Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

25 Mac 2017

SAFI BALQIS OxyWhite - Kulit Wajah Sihat Berseri & Cerah Sempurna Selalu!

SAFI BALQIS OxyWhite - Kulit Wajah Sihat Berseri & Cerah Sempurna Selalu!

Hai.. hari ni TB nak share story tentang produk terbaru dari SAFI , iaitu jenama halal no 1 tempatan  yang kini membuat kelahiran baharu dalam legasi kecantikan SAFI yang dikenali sebagai SAFI BALQIS OxyWhite.

Cantiknya kotak dia kan... 
SAFI BALQIS OxyWhite ini adalah produk terbaru SAFI yang di Formulasikan dengan OxyWhite iaitu gabungan Nano Oxygen dan Nano BioWhite agar kulit wajah tampil lebih sihat dan cerah sempurna. Ianya diciptakan untuk setiap gadis yang mengimpikan untuk memiliki kulit wajah cerah sempurna.

Rangkaian Penjagaan Kulit, SAFI BALQIS OxyWhite

Ha... ni dia rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite BAHARU! Khas buat sahabat setia SAFI yang inginkan kulit sihat berseri dan cerah sempurna ala-ala retis gitu.. hehehe.. Rasa geram je tengok kalau banyak-banyak macam ni ada atas rak meja solek kita kan.. hehehehe.. 

Haaa.. Jenama SAFI ni dah lama giler, TB guna masa remaja lagi tau.. Dah banyak rupanya produk yang dikeluarkan dibawah jenama SAFI ni.. antaranya SAFI SHAYLA ni dan banyak lagi..

Oh ya.. Masa Remaja dulu TB memang suka pakai krim Safi yang berpenutup hijau tu. Ada siapa-siapa pernah pakai tak yang tu? haa.. TB pakai yang tu dulu sampailah ada yang gelar TB si Putih lah.. Anak orang putih la.. sebab memang pakai krim tu buat muka TB nampak putih dan lembut je kulit wajah TB. gebu aje diorang kata.. Kebetulan rambut TB pun keperangan sangat-sangat masa tu ( bukan die ye.. semulajadi.. rambut rosak la katakan.. Rambut Karat orang kata.. kui3.. ) tu yang bila pakai safi muka nampak macam orang putih sangat.. hihihi.. (ini kisah benar ok!).. =P

Tapi selepas tu TB pi gatai tangan cuba pulak produk lain.. muka TB mula naik jerawat tanpa henti kulit TB selalu sahaja ada kesan parut jerawat. sakitnya hati.. tapi nak buat macam mana .. salah sendiri..

Masa tu Safi Balqis pun dah ada rasanya, TB ada try toner/penyegar Safi Balqis yang dulu tu, bau nya best.. Tapi TB serasi dengan set yang Hijau tu kot.. Yang biru tu kawan TB pakai cun gilerr.. serasi dengan kulit dia la tu..
Oh ya.. Yang terbaru ni.. SAFI BALQIS OxyWhite yang didatangkan dalam bekas-bekas dan packaging yang menarik. 


Jom baca detail lagi tentang 
produk terbaru dari SAFI ini..

Proses pencerahan kulit wajah menjadi lebih cepat dan efektif apabila kulit berada dalam keadaan yang sihat serta mempunyai oksigen yang mencukupi. Keadaan udara yang tercemar serta sinaran UV yang berbahaya menyebabkan oksigen yang terdapat di dalam kulit semakin berkurangan.Tambahan pula, ramai tidak sedar akan sinaran IR (Infra-merah) daripada matahari dan benda berbahang dapat menyebabkan kulit menjadi semakin kusam dan gelap.

Rangkaian Penjagaan Kulit
SAFI BALQIS OxyWhite
Berikan Nafas Baharu Agar Kulit Wajah 
Sihat Berseri & Cerah Sempurna

Memahami impian setiap gadis untuk memiliki kulit wajah cerah sempurna, memperkenalkan formulasi baharu dalam rangkaian penjagaan kulit SAFI Balqis yang diperkaya dengan Formulasi OxyWhite iaitu gabungan Nano Oxygen dan Nano BioWhite agar kulit wajah tampil lebih sihat dan cerah sempurna. Kelahiran baharu dalam legasi kecantikan SAFI ini dikenali sebagai SAFI BALQIS OxyWhite.

Menurut Pengurus Pemasaran SAFI, Puan Mahsuri Sulaiman “Kami di keluarga SAFI menggambarkan SAFI BALQIS sebagai sahabat sejati yang sentiasa sedia memberikan nasihat kecantikan untuk anda tampil cerah secara semulajadi dan yakin.Dengan kelahiran baharu SAFI BALQIS OxyWhite bukan sahaja memberikan kulit 2 tona lebih cerah, malah menjadikan kulit sihat dari dalam secara semulajadi.Setiap satu daripada variasi produknya memberikan manfaat sendiri dalam mengatasi masalah kulit yang gelap dan kusam”.

Berbicara tentang kualiti produk dan keberkesanannya , “Setiap penghasilan produk keluaran SAFI dilakukan berdasarkan penyelidikan oleh SAFI Excelence in Research & Innovation (SERI Research Institute) yang terletak di Subang Jaya. Makmal Research & Development (R&D) Halal terbesar di Asia Tenggara ini menggunakan sumber bahan global yang berkualiti tinggi dan tidak diuji pada haiwan, agar dapat menjamin keberkesanan produk dan memperkukuhkan falsafah SAFI- Selamat dan Suci. 

Gabungan teknologi serta kepakaran yang kami ada menjadikan produk tempatan ini setanding dengan produk jenama antarabangsa,” jelas Puan Mahsuri 

Kata beliau lagi, “Formulasi OxyWhite terhasil daripada gabungan teknologi Nano Oxygen dengan Nano Biowhite supaya kulit wajah kelihatan sihat berseri dan cerah sempurna. Teknologi Nano Oxygen bertindak membebaskan oksigen tambahan kedalam lapisan epidermis kulit wajah agar mengaktifkan sel kulit supaya membantu Nano BioWhite untuk mempercepatkan proses pencerahan kulit secara efektif dengan memperlahankanpembentukan melanin yang menjadi punca pigmentasi sambil meratakan tona kulit. Hasilnya, kulit menjadi lebih sihat berseri dan cerah sempurna”.

“Bukan sekadar menggabungkan dua jenis teknologi nano, keberkesanan formulasi sedia ada turut dipertingkat di dalam produk baru ini. Penanggal solekan SAFI kini dilengkapi dengan teknologi Micellar yang mampu menanggal solekan, minyak dan habuk dalam satu sapuan pada permukaan wajah. Manakala manfaat perlindungan yang terkandung dalam Krim Siang SAFI juga dipertingkat dengan teknologi Pelindung IR (Infra-Merah) bagi melindungi wajah daripada sinaran Infra-Merah dari matahari dan bahang yang boleh menyebabkan kulit menjadi kusam dan gelap” 

Menambah keceriaan dalam legasi kecantikan keluarga SAFI, SAFI berbangga untuk memperkenalkan Sarah Hildebrand, pelakon, model serta pengacara program televisyen sebagai duta SAFI BALQIS OxyWhite.

“Bagi kami, Sarah merupakan epitome gadis masa kini.Beliau mempunyai personaliti yang bersahaja, namun penuh dengan kecantikan dalam setiap aspek. Raut wajah yang manis, tutur kata yang lembut, perwatakan yang ceria dan penuh jenaka tetapi masih mengekalkan ciri-ciri kesopanan dalam tingkah laku. Sikapnya yang aktif dan sentiasa kelihatan segar di lapangan kerjaya, meniup nafas baharu dalam industri. Setiap gerakannya yang mempesona menjadikan Sarah individu yang paling sesuai sebagai Gadis Balqis terbaharu kami,” terang Puan Mahsuri.

Mengulas tentang kredibiliti Sarah mempromosikan SAFI BALQIS OxyWhite, Puan Mahsuri berkata, “Dengan personaliti down to earth Sarah, beliau akan membawa SAFI BALQIS untuk lebih dekat dengan pengguna, khususnya para gadis yang mengimpikan kulit wajah cerah sempurna. Dengan pengalaman sendiri beliau sebagai pengguna dan duta SAFI BALQIS OxyWhite, Sarah akan menjadi contoh, dan ‘sahabat sejati’ dalam membantu gadis-gadis seusia mencari solusi pencerahan wajah yang terbaik. Sikapnya yang mesra dan mudah didekati membawa keyakinan terhadap produk kami bagi menyampaikan mesej kecantikan kepada semua wanita”.

Alami kulit wajah yang cerah dan sihat dengan tona lebih sekata melalui rejim penjagaan Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Safi BALQIS OxyWhite yang dicipta khas untuk setiapgadis.

Formulasi baharu SAFI BALQIS OxyWhite hadir dalam rona bungkusan serta reka bentuk produk yang menarik dan mudah di bawa kemana sahaja.Kombinasi warna biru laut dan hijau cerah yang menaikkan jiwa gadis agar tampil segar dan berseri digunakan pada pembungkusan rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite bagi kulit wajah normal,

manakala gabungan rona jingga dan kuning yang memberikan mood ceria dan penuh keyakinan pula digunakan pada pembungkusan rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite kawalan minyak.

Seiring dengan rekaan pembungkusan berwajah baharu ini, SAFI turut menukar reka bentuk logo dan tipografi agar kelihatan lebih moden, dan menarik perhatian pengguna.

Logo baharu ini tampil lebih simple & trendy sepadan dengan personaliti SAFI BALQIS yang muda, segar dan yakin sentiasa. 

Berikan nafas baharu pada kulit wajah anda melalui rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite yang berikut:


------------------------------------------------------------------------------------
Rangkaian Produk Penjagaan Kulit SAFI BALQIS OxyWhite 
(Untuk Kulit Wajah Normal)

1) SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih Muka

Saiz Pek : 50g/ 100g

RCP : RM7.30/ RM12.30 (selepas 6% GST)

Aktiviti harian dan faktor persekitaaran punca kulit kotor, kusam dan tidak bermaya. Formulasi dengan Teknologi Mikro-Buih yang mewah berkrim ini bertindak:

a) Membersih jauh ke dalam liang pori

b) Menghilangkan baki kotoran dan sisa solekan

c) Mengekalkan kelembapan selepas penggunaan

d) Sesuai untuk semua jenis kulit

------------------------------------------------------------------------------------
2) SAFI BALQIS OxyWhite Krim Skrub

Saiz Pek : 100g

RCP : RM 12.90 (selepas 6% GST)

Sel kulit mati dan sisa kotoran punca kulit muka kusam, kotor dan tidak bermaya. Formulasi tanpa buih diperkaya dengan butiran halus manik Aprikot bertindak:

a) Menanggalkan sisa kulit mati serta bintik hitam tanpa mencalarkan kulit

b) Membersih secara mendalam ke liang pori untuk menanggalkan kotoran dan sebum yang terperangkap

c) Dirumus dengan pH seimbang

d) Sesuai untuk semua jenis kulit
------------------------------------------------------------------------------------

3) SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih 
& Penyegar 2 dalam 1

Saiz Pek : 150ml

RCP : RM17.40 (selepas 6% GST)

Kesibukan dan jadual harian yang padat menjadi punca kulit wajah kusam dan tidak bermaya. Pembersih ini bertindak:

a) Membersih dengan mendalam untuk mengeluarkan sisa kotoran sambil mengecilkan pori

b) Manik mikro dengan Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E bertindak sebagai antioksida untuk memberiperlindungan optimum pada kulit

c) Formulasi tanpa sabun mengekalkan kelembapan pH kulit

d) Kandungan Mentol menyejuk dan menyegarkan kulit muka
------------------------------------------------------------------------------------

------------------------------------------------------------------------------------
4) SAFI BALQIS OxyWhite Esen Pencerah

Saiz Pek : 20ml

RCP : RM28.10 (selepas 6% GST)

Formulasi yang diperhebat dengan Nano Oxygen dan Nano BioWhite yang 1000X lebih efektif daripada Vitamin C bertindak:

a) Mencerah dengan lebih intensif dan pantas

b) Memudarkan pigmentasi secara mendalam

c) Menyamaratakan tona kulit muka

d) Memperbaharui kulit muka agar lebih berseri

e) Mengurangkan kemerahan dan kerengsaan

f) Melembut dan menghidrasi kulit

------------------------------------------------------------------------------------

5) SAFI BALQIS OxyWhite Penyegar

Saiz Pek : 100ml

RCP : RM10.90 (selepas 6% GST)

Liang pori akan terbuka selepas membersih kulit wajah lalu menyebabkan kulit terdedah kepada kotoran. Penyegar SAFI BALQIS OxyWhite bertindak:

a) Mengecilkan liang pori agar kulit wajah bersih dengan Ekstrak Cendawan

b) Menyediakan kulit wajah untuk menerima produk seterusnya dengan lebih berkesan

c) Memberi kesegaran tanpa meninggalkan rasa melekit dengan formulasi tanpa alkohol

------------------------------------------------------------------------------------
6) SAFI BALQIS OxyWhite 
Krim CC SPF25PA++

Saiz Pek : 20g

RCP : RM 21.70 (selepas 6% GST)

Krim ini merupakan asas solekan dengan manfaat krim pelembab bertekstur ringan dan berasaskan air yang bukan sahaja menjadikan kulit lebih mulus malah bertindak:

a) Menutup cela tanpa menyumbat liang pori agar kulit bebas bernafas

b) Mencerahkan kulit serta merta

c) Menyemaratakan tona kulit agar cerah semulajadi

d) Menyamar bekas jerawat dan bintik hitam

e) Melindungi kulit daripada sinaran UVA & UVB berbahayadengan SPF25PA++

f) Melembap kulit wajah

g) Mengurangkan kilap pada permukaan wajah yang berminyak

------------------------------------------------------------------------------------
7) SAFI BALQIS OxyWhite 
Krim Pelembap Siang SPF20PA++IR

Saiz Pek : 45g

RCP : RM 20.20 (selepas 6% GST)

Sinaran matahari dan penghawa dingin punca kulit wajah menjadi kusam, gelap dan kering. Krim pelembap siang ini bertindak:

a) Menjadikan kulit 2 tona lebih cerah

b) Melindungi daripada radiasi UVA & UVBdengan SPF20PA++

c) Mencegah kulit jadi gelap akibat radiasi infra-merah (IR) dengan Pelindung IR

d) Melindungi kulit daripada radikal bebas secara 100%

e) Mencerah kulit dengan pantas dan intensif

f) Menghaluskan kulit

g) Menyaramatakan tona kulit

------------------------------------------------------------------------------------

8) SAFI BALQIS OxyWhite Pelembap Gel

Saiz Pek : 45g

RCP : RM 20.20 (selepas 6% GST)

Pelembap gel yang berasaskan air dengan tekstur ringan yang memberi lembapan sehingga 24 jam bertindak:


a) Mencerah dan meredakan ketidakselesaan pada kulit wajah

b) Vitamin B3 menyamaratakan tona kulit muka

c) Asid Hialuronik memberi lembapan mendalam dan berpanjangan

d) Mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit

e) Sesuai untuk kulit kombinasi dan kulit berminyak, siang ataupun malam

------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------

9) SAFI BALQIS OxyWhite 
Krim Pencerah Lengkap SPF15

Saiz Pek : 40g

RCP : RM14.90(selepas 6% GST)

Krim pencerah lengkap yang berasaskan air ini diperkaya dengan Mineral Insta-Cerah bertindak:

a) Mencerahkan kulit wajah dengan ketara

b) Menyamaratakan tona kulit wajah dengan ketara

c) Melindungi kulit wajah daripada sinaran UV berbahaya

d) Mengurangkan pembentukan bintik hitam

e) Memberi lembapan berpanjangan tanpa rasa melekit

f) Mengurangkan kilap pada kulit wajah yang berminyak

------------------------------------------------------------------------------------
10) SAFI BALQIS OxyWhite Krim Kecantikan

Saiz Pek : 16g

RCP : RM8.60 (selepas 6% GST)

Tona kulit wajah yang tidak sekata menyebabkan muka kurang menyerlah. Krim ini bertindak:

a) Sebagai asas solekan untuk menutup cela dengan sempurna

b) Melindungi kulit daripada sinaran UV di samping memudarkan pigmentasi

c) Mengekalkan lembapan dan melembutkan kulit wajah

d) Menyamaratakan tona kulit

------------------------------------------------------------------------------------
11) SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih Solekan

Saiz Pek : 200ml

RCP : RM17.40 (selepas 6% GST)

Solekan yang tidak dibersihkan dengan sempurna akan menyebabkan liang pori tersumbat. Pembersih solekan dengan Teknologi Micellar berasaskan air ini bertindak:

a) Menanggalkan solekan serta kotoran dengan mudah dan sempurna

b) Mengekalkan kelembapan dan meningkatkan keanjalan kulit dengan kandungan Bio Hialuronik 

c) Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif


Haa.. tengok tu.. Tiada Alkohol, Tidak Mengeringkan Kulit dan Tidak perlu Dibilas .. Senangnya nak mencuci makeup kan.. i likeee.. 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Rangkaian Produk Penjagaan Kulit SAFI BALQIS OxyWhite (Kawalan Minyak)


12) SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih Muka Kawalan Minyak & Jerawat

Saiz Pek : 50g/ 100g

RCP : RM7.30/ RM12.30 (after 6% GST)

Kulit wajah yang berminyak menjadi punca pembiakan bakteria serta pembentukan sebum yang akan menghasilkan jerawat di kulit muka. Pembersih wajah khas untukkulit berminyak ini bertindak:

a) Membersih dengan mendalam agar kulit bebas kotoran dan minyak

b) Mengawal jerawat dengan menyerap lebihan minyak dan kotoranyang terkumpul di dalam liang pori kulit

c) Mineral Zink Mikro mengawal pembentukan sebum untuk mencegah jerawat

d) Sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat

------------------------------------------------------------------------------------

13) SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih 
& Penyegar Kawalan Minyak & Jerawat 2 Dalam 1

Saiz Pek : 150ml

RCP : RM17.40ml (selepas 6% GST)

Sisa kotoran dari udara tercemar adalah punca kulit wajah berminyak dan berjerawat. Pembersih dan penyegar 2 dalam 1 ini bertindak:

a) Membersih dengan mendalam untuk mengurangkan sisa kotoran sambil mengecilkan pori

b) Manik Mikro dengan kandungan Minyak Tea Tree dan Vitamin E membantu mengurangkan pembentukan jerawat

c) Zink Mineral Mikro mengawal pembentukan sebum 

d) Formulasi tanpa sabun mengekalkan kelembapan pH kulit 

e) Kandungan Mentol menyejuk dan menyegarkan kulit muka

------------------------------------------------------------------------------------
 14) SAFI BALQIS OxyWhite Krim Anti Jerawat

Saiz Pek : 15g

RCP : RM11.90 (selepas 6% GST)

Kulit wajah yang berjerawat menyebabkan anda berasa tidak yakin dan kurang selesa. Dengan formulasi 99.9% Anti-Bakteria, krim ini bertindak:
a) Sebagai rawatan intensif anti jerawat

b) Menghalang pembentukan bintik hitam

c) Memudarkan parut jerawat

d) Mineral Zink Mikro mengawal pembentukan sebum untuk mencegah jerawat

e) Meredakan kulit kemerahan dengan Lipid Enhancer semulajadi meredakan kemerahan

f) AHA semula jadi mengawal jerawat punca bakteria

------------------------------------------------------------------------------------
Haaa.. So... mana satu pilihan korang yea? apa yang pasti, pilih lah mengikut kesesuaian kulit korang yea.. sebab kulit wanita asia ni tak serupa.. kulit wanita lain-lain, ada yang bermasalah jerawat, ada yang kulit wajah berminyak, kusam , kering dan macam-macam lagi lah.. So, kalau nak membeli, tengok dulu label dan adakah ia sesuai dengan kondisi kulit korang.. hehehehe.. 


Oh ya.. Produk ini boleh didapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hiper utama. Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman facebook SAFI, www.facebook.com/SAFI.MY, laman Instagram SAFI@safimalaysia dan saluran Youtube SAFI di 

Untuk keterangan lanjut mengenai jenama SAFI ini, sila layari :-

Facebook

Instagram

Youtube

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


24 Mac 2017

DAPAT SAMPEL LAMPIN PAKAI BUANG | DRYPERS TOUCH

Hai.. Pagi ni saja nak share drypers punya cerita... TB sekarang dah taknak lepaskan peluang untuk dapatkan sampel-sampel percuma ni.. Bukan apa, melalui sampel ni lah kita akan dapat menilai barang atau sesuatu produk tu sesuai ke tidak dengan kita atau mungkin kita nak tahu kualiti nya memuaskan ke tidak untuk kita terus membeli dengan kuantiti yang banyak. Kalau tak ok rugi pulak beli banyak-banyak nanti.. 

So, dengan cara mengisi untuk request sampel ni cara terbaik untuk elak dari pembaziran.. Membeli barang yang tak memuaskan hati kang membazir plak pi buang.. Ye takk.. Ok lah, ni TB nak share Lampin Pakai Buang dari Drypers Drypers Touch.. TB dah pernah guna Drypers Touch ni masa baby TB newborn ritu. Dapat Hadiah dari Drypers.  Heee.  Hadiah apa? Nantilah TB share..rezeki baby.. So, TB shareyg ni dulu ye. 

Haa.. Kalau korang nak sampel macam ni gak.. Jom baca SINI..  ada banyak lagi link2 yang korang leh join untuk dapatkan sampel Free macam ni..  



22 Mac 2017

TEMPOH BERPANTANG SUDAH TAMAT, ENTRI THROWBACK PREGNANT & BERSALINNYA MANA?

TEMPOH BERPANTANG SUDAH TAMAT,
ENTRI THROWBACK PREGNANT & BERSALINNYA MANA?

Amboi tajukk.. Panjang berjelaaa.. Haha.. Actually ni entri Wordless Wednesday la kengkonon yea tuan puan semua.. Huhuhu.. Seperti mana-mana rakan yang tahu bila TB bersalin, semua bertanyakan bila mengandungnya? Tak citer pun..  Bersalin macam mana? Ok ke? Baby ok tak? Berat baby berapa masa lahir? 

Huhuhu.. Memang ramai yang nak tahu perkembangannya.. TB pun tak larat nak cerita banyak kali, So.. TB akan buat satu blogpost tentang entri throwback pregnant dan bersalin dan dalam pantang.. InsyaAllah.  

Semua untuk kenangan TB dan family juga.. Almaklumlah..  masa bersalin, ada banyak urat putus, teman risau terlupa terus kenangan masa pregnant dan bersalin baby boy ni haa.. Nanti TB share juga dugaan yang TB hadapi semasa sehari sebelum bersalin.. K.. Tungguuu..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page

CARA NAK AKTIFKAN SIMCARD CELCOM YANG BARU DIBELI

CARA NAK AKTIFKAN SIMCARD CELCOM
YANG BARU DIBELI

Hai.. TB ada beli nombor Celcom yang baru. Dah lama beli dan dah masukkan simcard nya dalam fon pun.. Tapi hari ni baru perasan, fon tu macam bisu je tak berbunyi-bunyi start dari TB beli nombor tu sebulan yang lepas. 

Pelik jugak.. pastu TB try call out, tak dapat.. TB check baki pun tak dapat jugak.. pastu TB try call nombor celcom baru TB tu guna fon rumah, eh.. boleh pulak.. maknanya nombor TB tu  memang dah berjaya daftar hari tu.. Cuma kalau nak guna nak kena aktifkan dulu je.. then TB pun google kat internet kot ada penyelesaian untuk masalah TB ni.. apahal kalau dah beli nombor celcom tapi tak boleh guna, ye tak?? 

So, TB Google la.. dan jumpa penyelesaiannya. Rupa-rupanya nombor yang TB dail #118# untuk semak baki tu sebenarnya ialah nombor untuk check baki internet Celcom kuota

Sebenarnya boleh jugak nak check baki kredit kat situ, sebab ada option untuk semak baki akaun gak.. Tapi TB mana ada guna plan internet lagi buat apa masuk situ kan.. dan TB dah try gak check balance guna nombor tu.. enggak mau nya wehh.. 
Masa Google tadi baru tahu yang *124# adalah nombor yang betul untuk semak baki kredit. dan TB pun dail nombor *124# tu..TB nak check balance kredit tapi keluar arahan untuk hubungi 0193000910 untuk pengaktifan .

So, TB pun dail lah   0193000910 tu dan dengar operator tu bercakap... 

Tekan 1 - Untuk  Baki Kredit Anda 
Tekan 2 - Untuk Reload, 
Tekan 3 - Untuk Menukar Bahasa Pilihan Anda  
Tekan 4 - Untuk Servis Notifikasi Baki Kredit Menerusi SMS

TB pun tekan 3 dulu untuk Bahasa Pilihan. Lepas setkan bahasa pilihan tu maka aktiflah simcard celcom TB tu .. Lega.. hehehehe.. kalau tak.. membazir je beli simcard tak dapat nak guna kan.. kan..

So, ceritanya.. Kalau korang ada masalah nak aktifkan simcard korang yang korang baru beli tu.. try call terus no. 0193000910 dan setkan bahasa je.. (tekan 3) .. lepas tu gerenti dah boleh guna nombor celcom korang tu.. (ini untuk prepaid sahaja yea.. )  

Lagi satu TB ni cukup le susah nak ingat nombor-nombor nak dail untuk Celcom ni.. asyik tanya orang aje.. kalau time maxis dulu senang je, boleh pulak ingat. Bila dah tukar Celcom ni.. keberatan pulak nak mengingat.. kih3.. so, TB tepek sini untuk ingatan TB.. kui3..

Cara nak Check Balance/Topup/Internet
CELCOM XPax PREPAID

Dail 0193000910 dan tekan 3 untuk Pilihan Bahasa 
- Untuk Aktifkan Simcard Baru Beli 

Taip *124# 
- Untuk Check Balance

Taip #111# Untuk Reload
(dail *111* (14 Digit no topup) # )

Taip *118# 
-Untuk Check Balance Internet dan 
semua berkaitan Internet lah!


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


21 Mac 2017

iPrice Blogger Competition | Online Shop Mana Jadi Pilihan?

iPrice Blogger Competition 

Haiii.. Assalammualaikum.. TB sedang free hari ni, so TB nak up lagi satu entri tentang satu laman web ni. Laman web ini dipanggil iPrice.my . Biasa dengar tak tentang iPrice? Haa.. kalau belum pernah dengar atau baru nak tahu, meh TB terangkan sikit tentang iPrice.my ni yea..

Sebelum tu TB nak beritahu korang yang Entri ini, adalah entri contest yang dianjurkan oleh https://iprice.my .

Search, Compare & Save

iPrice.my ialah sebuah laman web yang membantu kita membandingkan harga barangan yang kita hendak beli. TB dan hubby selalu akan compare dulu harga barang yang ingin dibeli, kalau dapat yang paling murah memang terus beli, tapi pastikan ye yang barang tersebut mendapat review yang bagus semuanya yea!

iPrice.my sangat membantu untuk kita membandingkan harga yang paling murah. Ok lah.. sebagai contoh, TB nak beli Laptop DELL Alienware 15'.. So, TB akan menggunakan iPrice.my untuk membandingkan harga yang paling murah, dan apabila kita taip produk yang kita mahukan di kotak search di iPrice.my yang bertulis search for products, coupon and brands


iPrice.my akan memaparkan beberapa laman shopping online yang menjual Laptop seperti yang TB mahukan dari beberapa website, (siap ada review lagi dari pembeli), siap ada spesifikasi laptop, brand apa dan ada waranty ke tak.. Haa.. best ke tidak? hehehehe.. best kan!

Pilih sebuah kedai e-dagang (online shop / website) pilihan anda :
Hemm.. TB ada 3 hingga 4 website online shop yang TB suka shopping. Tapi disebabkan nak kena pilih satu je, TB pilih LazadaMY lah ye sebagai website membeli belah pilihan TB dalam contest iPrice.my ni. Hehe.. Sebab apa  Lazada Malaysia? Sebab Lazada adalah antara online shop yang paling banyak TB shopping barang, beribu-ribu dah kot shopping dengan Lazada, yang ni termasuk hubby TB sekali la tau.. Kami memang suka shopping di Lazada pun. Kebanyakannya barang-barang letrik dan barang-barang Digital. Sekarang ni tiba time shopping barang-barang baby pulak.. heee.. 

Tak perlu nak cerita lebih-lebih sangat tentang Lazada ni sebab semestinya semua dah kenal Lazada ni kan.. Lazada sudah dikenali ramai sebagai platform membeli belah online yang dipercayai seluruh negara. Lazada menjadi laman web terbesar di Asia Tenggara dan setanding amazon.com yang tersenarai sebagai destinasi pilihan utama pembeli atas talian di negara ini.

Jelaskan masalah yang dihadapi oleh online shoppers

Masalah Penghantaran Barang oleh perkhidmatan Kurier yang dilantik Lazada.

Pada pendapat TB sepanjang TBmenggunakan khidmat Lazada, semua tak ada masalah kecuali masalah dengan curier aje.. ada masalah penghantaran dari sesetengah curier yang menghantar barang lewat, dikhuatiri nama baik Lazada pula yang masalah nanti. Oleh itu Lazada perlu berhati-hati memilih curier yang sesuai agar perkhidmatan Lazada semakin menjadi pilihan No.1 dikalangan kaki shopping.. hehehe... walauapa pun TB respect kalau beli secara Cash On Delivery (COD) sebab penghantar/runner dari Lazada sangat-sangat cepat,cekap dan ramah.. Terima kasih sangat-sangat.. Keep it up! Semoga lebih berjaya di masa hadapan.

COD (Cash-on-delivery) TERHAD
Kalau boleh nak COD je semua barang sebab kadang-kadang TB ada cash je, dalam bank duit takde sebab dah ter over shopping baju baby.. kih3.. TB suka COD sebab bila barang sampai baru bayar duitnya, senang macam tu.. takde lah rasa kena tipu ke apa bila barang lambat sampai kan.. sebab duitnya belum dibayar.. heheheh.. Tapi frust sangat-sangat bila Perkhidmatan COD di Lazada ni tersangat lah terhad. Hanya di beberapa kawasan sahaja dan bergantung kepada barang yang dibeli  aje boleh COD. So, yang ni harap Lazada permudahkan kami ye.. heee..

Mencadangkan penyelesaian anda dan bagaimana kedai online anda nyatakan boleh boleh menyelesaikan masalah yang anda nyatakan

1.) Sediakan Senarai Last Ordered Items 
Sebenarnya selain online shop seperti lazada ni, TB selalu juga shopping di website lain, dan ada satu website tu TB suka sangat shopping kat situ sebab TB boleh tengok balik apa yang TB dah beli sebelum ni dalam Last Ordered Items, dan TB rasa sangat mudah untuk TB nak buat review dalam blog semua produk yang TB dah shopping sebelum ni kerana Last Ordered Items yang tersenarai tu di link kan sekali ke produk/barangan tersebut. So.. mudah kalau TB nak repurchased atau re order barang/produk tu nanti.

2.) Wujudkan Live Chat
Kalau ada Live Chat mudah sangat bagi pelangan-pelanggan untuk bertanya secara direct. tak perlu nak tunggu jawapan balasan melalui email, sebab kadang-kadang pelnggan tu tiada masa nak menunggu depan komputer untuk jawapan balasan email tu. Sebab kebanyakan semua bekerja ataupun banyak hal perlu diuruskan.. So, dengan cara Live Chat ni.. boleh mempercepatkan lagi order dari pelanggan.. Kalau lambat-lambat nanti pelanggan pun bosan dan tak jadi membeli.. ye tak? heee.

3.) Perkhidmatan COD Secara Menyeluruh
Yang ni memang TB sarankan sangat-sangat sebab kebanyakannya memang suka guna perkhidmatan COD ni. kalau lah semua orang boleh merasai perkhidmatan ni pastinya Lazada lebih untung besar. hehehe.. produk yang kecil ke besar ke kalau boleh COD memang terbaik lah!

Ok lah.. apa-apa pun.. TB tetap sokong Lazada sebab TB suka sangat-sangat shopping dengan Lazada.. termasuklah hubby TB.. macam tak sangka hubby pun dah berjinak-jinak dengan Lazada... hihihi..

Akhir sekali TB ucapkan terima kasih jugak pada iPrice.my sebab buat contest ni.. TB saja join untuk cuba-cuba .. 

Entri ini, adalah entri contest yang dianjurkan oleh https://iprice.my . Jom LIKE Page iPrice Malaysia!

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers