5 Perkara Perlu Difikirkan Sebelum Membeli Kereta
Pastinya memiliki kereta idaman adalah salah satu impian semua orang, ditambah pula kereta tersebut adalah kereta pertama, apatah lagi memiliki kereta sememangnya bakal memudahkan pergerakan kita ke satu destinasi ke destinasi lain. Namun terdapat banyak perkara lain yang perlu dipertimbangkan terlebih dahulu sebelum memiliki kereta.
Sudah semestinya kita akan berusaha mendapatkan kereta terbaik dengan harga yang berpatutan sesuai dengan kewangan kita dan pastinya kita juga akan berkira-kira samada untuk membeli kereta terpakai mahupun kereta baharu. Banyak faktor perlu dipertimbangkan didalam membuat pilihan antara kereta terpakai dengan kereta baharu. Seperti semua maklum, kereta baharu hari ini mempunyai ciri keselamatan yang lebih baik dan lebih banyak teknologi moden berbanding model sedekad yang lalu.
Selain rumah dan harta-harta lain yang ada, kereta boleh dianggap sebagai satu aset yang mahal dan berharga, oleh itu sebarang keputusan untuk membeli sebuah kereta tidak boleh dibuat secara melulu memandangkan ia adalah komitmen untuk jangka masa yang panjang. Oleh itu, sebelum memutuskan untuk membeli kereta terbaik untuk diri sendiri / family, sebaiknya, teliti dahulu beberapa perkara dibawah ini :
Ukur baju di badan sendiri.
Beli kereta ikut kemampuan, seeloknya belilah kereta yang kosnya kurang daripada pendapatan tahunan dimana kita mampu membayar setiap bulan, jangan membeli kereta melebihi kemampuan kita kerana dikhuatiri akan membebankan kewangan kita dan perbelanjaan bulanan kita.
Contohnya sekiranya kita memperoleh gaji 4,000 sebulan dan pendapatan tahunan adalah RM50,000, maka carilah kereta baru yang harganya kurang daripada pendapatan tahunan kita.
Namun sekiranya mempunyai kewangan yang lebih, boleh sahaja memilih kereta idaman dan sentiasa menjaga hal-hal penyelenggaraan kereta idaman tersebut untuk mengelakkan kos besar dikeluarkan.
Paling penting, sebelum membeli kereta, kita perlu kenalpasti dulu berapakah jumlah bulanan yang kita mampu peruntukkan untuk membayar kereta. Sekarang ni ada pelbagai laman web yang dapat membantu kita untuk membuat kira-kira sebelum membeli kereta .
Penggunaan minyak
Seperti yang kita maklum pengguna kenderaan motor selalunya menghadapi masalah dengan harga minyak yang tidak menentu dan sering berubah-ubah mengikut keadaan semasa. jadi dalam memilih kereta idaman, kita juga perlu mengetahui sedikit sebanyak tentang jenis-jenis kereta yang menjimatkan minyak kerana memiliki sebuah kereta dengan penggunaan minyak yang menjimatkan adalah bagus dan sedikit-sebanyak bakal membantu kita dalam jangka masa yang panjang.
Pada kebiasaannya, kereta yang menjimatkan minyak adalah jenis hibrid yang mana ia menggunakan kuasa gas dan motor elektrik. Selain dapat menjimatkan minyak, kereta jenis hibrid juga berupaya untuk membantu mengurangkan pencemaran apabila kadar pelepasan karbon dioksidanya adalah rendah.
Kos penyelenggaraan dan pembaikan kereta
Setelah memiliki kereta pastinya sebagai pemilik kereta, kita bertanggungjawab memastikan kenderaan dijaga dengan baik dan rapi. Perkara yang wajib dilakukan untuk memastikan kenderaan kita didalam keadaan yang baik, ialah dengan menghantar kenderaan ke pusat servis mengikut masa yang telah ditetapkan.
Kos penyelenggaraan bagi setiap kereta sememangnya adalah berbeza mengikut kepada penjagaan dan gaya pemanduan seseorang. Namun, ada juga beberapa jenama pengeluar kereta memberikan kos penyelenggaraan yang tidak begitu tinggi dan berbaloi untuk pemilik kereta.
Rajin-rajinlah check jadual ‘Servis Penyelenggaraan Berkala’ supaya kita boleh mengetahui bahan atau komponen kereta yang perlu ditukar dan dilakukan penyelenggaraan mengikut tempoh yang diberikan. Paling penting ia memudahkan kita membuat kira-kira dan bajet untuk kos setiap bahan atau komponen yang perlu ditukar/servis.
Faktor ini perlu difikirkan sebelum membeli kereta pertama kerana ia adalah penting bukan sahaja sekarang malah untuk jangka masa panjang.
Keluasan dalaman kereta / ruang dalam kereta
Memilih saiz kereta yang bersesuaian adalah antara faktor yang perlu dititik-beratkan sebelum membeli kereta pertama. Sekiranya kita merancang untuk terus menggunakan kereta yang ada untuk tempoh masa yang panjang atau tidak terfikir untuk menukar-nukar kereta, kita perlulah merancang untuk memiliki kereta yang sesuai dan menepati apa yang kita perlukan untuk diri ataupun keluarga. Jadi tidak perlu bertukar kereta kerap kerana ia sesuatu yang merugikan. jadi pemilihan yang betul ketika memilih kereta adalah sangat perlu agar kita tidak menyesal.
Misalnya jika kita adalah seseorang yang telah berkahwin dan merancang untuk memiliki cahaya mata yang ramai, seeloknya kita membeli kereta yang lebih besar dan selesa. Sebagai contoh adalah kenderaan jenis MPV.
dan sekiranya kita adalah adalah seorang wanita atau lelaki yang masih belum merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat, bolehlah memilih untuk membeli kereta biasa mengikut kepada tahap kemampuan bulanan kita.
Namun sekiranya masih belum berkahwin tetapi perlu menggunakan kereta untuk tujuan mengangkut barang-barang bisnes dalam kuantiti yang banyak, juga sangat sesuai memilih kenderaan bersaiz besar
Faktor Jalan
Membeli kereta juga perlu perhatikan destinasi atau tempat yang bakal kita lalui dengan kenderaan baru kita itu. Pendek kata laluan di kawasan yang kita lalui hari-hari juga menjadi faktor pemilihan kenderaan yang sesuai untuk kita. Sekiranya kita seorang pekerja pejabat, boleh sahaja membeli sebarang kereta yang diidamkan mengikut kemampuan kerana kita tidak perlu mengharungi sebarang jalan yang berlopak, berliku mahupun berhutan.
Namun sebaliknya, jika kita adalah seorang jurutera yang sering perlu pergi ke tapak pembinaan, pekebun yang perlu pergi ke dusun setiap hari dan sebagainya, maka pilihan terbaik untuk adalah dengan membeli kereta jenis 4×4 (four-by-four) sesuai dengan pekerjaan dan keperluan kita.
Sekranya memilih kenderaan yang tidak sesuai, maka agak sayang dan merugikan kerana ia bakal memberi risiko kepada kenderaan itu untuk lebih cepat rosak.
Ini sahaja tips yang boleh dikongsikan dan dipertimbangkan sebelum membeli kereta idaman. Selain daripada itu, jangan lupa juga mengkaji tentang komitmen lain yang perlu ditanggung selepas mempunyai kereta seperti kewajipan memperbaharui insurans dan roadtax pada setiap tahun.
Permainan Kereta Percuma Untuk Kanak-kanak & Dewasa yang Suka Bermain!
Oh ya.. selain boleh buat kira-kira didalam website Car Payment Calculator itu, kita juga boleh mencuba pelbagai permainan kereta percuma di website tersebut. dibahagian Car Arcade, menawarkan lebih 20 permainan yang boleh dimainkan secara PERCUMA. Terdapat pelbagai permainan terdiri daripada perlumbaan, ke padang berhalangan, ke pelayaran basikal, hingga ke permainan jenis merentas jalan.
Paling menyeronokkan semua permainan didalam website ini adalah bebas iklan, menjadikan mood bermain lancar dan tenang. Pastinya anak-anak pun suka bermain dengan game online ini.