RESEPI AYAM MASAK MERAH SEDAP DAN MUDAH! |
Hai.. hari ni nak share Resepi yang selalu teman gunakan untuk masak Ayam Masak Merah yang sedap ni.. hehehe.. actually ini resepi dari Buku Resepi Chef Wan..
Almaklumlah.. hubby teman tu pandai masak.. maka kalau nak pilih resepi pun mesti pilih yang the best.. Supaya semasa penilaian juri nanti teman tak la dapat markah corot. (hubby teman lah juri nya.. kikiki) jangan pelik lak.. Tapi biasalah kan.. para isteri lain pun dambakan pujian jugak kalau dah masak penat-penat kan.. even masakan kita tak sesedap dan tak lah bertaraf hotel.. Tapi pujian dari hubby tu sangat-sangat memebri motivasi untuk kita untuk rajin memasak.. cer kalau diamm je dan asik komen negatif.. haaa... tu yang dapur tak berasapa tu.. tapi.. i is ok je kalau hubby komen.. (yeke!)
Haa.. Kalau dah try masak dan hubby suka sangat-sangat tu, SILA JANGAN TUKAR RESEPI ok! Tiap kali masak.. kena guna resepi yang sama.. jangan nak ubah-ubah.. kang dapat markah dari 5 bintang jadi 1 bintang.. huhu.. dah pernah kena dulu sekali.. huhu.. buat nasi Ayam kegemaran hubby pastu gatai ubah resepi.. haaaaaaaa.. terus tak dapat bintang teruih.. kesian teman kannn.. kih3..
Ok lah.. sebelum termelalut lebih jauh.. meh teman kongsikan Resepi Ayam masak merah teman ni.. khas jugak buat sahabat teman "Cikin" yang bertanya tu.. jemputlah baca yea..
RESEPI AYAM MASAK MERAH SEDAP DAN MUDAH!
BAHAN-BAHAN
Minyak Sapi - 6 Sudu Besar
Kulit Kayu Manis - 1 cm
Bunga Cengkih - 4 kuntum
Buah pelaga - 4 biji
Air - 125 ml (agak-agak.. jangan pekat sangat, jangan ceroi.. sedang2 je)
Ayam - 1 kg (dibelah 12 dan digaul dengan kunyit dan garam
lalu digoreng sampai masak dan asingkan )
Kismis Hitam - 125 gm - cincang halus
Sos Tomato - 250ml (teman letak 2 sudu je)
Madu - 2 sudu besar
Sos Cili - satu sudu besar
Kiub Ikan Bilis - 1 ketul kiub
Serai - 1 batang serai (dititik)
Lengkuas - 1 cm (dititk)
Garam - Secukup Rasa
Bijan - 2 sudu kecil, digoreng tanpa minyak sehingga wangi (teman tak letrak pun)
Daun Pudina (teman tak letak pun)
Daun Limau Purut - 1 helai (nak bagi wangi)
Buah Gajus (goreng dulu, Nasi dah masak baru letak)
DIKISAR HALUS
Bawang Merah - 10 ulas, dikupas
Bawang Putih - 2 ulas (dikupas)
Halia - 2cm (dikupas)
Serai - 1 batang (hiris kecil)
Cili Kering - 15 tangkai (direndam dalam air panas dan ditoskan) teman guna cili blend yang sedia ada dalam peti sejuk teman tu.. hee.. memang dah siap blend untuk senang nak masak..
CARA- CARA
1.) Panaskan Minyak Sapi tadi didalam kuali dan masukkan kulit kayu manis, cengkih dan buah pelaga serta bahan yang telah dikisar tadi ..
2.) Setelah wangi, masukkan sedikit air, ayam yang telah digoreng, kismis hitam, sos tomato, sos cili serta madu. Kemudian masukkan serai, lengkuas dan garam. Masak sehingga ayamnya empuk ,nak bagi wangi.. letak 1 helai daun limau p[urut tadi.. )
3.) Rasa sikit utnuk tentukan cukup tak masam masin manis dia.. kalau dah ok takyah letak kiub ikan bilis dah.. tapi kalau ada rasa kurang.. letak 1 kiub ikan bilis.. biar kiub itu hancur dan sebati betul2.. then tutup api..
4.) Sebelum diangkat, taburkan bijan diatasnya bersama dengan daun pudina .. (teman tak buat pun yang ni.. bahan takde)
5.) Hubby teman suka ada biji gajus tu.. so, teman goreng dan letakkan dalam periuk nasi selepas nasi tu betul2 dah masak.. (jangan masuk awal sebab nanti buah gajus tak rangup sebab dah bercampur dengan nasi yang masih basah/belum masak..
Haa.. dah ready untuk dimakan dengan Nasi Minyak.. Nak Resepi nasi Minyak Yang Mudah dan Sedap?? boleh je.. Klik SINI atau link dibawah ni yea.. selamat mencuba!
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja,
PERCUMA!
Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another )