Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

Memaparkan catatan dengan label resipi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resipi. Papar semua catatan

11 September 2024

RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI

 SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI

RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI


Bahan (Sos):

- 3 biji bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- Cili padi merah & hijau
- 1/2 inci halia muda
- 3 batang akar ketumbar
- 3 sudu Palm sugar/brown sugar
- 1/2 kiub ayam
- 3 sudu sos ikan
- 1 sudu serbuk limau nipis
- 3 biji limau nipis (ambik jus)
- Daun ketumbar (hiris)

Bahan (Sotong & inti):

- Sotong (perap dengan 1/2 biji lemon & 1 sudu olive oil selama sejam
- 2 biji kentang (lenyek & rebus)
- 1 mangkuk kecil ayam kisar
- 1 biji bawang besar (dadukan)
- 3 ulas bawang putih (cincang)
- 3 sudu sos tiram
- 1/2 kiub ayam
- Lada hitam
- Daun bawang (hiris halus)


Cara penyediaan:

1. Blend bawang merah, bawang putih, cili padi, halia & akar ketumbar.
2. Masukkan bahan blend tadi & masukkan air, palm sugar/brown sugar, sos ikan & kiub ayam.
3. Rebus sehingga likat. Tutup api & masukkan serbuk limau nipis, limau nipis & daun ketumbar. Siap sos.
4. Tumis bawang merah, bawang putih.
5. Masukkan ayam kisar, kiub ayam, lada hitam, sos tiram.
6. Tutup api & masukkan kentang lenyek & daun bawang.
7. Sumbatkan dalam sotong & sematkan dengan lidi
8. Bakar sotong, kelarkan sotong bila dah separuh masak.
9. Bila dah siap, curahkan sos ke atas sotong.
10. Siap!


Kredit: Adikfoods


16 Februari 2022

RESEPI CHEESE TART BUNCIT

 

RESEPI CHEESE TART BUNCIT

RESEPI CHEESE TART BUNCIT


Antara favourite TB tapi belum berkesempatan nak cuba buat.. Banyak resepi yang TB cuba ada yang jadi, ada yamg tidak. Tapi apa yang pasti kalau nak cuba resepi apa-apa pun kena pastikan bahan-bahan semua cukup yea.. Kalau tak, tak jadi atau kurang rasa lah hasilnya.. Jom tengok resspi dan cara membuat RESEPI CHEESE TART BUNCIT ni

Resepi Shell Tart 


1 ) 125gm majerin/butter
2 ) 150gm gula kastor
3 ) 1 biji telur saiz B
4 ) 400gm tepung gandum
5 ) Esen Vanilla


Cara2 : Buat Shell Tart


1 ) Dalam bekas masukkan marjerin dan gula , kacau dan Sebatikan.

2 ) Kemudian Masukkan telur dan vanilla dipukul sedikit. Gaul sebati.

3 ) Akhir masukkan tepung sedikit demi sedikit dan ramas dengan tangan hingga sebati dan menjadi doh. Tak perlu uli lama sangat. Cukup setakat jadi doh.

4 ) Bulat2kan sebesar guli masukkan dalam bekas tart. Tekankan dengan jari hingga cantik dan kemaskan lebihannya.

5 ) Cucuk2 sedikit dengan garfu. Bakar suhu 170c hingga masak dan jadi keperangan. Masa atas oven masing2.

6 ) Setelah masak..Keluarkan dari oven. Biar sebentar dan baru keluarkan dari shell. Sejukkan atas redai.

7 ) Shell boleh dijadikan stok dengan menyimpannya dalam bekas kedap udara.


BAHAN FILLING CHEESE :


1 ) 500gm cream cheese dari peti sejuk

2 ) 100gm gula kastor

3 ) 6 sdb telur yg telah dipukul sedikit

4 ) 2 sdb butter

5 ) 1 sudu kecil Esen Vanilla atau 2 sudu kecil perahan lemon


INTI :

Apa-apa filling kegemaran.



Cara2 : Buat Filling Cheese


1 ) Masukkan semua bahan kecuali vanilla dalam bekas.

2 ) Mix hingga berkrim dan gebu tapi masih kental.

3 ) Masukkan vanilla dan mix bagi sebati.

4 ) Masukkan dalam piping bag.

5 ) Picitkan sedikit filling dalam shell. dan baru Paipkan cheese ke dalam shell.

6 ) Untuk dapat filling yang tinggi. Caranya paip ditengah hingga penuh tanpa mengegerak piping , bila penuh tarik naik perlahan sambil picit dengan muncung piping masih dalam cheese hingga tinggi yang nak baru berhenti picit dan tarik keluar piping.

7 ) Jika ada sedikit cacat atau bertanduk. Celup jari dalam air masak dan betul2kan sedikit.

8 ) Lukis permukaan jika suka mengguna filling atau cheese yg diwarnakan.

9 ) Bakar suhu 170c lebih kurang 7-8 minit . Sekadar bila sentuh cheese tidak lekat dijari. Untuk hasil yang cantik. Cheese masih moist tidak kering


Kredit : roshidah abu bakar

Resepi Nugget Ayam Sayur Homemade

 

Nugget Sayur Homemade

Resepi Nugget Ayam Sayur Homemade


Bahan-bahan:

1 ketul dada ayam

1 sudu lada hitam

(Belender kering)

1biji bawang merah dan putih

1 biji telur

Garam aji secukup rasa


Cara Buat:

BELENDER SEMUA BAHAN DI ATAS DAN TUANG AIR SEDIKIT UTK MENGISAR.


Dah siap belender kesemua bahan tadi tuang dalam bekas tambah tepung gandum 3 sudu tepung pulut 2 sudu. Kalau masih cair lebih kan lagi tepung untuk pekatkannya.


Gaul rata dan tambah kan hirisan daun sop dan sebangainya.


Dah siap gaul masuk dalam loyang dan kukus sampai jadi kental. Lepas tu boleh lah potong ikut suka. Celup kan dengan telur dan tabur kan serbuk nuget.


Jika tak ada serbuk nuget, guna tepung goreng ayam pun boleh.


Selamat mencuba!


Kredit: Rashid Rahim Rashid


21 Januari 2022

Resepi Pulut Kuning & Rendang

 


Resepi Pulut Kuning dan Rendang

Resepi Pulut Kuning & Rendang 


Bahan-bahan pulut kuning

===================

3kg beras pulut(30box pulut kuning)

4.5kg santan

Serbuk kunyit

4 helai Daun pandan

66g garam kasar

660g gula 


Cara-cara memasak

===============

1.cuci bersih beras pulut dan rendam semalaman bersama serbuk kunyit dan daun pandan

2.kukus beras pulut selama 30 minit. letak daun pandan untuk aroma wangi.. Saya alaskan dgn daun pisang

3.Masukkan garam dan gula dalam santan,masak sekejap kemudian masukkan dalam pulut. Kacau pulut sehingga rata dan ketepikan

4.Masukkan pulut dalam kukusan dan kukus kali kedua dalam 10minit

5.nak nampak pulut berkilat cantik letak sedikit minyak masak


Resepi rendang Ayam

================

Bahan-bahan

3 ekor ayam

2 kotak santan kecil

500g kerisik (peket sederhana)

3 helai daun kunyit(hiris halus)

3 helai daun limau purut(hiris halus)

2 sb Gula

2 sb garam

4 sekawan

Minyak masak 

*2 peket kecik Serbuk Kari 

1 sk Kunyit serbuk

*4 btg serai(hiris)

*6 biji Bawang merah 

*2 buku bawang putih

4 sb Cili blend(ikut kepedasan masing2)

*10btg Cili padi(extra pedas_sbb sye suka pedas)

*2 sb Ketumbar

*2 sb Jintan putih

*3 inci Lengkuas

*3 inci Halia

_blend bahan2 yang bertanda *


Cara memasak rendang

=================

1. Masukan minyak masak dan 4sekawan tumis bahan blend sampai naik bau

2.masukan cili blend dan tumis sampai cili betol2 masak,letak sedikit air masak dan masukan ayam,asam keping dan serbuk perasa

3.akhir sekali masukan kerisik dan santan .. masak dalam 10minit dan taburkan daun kunyit.. siapppp!

Selamat mencuba!


Kredit: Puteri Hana Sofia



09 Mei 2021

Resepi Kek Marble Lembut dan Sedap


RESEPI KEK MARBLE 
LEMBUT DAN SEDAP

Hari ni lalu kat fb terjumpa pulak resepi yang ni.. Macam best je.. Terus tepek sini.. Kalau ada cukup bahan akan TB buat. Taoi tu laaa.. TB buat lepas tu malasnya nak uo kat sini. Terus up kat tiktok tu je.. Haha... 

Nanti TB try rajinkan diri up sini pulak.. Tapi kalau menjadi la... Kalau tak jadi.. Malas la nak share. Hahahaha.  Jom tengok reseoi mudah ni 

Resipi Kek Marble Lembut

Bahan bahan:
230gm mentega
170gm tepung gandum
170gm gula kaster
5 biji telur dari fridge
3 sb susu pekat
1 sk baking powder
1 sk esen vanilla
1 sb ovalette
3-4 sudu makan serbuk koko -diayak 
Atau guna coklat emulco

Cara²:
Ayak tepung bersama baking powder. Pukul mentega, susu dan esen vanilla hingga kembang.

Di dalam bekas lain, pukul putih telur hingga ringan/hingga jadi putih gebu lalu masukkan gula sedikit demi sedikit hingga adunan rata.

Masukkan telur kuning sebiji sebiji ke dalam adunan putih telur dan pukul hingga rata. Masukkan ovalette dan adunan mentega dan pukul lagi hingga rata.

Akhir sekali masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul satu arah. Apabila rata bahagikan adunan kpd beberapa bahagian dan masukkan koko atau emulco pilihan anda.

Tuang adunan ke dalam loyang 8 in persegi secara selang seli dimulai dengan adunan asal. Lorek dengan menggunakan chopstick.

Bakar pada suhu 170c selama 40 minit atau sehingga masak..

Sumber Shahila Hanim‎

 

01 Mei 2021

18 RESIPI BISKUT RAYA LAMA KEGEMARAN ORANG DULU-DULU

 


18 RESIPI BISKUT RAYA LAMA KEGEMARAN ORANG DULU-DULU


1. BISKUT KACANG HIJAU

BAHAN-BAHAN:

110gm marjerin | dicairkan

100gm tepung gandum | diayak

75gm tepung jagung

45gm gula halus

1/2 cawan kacang hijau | tumbuk halus

1 sudu teh esen vanila

2 biji kuning telur

Sedikit pewarna hijau

Sedikit putih telur | hiasan

 

CARA MEMASAK:

Pukul telur bersama gula. Apabila sebati, masukkan tepung gandum, tepung jagung dan kacang hijau tumbuk. Gaul rata.

Masukkan marjerin dan esen vanila sedikit demi sedikit. Uli sehingga adunan sebati dan tekstur doh seakan boleh dicanai.

Canai adunan doh dan terap menggunakan acuan kegemaran. Susun biskut diatas dulang pembakar yang telah disapu sedikit marjerin.

Bakar biskut dalam ketuhar pada suhu 160C selama 15-20 minit atau sehingga biskut masak.

Info chef: Jika adunan terlalu lembik, tambah sedikit tepung. Jika adunan terlalu keras, tambah sedikit marjerin.

 

2. BISKUT BUNGA KACANG TANAH

BAHAN-BAHAN:

185gm marjerin

250gm tepung gandum

185gm tepung jagung

95gm gula halus

60gm kacang tanah tumbuk

1 sudu teh esen vanila

1 biji telur kuning | hiasan

Sedikit kacang tanah | digoreng untuk hiasan

CARA MEMASAK:

Pukul telur bersama gula. Kemudian masukkan marjerin namun jangan dipukul hingga kembang.

Masukkan tepung gandum, tepung jagung, kacang tanah tumbuk dan esen vanila. Gaul rata hingga sebati.

Keluarkan doh dari mangkuk adunan dan canai sederhana tebal.

Terap doh mengikut acuan kegemaran dan susun di atas loyang pembakar.

Sapu telur kuning diatas biskut dan hiaskan dengan kacang tanah goreng.

Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 160C selama 20 minit.

Sejukkan dan simpan di dalam balang kedap udara.

 

3. BISKUT BIJAN

BAHAN-BAHAN:

100gm marjerin

120gm tepung gandum

70gm gula kastor

40gm tepung kastad

1 biji kuning telur

1 sudu teh esen vanila

Bijan dan kuning telur secukupnya | hiasan

CARA MEMASAK:

Satukan mentega, gula, kuning telur dan esen vanila. Kacau hingga rata.

Masukkan kesemua tepung. Uli hingga sebati.

Canai dan terap dengan acuan yang bersesuaian.

Sapu kuning telur dan taburkan bijan sebagai hiasan.

Bakar di dalam ketuhar selama 15-20 minit pada suhu 160C.

Info chef: Biskut hendaklah disejukkan sepenuhnya sebelum dimasukkan ke dalam balang bagi mengelakkan ia menjadi lemau.

 

4. BISKUT DURIAN BELANDA

BAHAN-BAHAN:

375gm tepung gandum

200gm marjerin

75gm gula halus

1 biji telur

1 sudu teh esen vanila

Sedikit pewarna hijau

Jem nanas secukupnya

 CARA MEMASAK:

Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Setelah itu masukkan telur serta esen vanila. Pukul hingga sebati.

Masukkan pewarna hijau. Serta tepung gandum. Gaul lagi sehingga adunan rata.

Ambil adunan dan leperkan. Kemudian isikan jem nanas didalamnya. Bentukkan seperti bentuk buah durian belanda.

Sapu permukaan biskut yang telah dibentuk tadi dengan kuning telur. Sususn di atas dulang pembakar dan biarkan selama 20 minit.

Dengan menggunakan gunting bermuncung tirus, gunting permukaan kuih membentuk seakan duri buah durian belanda.

Bakar biskut pada suhu 160C selama 20-25 minit.

Info chef: Jika suka, boleh mencucuk bunga cengkih pada kuih bagi membentuk tangkai buah durian belanda.

 

5. BISKUT BUAH KANA

BAHAN-BAHAN:

150gm gula halus

175gm marjerin

300gm tepung gandum

1 biji kuning telur

1/4 sudu teh serbuk penaik

Sedikit esen vanila

2 sudu makan serbuk koko

Sedikit jem

CARA MEMASAK:

Ayak tepung bersama serbuk penaik. Ketepikan.

Pukul mentega bersama gula sehingga putih. Kemudian masukkan kuning telur dan pukul lagi hingga kembang.

Masukkan esen vanila dan serbuk adunan. Pukul hingga rata sambil dimasukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli hingga sebati.


Ambil sedikit adunan dan tekan Ke dalam acuan buah kana.. Ketuk acuan bagi mengeluarkan kuih dan susun di dalam dulang pembakar.

Bakar pada suhu 160C selama 15-20 atau sehingga masak.

Apabila biskut telah sejuk, sapukan jem dan cantumkan. Sedia untuk dinikmati.

Info chef: Pastikan acuan buah kana ditabur sedikit tepung bagi memudahkan kuih dikeluarkan dari acuan.

 

6. BISKUT BUNGA CINA

BAHAN-BAHAN:

185gm tepung gandum

190gm gula halus

95gm marjerin

30gm tepung jagung

1 suduteh esen vanila

Sedikit kismis hitam | hiasan

CARA MEMASAK:

Pukul mentega dan gula halus sehingga berkrim. MAsukkan esen vanila dan kacau rata.

Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan gaul sehingga adunan sebati.

Isi adunan ke dalam acuan. Terapkan bentuk bunga di atas dulang pembakar. Hiaskan dengan kismis.

Bakar dalam ketuhar pada suhu 160C selama 20 minit atau sehingga masak.

 

7. BISKUT SUJI

BAHAN-BAHAN:

125gm minyak sapi

125gm gula halus

250gm tepung gandum

Ceri merah secukupnya | dipotong kecil

CARA MEMASAK:

Pukul gula halus dan minyak sapi sehingga hancur dan putih.

Setelah itu masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan uli sehingga adunan tidak melekat.

Bentukkan adunan menjadi bulat dan hiaskan ceri merah diatasnya.

Bakar di dalam ketuhar pada suhu 160C selama 15-20 minit.

Info chef: Waktu membakar mungkin berbeza bergantung kepada jenis ketuhar. Tambah waktu membakar jika biskut anda kelihatan belum masak dan begitu juga sebaliknya.

 

8. BISKUT BINTANG

BAHAN-BAHAN:

100gm marjerin | dicairkan

90gm tepung gandum

20gm tepung kastad

90gm tepung jagung

40gm gula halus

1 sudu teh esen vanila

2 biji kuning telur

1 biji kuning telur | hiasan

Ceri hijau secukupnya | hiasan

CARA MEMASAK:

Pukul gula dan telur sehingga sedikit kembang. Kemudian masukkan kesemua tepung. Gaul rata.

Kemudian masukkan marjerin sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang boleh dicanai.

Terap doh menggunakan acuan berbentuk bintang dan susun diatas dulang pembakar.

Sapukan kuning telur dan hiaskan dengan ceri  hijau.

Bakar dalam ketuhar bersuhu 155C selama 20 minit.

 

9. BISKUT BUAH GAJUS

BAHAN-BAHAN:

100gm tepung gandum

120gm marjerin | dicairkan

110gm tepung jagung

45gm gula halus

2 biji kuning telur

50gm kacang gajus | ditumbuk hancur

1 sudu teh esen vanila

1 biji kuning telur | hiasan

Sedikit biji gajus panggang | hiasan

CARA MEMASAK:

Pukul gula bersama kuning telur sehingga larut. Kemudian masukkan tepung gandum, tepung  jagung, gajus tumbuk dan esen vanila. Gaul hingga sebati dan rata.

Masukkan marjerin sedikit demi sedikit. Uli sehingga adunan boleh dicanai.

Terap doh menggunakan acuan berbentuk buah gajus.

Hiaskan dengan biji gajus dan sapukan kuning telur dipermukaan biskut.

Bakar selama 20 minit menggunakan suhu 160C.

Info chef: Pastikan biskut mempunyai ketebalan yang sama bagi memastikan ia masak sekata.

 

10. BISKUT MILO

BAHAN-BAHAN:

125gm tepung agndum

105gm tepung jagung

50gm gula halus

2 biji kuning telur

1 sudu teh esen vanila

40gm milo

95gm marjerin | dicairkan

CARA MEMASAK:

Ayak tepung gandum, tepung jagung dan milo hingga rata.

Pukul gula dan telur secara sederhana kemudian masukkan esen vanila dan juga tepung dan milo yang diayak bersama tadi. Gaul sebati.

Masukkan marjerin sedikit demi sedikit. Uli sehingga adunan boleh diterap.

Terap menggunakan acuan pilihan dan bakar pada suhu 160C selama 20 minit.

 

11. BISKUT SARANG SEMUT

BAHAN-BAHAN:

185gm tepung gandum

95gm gula

125gm marjerin

86gm tepung kastad

1/2 sudu teh vanila

Coklat urai secukupnya

Cawan kertas secukupnya

Pemarut berlubang kecil

CARA MEMASAK:

Pukul marjerin, gula dan esen vanila hingga hancur dan sedikit kembang.

Kemudian masukkan tepung gandum dan tepung kastad. Uli hingga sebati.

Ambil sedikit adunan, kepalkan dan parut menggunakan pemarut ke dalam dulang.

Isikan parutan doh ke dalam cawan kertas dan taburkan coklat urai dengan secukupnya.

Bakar selama 29-25 dengan suhu 160C.

Info chef: Bagi memudahkan proses memarut, doh boleh dikepal, dibalut plastik dan disimpan seketika di dalam peti sejuk. Doh yang sedikit keras mudah diparut dan tidak lembik.


12.BISKUT TAT NANGKA

BAHAN-BAHAN:

250gm tepung gandum

135gm marjerin sejuk

180ml air berais

1/2 sudu teh garam

Jem nangka secukupnya

Kuning telur secukupnya

CARA MEMASAK:

Ramas marjerin di dalam tepung gandum sehingga menjadi seakan serbuk roti.

Tambah air berais sedikit demi sedikit dan uli tepung sehingga menjadi doh. Simpan di dalam peti sejuk selama 20 minit.

Ambil sedikit doh dan terapkan ke dalam acuan tat yang telah disapu dengan sedikit marjerin.

Sudukan sedikit jem dan tutup permukaan tat dengan lebihan doh yang diterap mengikut kreativiti anda. Sapukan sedikit kuning telur di permukaan tat.

Bakar pada suhu 190C selama 40-45 minit atau sehingga masak.

 

13. BISKUT MAKMUR

BAHAN-BAHAN:

250gm tepung gandum

50gm gula aising

1/2 tin kecil minyak sapi

BAHAN INTI:

100gm kacang tanah | digoreng tanpa minyak

65gm gula aising

BAHAN SALUTAN:

Gula aising secukupnya 

CARA MEMASAK:

Masukkan tepung ke dalam kuali. Sangai seketika kemudian ayak bersama gula aising.

Gaul campuran tepung bersama minyak sapi sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan doh yang lembut dan boleh diuli.

bagi menyediakan inti, kisar kacang tanah dan campurkan bersama gula aising.

Ambil doh, leperkan dan sudukan inti kacang di tengahnya. Bentukkan doh menjadi bentuk bujur.

Susun biskut di atas loyang dan bakar selama 15 minit pada suhu 160C.

Sejukkan biskut seketika dan salutkan dengan gula aising.

Sedia untuk dinikmati.

 

14. BISKUT BANGKIT KELAPA

BAHAN-BAHAN:

160gm tepung ubi

30gm tepung gandum

100gm gula halus

1 biji kuning telur

90gm santan pekat

1/4 sudu teh serbuk penaik

CARA MEMASAK:

Goreng tepung ubi dan tepung gandum seketika.

Kemudian campurkan tepung tadi bersama gula dan juga serbuk penaik.

Pukul kuning telur sehingga kembang lalu dimasukkan ke dalam bekas berisi tepung. Masukkan juga santan sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjadi doh lembut.

Canai doh dan terap mengikut acuan yang digemari.

Bakar pada suhu 160C lebih kurang selama 20-25 minit.

Info chef: Tepung digoreng bagi mendapatkan tekstur yang ringan.

 

15. BISKUT TAT RAGA NANAS

BAHAN-BAHAN:

125gm marjerin

185gm tepung gandum

100gm gula

86gm tepung kastad

1/2 sudu teh esn vanila

Jem nanas secukupnya

Sedikit kuning telur | hiasan

CARA MEMASAK:

Pukul gula dan marjerin sehingga sedikit kembang. Masukkan tepung gandum, tepung kastad dan esen vanila. Gaul hingga sebati.

Canai dan terap doh menggunakan acuan tat. Letakkan jem nanas di tengahnya.

Potong sedikit doh menjadi bentuk memanjang dan letakkan di atas jem. Sapu sedikit kuning telur.

Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 160C selama 20 minit.

Info chef: Simpan di dalam bekas kedap uadar bagi memastikan biskut kekal rangup dalam tempoh yang lama.

 

16. BISKUT BUAH CAMPUR

BAHAN-BAHAN:

95gm marjerin

125gm tepung gandum

105gm tepung jagung

60gm gula

1/2 sudu teh esen vanila

2 biji telur

80gm buah-buahan kering campuran

Sedikit kuning telur | hiasan

CARA MEMASAK:

Putar mentega dan gula hingga sebati. Masukkan telur dan pukul seketika. Kemudian masukkan esen vanila dan buah-buahan kering.

Kemudian masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Uli hingga sebati.

Ambil sedikit adunan, bulatkan dan susun di atas dulang pembakar. Tekan sedikit menggunakan garfu dan sapu sedikit kuning telur.

Bakar biskut selama 20 minit dengan suhu 160C.

Info chef: Guna buah-buahan kering yang berlainan warna untuk mendapatkan warna biskut yang menarik.

 

17. BISKUT ULAS LIMAU

BAHAN-BAHAN:

250gm tepung gandum

210gm tepung jagung

185gm marjerin

95gm gula halus

1 sudu teh esen vanila

50ml jus limau Sunkist

Sedikit pewarna kuning

4 biji telur kuning

1 biji telur | sapuan pada biskut

CARA MEMASAK:

Pukul marjerin dan gula sebati. Kemudian masukkan kuning telur dan esen vanila. Gaul rata.

Masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Gaul dan masukkan jus limau Sunkist. Uli hingga sebati.

Titiskan sedikit pewarna kuning untuk mendapatkan warna yang cantik.

Canai doh dan terapkan acuan berbentuk ulas limau.

Bakar pada suhu 160C selama 20 minit.

Info chef: Jika suka, boleh ditambah sedikit parutan kulit limau di dalam doh.


18.BISKUT BEBOLA CORNFLAKES

BAHAN-BAHAN:

95gm marjerin

105gm tepung jagung

90gm tepung gandum

95gm gula kastor

1 sudu teh esen vanila

2 biji kuning telur

80gm cornflakes | dikisar kasar

100gm conflakes | salutan

CARA MEMASAK:

Pukul mentea, gula, telur dan esen vanila sehingga sebati.

Kemudian masukkan tepung gandum, tepung jagung dan cornflakes kisar. Uli hingga semua bahan sekata.

Ambil sedikit adunan dan bulat-bulatkan. Golek di dalam mangkuk berisi conflakes dan susun diatas dulang pembakar.

Bakar pada suhu 160C selama 20 minit.

😋😋😋

12 Jun 2013

RESEPI KETAM MASAK LEMAK CILI API

RESEPI KETAM MASAK LEMAK CILI API 

Ketam Masak Lemak Cili Api.. Nyum-nyum.. haipp.. atas ni bukan gambar google yea.. ni gambar hasil masakan teman semalam.. heee..Ok lah, tadi teman post tentang pengalaman masak lemak ketam kan.. hik2.. kali ni teman share resepinya pulak.. heee.. jom masak ketam ramai2.. =P


Ketam Masak Lemak Cili Api


Bahan-bahannya:
  • 4 ekor ketam sederhana besar dibersihkan
  • 1 batang serai - dititik
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 helai daun kunyit
  • 300 ml santan pekat KARA (teman berdua jea, so teman guna satu kotak kecik santan tu)
  • 400 ml air
  • Garam
  • Kiub Ikan Bilis (2 kiub)
Bahan di tumbuk/ blend :
  • 1cm kunyit
  • 1cm lengkuas
  • 1cm halia
  • 2 biji cili api (ni cili thai yg merah tu, besar n pedas... kalau cili api kg boleh lebihkan lagi)
  • 4 ulas bwg merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Udang Kering (1/2 sudu)
Cara Membuatnya:
  1. Masukkan santan, air, serai, Daun Kunyit, asam gelugor dan bahan yang di blend ke dalam periuk. Didihkan sambil di kacau.
  2. Masukkan garam dan perasa.
  3. Masukkan ketam dan biarkan mendidih.
  4. Perasakan garam dan asam, pedas. Boleh keluarkan asam keping jika sudah cukup rasa masamnya.
  5. Angkat bila kuah agak pekat dan ketam telah masak.
Ni gambar teman masa mula-mula masak ketam masak lemak cili api.. heee.. masa ni kuah tak berapa pekat.. resepi pun pakai resepi lain.. so.. kurang pedas.. kurang kick .. dan kurang komen yang best2 dari encik hubbymiaw.. hehehe... Now guna resepi baru diatas.. hubby kata terbaekk.. 


resepi dari :

Oh.. Ya.. Jom join Telegram berkaitan info2 tentang kehamilan, resepi, motivasi dan lain2 di bawah ni.. 

Info Ibu Hamil 
https://t.me/ibuhamilmalaysia

Info Resepi 
https://t.me/ResepiKampungku

Info Motivasi 
https://t.me/katasemangathidup


Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers