hidup dengan Allah, kita rasa cukup. Apa yang Allah beri, kita rasa cukup.

Apa yang Allah ambil, kita tahu itu yang terbaik untuk kita. Cukuplah Allah bagiku. Tiada apa-apa dalam hatiku melainkan Allah.

"Ya Allah. Kepada-Mu Aku Kembali."


Buku ini sebagai bekalan untuk menghadapi saat kepulangan kita kepada Allah. Semoga kepulangan kita dalam keredhaan Allah.

"Wahai jiwa-jiwa yang tenang. Kembalilah kepada tuhanmu dengan redha dan lagi diredhai-Nya. Masuklah ke dalam golongan hamba-Ku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam syurga-Ku." Surah Al-Fajr, ayat 27- 30.

Daripada Allah kita datang, kepada Allah jualah kita kembali.



"Ya Allah, Aku Bersyukur Engkau Menciptakan Aku."


Aku bersyukur Engkau menciptakan aku untuk lahir ke dunia. ​Dunia ini indah. Tanpa aku lahir ke dunia, belum tentu aku dapat ke syurga.​ Kerana begitulah perjalanannya.

Sudah dinyatakan syurga itu untuk manusia yang beriman. Manusia itu wujud setelah lahir ke dunia.

Tiada yang bernama manusia jika ia tidak pernah hadir ke dunia.

"Ya Allah, Hanya Engkaulah Pemberi Rahmat."


Sesungguhnya bukti kasih sayang Allah itu terlalu luas untuk dibilang. Ada berbentuk kurniaannya rezeki sihat, rezeki kaya, malah diberikan ujian juga termasuk dalam bukti kasih sayang Allah.

Dunia ini penuh dengan perangkap. Kita perlu lekas berhati-hati. Banyak perkara yang mengaibkan di dunia, sebenarnya menyelamatkan aibmu dibuka di akhirat kelak.

Jangan sesekali kita berputus asa dengan rahmat Allah.











PRE ORDER SAHAJA!!
ORDER SEKARANG!! 

UNTUK MEMBELI SILA KLIK LINK DIBAWAH :


Pakej 4 buah buku & Kotak premium ini tidak akan dijual lagi pada masa akan datang. Hanya eksklusif untuk pre-order sahaja. Buku dijangka siap pada 15 MEI 2020.




PRE-ORDER EKSKLUSIF

+ Premium Gift Box
+ 4 Buah Buku Edisi Hardcover
+ Free Shipping ke Seluruh Malaysia
+ Buku Percuma: 150 Tip Menjadi Wanita Dambaan Syurga

Semuanya ini hanya pada harga RM150 sahaja.

Buku dijangka siap pada 15 MEI 2020.

Pakej 4 buah buku & kotak premium ini tidak akan dijual lagi pada masa akan datang. Hanya eksklusif untuk pre-order sahaja. Buku dijangka siap pada 15 MEI 2020.

BUKU PERCUMA

150 Tip Menjadi Wanita Dambaan Syurga

"Bahagia itu dicari-cari. Apa yang dibuat biarlah pasti, agar tenang hati memiliki."

Mudah faham, praktikal dilakukan. Buku ini menggunakan rujukan al-Quran dan hadis sahih dengan dinyatakan penyataan sumber rujukan yang lengkap.

150 tip yang terkandung dalam buku ini merangkumi:

- 25 Tip Menjadi Isteri Solehah
- 25 Tip Menjadi Pemimpin Gaya Rasulullah
- 25 Tip Berhibur Menurut Islam
- 25 Tip Bijak Komunikasi Mengikut Sunnah
- 25 Tip Mudah dan Rajin Solat
- 25 Tip Sihat Akal, Tubuh & Iman Gaya Rasulullah

Masya Allah. Buku ini kecil yang padat dengan ilmu ini diberikan secara PERCUMA bagi setiap pembelian pre-order.







Ustazah Asma Harun

36 tahun yang lepas ustazah lahir di kampung Batu 6, Kuala Terengganu. Ibu tercinta bernama Fikriah binti Awang, seorang guru fizik. Ayah tersayang Harun bin Ismail seorang peniaga (kedai Nasi Ayam Bt 6) dan juga pendakwah. Salasilah, Tok Guru Haji Abbas adalah moyang, Ustaz Haji Awang Abu Bakar adalah datuk ustazah.

Pengajian ustazah bermula daripada PASTI, Darul Taqwa, SMU (A) Darul Anuar Pulau Melaka, SMU (A) Maahad Muhammadi Lilbanat KB, Kolej Universiti Sultan Zainal Abidin (KUSZA), Universiti Al-Azhar Mesir, dan Open Univercity Malaysia (OUM). Doakan rezeki ustazah ke Ph.D. Insya Allah.

Pengalaman bekerja di JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan bermula 2008. Sebagai Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam dan Penolong Pengarah Bahagian Halal. Ustazah meletakkan jawatan pada tahun 2017.

Ketika umur ustazah 22 tahun, saatnya Allah temukan ustazah dengan seorang lelaki, suami, dan ayah yang sangat baik. Tengku Fazli bin Tengku Yahya, orang Kuala Besut, Terengganu. Selalu beliau dipanggil ustaz sebab isterinya ustazah. Beliau seorang pensyarah dalam bidang chemical engineering. Alhamdulillah, ustazah dan suami dikurniakan Allah 7 orang anak, iaitu Atikah, Luqman, Maisarah, Imran, Sofwan, Raihanah dan Fatimah. Atas-atas kebaikan yang Allah beri kepada Ustazah melalui mereka, Ustazah pun mahu lakukan yang sama.

SubhanAllah, ustazah hanya orang biasa-biasa sahaja, yang diberi sedikit kemampuan dan amanah untuk menyampaikan, mohon doakan terus kuat untuk melangkah, mohon teguran apabila ustazah melakukan kesalahan.

JOM FOLLOW LAMAN SOSIAL USTAZAH ASMA HARUN :




UNTUK MEMBELI SILA KLIK LINK DIBAWAH :






MESTI BACA! RIYADUS SOLIHIN | TAMAN ORANG SOLEH



MESTI BACA! RIYADUS SOLIHIN |
TAMAN ORANG SOLEH

Hai.. Hari ni TB nak berkongsi info dan maklumat tentang satu Kitab ni.. yang bagi TB perlu ada bagi setiap rumah.. banyak sangat ilmu dan pengetahuan serta pengalaman yang korang boleh dapat melalui Kitab Riyadus Solihin : Taman Orang Soleh ni.. Kitab ni nampak tebal dan penuh isi, memang perlu ambil masa untuk habiskan / Qatam satu kitab ni kan.. hehehe.. Tapi rasanya pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni lah masa paling sesuai untuk kita  merealisasikan impian nak habiskan baca satu kitab ni.. kan..

TB memang geram tengok Buku atau Kitab yang tebal-tebal gini tau.. hehehe.. nak pulak banyakinfo dan pelbagai ilmu kat dalam dia.. Kitab ni juga ada menceritakan sejarah penulis buku ini iaitu Imam Nawawi.. 

Kat sini TB sertakan juga gambar setiap helaian daftar / list kandungan didalam Kitab ini untuk korang lihat.. banyak kan isi kandungan yang menarik untuk kita baca.. TB pun tak sabar nak memiliki Kitab ni..  Harganya pun berbaloi utnutk sebuah kitab yang bermanfaat ni kan.. RM120 sahaja.. Bayaran Post tak perlu sebab postage percuma je.. 



Nak tahu lebih lanjut? boleh la baca info dibawah ni yea.. seterusnya kalau nak membeli.. boleh terus klik link kat bawah sekali tu.. 


ULAMA AGUNG, GARUDA ISLAM

Imam Nawawi, yang terkenal dengan gelaran Garuda Islam. Beliau adalah anak murid kepada Imam Al-Syafie yang mengasaskan Mazhab Syafie. Imam Nawawi adalah ulama agung yang dikurniakan dengan keluasan ilmu dan kefahaman yang mendalam berkenaan sunnah Rasulullah. Nama sebenar Imam Nawawi adalah Abu Zakaria Yahya bin Sharaf al-Nawawi. Beliau dilahirkan di sebuah kampung bernama Nawa, tidak jauh di luar kota Damsyik (Damascus) di Syria, pada tahun 631 Hijrah bersamaan tahun 1233 Masihi. Gelaran Nawawi berasal daripada nama kampungnya, Nawa.



ILMUWAN & TOKOH ULAMA

Beliau membesar di Nawa sehingga berusia 19 tahun. Kemudian beliau melanjutkan pelajarannya ke Damsyik dan tinggal di sana. Pada awalnya, beliau meminati bidang perubatan, tetapi kemudian menukar fikirannya dan beralih sepenuhnya kepada bidang agama yang diminatinya. Selepas tamat pengajian, beliau terus tinggal di kota itu sambil berkarya dan berkuliah dalam mata pelajaran yang dianggap penting pada masa itu. Beliau kemudian pulang dan menetap di kampung asalnya, Nawa dan meninggal dunia pada usia 46 tahun, tahun 676 Hijrah bersamaan 1278 Masihi. Sepanjang usianya,beliau tidak pernah berkahwin dan menumpukan seluruh hidupnya dalam agama. Antara karyanya yang terkenal adalah Riyadus Solihin, Syarah Sahih Muslim, Al-Azhar, Al-Tibyan fi Adab Hamalat al-Quran, Al-Irshad wal-Taqrib fi Ulum al-Hadith, dan Al-Minhaj. Karya Syarah Muslim digunakan sebagai buku teks standard bagi pelajar-pelajar bidang hadis. Manakala, karya al-Minhaj digunakan sebagai buku teks standard bagi pelajar-pelajar bidang fikah.



KITAB MUKTABAR, ULAMA AGUNG

Kehebatan kitab ini sesuai dengan keindahan namanya. Kitab ini menjadi rujukan utama para ulama dan orang Islam di seluruh dunia. Riyadus Solihin adalah karya agung Imam Nawawi, yang terkenal dengan gelaran Garuda Islam. Beliau adalah anak murid kepada Imam Syafie yang mengasaskan Mazhab Syafie. Imam Nawawi adalah ulama agung yang dikurniakan dengan keluasan ilmu dan kefahaman yang mendalam berkenaan sunnah Rasulullah.

RUJUKAN SAHIH, PETUNJUK YANG SEBENAR

Rujukan yang sahih adalah petunjuk yang benar. Kitab ini mendapat kedudukan yang tinggi dalam pengajian pada setiap peringkat ilmu. Riyadus Solihin menghimpunkan ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis yang sahih dalam membincangkan topik-topik khusus berkaitan akidah, ibadah, dan akhlak. Tiga topik ini sangat penting dan menjadi asas keimanan kita.

AMALKAN SUNNAH, JAUHI BIDAAH

Perkara sunnah dan bidaah bercampur-baur dalam kehidupan seharian kita. Lebih-lebih lagi apabila kita berada pada akhir zaman. Dengan kecetekan ilmu, kita sukar membezakan antara sunnah dan bidaah. Begitu juga dengan hadis. Kebanjiran hadis palsu mendatangkan kekeliruan dalam beragama. Bagi mengelakkan kita lemas dalam lautan ilmu atau sesat dalam kejahilan, kitab ini dapat menjadi pembimbing dan penyelamat kita.

TAMAN ORANG SOLEH

Itulah makna bagi Riyadus Solihin, "Taman Orang Soleh". Kitab ini ditujukan khas oleh penulisnya, Imam Nawawi kepada seluruh umat Islam. Himpunan ayat al-Quran dan hadis sahih menjadi siraman rohani yang membenihkan amal dan menyuburkan iman. Sesuai dengan namanya yang indah, kitab Riyadus Solihin ini mempunyai kehebatannya yang tersendiri. Semuanya berlaku dengan izin Allah.

SATU RUMAH, SATU RIYADUS SOLIHIN

Rumah kita yang dianggap sebagai syurga sangat sesuai sekiranya dihiasi dengan sebuah taman. Maka, Riyadus Solihin, "Taman Orang Soleh" sangat wajar menjadi pelengkap bagi menghiasi rumah kita. Rumah yang dihidupkan dengan bacaan quran dan disuburkan dengan budaya ilmu adalah pakej lengkap sebuah rumah tangga yang bahagia lagi dirahmati Allah.

TERJEMAHAN BAHASA MELAYU

Kitab asal dalam bahasa Arab ini diterjemahkan dalam bahasa Melayu. Semoga usaha ini dapat menyebarluaskan lagi manfaat dan hikmah yang terkandung dalam kitab ini. Mudah-mudahan usaha ini dapat melahirkan lebih ramai ilmuwan Islam, generasi yang berilmu serta ulul albab yang akan menjadi khalifah bagi memimpin ummah.











KLIK SINI UNTUK MEMBELI :




Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers